Tajuk 7:
Mengapa ANDA bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah ? Bincangkan. Jika berlainan, sila jelaskan.
Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku, Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.
Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti)
Saya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
BalasPadamSumber :
JAKIM. (n.d.). Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Retrieved September 5, 2011, from http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0
Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3.
saya bermazhab Ahli Sunnah Wak jamaah iaitu kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.]
BalasPadamsumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0
JAKIM - Majlis Agama Islam Perlis
samaa ajee.. cube cari kelainann skiittt bg ulasan seterusnyeee
BalasPadamSaya bermazhab ahli sunnah wal jamaah kerana pegangan utama saya adalah qur'an dan sunnah kemudiannya barulah ijma' sahabat, ulama' dan yang sewaktu dengannya(sepertimana yang dinyatakan dalam komen di atas oleh husna dan farah)
BalasPadammaka mereka ialah para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik, terutama kalangan ulamak mujtahid yang berpegang kepada manhaj al-Kitab dan as-Sunnah (1)
di atas merupakan definisi yang dikeluarkan oleh Rasul Dahari manakala dalam Halaqah.net pula menukilkan
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w(2)
Rujukan
(1). Dahari, R. (2002). MENGAPA WAJIB BERPEGANG KEPADA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH. Retrieved September 25, 2011, from ustz rasul dahari: http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka2_lapan.htm
(Rasul Dahari merupakan salah seorang daripada mereka yang berpegang pada fahaman wahabi)
(2) Muaz. (2009, Jun 3). Topik: Apakah Pengertian Ahli Al-sunnah Wal Jamaah? Retrieved September 25, 2011, from Halaqah.net: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6740.0
(Halaqah.net merupakan satu laman web sosial islamik yang diasaskan oleh Umi Munaliza(admin halaqah.net))
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsaya bermazhab ahli sunnah wal jamaah kerana mereka berpegang kepada Al-Qur'an dan Sunnah dan pendapat para sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
BalasPadam*Ahli Sunnah wal Jamaah adalah orang-orang yang mencintai hadis Nabi saw dan taat mengikutinya.
Ahli Sunnah dan Ahli Hadis bukanlah mereka yang sekadar sibuk belajar dalam urusan ilmu hadis, namun juga mereka yang mencintai ilmu, iltizam dengannya, serta menyeru orang lain agar iltizam kepadanya, baik dia sebagai ahli Hadis, ahli zuhud, ahli ibadah, ahli fikih, pemimpin, ataupun orang umum.
rujukan :
1) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0
2) http://rita-dangung2.blogspot.com/2011/07/tentang-ahli-sunnah-wal-jamaah.html
Mardhiah binti Kursus @ Othman
PISMP PAI1 SEM 2 (2011)
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitabnya al-Ghunyah li Thalibi Thariq al-Haqq, Juz 1, Hal 80 mendefinisikan ahli sunnah wal jamaah (ASWAJA) sbg berikut:
BalasPadam'yg dimaksudkan dgn sunnah adlh apa yg dijalankan oleh Rasulullah SAW (meliputi ucapan, perilaku serta ketetapan Baginda). sedangkan yg dimaksudkan dgn pengertian jemaah adlh sesuatu yg tlh disepakati oleh para sahabat Nabi SAW pada masa Khulafa' al-Rasyidin yang empat yg telah diberi hidayah oleh Allah SWT'.
selain itu, perkataan al-Jamaah telah disepakati oleh para sahabat Rasulullah SAW pada masa KHULAFA RASYIDIN.
perkataan jamaah ini juga telah diambil dari Sabda Rasulullah SAW:
'barangsiapa yg ingin mendapatkan kehidupan yg damai di syurga, maka hendaklah dia mengikut al-Jamaah. (HR Tirmidzi dan di sahihkan al-Hakim dan al-Dzahabi)
Bakar, J. A. (2011, Februari 5). Ma'rifatullah. Retrieved Oktober 1, 2011, from http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/siapa-ahlussunnah-wal-jamaah.html
-nur evarina idayu bt ismail- pismp pai3
Dari segi bahasa, Ahli Sunnah bermaksud pengikut serta orang yang berpegang dengan sunnah Baginda manakala Al-Jamaah pula ialah orang yang bersatu. Dari segi istilah pula ialah puak atau golongan yang berpegang teguh dengan pegangan sebagaimana Rasulullah dan para Sahabat yang menjauhi segala unsur Bid’ah.
BalasPadamSaya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana saya cintakan Rasulullah SAW. Seperti yang diketahui, Rasulullah merupakan kekasih Allah. Oleh itu, sebagai umat Islam saya wajiblah mencintai Nabi Muhammad dan mengikut setiap tingkah laku yang baginda lakukan serta sentiasa berpegang dengan sunnah baginda. Baginda sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan merupakan qudwah hasanah yang perlu diikuti oleh setiap umat.
Seperti yang kita ketahui, setiap orang wajiblah menjaga akidah mereka daripada menyimpang serta gugur. Justeru, akidah yang mantap hanya terbentuk menerusi pegangan yang berasaskan dalil dan keyakinan bukan ikutan atau taklid semata-mata. Saya juga bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana segala pegangan mazhab ini adalah berdasarkan kepada 2 sumber yang datang dari Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
RUJUKAN
Ab.Latif Muda, Dr.Rosmawati Ali@mat zain ( 2007). PERBAHASAN AKIDAH ISLAM. Kuala lumpur. pustaka salam. m/s 126-135
NORAINI BINTI AHMAD
PISMP PAI 2 SEM 2
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum wbt
BalasPadamSaya Nur Diyana binti Shaiful Bahri, bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah kerana Ahli Sunnah wal Jamaah adalah mereka yang berpegang teguh dengan as-Sunnah dan bersepakat di atas perkara-perkara tersebut. Mereka juga tidak berpaling daripada al-Qur’an dan as-Sunnah sama ada dari sudut aqidah, dan amalan-amalan harian. Oleh itu, mereka digelar ahli sunnah kerana berpegang dengan as-Sunnah dan dimaksudkan juga mereka berpegang dengan al-Qur’an. Jamaah pula bermaksud mereka yang bersepakat atau berjemaah dalam mendukung prinsip ini.
Perkataan jemaah ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Orang –orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan dan 1 golongan daripada mereka itu di dalam syurga dan 70 golongan yang lain di dalam neraka. Orang-orang Nasara telah berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan berada di neraka, 1 golongan berada di syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, benar-benar umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 golongan dalam neraka dan 1 golongan dalam syurga”. Baginda ditanya, “ Siapakah mereka yang masuk ke syurga itu?” Baginda menjawab, “ Jemaah.” (HR. Abu Daud)
Rujukan :
Abdul Latif Bin Muda dan Rosmawati bt, Ali @ Mat Zin(Dr.) 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
Slide PPISMP Semester 3. Pengajian Islam 2 : Aqidah. Metodologi Ahli Sunnah wal Jamaah berkaitan Sifat-sifat Allah.
- Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
- PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011
Saya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad. ahli Sunnah Wal Jamaah juga golongan mereka yang seakidah jamaah para sahabat dan umat Islam. Generasi paling awal dan utama di kalangan mereka adalah para sahabat, kemudian diikuti oleh para tabi’in dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka. Generasi pertama di kalangan mereka dikenali dengan nama Salaf. Mereka berpandukan al-Quran dan sunnah tanpa menghuraikan kenyataan yang samar mutashabihat) dan menyerah maksudnya kepada Allah. Ini berpandukan kepada kenyataan Allah dalam surah Ali Imran, ayat 7.
