Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

iSL6 PIM3104 2011

Tajuk 6:
Huraikan satu ciri penting di dalam set induksi.

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

46 ulasan:

  1. antara ciri-ciri yang penting dlm set induksi ialah:
    dapat menarik perhatian murid-murid.

    Menarik Perhatian
    Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

    apabila sesuatu set induksi itu dpt menarik perhatian maka senanglah bagi guru utk meneruskan pengajaran dan pembelajaran.


    (n.d.). Retrieved Ogos 29, 2011, from http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

    -nur evarina idayu bt ismail-pismp pai3

    BalasPadam
  2. tahniah krn mjadi org pertama mjawab soklan ni.. ayuu... saper empunya blog tuhh

    BalasPadam
  3. nm tuan blog ni Ain Jemin. n blog ni hasil drpd nota lecturer dye... bley dterima x ust??

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Set Induksi merupakan langkah permulaan dalam proses P&P
    - Antara ciri yang paling penting semasa set induksi ialah ianya harus meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku
    - Contoh teknik yang boleh dijalankan adalah soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi.
    Sumber :

    Muhamad Khairi, . (2008). Retrieved September 2011, 5, from http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm
    Muhamad Khairi ialah seorang guru di SMK Bukit Jana, Kamunting Perak.

    Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3

    BalasPadam
  6. antara ciri penting dalam melaksanakan set induksi ialah:

    1)Menarik perhatian
    Dengan menggunakan suara, gerak geri dan kontak mata
    Dengan menggunakan media pandang dengar
    Dengan mengubah corak interaksi guru-murid

    2)Mewujudkan motivasi
    Dengan menunjukkan kemesraan dan penuh semangat
    Melalui rangsangan naluri ingin tahu
    Dengan menggunakan unsur-unsur yang menghairankan
    Melalui cerita
    dengan mengadakan aktiviti

    http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=87
    us,pemulis x mention nama..


    - Nurul Husna bt Ahmad Yusoff
    -PISMP pai3 sem2

    BalasPadam
  7. 1 ciri set induksi ialah menstruktur.
    menstruktur ialah pembentangan rangka pengajaran dengan menyatakan apa yang akan dicapai. menstruktur menentukan hadnya. cth : "dlm pelajaran hari ini, kita akan memeriksa apakah rukun Islam dan bagaimana org Islam mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sekarang Ahmad beritahu kelas pengalaman anda tentang Hari Raya Puasa". dlm contoh ini guru telah menentukan had pelajaran. Guru telah memulakan sesi dengan menyuruh seorang murid menerangkan pengalamannya tentang hari raya puasa.

    jdi set induksi perlu ada ciri menstruktur. guru boleh menstruktur dengan mengaitkan pengetahuan yang lalu, mengaitkan isi pelajaran baharu serta mengaitkan minat dan pengalaman murid.

    Rujukan : Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Selangor :Oxford Fajar. H.258-258

    Nur Fatin Safiqa binti Masrial
    PISMP PAI 3

    BalasPadam
  8. assalamualaikum Ustaz:-

    -Set Induksi adalah langkah permulaan dalam proses P&P.
    -Tujuannya adalah untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku.

    ciri2 yang penting yg mesti ada dalam set induksi adalah:-

    1) menarik perhatian para pelajar.
    ini kerana untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

    rujukan:-
    Aj(penulis blog)-thenotejots.blogspot.com.

    NUR AMIRA BT MAT ZAN
    PISMP SEM 2 PAI 1(2011)

    BalasPadam
  9. antara ciri penting dalam set induksi ialah:
    set induksi ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan oleh guru di dalam kelas. Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran, sudah pasti pelajar akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas.

    rujukan :http://khirkassim.blogspot.com/2009/06/kepentingan-set-induksi-dalam-bahasa.html

    Mardhiah binti Kursus @ Othman
    PISMP PAI 1 SEM 2
    (2011)

    BalasPadam
  10. Set induksi merupakan satu tindakan dan penyertaan guru yang bertujuan menghubungakan pengalaman murid dengan objektif dalam sesuatu pelajaran. Set induksi merupakan aktiviti yang terpenting pada permulaan satu-satu sesi P&P. Kejayaan dalam set induksi mampu mendorong kepada penglibatan para pelajar sehingga selesai sesi P&P. Sebaliknya, kegagalan dalam set induksi menjadikan kelas hambar dan minat pelajar juga tidak dapat dibangkitkan. Terdapat pelbagai ciri penting di dalam set induksi ini. Antaranya ialah menarik perhatian murid. Set induksi yang menarik mampu merangsang murid agar lebih berminat dan melipatkan diri dalam pelajaran secara aktif.

