Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

iSL10 PIM3104 2011

Tajuk 10:
Jelaskan satu ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid-murid.

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

45 ulasan:

  1. I. Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar semasa proses penyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.
    II. Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar tanpa perlu bersusah payah memahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalu senang pula, pelajar mungkin tidak akan meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,pelajar akan rasa kecewa dan bosan.
    III. Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru dan maksud yang tersirat terdapat dalam Alat Bantu Mengajar yang digunakan.
    IV. Membantu memokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam Alat Bantu Mengajar.
    V. Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akanmembantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti perkembangan keseluruhan visual
    Sumber Rujukan Buku Pendidikan seni Oum.

    Sumber :
    Nor Ayu. (n.d.). Retrieved September 5, 2011, from http://www.scribd.com/doc/49104121/alat-bantu-mengajar
    Nor Ayu seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di Perlis.

    Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3.

    BalasPadam
  2. 2 ulasan

    1) bbm tersebut juga mestilah dekat dengan dunia pelajar bagi memudahkan kefahaman mereka.

    2) bbm mestilah mempunyai gambar yang berwarna warni serta mempunyai bunyi- bunyian yang hampir dengan pelajar.

    temubual bersama cikgu norasikin bt Chek Malek. guru sekolah kebangsaan tanjung batu, temerloh pahang. pada jam 1.00 ptg bertempat di bilik guru.

    BalasPadam
  3. I.Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar
    semasa prosespenyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yangbersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.

    II.Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar
    tanpa perlu bersusah payahmemahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalusenang pula, pelajar mungkin tidak akan meneliti visual denganterperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,pelajar akan rasa kecewa dan bosan.

    III.Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru dan maksud
    yang tersirat terdapat dalam Alat Bantu Mengajar yang digunakan.

    IV.Membantu memokuskan perhatian
    kepada maksud yang terdapatdalam Alat Bantu Mengajar.

    V.Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian
    dalammenyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akanmembantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikutiperkembangan keseluruhan visual

    sumber :http://www.scribd.com/doc/49104121/alat-bantu-mengajar
    Sumber Rujukan Buku Pendidikan seni Oum

    - Nurul Husna bt Ahmad Yusoff
    - PISMP pai3 sem2

    BalasPadam
  4. TQ di atas ulasan yng diberiikan. n Tahniah 2 faRah sbb mula-mula jwb soklan ni..

    BalasPadam
  5. salam... ustaz..slmt hari raya..
    ok 1 ciri bbm yang menarik ialah : alat itu mestilah besar dan jelas untuk diperhatikan dan tidak menyakitkan mata pelajar walau dari mana-mana bahagian dalam bilik darjah.

    rujukan : Zaidatul Akmaliah dan Habibah Ellias. (1990), strategi Pengajaran Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan KBSM. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. H.255.

    saya sokong ciri-ciri bbm yang diperkatakan sebab kalau kecil dan menyakitkan mata murid-murid tak berminat dengan bbm tu walaupun cantik..

    Nur Fatin Safiqa Binti Masrial
    PISMP PAI 3

    BalasPadam
  6. assalamualaikum Ustaz:-

    ciri-ciri abm yang dapat menarik minat pelajar adalah mestilah menarik iaitu berwarna warni. abm tersebut jika boleh mestilah menggunakan benda atau sesuatu yang dekat dengan kehidupan seharian para pelajar contohnya menggunakan benda hidup seperti daun atau pokok..contoh lain adalah replika seakan-akan benda itu. contoh replika tubuh badan manusia.

    rujukan:- temubual dengan Ustazah Mariam pada 11 september 2011 pukul 10pagi di Sekolah Kebangsaan Kg Raja, besut.