BalasPadamGolongan ini bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah serta Ijmak.
Golongan ini juga adalah suatu golongan yang telah Rasulullah SAW janjikan akan selamat di antara golongan-golongan yang ada. Landasan mereka bertumpu pada ittiba'us sunnah (mengikuti as-Sunnah) dan menuruti apa yang dibawa oleh nabi baik dalam masalah ‘aqidah, ibadah, petunjuk, tingkah laku, akhlak dan selalu menyertai jama'ah kaum Muslimin.
Dengan demikian, maka definisi Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak keluar dari definisi Salaf. Dan sebagaimana telah dikemukakan bahwa salaf ialah mereka yang mengenalkan Al-Qur-an dan berpegang teguh dengan As-Sunnah. Jadi Salaf adalah Ahlus Sunnah yang dimaksud oleh Nabi SAW. Dan ahlus sunnah adalah Salafush Shalih dan orang yang mengikuti jejak mereka.
Ahli Sunnah Wal Jamaah juga mempunyai
Oleh kerana ini saya bermazhab dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Rujukan:
1)Muhammad Fuad Syazwan Ramli,(13 Oktober 2006), Ahli Sunnah Wal Jamaah diambil daripada http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=13 diakses pada 6 oktober 2011.
2)http://salafytobat.wordpress.com/2009/02/20/definisi-ahli-sunnah-wal-jama%E2%80%99ah-aswj/ (Tidak dinyatakan penulisnya.)
3)http://alislamu.com/aqidah/691-definisi-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html. (penulisnya tidak dinyatakan)
ADIBAH BINTI IBRAHIM
PAI 2
Saya bermazhab Ahl Sunnah Wal Jamaah kerana Ahl al-Sunnah ialah mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan golongan yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam banyak-banyak mazhab, iktikad Ahl Sunnah Wal Jamaah adalah iktikad yang sederhana dan pertengahan berbanding iktikad Qadariah dan Jabariah yang melampau. Oleh itu, iktikad ahl Sunnah Wal Jamaah adalah yang benar kerana ia adalah fahaman mengadakan perkara yang ada dan meniadakan perkara yang tiada. Maksudnya, hamba itu ada usaha dan sebenarnya pun pada manusia itu ada usaha dan ikhtiar. Hadis nabi yang bermaksud: “Sebaik-baik urusan dan perkara itu ialah yang pertengahan”. Dengan itu, saya beriktikad dengan dan bermazhab dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan saya yakin dengan mazhab ini.
BalasPadamAbdul Latif Bin Muda dan Rosmawati bt, Ali @ Mat Zin(Dr.) 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
PAI2
Saya bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah kerana mazhab ini merupakan satu-satunya mazhab yang berpegang pada wahyu Allah. Mazhab ini juga diasaskan berdasarkan pegangan yang betul yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Generasi pertama di kalangan mereka dikenali dengan nama Salaf. Mereka berpandukan al-Quran dan sunnah tanpa menghuraikan kenyataan yang samar mutashabihat) dan menyerah maksudnya kepada Allah. Kemudian generasi kini pula dikenali sebagai golongan khalaf yang lahir setelah tabi’ tabiin.
BalasPadamSumber:
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, (2006), Ahlul Sunnah Wal Jamaah, diakses pada 6 Oktober 2011, daripada http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=13
WAN NUR ‘AISYAH BT WAN OMAR
PISMP PAI 2 SEMESTER 2
Saya bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Pada dasarnya, Ahlu Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka yang berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad secara fahaman yang betul dan tidak berpegang kepada zahir nas al-Mutasyabihat. Kelompok ulama yang membawa ilmu aqidah Al-Asya’irah merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada zaman kini seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar al-Asqolaniyy dan puluhan ribu lagi ulama Islam yang menyebarkan ilmu tauhid Al-Asya’irah. Begitu juga Al-Maturidiyyah merupakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman kini seperti pengikut mazhab Imam Abu HanifahPertama sekali, kita lihat pada akidahnya kerana akidah merupakan perkara asas dalam beragama.
BalasPadamPertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Inilah akidah yang benar.
Kesimpulannya, Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ini adalah orang yang mengikut sunnah Rasulullah SAW., dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti menegakkan Khilafah. Sunnah Rasulullah bukan hanya berkahwin 4, bukan hanya menunaikan rukun Islam yang 5 dan beriman dengan rukun Iman yang 6 tetapi lebih dari itu.
Rujukan : darulakhyar,(14 Ogos 2008) Halaqah : Ahli Sunnah Wal Jamaah [ASWJ] diakses pada 7 Oktober 2011 dari laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3959.0
Siti Norasiah Binti Wahid
PAI 2
assalamualaikum ustaz~~
BalasPadamsaya bermazhab ahl Sunnah Wal Jamaah kerana Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni adalah kerana mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al Qur'an dan hadits yang shahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in.
Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang benar-benar beriltizam kepada Quran dan Sunnah. Mereka akur dengan perintah dan patuh pada semua larangannya. Mereka melaksanakannya pula dengan penuh teratur seperti yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w. Mereka tidak menerima pandangan dan pendapat daripada mana-mana pihak sebelum menyelaraskannya dengan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.
prinsip-prinsip ahli sunnah wal jamaah:
1. Menggunakan pendekatan teks (al-Qur’an dan al-Hadith) dan rasional (akal). Tetapi tetap utamakan teks berbanding akal
2. Menyanjungi hadith Nabi dan sbg penjelas kpd al-Qur’an serta tidak menta’wilkan.
3. Menerima hadith ahad yg sahih sbg hukum
4. Menerima ijma’ sebagai sumber hukum dalam Islam.
rujukan:
1)Suhaimi al-Bahanjiey,Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah diakses pada 7 Oktober 2011, daripada http://albahanjiey.blogspot.com/2011/09/mazhab-ahli-sunnah-wal-jamaah-part-i.html
Masniwati Binti Abdullah Sani
PISMP PAI 2
Saya bermazhab Ahli Sunah Waljamaah kerana ia berlainan daripada firaq Islamiah yang lain seperti Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Asyairah dan Maturidiah kerana kelahiran golongan ini adalah daripada perbezaan fahaman dan pendapat dalam mentafsirkan prinsip akidah Islam.
BalasPadamDalam bidang akidah Ahli Sunah ialah mereka yang benar-benar mendalami dan menguasai ilmu ketuhanan, kenabian, hari akhirat, kewibawaan memimpin dan berijtihad dan mengisbatkan sifat-sifat Allah seperti yang dilakukan oleh sebahagian ulama kalam. Mereka berpegang dengan Manhaj Ahli Salaf dalam memahami dan menangani isu akidah terutama dalam kemelut dan situasi gawat yang mencabar ketulenan akidah Islam.
Perkataan Ahli Sunah dalam bahasa Arab bererti pengikut atau pendokong Sunnah Rasulullah.