    Dalam usaha untuk menarik perhatian murid, guru perlulah menggunakan nada suara yang berubah-ubah, menggunakan BBM yang pelbagai, menggunakan aktiviti yang luar biasa serta menggunakan pendekatan, isyarat dan pandangan mata. Semua ciri boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian dan keperluan situasi. Mungkin tidak semua ciri dapat diaplikasikan dalam satu masa. Contohnya, dalam tajuk Nama-nama Allah iaitu Al-Syukur, guru boleh menunjukkan video berkaitan dengan golongan kurang upaya dan membuat perkaitan dengan tajuk yang akan diajar tersebut. Melalui ini, murid lebih terdorong untuk belajar dan menjadikan murid tersebut bermotivasi untuk teruskan belajar.

    Set induksi tersebut juga mestilah dapat mewujudkan motivasi murid. Guru boleh memotivasi dengan cara membangkitkan rasa ingin tahu murid, menggunakan teknik bercerita, menunjukkan suatu aktiviti yang berguna dan mengajukan soalan yang mencbar. Selain itu, guru juga perlu mewujudkan kemesraan antara pelajar serta memberikan sokongan dan semangat kepada mereka. Inilah antara ciri-ciri yang perlu ada bagi set induksi. Guru perlulah kreatif bagi menarik perhatian murid.

    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    Siti Norasiah Binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  11. Set induksi merupakan aktiviti terpenting pada permulaan satu-satu sesi P&P.
    Satu ciri penting dalam set induksi ialah mewujudkan motivasi. Melalui set induksi guru boleh memotivasikan murid dengan cara menimbulkan rasa ingin tahu murid. Motivasi boleh dibangkitkan dengan menggunakan pelbagai ABM seperti satu gambar atau alat yang menarik. Tambahan lagi dengan menggunakan teknik bercerita, menunjukkan suatu aktiviti yang berguna dan mengajukan soalan yang mencabar.Selain itu, guru hendaklah mewujudkan kemesraan antara pelajar serta memberikan sokongan dan semangat kepada murid.
    Ini bertujuan supaya murid ingin mengetahui dengan lebih lagi, walau apapun cara yang dipilih.

    Rujukan:
    1)Kamarul Azmi Jasmi,Ab. Halim Tamuri,(2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. m.s.:141.
    2)Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam :Oxford Fajar. 258.

    ADIBAH BINTI IBRAHIM
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  12. antara satu ciri penting dalam set induksi ialah ianya tidak menjurus terus kepada tajuk yang ingin diajar pada hari itu.

    maknanya, di sini, guru tidak boleh mengaitkan langsung berkenaan dengan tajuk yang ingin diajar secara langsung tetapi, ianya hanyalah perkara yang berkaitan.

    contohnya:
    seorang guru ingin mengajar tajuk Wahdaniyah kepada pelajar. Dalam set induksinya, beliau tidak akan terus berkata;

    "murid-murid, kita akan belajar sifat Allah Wahdaniyah hari ini" -----> ini merupakan perkara pantang dalam set induksi.

    tetapi, beliau haruslah membuat sesuatu yang menarik perhatian, yang menjurus kepada tajuk secara tidak langsung seperti menasyidkan sifat2 Allah ke, atau bercerita kisah Bilal bin Rabah yang diseksa pada awal2 kedatangan Islam.

    Rujukan:

    1)Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam :Oxford Fajar. 259.
    2)Asyraf, R. A. (2011, September 22). Kuliah Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah. (M. Idris, Interviewer)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum wbt
    Huraikan satu ciri penting di dalam set induksi.
    Set induksi adalah komponen terpenting tatkala memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tanpa set induksi yang mantap, kadang-kala proses pendidikan seakan terhenti pada permulaan. Oleh itu, setiap guru perlulah kreatif dalam menjana idea untuk mewujudkan set induksi yang mampu merangsang pemikiran murid-murid untuk mendapat idea dan kekal belajar hingga pada masa akhir pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri penting set induksi dapat menstrukturkan pengetahuan lepas murid dengan pengetahuan yang bakal dibina. Guru perlulah kreatif dalam mengaitkan peristiwa semasa dengan minat dan pengalaman hidup murid-murid. Ciri ini merupakan ciri pilihan yang mungkin ada dan mungkin tiada dalam sesebuah set induksi kerana bukan semua tajuk diajar dapat dikaitkan dengan semua perkara.
    Contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, pada bidang Asas Ulum Syar ‘iyyah (Aqidah), pada tajuk Allah bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, guru menggunakan set induksi dengan memaparkan video yang bertajuk Open Your Eyes oleh Maher Zain, oleh kerana Maher Zain adalah penyanyi Islam yang membawa imej Islam yang popular maka video ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid untuk menontonnya. Seterusnya, paparan video yang mengandungi pelbagai gambar tentang ciptaan Allah dilihat mampu merangsang pemikiran murid, di samping membuahkan pertanyaan dan persoalan dalam diri mereka. Selain itu, ciri menstruktur pula dijumpai apabila guru menyoalkan persoalan yang berkaitan. Di samping itu, murid akhirnya dapat membuat perkaitan dengan video yang ditunjukkan dengan tajuk yang akan dipelajari apabila guru dapat menjelaskan dengan penerangan yang baik.

