Isnin, April 14, 2014
Tips 9 Jawi Muallim : Huruf KAF
Antara kesilapan yang sering terjadi ketika menulis jawi ialah penggunaan huruf KAF. Ramai pengguna masih mengekalkan ejaan lama yang menggunakan huruf KAF berhamzah di dalamnya (ada juga yang menggelarnya sebagai ya kecil, kaf kecil dll). Sedangkan kini hanya huruf KAF biasa sahaja yang digunakan
(sila lihat contoh yang dipaparkan).
(sila lihat contoh yang dipaparkan).
Tips 8 Jawi Muallim : Padanan Sepadan [P] dan [F]
Alhamdulillah.. lama sudah tak menyambung tips menulis jawi. Kali ini MJ akan berbicara tentang padanan sepadan huruf P dan F. Cukup mudah... dengan sistem penggunaan huruf yang sistematik oleh DBP, kini kita menggunakan padanan huruf 'fa' (bertitik satu) bagi huruf F dan padanan huruf 'pa' (bertitik tiga) bagi huruf P. Kalu dahulu, semuanya menggunakan huruf 'pa' bertitik tiga termasuklah padanan huruf P. Syabas di atas usaha pencerahan sistem ejaan ini..
Selasa, Mac 04, 2014
Jurnal Penyelidikan KPM 2014
Promosi Jurnal Penyelidikan
07 February 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerbitkan Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014. Sehubungan dengan
itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel
berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan
jurnal tersebut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2014.
Yang berminat sila lawati sesawang moe di :
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4050&page%3D2%26keyword%3D%26
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4050&page%3D2%26keyword%3D%26
Langgan:
Catatan (Atom)