    NUR AMIRA BT MAT ZAN
    PISMP SEM 2 PAI 1(2011)

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. ciri-ciri abm yang dapat menarik perhatian murid ialah
    1) sejauh manakah bbm atau alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar
    2)bbm tersebut dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar
    3)bbm tersebut juga dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

    misalnya seperti kad imbasan yang digunakan dengan warna yang terang dan kontra dapat menarik minat murid untuk sama-sama membaca mengikut guru dan mereka mudah tertarik dengan warna tersebut.


    Mardhiah binti Kursus @ Othman
    PISMP PAI 1 SEM 2(2011)

    BalasPadam
  9. alat bantu mengajar mestilah diwarnakan utk menekankan perkara-perkara yang penting. dengan kata lain BBM mestilah cantik agar dapat menarik perhatian murid-murid.

    Ahmad Mohd Salleh(2008), Pengajian Agama Islam& j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd., m.s:255.

    -Nur Evarina Idayu bt Ismail- PISMP PAI3

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang diguna oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis, dan gambar sahaja tetapi merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu digunakan dan sebagainya.

    BBM juga mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh menarik perhatian murid tersebut antaranya ialah BBM tersebut mempunyai warna yang menarik dan saiz yang tepat. Murid lebih suka kepada bahan yang berwarna berbanding dengan hitam putih. Dalam kalangan murid sekolah rendah, warna yang menarik mampu menimbulkan minat mereka dan sekaligus menggalakkan pembelajaran. Murid juga suka benda yang terdapat pelbagai warna atau warna-warni. Jika guru membawa BBM tersebut di dalam kelas, mereka akan tertanya-tanya mengenai tajuk yang akan diajar oleh guru dan tidak sabar untuk melihat BBM tersebut. Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Inilah ciri BBM yang mempunyai warna yang menarik.
    Manakala saiz sesuatu BBM juga penting semasa proses P&P. Contohnya, saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap), dan kedudukannya hendaklah ditengah-tengah.

    Ciri pemilihan BBM ini amat perlu supaya dapat mencapai maksud penggunaannya dalam P&P. Pada masa yang sama boleh digunakan untuk beberapa tahun. Akhirnya, guru dapat menjimatkan kos perbelanjaan bagi menyediakan BBM pada tahun yang berikutnya.

    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    Siti Norasiah Binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  12. Satu ciri BBM yang menarik perhatian murid ialah besar dan jelas. BBM yang digunakan dalam P&P mestilah besar dan jelas mengikut keadaan kelas dan jumlah murid. Sekurang-kurangn kadar BBM mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh murid yang berada dalam pandangan yang paling jauh daripada BBM tersebut.
    Ciri ini penting kerana apabila murid di berada di belakang tidak dapat melihat BBM itu dengan jelas, maka murid itu akan hilang semangat dan menjadikan mereka tidak berminat dengan matapelajaran itu.

    Rujukan: Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    ADIBAH BINTI IBRAHIM
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  13. Mardiah Idris PISMP PA 3

    Menurut Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990)Ciri BBM yang baik ialah

    1) Alat itu dapat menjelaskan idea yang kabur, menunjukkan turutan dan menghubungkan antara isi pelajaran.

    Ini bermakna BBM itu memberi makna kepada proses P&P dan dapat mencapai objektif P&P yang menggunakan BBM tersebut

    Rujukan

    1)Ahmad Mohd Salleh(2008), Pengajian Agama Islam& j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd., m.s:255.

    BalasPadam
  14. Assalamaualaikum...
    Bismillahirrahmanirrahim..

    1 je kan.

    Tahan lama - alat BBM yang hendak dipilih hendaklah jenis yang tidak membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja sama ada dari bilik guru ke kelas dari kelas ke perpustakaan dan sebagainya.(Ahmad, 1997)

    Sumber
    Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    BalasPadam
  15. CIRI BBM YANG MENARIK

    Bahan Bantu Mengajar mestilah diwarnakan dengan warna-warna yang menarik untuk menekankan perkara-perkara penting dan untuk menambah minat pelajar. Warna yang terang bukan sahaja menarik murid untuk menumpukan perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, malah otak murid juga akan mendapat ransangan dengan kepelbagaian warna yang digunakan.