    Rujukan :
    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor : Universiti Teknologi Malaysia

    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Ustaz..

    Satu ciri penting di dalam set induksi adalah set induksi yang mewujudkan motivasi kepada para murid untuk mempelajari subjek yang diajar.
    Apa yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan motivasi ini dalam set induksi adalah dengan menggunakan kaedah bercerita, soalan yang mencabar dan mengaitkan dengan perkara yang berlaku disekeliling murid.
    Sekiranya kita menggunakan kaedah yang dapat memotivasikan murid seperti ini, insyaAllah murid akan lebih bermotivasi untuk mendengar pengajaran guru tersebut.

    Sumber:
    Pembentangan daripada Ustaz Asyraf Ridwan bin Ali pada 27 September 2011, di BK5 dalam tajuk Ciri-Ciri P&P yang Berkesan.

    WAN NUR ‘AISYAH BT WAN OMAR
    PISMP PAI 2 SEMESTER 2

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum

    CIRI PENTING SET INDUKSI

    1. Membangkitkan motivasi

    Apabila berasa hairan, maka seorang manusia itu akan didorongi rasa ingin tahu. Kehairanan itu adalah salah satu cara untuk membangkitkan motivasi. Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan ketika set induksi seperti menunjukkan satu gambar atau alat yang menarik, satu demonstrasi tentang satu fenomena yang diikuti dengan soalan-soalan berpandu. Contoh soalan berpandu ialah "Apakah pendapat murid-murid tentang perkara ini?" dan "Bagaimana murid-murid menerangkannya?". Cara ini bertujuan untuk mendorong murid supaya teruja untuk mengetahui sesuatu dengan lebih lagi.

    Sumber:
    1)Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam: Oxford Fajar. hlm 259.

    Najwa Arifah Binti Mokhtar
    Pengajian Islam 2 Semester 2 2011

    BalasPadam
  16. SET INDUKSI CARA TARIK MINAT MURID

    Sebagai seorag guru, sudah pastinya mengetahui apa yang dimaksudkan set induksi. Set induksi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh guru pada awal pengajaran utuk menyediakan murid kepada pelajaran yang seterusnya.

    Mengikut kajian, ramai guru2 yang megabaikan kepentingan set induksi di dalam kelas. Mungkin atas sebab2 yang tersendiri seperti terpaksa mengejar waktu menghabis rancangan pengajaran mengikut tetapannya, mengambil masa dalam mengawal disiplin murid atau memastikan kelas dalam keadaan bersih sehingga terpaksa menyuruh murid mengutip atau menyapu sampah.

    Set induksi yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pengajaran dan pengajaran seorang cikgu. Dari sinilah seorang guru itu dapat mengawal disiplin muridnya, memastikan murid2nya bersedia untuk pelajaran hari ini dan menarik minat muridnya untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.

    Set induksi yang dilakukan MESTILAH BERKAITAN DENGAN TOPIK YANG INGIN DI AJAR OLEH SESEORANG GURU PADA HARI ITU. Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, puzzle dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek. Percayalah.. dengan set induksi juga, kita dapat menjadi guru yang sentiasa di tunggu oleh murid2 untuk masuk ke kelas.

    Oleh itu.. jadikanlah set induksi sebagai satu amalan. Banyak kebaikan yag dapat kita perolehi daripadanya. Janganlah set induksi cuma di amalkan semasa kita praktikum sahaja.

    Kesimpulannya, salah satu di antara ciri-ciri set induksi adalah set induksi tersebut perlulah mempunyai kaitan dengan tajuk yang akan diajar di dalam kelas.

    Diekses:

    Isza, C. (2010, 02 21). Semekar Kasih. Retrieved 10 06, 2011, from SET INDUKSI CARA TARIK MINAT MURID: http://chekguisza.blogspot.com/2010/02/set-induksi-cara-tarik-minat-murid.html

    -Cikgu Isza adalah seorang guru di Negeri Perak

    = UMI HIDAYAH BT ABD AZIZ (PISMP PAI 3)

    BalasPadam
  17. Ciri penting di dalam set induksi:
    -Mewujudkan motivasi
    Guru perlu mewujudkan motivasi dalam set induksi kerana apabila murid bermotivasi mereka akan lebih berminat dan melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Seterusnya murid akan berada dalam keadaan lebih bersedia untuk menerima isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru dengan lebih bermakna lagi.
    Rujukan:
    Ab, Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia
    NOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR/ PAI 2

