Sebelum menggunakan Kaedah Bercerita, seorang guru sepatutnya ;
- mmilih cerita yang sesuai di samping mengingati isi/ jalan cerita,
- mewujudkan suasana yang selaras dengan isi cerita,
- memastikan tempat duduk sesuai,
- Menyediakan bahan bantu (BBM) yang berkaitan,
- Menyediakan set soalan yang berkaitan.
Selepas itu, barulah seoarng guru dapat melaksanakan kaedah Bercerita dengan baik apabila mengambil kira aspek-aspek berikut ;
- Melaksanakan set induksi/ permulaan cerita yang menarik.
- Menggunakan nada suara dan gaya yang sesuai.
- Memastikan kontak mata guru - murid berlaku.
- Gunakan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
- Gaya isyarat badan sesuai dengan jalan cerita.
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam penceritaan.
- Libatkan murid jika sesuai/ perlu.
Selepas Bercerita, guru bolehlah melaksanakan aktiviti susulan yang sesuai dan menyoal isi serta pengajaran cerita.
Syukran Ust. Membantu dalam exam sem ni. :D
BalasPadam