Perkataan Jamaah pula menunjuk kepada jamaah Rasul bersama Sahabat, Tabiin, Tabi Tabiin dan orang Islam yang mewarisi Islam menurut cara dan pendekatan mereka itu. Hakikat ini bertepatan dengan Hadith Nabi yang bermaksud:
Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa Rasyidin yang mendapat petunjuk. Kamu gigitlah dengan geraham (kamu berpeganglah bersungguh-sungguh).(al-Tirmizi 1385H)
Aku tinggal pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamalamanya, selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.(al-Qastalani t.th.: 899)
Maka kewujudan Ahli Sunah Waljamaah sebagai penerusan dan kesinambungan wujudnya para pendokong dan penghayat Islam yang telah dirintis sejak zaman Rasulullah s.a.w. Ia diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Mereka berjuang bagi menjamin kemurnian Islam dan penghayatannya di atas kebenaran al-haqq seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Akan berterusan ada satu golongan daripada umatku yang sentiasa tampil membela kebenaran hingga datang ketentuan Allah sedangkan mereka terus mempertahankannya.(al-Bukhari t.th:60)
Mereka tidak terdorong dan didorong oleh sikap, pegangan dan penghayatan Islam yang menyeleweng, menepati Sunnah Rasul dan Sahabat-sahabatnya.
Diekses:
Husin, A. S. (n.d.). Ahli Sunnah Waljamaah Pemahaman Semula. Retrieved 10 06, 2011, from http://www.ukm.my/penerbit/sunnah.pdf
Dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 18 Disember 1998 di Bilik Jumaah Universiti Kebangsaan Malaysia.
PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI • 1998
= UMI HIDAYAH BT ABD AZIZ (PISMP PAI 3)
Sebelum bermazhab dengan sesuatu mazhab, kita haruslah mengenali dan mengkaji terlebih dahulu mazhab yang ingin dipegang.
BalasPadamSiapakah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.
Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.
Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
“Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”.
(Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)
Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Pada dasarnya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka yang berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad secara fahaman yang betul dan tidak berpegang kepada zahir nas al-Mutasyabihat. Kelompok ulama yang membawa ilmu aqidah Al-Asya’irah merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada zaman kini seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar al-Asqolaniyy dan puluhan ribu lagi ulama Islam yang menyebarkan ilmu tauhid Al-Asya’irah.
Kesimpulannya saya bermazhab Ahli sunnah Wal Jamaah adalah kerana mereka berpegang kepada Al-Qur’an dan Hadith. Sumber rujukan utama mereka juga adalah berdasarkan Al-Qur’an dan Hadith.
Begitu juga Al-Maturidiyyah merupakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman kini seperti pengikut mazhab Imam Abu Hanifah. Rujuk Ithaf as-Saadah al-Muttaqin Bi Syrhi Ehya ‘Ulumiddin oleh Imam Az-Zabidy.
Rujukan : Al-mukminun 2008 . Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
http://almukminun.blogspot.com/2008/07/aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah.html
Nama : Naimah bt Sulaiman
Unit : Pai 1
Saya bermazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah kerana amalan bermazhab kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah ini merujuk kepada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang kedua-duanya bermazhab Imam Syafei yang bermaksud,
BalasPadam" Sebaik-baik manusia ialah yang berada pada kurun ku, kemudian mereka yang selepas kurun tersebut dan kemudian mereka yang mengiringi kurun selepas itu."
Bermaksud 3 kurun selepas zaman Rasulullah yang juga dinamakan zaman Tabiin oleh pengikut Ahlul Sunnah atau zaman Salaf oleh setengah pihak yang lain. Dalam pengertian lain kita digalakkan mencontohi Rasulullah serta umat pada zaman tabiin.
Apatah lagi mencontohi amalan2 Sahabat Rasulullah yang mengikut hadis Baginda , Sabda Baginda sahabat-sahabat ku ibarat bintang-bintang dilangit.Dan sabda Rasulullah lagi, Ulamak2 ku ibarat Nabi dikalangan Bani Israil. Sebab itu hukum-hukum ilmu kalam dalam Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak.
Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Thabarani , "Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun kedalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut , ya Rasulullah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Bila disebut Ahlul Sunnah ialah mereka yang mengikut sunnah Rasulullah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasulullah) . Keempat-empat Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni linkungan 300 tahun selepas Rasulullah. Keempat-empat Imam tersebut bila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw. Hal yang dinyatakan diatas antara sebab kenapa saya berpegang kepada mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah.
Rujukan: BICARAMUSLIM.com.(2005) Retrieved 06/10/2011 from http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?p=152781&sid=4fd931e57f7efecd565f926f22ff1a02
NURDIYANA ATIQAH BINTI CHE HUSIN
PISMP PAI1 SEM2
Saya Wajihah Bt Abdul Nassir adalah bermazhab Ahlu Sunnah wal Jama’ah. Prof Dr Hamka menyatakan bahawa Ahli Sunnah ialah orang yang mengikuti sunnah Nabi s.a.w dan para ilmuwan mujatahid yang mengeluarkan pendapat hasil ijtihad mereka. Ahli Sunni ialah golongan yang berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w serta para sahabat, tabi’in dan pengikut mereka hingga hari ini. Ahlu Sunnah wal Jamaah juga dikenali sebagai ahlu sunnah, al-jamaah, as-salaf as-soleh, dan ahlul hadis.
BalasPadamAhli Sunnah wal Jamaah berpegang kepada prinsip akidah yang berikut :
- Berpegang teguh dengan al-Qur’an dan as-Sunnah
- Berpegang kepada prinsip as-salaf as-soleh
- Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka akan meujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadith (menjadi sumber rujukan utama)
- Tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengannya
- Tidak menghukum seseorang melainkan mempunyai bukti yang kuat dan sah
Untuk maklumat tambahan, sebagaimana diucapkan oleh Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, umat Islam di negara ini berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak dahulu dan mereka memahami ajaran Islam dengan akidah, fiqh, akhlak dan sejarah secara seragam dan menjadi unsur penyatuan yang kuat.
Disebabkan itu, pegangan akidahnya adalah akidah ulama tauhid, Imam Abu Hassan al-Asy’ari (324H) manakala pegangan fiqh dan usul fiqh adalah mengikut mazhab Imam Shafie manakala tasawuf dan akhlak pula mengikut Imam al-Ghazali.
Syeikh Imam Nawawi dalam kitab fiqhnya, Nihayah al-Zain menyimpulkan bahawa pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dalam mengikuti imam-imam tersebut. Dalam konteks dunia Melayu dan nusantara, keseragaman fahaman ini turut diperjelaskan dalam kitab al-Mustafid oleh Syeikh Abd. al-Rauf al-Fansuri, kitab Mir al-Tullab terjemahan Fath al-Wahhab, kitab Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Arsyad al-Banjari, kitab Kashf al-Litham oleh Zain al-Abidin al-Fatani, kitab Furu’ al-Masail oleh Syeikh Daud al-Fatani dan seterusnya.
Begitu juga dalam bidang akidah, ia dijelaskan dalam kitab Bidayah al-Hidayah, kitab al-Durr al-Thamin oleh Syeikh Daud al-Fatani, kitab Aqidah al-Najin oleh Syeikh Zain al-Abidin al-Fatani, kitab Hidayah al-Mutafakkirin oleh Tuan Guru Hussein Kedah dan seterusnya.
Sumber :
Utusan Online.(12 Feb 2011).Memperkukuh Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Shahbulan Darwi. Diakses pada 8 Oktober 2011 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Daripada : Wajihah Bt Abdul Nassir (PISMP PAI 1)
assalamualaikum Ustaz:-
BalasPadamsaya adalah bermazhab ahli sunnah wa jamaah. sebelum itu kita pergi kepada konsep ahli sunnah wa jamaah itu sendiri.