    BalasPadam
  18. Set induksi yang disampaikan oleh guru mestilah mampu mewujudkan motivasi.
    Cara-cara guru untuk mewujudkan motivasi pelajar ketika set induksi.
    - Dengan menunjukkan kemesraan dan penuh semangat
    - Melalui rangsangan naluri ingin tahu
    - Dengan menggunakan unsur-unsur yang menghairankan
    - Melalui cerita
    - Mengadakan aktiviti yang menyeronokkan
    - Mengajukan soalan yang mencabar


    Rujukan:
    Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam: Oxford Fajar. hlm 259.

    NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
    PAI2

    BalasPadam
  19. Rancangan Pengajaran Semester (RPS) merupakan perancangan kurikulum bagi satu semester dan kebiasaannya disediakan selepas mengambil kira tarikh-tarikh tertentu bagi cuti umum, cuti hujung minggu, hari aktiviti sekolah, ujian dan peperiksaan. Baki daripada cuti-cuti ini barulah seseorang guru mampu merencanakan Rancangan Pengajaran Semester (RPS) (Kamarudin dan Siti Hajar, 2003). Manakala, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif pengajaran mingguan yang ditentukan.
    Secara jelasnya, sememangnya RPS mempunyai perbezaan dengan RPH kerana RPH dirangka bagi pengajaran dan pembelajaran sepanjang semester dan tidak terlalu terperinci untuk meninjau kemajuan dan prestasi murid manakala RPH memperincikan lagi tajuk pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar pada waktu dan hari tersebut. RPH mempunyai beberapa maklumat umum yang tiada pada RPS, selain itu, beberapa langkah perlu diikuti di samping guru mestilah bijak menanda aras pembelajaran keseluruhan murid.

    Rujukan :
    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor : Universiti Teknologi Malaysia

    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011

    BalasPadam
  20. salah 1 ciri penting set induksi:

    Mewujudkan Motivasi

    Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

    sumber: http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

    WAN NUR ASHIKIN BT WAN ROSLAN
    PAI 2 SEMESTER 2

    BalasPadam
  21. assalamualaikum ustaz~~

    set induksi.
    guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajran. set induksi jg digunakan bg mengaitkan pelajaran yg lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid.jangka masa bg set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.

    komponen-komponen kemahiran set induksi:

    -menarik perhatian

    apabila mengajar di dalam kelas guru boleh menggunakan pelbagai cara yang boleh menarik perhatian murid seperti mengubah nada suara seperti bercerita.selain itu juga guru menggunakan ABM atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa,sebagai contohnya guru ingin mengajar mengenai Allah Maha Melihat.guru membawa murid keluar kelas dan meminta mereka menutup mata sambil berjalan kearah bunyi(lagu) yg dipasang..dan sepanjg prjalann utk smpai ke arh bunyi itu apa yg telah dilaui oleh murid.dan dari situ guru boleh kaitkan dengan pengajaran pd hr itu..(dan ini hanyalah sebagai contoh aktiviti shj)

    Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub,Mohd.Zohir Ahmad(2007),Pedagogi(Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan,PTS Professional

    Ahmad Salleh(2008),Pengajian Agama Islam&j-QAF metodologi dan pedagogi pendidikan,Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd


    Masniwati Bt Abdullah Sani
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  22. Set induksi adalah satu kumpulan tindakan atau aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu. Antara ciri penting dalam sesuatu set induksi adalah mampu mewujudkan motivasi dalam kalangan murid. Memotivasikan murid dalam set induksi sangat penting kerana set induksi adalah permulaan kepada murid sebelum memasuki sesi pembelajaran dan pengajaran yang lebih panjang. Guru perlu memotivasikan murid dengan cara membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk meneruskan pembelajaran selepas itu. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru. Sebagai contoh, menggunakan kaedah bercerita, menunjukkan suatu aktiviti yang berguna dan mengajukan soalan yang mencabar kepada murid.

    Sumber : Abd Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi.(2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran.Johor Bahru.UTM PRESS UiTM


    Daripada :
    WAJIHAH BINTI ABDUL NASSIR
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  23. Ciri penting dalam set induksi : Guru membuat perkaitan

    Antara satu ciri penting dalam set induksi ialah guru perlulah membuat satu perkaitan antara pelajaran baru dan juga pengetahuan sedia ada pada murid. Guru bolehlah menggunakan kaedah soal jawab dengan memberikan soalan yang berkaitan dengan pelajaran lepas kepada para pelajar. Ini kerana para pelajar sukar untuk menerima ilmu baru yang mereka tidak pernah alami ataupun mengetahuinya sebelum ini. Contohnya jika guru ingin mengajar pelajaran yang bertajuk rukun-rukun solat. Guru akan menayangkan gambar orang yang sedang solat dan meyoal pelajar apakah aktiviti yang dilakukan oleh orang yang berada di dalam gambar tersebut. Pelajar akan dapat menjawab kerana mereka pernah melihat perbuatan tersebut sebelum ini.