    Sumber:
    Ahmad Mohd Salleh(2008), Pengajian Agama Islam& j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., m.s:255

    Najwa Arifah Binti Mokhtar
    Pengajian Islam 2 Semester 2 2011

    BalasPadam
  16. Ciri-ciri yang menarik untuk penyediaan BBM adalah mempunyai warna yang menarik dan jelas kelihatan oleh semua murid di dalam kelas. Oleh kerana kanak-kanak sukakan sesuatu yang berwarna-warni, maka, BBM tersebut perlulah mempunyai unsur-unsur yang berwarna-warni. Menurut Kamarul Azmi dan AB Halim Tamuri, warna dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz tajuk perlulah lebih besar daripada isi kandungan.
    Oleh itu, saya dapat simpulkan bahawa warna sangat memainkan peranan yang penting dalam menyempaikan pelajaran.

    Sumber:
    Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri. (2011). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Penerbit UTM Press.

    WAN NUR ‘AISYAH BT WAN OMAR
    PISMP PAI 2 SEMESTER 2

    BalasPadam
  17. 1 ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid-murid
    - BBM yang memberi kesan
    Secara fitrahnya, murid-murid yang berada di sekolah rendah suka kepada permainan. Oleh itu, penggunaan BBM yang berbentuk permainan akan mampu menarik perhatian murid-murid. Pada masa yang sama juga, murid akan mendapat input yang berfaedah daripada permainan tersebut selaras dengan objektif pembelajaran. Contohnya permainan berbentuk silang kata, kuiz dan sebagainya.

    Rujukan:
    Ab, Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, m.s.: 132

    NOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR/ PAI 2

    BalasPadam
  18. Menurut Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990, ciri BBM yang baik ialah BBM tersebut hendaklah mudah dibawa atau diangkat ke mana-mana, umpamanya dari pusat sumber ke kelas atau dari satu kelas ke kelas yang lain atau dari bilik guru ke bilik darjah. Hal ini adalah bagi memastikan guru tidak terbeban untuk membawa BBM yang terlalu besar dan berat.


    Rujukan:

    Ahmad Mohd Salleh(2008), Pengajian Agama Islam& j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd., m.s:255.

    NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
    PAI2

    BalasPadam
  19. Antara ciri-ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid-murid ialah BBM yang mempunyai kombinasi warna yang kontra ditambah pula dengan pengulangan yang sama terhadap BBM yang disediakan. Ini akan merangsang deria penglihatan mereka untuk melihat dan sekaligus dapat merangsang pemikiran, minat dan emosi untuk kekal belajar. Seperti penggunaan warna kuning dengan warna merah garang yang digunakan pada kad imbasan. Ini akan menyebabkan murid tidak bosan dan seronok untuk terus belajar. Selain itu, pemilihan BBM yang bersesuaian saiznya juga akan merangsang minat dan perhatian murid-murid untuk menumpukan pelajaran hingga ke sesi akhir pengajaran.

    Rujukan :
    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor : Universiti Teknologi Malaysia

    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011

    BalasPadam
  20. As'salamu'alaikum w.b.t.

    Antara ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid-murid ialah mempunyai warna yang menarik dan saiz yang tepat. Murid-murid lebih suka kepada bahan-bahan yang mempunyai pelbagai warna seperti merah, biru dan hijau berbanding bahan yang hanya mempunyai satu warna sahaja seperti warna hitam dan putih. Kepelbagaian warna terutamanya warna abstrak yang garang seperti merah, kuning dan hijau mampu menarik minat murid untuk melihat dan mendekati bahan tersebut. Selain warna luaran BBM yang menarik, kombinasi warna yang digunakan juga hendaklah sesuai. Contohnya, latar belakang yang bewarna hitam bolehlah menggunakan tulisan yang berwarna kuning. Warna yang terlalu terang hingga tidak menampakkan bentuk gambar dan tulisan juga haruslah dielakkan.