Sunnah menurut syara adalah Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda berkenaan akidah dan amal Al-Jamaah yang membawa maksud setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam[13] walaupun seorang diri
sebab kita wajib berpegang kepada ahli sunnah wa jamaah adalah ahli sunnah wa jamaah itu telah menggunakan hujah daripada sumber yang sahih iaitu al-quran dan al-hadis. mereka telah berpegang dengan sumber yang wajib kita percayai sehingga akhir hayat. al-quran dan al-hadis merupakan dua sumber yang digunakan oleh ahli sunnah wa jamaah untuk membuktikan atau mengeluarkan hujah. oleh itu, wajib kita sebagai umat islam berpegang kepada pegangan ahli sunnah wa jamaah ini.
rujukan:-
http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka2_lapan.htm
nama: nur amira mat zan
unit: pai 1 sem 2 pismp
Assalammualaikum...
BalasPadamSaya bermazhab ahli sunah wal jamaah. Hal ini kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Ahli sunnah wal jama’ah, mereka adalah para salafus saleh, yakni orang-orang yang setia pada Al Qur’an dan as sunnah, yang konsisten mengamalkan petunjuk Allah dan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, yang mengikuti jejak langkah peninggalan para sahabat, para tabi’in, dan pemimpin-pemimpin pembawa petunjuk umat, yang menjadi tokoh dalam urusan agama, yang tidak membuat bid’ah macam-macam, yang tidak menggantinya, dan yang tidak mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam agama Allah.
Berdasarkan hal itu, maka sesungguhnya as sunnah bukanlah parti atau semboyan atau aliran yang dianut secara fanatik. Tetapi ia merupakan warisan peninggalan Nabi, metode yang benar, jalan yang lurus tali yang kuat, dan jalan orang-orang beriman yang terang seterang siang. Siapa yang berpaling darinya pasti ia akan celaka. Oleh kerana itu Ahlus Sunnah yang sebenarnya adalah para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.
Sumber:
1)http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6740.0
2)http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/07/pegangan-ahli-sunnah-wal-jamaah/
3)http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Sunah_Waljamaah
Daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)
Dalam konteks ketetapan Allah (a.w) kita hendaklah menumpukan perhatian kita kepada firman Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran berikut: Firman Allah (a.w): 'Wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu' (yg bermaksud: Dan, berpegang teguhlah kamu sekelian pada tali (i.e. Ugama) Allah (a.w) (yakni, Islam) dgn berjema'ah atau secara berjema'ah). [Ayat 103, Surah ali-Imran]. Dalam Ayat ini Allah (a.w) memerintahkan umat Islam supaya berpegang kpd agama Islam, yakni anuti agama Islam atau ikuti agama Islam itu secara berjema'ah dan jangan berfirqah (atau berkumpulan, maksudnya bermazhab sebagai satu bentuk perkumpulan atau firqah). Oleh yg demikian, awal-awal lagi Allah (a.w) telah menetapkan satu panduan yg hakiki bahawa kita anuti Islam secara berjema'ah dan bukan secara bermazhab. Jelasnya, dalam Islam tiada firqah atau mazhab. Kemudian Rasulallah (s.a.w) pula mengulangi perintah Allah (a.w) dalam as-Sunnah apabila beliau bersabda seperti berikut: Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; pertama, maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam dan demi kebajikan akhiratnya))] [Hadith Muslim]
BalasPadamSiti Syafiqah bt. Salahudin
PISMP PAI 1
sambungan..
BalasPadamRasulallah (s.a.w), dalam hadith tersebut, memberitahu kita bahawa Allah (a.w) ridha tiga perkara (maksudnya, Allah (a.w) wajibkan dalam aqidah dan amalan umat Islam) supaya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam dan iman semasa di dunia, wajib mereka patuhi atau akur tiga perkara. Tiga perintah atau ketetapan Allah (a.w) itu adalah: pertama, umat Islam wajib sembah hanya Allah (a.w) sebagai tuhan mereka yg esa dan jangan syirik atau mengambil sesuatu yg lain sebagai pihak yg memiliki kuasa ketuhanan; kedua, umat Islam hendaklah berpegang teguh dgn agama Islam secara berjema'ah; dan ketiga, umat Islam, dalam menganuti Islam sebagai agama mereka, jangan berfirqah atau bermazhab. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu ada tiga perkara yg amat dibenci Allah (a.w), iaitu: pertama, berkata-kata itu dan ini tentang Islam tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran maupun as-Sunnah (i.e. berkata sesuatu tanpa landasan ilmu dan hanya menggunakan persangkaan atau pendapat dan pandang yg tidak ada asas apa-apa; kedua, banyak soal dalam perkara agama, i.e. setelah dijelaskan atau diberitahu sesuatu ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah, masih nak berhujjah atau membuat pelbagai alasan atau andaian, yg tiada sandaran fakta atau asas yg haq. Jelaslah, Allah (a.w) dan RasulNya memerintahkan kita yg Islam jangan bermazhab, sebaliknya hendaklah kita berada dalam satu jema'ah. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan bahawa jema'ah itu adalah mengikuti atau mencontohi apa yg didemokan oleh beliau dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu Islam itu mensyaratkan dua perkara untuk membenarkan keIslaman seseorang atau sekumpulan umat Islam, iaitu pertama mereka berpandukan as-Sunnah, dan kedua, mereka amalkan syariat Islam dalam semua dimensi atau perkara secara berjema'ah. [Nota: Sila rujuk hadith yg menyebutkan bahawa apabila umat Islam berpecah menjadi 73 golongan di akhir zaman, 72 golongan tidak berjaya mendapat syurga, hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga. Golongan itu adalah, sabda Nabi (a.s): 'Ma ana 'alahi wa-ashabi' (yg bermaksud: jalanku (i.e. sunnahku) dan jalan para sahabatku (sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin), i.e. sahabat yg empat) dan mereka anuti atau pegang Islam secara berjemaah.] Hakikatnya golongan yg disebut sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah panduannya as-Sunnah dan dari segi organisasi atau sistem pemerintahannya adalah berjema'ah. Rujukan :(Posted by Yayasan Ilmu at 3:48 PM http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2011/01/mazhab-adakah-wujud-dalam-syariat-islam.html)
Siti Syafiqah bt. Salahudin
PISMP PAI 1
*ISL 7 PIM3104 2011
BalasPadamTajuk 7 :
Mengapa ANDA bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah ?
Saya jawab,
Saya bermazhabkan dengan fahaman Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah adalah disebabkan saya meyakini bahawa fahaman dan ajaran Ahli Sunnah ini adalah jalan Akidah yang benar. Saya yakin dan inilah Aqidah yang akan saya pegang selamanya.
Saya teringat akan satu hadis Nabi Muhammad S.A.W, yang mana Baginda bersabda, bahawa umat Islam akhir zaman akan berpecah belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan ke dalam Neraka kecuali 1 puak sahaja.
Diringkaskan kisahnya, Baginda mengatakan, “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Hadis diriwayatkan oleh Tirmizi)
Saya bermazhab Ahli Sunnah disebabkan saya yakin dengan sabdaan Baginda Rasulullah S.A.W, yang telah dinyatakan di atas. “73 jalan, yang sampai hanya satu jalan”, daripada 73 puak (jalan akidah) di kalangan umat Muhammad hanya satu (1) puak yang layak memasuki syurga. Satu-satunya puak yang terselamat daripada siksa azab neraka ialah golongan Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu mereka yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. dan jamaahnya iaitu para sahabat Baginda yang Mulia.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadis lainnya, Baginda bersabda :
“Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk.”