    Rujukan:
    Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam :Oxford Fajar. m/s 259.

    NORAINI BINTI AHMAD
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  24. Ciri penting dalam set induksi ialah menarik minat dan perhatian murid terhadap topik pengajaran yang akan disampaikan.Hal ini supaya murid-murid dapat memberi sepenuhnya perhataian semasa P&P berlangsung .Selain itu, set induksi ini mestilah mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas murid. Ini kerana murid akan mempunyai perasaan ingin tahu apabila tajuk yang hendak diajarkan kepada mereka itu telah mereka ketahui sedikit sahaja.

    Rujukan : Abd Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi.(2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran.Johor Bahru.UTM PRESS.

    NURDIYANA ATIQAH BINTI CHE HUSIN
    PISMP PAI1 SEM2

    BalasPadam
  25. Set induksi merupakan satu proses yang diperkenalkan pada peringkat permulaan pelajaran dengan tujuan menarik perhatian serta mendorong murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 4 komponen utama iaitu menarik perhatian , mewujudkan motivasi , membuat perkaitan guru dan menstruktur. Menarik perhatian ; guru boleh menarik perhatian murid dengan mengubahkan nada suara , menggunakan alat bantu mengajar atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa yang boleh menarik minat murid-murid terhadap pengajaran tersebut. Rujukan :(Ahmad Mohd Salleh . 2008. Siri Pendidikan Guru Pengajian Agama Islam & j-Qaf Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor . Oxford Fajar).
    Siti Syafiqah bt. Salahudin
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  26. 1 ciri penting di dalam set induksi
    * Mempunyai perkaitan dengan isi pembelajaran : guru membuat perkaitan merangkumi perkara tersebut :
     Mengaitkan pengetahuan lepas murid
     Mengaitkan isi pelajaran baru
     Mengaitkan peristiwa semasa
     Mengaitkan minat dan pengalaman murid.
    Set induksi yang ingin dibuat oleh guru mestilah mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran baru murid. Selain itu set induksi yang dibuat juga boleh dikaitkan dengan pengetahuan lepas murid. Dengan itu, ia akan menjadikan murid mengingat kembali peljaran yang telah ereka pelajari. Guru juga boleh membuat set induksi yang boleh dikaitkan dengan peristiwa semasa. Ini bagi membolehkan murid menaakul dan membuat kesimpulan terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Ciri-ciri set induksi yang berkesan juga boleh dilihat apabila ianya dapat dikaitkan dengan minat murid dan pengalaman mereka. Dengan melibatkan murid atau pengalaman yang pernah mereka lalui, ini akan memudahkan guru dan murid untuk melancarkan sesi P&P yang dilakukan di dalam kelas. Ia akan memberikan kesan yang mendalam pada murid, mereka akan lebih memahami sesuatu pelajaran apabila mereka sendiri pernah melaluinya dan mengetahui tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan set induksi tersebut. Ini akan lebih memudahkan pelajar untuk memahami apa yang ingin disampaikan.
    Rujukan : Ustaz Asyraf Ridzuan B. Ali . 2010 . Kemahiran Set Induksi. http://semuliakeredhaanmu.blogspot.com/2010/02/kemahiran-set-induksi.html

    Nama : Naimah Bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  27. Salah satu ciri penting dalam set induksi ialah ia mestilah menarik minat dan perhatian murid terhadap topik pengajaran yang akan disampaikan. Dalam usaha untuk menarik perhatian pelajar, guru perlulah menggunakan nada suara yang berubah-ubah, menggunakan BBM yang pelbagai, menggunakan aktiviti yang luar biasa serta menggunakan pergerakan, isyarat dan juga pandangan mata. Semua cara ini diaplikasikan oleh guru mengikut kesesuaian masa dan juga keperluan situasi. Guru perlu bijak dalam mewujudkan suasana yang mampu meransang minda pelajar dan sekaligus menarik perhatian mereka dalam pembelajaran pada hari itu.

    sumber:

    Jasmi, K. A., & Tamuri, A. H. (2007). Pendidikan Islam-Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.m/s 137

    Daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  28. salah satu ciri penting dala set induksi ialah:

    Membuat perkaitan
    membuat perkaitan antara pelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada pada murid dengan menggunakan satu siri soalan yang berkaitan, menyatakan cara-cara melaksanakan tugas atau projek.

    sumber:

    Salleh, A. M. (2008). Pengajian Agama Islam & j-Qaf Metodologi dan Pedagogi Pendidikan . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    BalasPadam
  29. Mewujudkan motivasi – melalui set induksi guru boleh memotivasikan pelajar dengan cara membangkitkan rasa ingin tahu pelajar, menggunakan teknik bercerita, menunjukkan suatu aktiviti yang berguna dan mengajukan soalan yang mencabar. Selain itu guru hendaklah mewujudkan kemesraan antara pelajar serta memberikan sokongan dan semangat kepada mereka.

    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. m/s : 141.

    NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  30. Isl 6
    Ciri yang penting dalam set induksi ialah
    1. Menarik minat murid
    • set induksi ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan oleh guru di dalam kelas.
    • Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran, sudah pasti pelajar akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran guru.
    • Set induktif yang kreatif dapat menarik perhatian murid untuk terus memberi sepenuh perhatian. Contohnya, kuiz, teka teki dan puzzle.
    2. Perangsang kepada murid
    • Merangsang murid untuk berkongsi idea dalam memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
    • Guru juga boleh menggunakan bahan konkrit atau maujud untuk merangsang pemikiran murid. Contoh seperti flashcard, gambar dan sebagainya.
    • Merangsang murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik yang bakal diajar.
    • Guru juga dapat melihat sendiri respon dari murid-murid melalui set induksi.
    3. Mengawal disiplin murid
    • Dapat mengesan kesediaan murid bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut
    4. Menggalakkan respon murid
    • Beri peluang kepada murid untuk berkongsi dan menghubung kait topic yang bakal diajar.
    • Menggalakkan respon murid-murid pada peringkat awal terhadap situasi yang diberi
    Rujukan
    1. Kepentingan Set Induksi dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Khamis,11 Jun 2009.Cikgu Mohd Khir Kassim.Diakses dari http://khirkassim.blogspot.com/2009/06/kepentingan-set-induksi-dalam-bahasa.html
    2. Set Induksi Cara Tarik Minat Murid.Ahad,21 Februari 2010. Semekar Kasih. Diakses dari http://chekguisza.blogspot.com/2010/02/set-induksi-cara-tarik-minat-murid.html
    3. The Set Induction Process and Its Applications In Teaching.The Jurnal of Educational Research (Volume 61, Number 8, April 1968).Horace E.Aubertine. Diakses dari http://www.jstor.org/pss/27532082

    MOHAMAD MUTAWALLI BIN IBRAHIM
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  31. Assalamu'alaikum ustaz.

    Paling penting dalam set induksi ialah guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya sedia belajar dan berfikir tentang apa yang disampaikan guru. Bagi memastikan pengenalan pengajaran itu berfungsi dan berkesan, prinsip berikut hendaklah diaplikasi dalam merancang dan melaksanakan pengenalan pengajaran (Esah Sulaiman, 2003:132).

    1.Pengenalan pengajaran yang sesuai dengan umur, kebolehan dan minat pelajar.

    2.Sesuai dengan objektif dan isu pelajaran.

    3.Pengenalan ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

    Dengan mengaplikasikan ketiga-tiga prinsip ini, pengenalan pengajaran yang dilaksanakan menjadi lebih bermakna bagi pengajaran yang seterusnya. Sebagai peringatan, janganlah pengenalan itu terlalu lama dan melibatkan kos yang tinggi pula.

    Rujukan: Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, (2011) Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor Darul Takzim: Penerbit UTM Press Universiti Teknologi Malaysia,ms 142.

    NOR ASHYERAH BINTI MAZLAN
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  32. ISL 6: Huraikan satu ciri penting di dalam set induksi

    Mewujudkan motivasi

    Antara salah satu ciri penting dalam set induksi ialah mewujudkan motivasi. Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari, 1977).
    Apabila murid mendapat motivasi yang tinggi daripada guru, murid-murid akan lebih tekun lagi untuk belajar.
    Penulis: Cikgu Mohammad Afif Bin Abd Aziz,

    Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya, diakses pada 13 Oktober 2011,
    http://cikguafif.blogspot.com/2011/06/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

    NOR SA’ADAH BINTI MOKTER
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  33. ciri penting dalam set induksi :

    1. mewujudkan motivasi-guru boleh memotivasikan murid dengan membangkitkan rasa ingin tahu tentang pelajaran.