Pengertian Ahlu Sunnah wal Jamaah bererti kumpulan orang Islam yang berpegang pada akidah (ajaran, kepercayaan dan amalan) yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W mengikut Al-Quran dan Sunnahnya. Mereka sentiasa berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya dengan I’tikad, perbuatan dan amal ibadat yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah S.A.W.
Mengapa perlu saya bermazhab dengan fahaman yang lainnya sedangkan Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan kepada kita bahawa hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga? Jalan itulah Ahlu Sunnah wal Jamaah. Disebabkan inilah saya bermazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah.
Sumber Rujukan :
1 - Kamarul Shukri Mohd Teh. Siri Islam dan Masyarakat – Pengantar Ilmu Tauhid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2 - Laman web ini, http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/03/04/ahli-sunnah-wal-jamaah/ telah diakses pada 11 Oktober 2011, jam 11.57 pagi.
3 - Laman web ini, http://www.reocities.com/soid007/umur_umat.htm telah diakses pada 11 Oktober 2011, jam 11.57 pagi.
Dijawab oleh :
Zul Hasanain bin Hasim
Pismp PA/BI/BA 1 sem 2
Saya bermazhab Ahl Sunnah Waljamaah kerana Malaysia sebagai sebuah negara Islam, telah
BalasPadammenentukan hanya aqidah dan fahaman Ahli Sunnah
Wal Jamaah sahaja dijadikan pegangan dan amalan
rasmi kerajaan dan rakyatnya serta tidak menerima lain-lain fahaman untuk diterima pakai.
rujukan:BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
TAHUN 1432H/2010M
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/asas_rujukan_pegawai__akidah__jakim.pdf
NURUL NADIAH ZULKIFLI
PAI 3
sya bermazhab Ahli Sunnah wal jamaah kerana mereka berpegang kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. mereka juga adalah para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Merekalah ahli sunnah, yakni orang-orang yang mengajarkannya, menjaganya, mengamalkannya, mengutipnya, dan membawanya baik dalam bentuk riwayat atau dirayat atau manhaj. Jadi merekalah yang paling dahulu mengenal sekaligus mengamalkan as sunnah.
BalasPadamahli sunnah wal jama’ah ialah satu-satunya golongan yang berjaya dan mendapat pertolongan Allah sampai hari kiamat nanti, kerana merka adalah golongan yang disebut dalam sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:
“Ada segolongan dari umatku yang selalu membela kebenaran. Mereka tidak merasa terkena mudharat orang-orang yang tidak mendukung mereka sampai datang urusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan seperti itu..”
Dalam satu lafaz disebutkan:
“Ada segolongan umatku yang senantiasa menegakkan perintah Allah….”
mereka juga adalah para ahli hadith, sama ada riwayat atau dirayat. oleh kerana itu kita melihat para tokoh kaum salaf menafsiri al tha’ifat al manshurat dan al firqat al najiyat, yakni orang-orang ahli sunnah wal jama’ah, bahawa mereka adalah para ahli hadith. Hal itu berdasarkan riwayat dari Ibnu Al Mubarak, Ahmad bin Hambal, Al Bukhari, Ibnu Al Madini, dan Ahmad bin Sinan. Ini benar, karena para ahli hadist lah yang layak menyandang sifat tersebut, mereka adalah para pemimpin ahli sunnah
sumber:
pengertian ahlisunnah wal jamaah. (2007, 3 21). Retrieved 10 13, 2011, from wordpress.com: http://alghuroba.wordpress.com/2007/03/21/pengertian-ahli-sunnah-wal-jama%E2%80%99ah/
Nur 'Izzati Esnan PISMP SEM 2 PAI 3
WAN MOHD FAKHRUDDIN BIN W.IBRAHIM
BalasPadamPISMP PA3
Saya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad. ahli Sunnah Wal Jamaah juga golongan mereka yang seakidah jamaah para sahabat dan umat Islam.
satu iktikad bukan hanya melihat kepada sesebuah negara di mana majoriti berpegg kepada aqidah mna tetapi ia melihat kepada kefahaman kita sendiri.
jika kita lihat, iktikad ASWJ berbeza dengan iktikad muktazilah, jabariah, murjiah dan lain lain lagi.
iktikad ASWJ ini mengatakan bahawa segala yang dtang adalah dari Allah s.w.t tetapi yang memilih adalh diri seseorang. di mana baik dan buruk Allah dah tentukan, tetapi kita lah yang perlu memilih hendak melakukan baik atau buruk.
ikthiari : dimana kita di beri pilihan sama ada hendak melakukan baik atau buruk.
iktirari : dimana Allah sudah tentukan dan kita tidak boleh melawannya. spt cnth : demam, accdent, jodoh dan lain lain lagi..
berbeza dengan iktikad2 lain yang di bawa seperti jabariah dimana smua nya dari Allah..
ABU ABDULLAH HUSIN NASIR BIN MUHAMAD TAIB AL MAS'UDI , HIDAYATUS SIBYAN , PATTANI THAILAND, MS 1 & 2
arif pai 3 sem 2
BalasPadamsaya bermazhab ahli sunnah wal jamaah kerana mazhab ini adalah berpegang kepada al quraan dan al sunnah.
rujukan
sumber dari jakim,
Saya bermazhab ahli sunnah wal jamaah kerana mazhab ini berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
BalasPadamrujukan;
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0
dari:
MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD
PISMP PA3 SEM2
Saya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan kumpulan orang Islam yang berpegang teguh dengan al-Quran,sunnah rasulullah S.A.W dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jalan yang mengikut jejak langkah rasulullah dan para sahabat baginda.
BalasPadamSumber :
Mohd Afif Yahya. (January 19, 2010). Siapakah pengasas bagi Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah?. Retrieved Oktober 13, 2011, from http://uis1022.blogspot.com/2010/01/siapakah-pengasas-bagi-mazhab-ahli.html
ISL 7: Mengapa anda bermazhab ahlu sunnah wal jamaah? Bincangkan. Jika berlainan sila jelaskan.
BalasPadamSaya bermazhab ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ianya aqidah yang sohih iaitu aqidah yang berlandaskan Al-Qur’an dan As Sunnah yang diistilahkan sebagai Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah iaitu I’tiqad yang mengikut I’tiqad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.
Aqidah yang sohih ialah percaya kepada Allah, MalaikatNya, rasul-RasulNya, Kitab-KitabNya, Hari Akhirat, Qadha’ dan Qadar yang menjadi rukun iman. Aqidah yang sohih ialah berlandaskan kepada dalil-dalil syari’yyah dari Al-Qur’an dan As-Sunnah menjadi asas agama Islam. Amal ibadah seseorang itu hanya sah dan diterima Allah adalah ibadah yang terbit dan datang dari aqidah yang sohih. Amal ibadah yang bukan terbit dari aqidah yang sohih adalah tersia-sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa-apa balasan dari Allah.
Rujukan: Haji Sa’id Haji Ibrahim (1998), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, , Kuala Lumpur; Darul Makrifah
NOR SA'ADAH BINTI MOKTER
PISMP PAI1 SEM2
Mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan - hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi.
BalasPadamrujukan : Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM). (http://tayibah.com/eIslam/Artikel/sunnahwaljamaah.htm)
dari : Muhammad Hafizillah Bin Ibrahim
PISMP PAI1 SEM 2
Ahli Sunnah memiliki ciri-ciri yang sangat jelas di mana ciri-ciri itulah yang
BalasPadammengukuhkan kita untuk mempercayai mereka. Marilah sama-sama kita mengetahui apakah cirri-ciri yang dimilikki mereka
1. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti jalan Rasulullah dan jalan para
sahabatnya, yang menyandarkan pada Al Qur’an dan As Sunnah dengan pemahaman
salafus shalih yaitu pemahaman generasi pertama umat ini dari kalangan shahabat, tabi’in
dan generasi setelah mereka. Rasulullah bersabda:
“ Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian orang-orang setelah mereka
kemudian orang-orang setelah mereka.” (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad)
2. Mereka kembalikan segala bentuk perselisihan yang terjadi di kalangan mereka
kepada Al Qur’an dan As Sunnah dan siap menerima apa-apa yang telah diputuskan oleh
Allah dan Rasulullah. Firman Allah:
“Maka jika kalian berselisih dalam satu perkara, kembalikanlah kepada Allah dan
Rasulullah jika kalian beriman kepada Allah dan hari akhir. Dan yang demikian itu adalah
baik dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisa: 59)
Artikel boleh disebarluaskan dengan syarat menyertakan sumbernya : www.abualbinjy.wordpress.com 3Artikel www.abualbinjy.wordpress.com
“
4. Menghidupkan sunnah Rasulullah baik dalam ibadah mereka, akhlak mereka, dan
dalam semua sendi kehidupan, sehigga mereka menjadi orang asing di tengah kaumnya.
Rasulullah bersabda tetang mereka:
“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula daam
keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari
hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)
5. Mereka adalah orang-orang yang sangat jauh dari sifat fanatisme golongan. Dan
mereka tidak fanatisme kecuali kepada Kalamullah dan Sunnah Rasulullah. Imam Malik
mengatakan: “Tidak ada seorangpun setelah Rasulullah yang ucapannya bisa diambil dan
ditolak kecuali ucapan beliau.”
6. Mereka adalah orang-orang yang menyeru segenap kaum muslimin agar
bepegang dengan sunnah Rasulullah dan sunnah para shahabatnya.
7. Mereka adalah orang-oang yang memikul amanat amar ma’ruf dan nahi munkar
sesuai dengan apa yang dimaukan Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka mengingkari segala
jalan bid’ah (lawannya sunnah) dan kelompok-kelompok yang akan mencabik-cabik
barisan kaum muslimin.
8. Mereka adalah orang-orang yang mengingkari undang-undang yang dibuat oleh
manusia yang menyelisihi undang-undang Allah dan Rasulullah.
Rujukan : http://abualbinjy.files.wordpress.com/2008/03/siapakah-ahlus-sunnah-wal-jamaah-itu.pdf
Dari :
SYAFAWATI BT HASHIM
PAI 3 SEM 2
saya berpegang kepada golongan ahli sunnah wal jamaah kerana golongan ini sahaja yang diterima masuk ke syurga seumpama hadis nabi muhammad s.a.w yg diriwayatkan oleh Thabrani:
BalasPadamDemi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad ditangannya, akan berfirqah umatku sebanyak 73 puak, yang satu puak masuk syurga, dan yang lain masuk neraka, bertanya para sahabat siapakah firqah yang tidak masuk neraka itu? maka jawab rasulullah, Ahli Sunnah Wal jamaah
diriwayatkan oleh imam al buqari dalam kitab fathhul bari yg mna mafhumnya:
"akan ada segolongan daru umatku yang tetap atas kebenaran sampai hari kiamat, dan mereka tetap atas kebenaran itu."
maka mereka yang mengaku ahli sunnah wal jamaah mengambil fahaman:
1) bidang akidah- aliran abu hassan as-sya'ari dan abu mansur al maturidi.
2) bidang fekah- imam syafie, maliki, hambali, hanafi
3) bidang akhlak/tasauf- imam ghazali, imam junaid bahgdadi, imam qusyairi, dan lain2 lagi yang setaraf.
4) bidang sufi- sultan auliya' sheikh muhyiddin abd qadir jailani, imam abu hassan sazali, imam ahmad badawi, imam ahmad kabir Rifaie, imam abi madyan maghribi, dan mereka yang setaraf.
FARHATUL ALIA ROSLI PAI 3
BalasPadamAliran Muktazillah
a. Pertentangan antara Murjiah Qadariah dan Murjiah Jabariah telah menyebabkan munculnya golongan Muktazillah. Muktazillah bererti orang yang mengasingkan diri iaitu sempenan tindakan pengasasnya (Wasil Bin ’Ata’ yang telah bertindak keluar dari menyetujui pendapat gurunya Hassan al-Basri.
b. Aliran ini wujud pada 120H iaitu pada zaman terakhir pemerintahan Bani Umaiyah.
c. Kaum Muktazillah sering dianggap sebagai golongan rasionalis kerana dasar pemikiran mereka yang lebih mengutamakan akal fikiran dari al-Quran dan Hadis, walaupun terhadap perkara-perkara yang berkaitan hukum dan akidah. Pada mereka apa sahaja yang difikirkan logik dan benar mengikut ukuran akal maka itulah yang benar. Justeru itu mereka tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj serta seksa kubur.
d. Keghairahan penggunaan akal sebagai nas adalah berpunca dari pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani berikutan kemasukan ilmu pengetahuan luar dalam kerajaan Islam.
e. Kemuncak pengaruh aliran ini ialah pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum, al-Mu’tazim dan al-Wathiq (Kerajaan Bani Abbasiyah) (198-232H), kerana pada tempoh tersebut aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani amat giat dilakukan. Kegiatan ini asalnya untuk tujuan perkembangan ilmu, namun akhirnya telah menpengaruhi pemikiran mereka. Ketiga-tiga orang khalifah tersebut dikatakan antara penyokong kuat aliran Muktazillah ini, bahkan telah dijadikan mazhab negara.
5. Aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah
a. Aliran ini lahir pada abadd ke-3H iaitu sebagai reaksi kepada ajaran Muktazillah yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Ia merupakan aliran pemikiran Islam yang terakhir muncul pada zaman tradisi Islam dan juga merupakan aliran pemikiran paling lengkap.
b. Aliran ini merupakan gabungan antara Ahl al-Ra’y (golongan yang menggunakan akal fikiran yang kebanyakannya berada di Iraq ) dan Ahl al-Hadith (golongan yang banyak menggunakan Hadith yang kebanyakannya berada di Madinah). Bagaimanapun kedua-dua golongan ini lebih banyak menggunakan Hadith dalam menentukan sesuatu hukum.Disebabkan itu mereka digelar Ahl al-Sunnah yang bererti pembela sunnah Rasulullah s.a.w.
c. Usaha membela Sunnah Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah dilakukan oleh para sahabat yang kemudian diikuti oleh para pengikut mereka (tabi’in). Antara mereka ialah Abu Hanifah (pelopor ahl al-ra’y) dan Ahmad bin Hanbal (pelopor ahl al-hadith). Ketika itu masih belum disebut Ahl Sunnah wal-al-Jamaah. Tetapi setelah wujudnya pelbagai aliran seperti dinyatakan di atas, maka kumpulan ini dikenali sebagai Ahl al-Sunnah wal al-Jamaah.
d. Antara pemimpin aliran ini seperti Abu Hassan al-Asyaari, Abu Mansur al-Maturidi, Imam al-Ghazali dll
http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/08/tamadun-islam-tema-6-kemunculan-mazhab.html
nurul faizah umar.