    2. menarik perhatian-guru dapat menarik perhatian pelajar dengan mengubah nada suara dan aktiviti yang luar biasa.

    rujukan:Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam &j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam,Oxford Fajar Snd.Bhd, ms 259

    NURUL NADIAH ZULKIFLI
    PAI 3

    BalasPadam
  34. WAN MOHD FAKHRUDDIN BIN W.IBRAHIM
    PISMP PA3

    Set Induksi
    Langkah permulaan dalam proses P&P

    Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku
    Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran
    Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi.

    dapat menarik perhatian murid-murid.


    antara ciri-ciri yang penting dlm set induksi ialah:

    1. menarik perhatian murid.
    2. perkaitan di antara set induksi dengan tajuk yang hendak di ajar
    3. ringkas dan padat yang membawa maksud tersirat.

    cnth : guru boleh membuat stu BBM yg berkaitan dengan tajuk dengan memasukkan unsur muzik atau lain lain lagi. di mana pada awl dapat menarik minat murid dan murid tidak akan bosan dan tertanya tanya apa yang hendak belajar.

    http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm

    Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam &j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam,Oxford Fajar Snd.Bhd, ms 259

    BalasPadam
  35. SET INDUKSI CARA TARIK MINAT MURID
    Sebagai seorag guru, sudah pastinya mengetahui apa yang dimaksudkan set induksi. Set induksi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh guru pada awal pengajaran utuk menyediakan murid kepada pelajaran yang seterusnya.

    Mengikut kajian, ramai guru2 yang megabaikan kepentingan set induksi di dalam kelas. Mungkin atas sebab2 yang tersendiri seperti terpaksa mengejar waktu menghabis rancangan pengajaran mengikut tetapannya, mengambil masa dalam mengawal disiplin murid atau memastikan kelas dalam keadaan bersih sehingga terpaksa menyuruh murid mengutip atau menyapu sampah.

    Set induksi yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pengajaran dan pengajaran seorang cikgu. Dari sinilah seorang guru itu dapat mengawal disiplin muridnya, memastikan murid2nya bersedia untuk pelajaran hari ini dan menarik minat muridnya untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.

    Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang ingin di ajar oleh seseorang guru pada hari itu. Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, puzzle dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek. Percayalah.. dengan set induksi juga, kita dapat menjadi guru yang sentiasa di tunggu oleh murid2 untuk masuk ke kelas.

    Kepada rakan guru2.. jadikanlah set induksi sebagai satu amalan. Banyak kebaikan yag dapat kita perolehi daripadanya. Janganlah set induksi cuma di amalkan semasa kita praktikum sahaja.

    RUJUKAN :cikgu isza
    Perak, Malaysia
    http://chekguisza.blogspot.com/2010/02/set-induksi-cara-tarik-minat-murid.html

    dari:
    MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD
    PISPM PA3 SEM2

    BalasPadam
  36. Set Induksi
    Langkah permulaan dalam proses P&P
    Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku
    Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran
    Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi

    Album Kunjungan (Jangan lupa masukkan gambar @nd@)


    Selasa, Februari 02, 2010
    Kemahiran Set Induksi
    Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya.. bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.


    Antara kesilapan utama dalam melaksanakan set induksi adalah menjadikan tajuk atau isi kandungan sebagai set induksi. Harus diingat set induksi bukan tajuk mahupun isi kandungan. Ia adalah momentum yang bakal dikaitkan dengan tajuk yang akan diajar. Set induksi juga dilaksanakan tidak melebihi 5 minit.. sekiranya kurang adalah lebih baik.. namun biarlah menarik dan bukannya sekadar satu set induksi yang betul semata-mata..

    Terdapat 4 ciri utama di dalam kemahiran set induksi iaitu :
    1. Menarik perhatian
    2. Mewujudkan motivasi
    3. Membuat perkaitan; dan
    4. Menstruktur

    Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut :
    mewujudkan nada suara yang sesuai.
    menggunakan ABM/BBM yang menarik.
    menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat.
    menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.

    Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut :
    membangkitkan rasa ingin tahu.
    menggunakan teknik bercerita.
    menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
    menggunakan soalan yang mencabar.

    Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut :
    mengaitkan pengetahuan lepas murid.
    mengaitkan isi pelajaran baru.
    mengaitkan peristiwa semasa.
    mengaitkan minat dan pengalaman murid.

    Menstruktur merangkumi perkara berikut :
    menyatakan had tugas yang akan dijalankan.
    menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.
    menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.
    menyatakan aktiviti, tugasan atau projek
    rujukan :http://semuliakeredhaanmu.blogspot.com/2010/02/kemahiran-set-induksi.html
    http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm
    nama : muna wahida mohd noor pismp pai 1

    BalasPadam
  37. FARHATUL ALIA ROSLI PAI3
    \

    Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.

    i) Menarik Perhatian
    Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

    ii) Mewujudkan Motivasi
    Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

    iii) Perkaitan Kognitif
    Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

    iv) Menstruktur
    Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.
    http://cikguafif.blogspot.com/2011/06/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

    BalasPadam
  38. "set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan"

    antara ciri-ciri yang penting dlm set induksi ialah:

    1. menarik perhatian murid.
    2. perkaitan di antara set induksi dengan tajuk yang hendak di ajar
    3. ringkas dan padat yang membawa maksud tersirat.

    contoh : guru boleh membuat stu BBM yg berkaitan dengan tajuk dengan memasukkan unsur muzik atau lain lain lagi. di mana pada awl dapat menarik minat murid dan murid tidak akan bosan dan tertanya tanya apa yang hendak belajar.

    rujukan : Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam &j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam,Oxford Fajar Snd.Bhd, ms 259

    dari : Muhammad Hafizillah Bin Ibrahim
    PISMP PAI1 SEM 2

    BalasPadam
  39. Ciri-ciri penting dalam set induksi:
    1)Menarik perhatian - guru boleh menarik perhatian murid dengan mengubahkan nada suara, menggunakan alat bantu mengajar atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.
    2) Mewujudkan motivasi - guru boleh memotivasikan murid dengan membangkitkan rasa ingin tahu, menggunakan teknik bercerita, mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan mengajukan soalan yang mencabar.
    3) Membuat perkaitan guru - membuat perkaitan anatara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada pada murid dengan menggunakan satu siri soalan yang berkaitan, menyatakan cara-cara melaksanakan tugas atau menyatakan aktiviti tugas atau projek.
    4) Menstruktur - guru boleh menstruktur dengan mengaitkan pengetahuan yang lalu, mengaitkan isi-isi pelajaran baru serta mengaitkan minat dan pengalaman murid.
    sumber:Ahmad Mohd Salleh.(1997). Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd. H.259

    BalasPadam
  40. Antara salah satu komponen penting dalam set induksi ialah :

    Membangkitkan motivasi.
    Kebanyakan orang terdorong untuk mencari atau ingin mengetahui
    Kebanyakan murid akan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi apabila mereka berada dalam kehairanan. Kehairanan adalah satu cara untuk membangkitkan motivasi. Motivasi boleh dibangkitkan dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaiknya.

    Contohnya:
    Guru boleh menggunakan teknik bercerita sebelum memulakan P&P di samping mengajukan soalan-soalan yang mencabar atau menggalakkan mereka mengutarakan pendapat

    rujukan :
    Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam &j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam,Oxford Fajar Snd.Bhd, ms 259

    Dari :
    Nur Azyyati Awanis bt Mispan
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  41. Jawapan saya:

    i) Menarik Perhatian
    Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

    ii) Mewujudkan Motivasi
    Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

    iii) Perkaitan Kognitif
    Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

    iv) Menstruktur
    Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.

    Sumber: http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

    BalasPadam
  42. Komponen kemahiran set induksi:

    1) Menarik perhatian:

    Guru boleh menarik perhatian murid dengan mengubah nada suara, menggunakan BBM, atau menunjukkan satu aktiviti yang luar biasa. (menyanyi, menonton video)


    Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam: Oxford Fajar. hlmn 259.


    (FARAH WAHEEDA BT JOHIR)
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  43. nurul faizah umar.
    salah satu ciri yang menjadikan set induksi lebih menarik dan berkesan adalah dengan menggunakan bahan maujud yang ada kaitan dengan pelajaran yang diajar pada hari tersebut. apabila menunujukkan bahan maujud tersebut, guru perlulah bijak menarik perhatian dengan menggunakan bahan tersebut. antara contoh untuk menarik perhatian adalah dengan penceritaan, bertanya soalan, menunjakkan video dan sebagainya.
    en. Hashim bin Salleh. pensyarah IPG KDRI. jabatan sains. mac 2011.

    BalasPadam
  44. Set induksi memainkan peranan yang besar dalam proses Pembelajaran dan pengajaran seorang guru. Salah satu ciri penting yang perlu ada dalam set induksi adalah ianya mampu mewujudkan motivasi melalui set induksi yang menarik. Dari sinilah guru dapat mengawal muridnya, memastikan murid-murid bersedia untuk mengikuti pelajaran pada hari tersebut dan menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.

    Sumber : http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/teori2011.pdf

    Daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA
    PAI 1

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum w.b.t
    Jawapan ISL 6

    Satu ciri penting dalam set induksi ialah dapat MERANGSANG atau UNTUK MENGULANG KAJI sesuatu tajuk.

    Sumber rujukan

    Didapatkan dari Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Masteri: http://www.teachersrock.net/masteri3.htm

    ::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
    ::PAI 2::

    BalasPadam
  46. Ciri Penting dalam set induksi adalah:

    - dapat merangsang murid agar lebih berminat dan melibatkan diri dalam pelajaran secara aktif.

    Rujukan

    Kamarul Azmi dan Ab. Halim Tamuri (2007), Pendidikan Islam, Kaedah pengajaran dan pembelajara, Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia. m/s 139

    BalasPadam