BalasPadamSuruhan atau perintah agar bepegang teguh dengan sunnah Rasulullah dan athar para sahabat sebagai manhaj yang terjamin terdapat di dalam al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih, antaranya ialah firman Allah:
وَاتَّبِعْ سَبِيْلَ مَنْ اَنَابَ
“Dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu”.
Luqman, 31:15.
Orang-orang yang benar-benar mengikuti dan kembali ke jalan Allah Suhanahu wa-Ta’ala tentulah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda kerana mereka sentiasa mematuhi firman Allah:
اِتَّبِعُوْا مَا اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُوْا مِنْ دُوْنِهِ اَوْلِيَاءَ قَلِيْلاً مَا تَذَكَّرُوْنَ.
“Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran (daripadanya)”. Al-’Araf, 7:3.
Pengertian “Mengikut apa yang telah diturunkan” sebagaimana yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah mengikut atau kembali kepada wahyu yang berupa al-Quran dan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Hadis atau kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dinamakan sebagai wahyu berdasarkan ayat al-Quran:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى اِنْ هُوَ اِلاَّ وَحْيٌ يُوْحَى
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kamahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang dibawakan (kepadanya)”. An-Najm, 53:3-4.
Semasa Rasulullah ingin menyampaikan wasiat agar umat Islam benar-benar kembali kepada manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah dan meninggalkan Ahli bid’ah, tanda-tanda kesungguhan yang tergambar di wajah Rasulullah telah merubah suasana dan keadaan para sahabat di ketika itu, sehingga menggegarkan hati para sahabat dan mengalirkan air-mata mereka. Kejadian tersebut telah menunjukkan peripentingnya umat Islam berpegang dan kembali kepada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menjadi manhaj para sahabat sekalian. Rasulullah berwasiat:
اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ وَالسَّـمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ وَلَّى عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ ، وَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ مِنْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ ، تَمَسَّكُوْابِهَاوَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الاُمُوْرِ، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَـلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَـلاَلَةٍ فِى النَّارِ.
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami. Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”.[25].
sumber : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/07/pegangan-ahli-sunnah-wal-jamaah/6:13
nurul faizah umar.
BalasPadamtariq atau mazhab yang masyhur dalam pengajian aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah, iaitu;
a) Tariq atau mazhab Imam Abu Hanifah yang dikenali dengan al-Fiqh al-Akbar. Terdapat kitab Aqidah yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah sendiri bertajuk sedemikian (yakni “al-Fiqh al-Akbar”) yang disyarah oleh Mulla ‘Ali al-Qari. Namun kitab yang masyhur yang dipelajari hingga hari ini dalam pengajian aqidah mengikut tariq ini ialah Matan ‘Aqidah at-Thahawiyyah yang ditulis oleh Imam Abu Jaafar at-Thahawi.
b) Tariq Imam Ahmad bin Hambal yang iaitu tariq Ahlul Hadis. Tariq ini lah yang melahirkan aliran Salafi hari ini.
Antara perkara yang menjadi dasar dalam Aqidah Ahlus Sunnah ialah;
1. Merujuk ilmu Aqidah kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ini berbeza dengan mazhab Muktazilah yang merujuk ilmu aqidah kepada akal rasional.
2. Mendahulukan Nas (yakni wahyu) ke atas akal. Berbeza dengan mazhab Muktazilah yang mendahulukan akal ke atas nas.
3. Menurut Ahlu Sunnah al-Quran bukan makhluk, namun menurut Muktazilah al-Quran adalah makhluk.
sumber :http://mohamadshukri31.blogspot.com/2011/03/perbezaan-ahli-sunnah-jabariyah.html/6:28
Saya berpegang pada ahli sunnah waljamaah kerana saya berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.Ahli Sunnah wa al-Jam’ah ialah mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan orang ramai iaitu golongan yang mengikuti sunnah Rasulullah. Walaupun semua umat Islam mengakui mengikuti sunnah Rasul, namun pengertian ahli al-Sunnah dapat difahami dengan pengertian yang berikut dan ia dapat membezakan mereka daripada kelompok atau golongan syiah, khawarij dan muktazilah. menurut pendapat al-Baghdadi, beliau menggolongkan 8 kelompok yang tergolong dalam kumpulan ahl al-Sunnah iaitu:
BalasPadama. iaitu kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang Tauhid dan kerasulan. Selain itu, mereka yang mengikuti jalan ulama mutakallimin Sifatiyah iaitu mereka yang tidak mentasybihkan Allah. Dengan kata lain, ulama kalam sifatiyyah itu berpegang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat tertentu dan sifat-sifat itu tidak menyerupai sifat-sifat makhluk.
b. Kumpulan orang Islam yang menjadi tokoh dalam bidang fekah dan mengikuti jalan sifatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka. Antaranya ialah pengasas 4 aliran mazhab iaitu Imam al-Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Abu Hanifah serta pengikut mereka.
c. Kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis atau juga dikenali dengan kumpulan ulama hadis.
d. Kumpulan orang islam yang mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan saraf iaitu kumpulan ahli bahasa dan nahu.
e. Kumpulan orang islam yang mempunyai ilmu dalam bidang bacaan atau qiraat al-Quran dan tafsirannya iaitu kumpulan ahli qiraat dan tafsir.
f. Kumpulan orang Islam yang zahid dan sufi.
g. Kumpulan orang Islam yang berjihad dan berjuang utk menentang musuh-musuh Islam di dalam peperangan
h. Kumpulan orang Islam yang tinggal di negeri atau tempat di mana terdapat syiar-syiar ahl al-sunnah dan mereka itu mengikuti ulama ahl al-Sunnah dalam tauhid dan fekah.
diakses pada 14 okt 2011 dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0
Ab Latif b. Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998), Pengantar Ilmu Tauhid, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
9FARAH WAHEEDA BT JOHIR)
PISMP PAI 2 SEM 2
saya bermazhab Ahli Sunah Waljamaah kerana mazhab ini adalah benar-benar beriltizam kepada al-Qur’an dan Sunnah. Mazhab ini akur dengan perintah dan patuh pada semua larangannya. Di dalam mazhab ini, pendokongnya tidak menerima pandangan dan pendapat daripada mana-mana pihak sebelum menyelaraskannya dengan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. pendokongnya juga beriman dengan mudahnya kepada perkara ghaib, ketuhanan, kenabian dan hari akhirat. Menghayati cara hidup, budaya berfikir dan bermasyarakat seperti yang telah ditentukan oleh Islam. Semuanya ini didorong oleh keimanan yang tulen dan jiwa yang bersih.
BalasPadamHakikat ini bertepatan dengan hadith nabi yang bermaksud :
“ Hendaklah kamu berpegang dengan sunnah khulafa’ Rasyidin yang mendapat petunjuk. Kamu gigitlah dengan geraham (berpeganglah bersungguh-sungguh). (al-Tarmizi 1385 H)
“Aku tinggal pada kamu dua perkara, kamu tidakakan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabinya. (al-Qastalani t.th, 889)
“Seluruh umatku akan masuk syurga kecuali orang yang ingkar. Para sahabat bertanya: Siapa orang yang ingkar itu? Baginda menjawab : Siapa yang menurut perintahku dia masuk syurga dan siapa yang menolak suruhanku maka sesungguhnya dia ingkar.”(al-Bukhari t.th,249)
sumber : http://eprints.utm.my/7866/1/71867.pdf
daripda : SITI KHADIJAH BT MAT ESA
PAI 1
Assalamualaikum w.b.t
BalasPadamJawapan ISL 7
Bersabda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maknanya:“dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)
Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: “Aku berwasiat kepada kalian untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jama’ah”. (H.R. at-Tirmidzi; berkata hadith ini Hasan Shahih juga hadith ini dishahihkan oleh al-Hakim).
Maka saya adalah bermazhab ahli Sunnah wal Jamaah, kerana ia adalah satu kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Qur’an, sunnah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh sahabat-sahabat baginda. Ia berpegang kepada prinsip as salafus soleh serta sebarang pertelingkahan pendapat akan menjadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai rujukan.
Sumber Rujukan
Mohd, A.. Persediaan Mengajar, Pengajaran Makro dan Mikro. Didapatkan dari Scribd: http://www.scribd.com/doc/12404620/RANCANGAN-PENGAJARAN-HARIAN-MAKRO-DAN-MIKRO
PENJELASAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH AQIDAH YANG SHOHIH. (2007, Oktober 7). Didapatkan dari BANK WAHABI:SAIFUS SUNNI: http://bankwahabi.wordpress.com/2007/10/07/penjelasan-ahlus-sunnah-wal-jamaah-aqidah-yang-shohih/
::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
::PAI 2::
Saya bermazhab ahli sunnah wal jamaah. Hal ini kerana, ahli sunnah wal jamaah berpegang teguh dan selari dengan al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai panduan hidup.
BalasPadamKita seharusnya menjadikan al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai panduan hidup dan perkara ini dijelaskan secara terperinci di dalam buku Maza’ Ya’ni fil Intima’ lil Islam tulisan Fathi Yakan dalam bab 1 iaitu Saya Mestilah Muslim dari sudut Aqidah agar kita beriman dengan apa yang telah diimani orang-orang Islam yang terdahulu yang terdiri dari angkatan Slafus Soleh serta para Imam yang menyampai Agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian dan ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.
Perkara ini turut ditekankan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam Usul 20 yng ke-2 iaitu
- Hendaklah saudara fahami bahawa Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah sumber rujukan bagi setiap orang muslim dalam memahami segala hukum hakam Islam.
Rujukan –
Fathi Yakan (2008), Apa Ertinya Saya Menganut Islam ; Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam.
Farah Diana Abu Bakar Pai 2
Saya bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah kerana golongan ini meyakini bahawa Allah ta’ala maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, Allah bukanlah benda yang boleh digambarkan, dan juga bukan benda yang berbentuk dan berukuran. Allah tidak serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya (laysa kamitslihi syai’). Allah ada dan tidak ada permulaan atau penghabisan bagi kewujudan-Nya, Allah maha kuasa dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta Allah tidak diliputi arah. Allah ada sebelum menciptakan tempat tanpa tempat, Allah wujud setelah menciptakan tempat dan tanpa bertempat. tidak boleh ditanyakan tentangnya bila, dimana dan bagaimana ada-Nya. Allah ada tanpa terikat oleh masa dan tempat. Maha suci Allah dari bentuk (batasan), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar dan anggota badan yang kecil. Allah tidak diliputi satu arah atau enam arah penjuru. Allah tidak seperti makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk, bersentuhan, bersemayam, menyatu dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan sifat-sifat makhluk lainnya. Allah tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak terbayang dalam ingatan, kerana apapun yang terbayang dalam benakmu maka Allah tidak seperti itu. Allah maha hidup, maha mengetahui, maha kuasa, maha mendengar dan maha melihat. Allah berbicara dengan kalam-Nya yang azali sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana Allah berbeza dengan semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya. Barang siapa menyifati Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir. Allah yang telah menciptakan makhluk dan perbuatan-perbuatan-Nya, Alah juga yang menentukan rezeki dan ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak ketentuan-Nya dan tidak ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya. Allah berbuat dalam kerajaan-Nya ini apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal perbuatan-Nya melainkan hamba-Nyalah yang akan diminta dipertanggungjawakan atas segala perbuatan-Nya. Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan yang pantas bagi-Nya dan Allah maha suci dari segala bentuk kekurangan. Nabi Muhammad adalah penutup para nabi dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk semua penduduk bumi, jin maupun manusia. Nabi Muhammad jujur dalam setiap apa yang disampaikannya.
BalasPadamhttp://bankwahabi.wordpress.com/2007/10/07/penjelasan-ahlus-sunnah-wal-jamaah-aqidah-yang-shohih/. Diakses pada 10 Oktober 2011.
NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
PISMP PAI 2 SEM 2
saya berpegang kepada ahli sunnah waljamaah kerana ahli sunnah waljamaah berpegang kepada Al-Quran dan Assunnah.
BalasPadamkesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.
Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.
Dengan penjelasan ini, golongan yang paling tepat dinamakan al-Jamaah atau Ahli Sunnah wal-Jamaah, Firqah an-Najiah atau nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah, maka mereka ialah para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik, terutama kalangan ulamak mujtahid yang berpegang kepada manhaj al-Kitab dan as-Sunnah.[20]
Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat, ini berdasarkan keterangan yang diambil dari athar Ibn Abbas apabila beliau menafsirkian Firman Allah:[21]
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ.
“Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram”. Ali Imran, 3:106.
Menurut Ibn Abbas radiallahu ‘anhu:
“Adapun orang yang putih berseri-seri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli bid’ah atau orang yang sesat”.[22]
Dengan berpandukan dalil dan keterangan di atas, amat tepat pengistilahan yang menetapkan bahawa orang yang paling berhak dan layak digelar atau dinamakan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah sesiapa sahaja yang berpegang teguh (ittiba’) kepada manhaj para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin yang diistilahkan sebagai “Manhaj Salaf As-Soleh”. Oleh itu, sesiapa yang tidak berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh adalah golongan yang berpecah (terkeluar) dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
لَتَفْتَرِقَنَّ اُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَة فِى الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِى النَّارِ . قِيْلَ : مَنْ هُمْ ؟ قَالَ : اَلْجَمَاعَة.
“Pasti akan berpecah-belah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: al-Jamaah”.[23]
Dalil yang menjelaskan bahawa hanya sesiapa yang berpegang dan kembali kepada al-Quran, sunnah Rasulullah dan athar sahabat berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj salaf ialah berdasarkan hadis sahih:
مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْم وَاَصْحَابِيْ.
“(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku”.[24]
Adalah wajib bagi setiap mukmin menjadikan akidah dan amalannya seperti yang diyakini dan dicontohkan oleh para Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj salaf, iaitu manhaj yang diikuti oleh para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan baik. Firman Allah:
وَكُوْنُوْا مَعَ الصَّادِقِيْنَ
“Dan hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin (yang benar)”.
At-Taha, 20:119.
[21]. Lihat: منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz 1 hlm 23.
[22]. Ibid.
[23]. H/R Ibn Majah (2/1322). Hadith ini disahihkan oleh al-Haitimi dalam (الزوائد) Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam (تلخيص الاحياء.
[24]. Lihat: H/R Turmizi. (تحفة الاحوذى) (7/399-240).
http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/07/pegangan-ahli-sunnah-wal-jamaah/
Ithaf as-Saadah al-Muttaqin Bi Syrhi Ehya ‘Ulumiddin oleh Imam Az-Zabidy.