    Sumber :
    - Abd Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi.(2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran.Johor Bahru.UTM PRESS UiTM
    - Blog Cik Thur.(29 Nov. 2010).ABM/BBM.Diakses pada 7 Oct 2011 daripada http://cikthur.blogspot.com/2010/11/abmbbm.html

    Daripada : WAJIHAH BINTI ABDUL NASSIR (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  21. Ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid : Besar dan Jelas

    BBM yang digunakan mestilah besar dan jelas Ciri ini sangat penting kerana jika BBM yang digunakan kecil, ia akan menyebabkan pelajar yang berada di belakang tidak dapat melihat. Akibatnya sesetengah pelajar tidak akan menumpukan perhatian kepada proses P&P yang berlaku. Selain itu, alat BBM juga perlulah diwarnakan dengan menarik.

    Rujukan :
    Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam :Oxford Fajar. m/s 255

    NORAINI BINTI AHMAD
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  22. Ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid-murid ialah besar dan jelas. BBM yang hendak digunakan dalam P&P mestilah besar dan jelas mengikut keadaan kelas dan jumlah pelajar .Selain itu, BBM mestilah mempunyai warna yang menarik dan saiz yang tepat. Murid-murid lebih suka kepada bahan yang berwarna berbanding dengan hitam putih. Hal ini kerana warna menarik minat murid dan sekaligus menggalakkan pembelajaran.

    Rujukan : Abd Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi.(2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran.Johor Bahru.UTM PRESS. M/S 131

    BalasPadam
  23. Antara ciri-ciri BBM yang mampu menarik minat murid adalah bahan bantu mengajar yang mempunyai warna-warna yang menyerlah dan bewarna warni. Selain itu, lukisan-lukisan yang cantik juga akan menarik minat murid untuk melihat BBM yang dibuat seperti permandangan di taman bunga, karton, kereta dan sebagainya. Di samping itu, BBM yang mempunyai pelbagai bentuk juga akan menjadikan murid berminat untuk melihat ke arah BBM yang dipamerkan kepada mereka. BBM yang unik dan bercorak akan menarik perhatian murid. BBM yang mewujudkan perasaan ingin tahu murid juga merupakan salah satu ciri BBM yang menarik perhatian murid untuk lebih fokus semasa P&P.

    Rujukan : temu bual dengan Ustazah Nor Nadiah pada pukul 10 pagi, 5 september 2011sebagai Guru J-Qaf di Sek. Keb. KG Raja, Besut Terengganu.

    Nama : Naimah bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  24. Salah satu ciri-ciri BBm yang mampu menarik perhatian murid-murid ialah BBm yang mempunyai warna yang menarik dan saiz yang tepat. Seperti yang kita ketahui pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain ) yang berwarna berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat mereka dan sekaligus dapat menggalakkan pembelajaran. Selain itu juga warna dapat menonjolkan fakta penting sekiranya guru pandai mengolah BBm mereka. Saiz sesuatu BBm pula amat penting semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh saiz tajuk hendaklah lenih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap), dan kedudukannya hendaklah ditengah-tengah.

    sumber:
    Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam dan J-Qaf, Shah Alam :Oxford Fajar. m/s 255

    Daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  25. Bantu bahan mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990) , telah menyenaraikan ciri-ciri alat bantu mengajar yang baik iaitu ; alat itu dapat menjelaskan idea yang kabur , menunjukkan turutan dan menerangkan hubungan antara isi pelajaran , menjelaskan bahagian –bahagian yang sukar difahami dan juga bahagian- bahagian yang sukar untuk diperhatikan , alat itu mestilah besar dan jelas untuk diperhatikan dan tidak menyakitkan mata pelajar walau dari mana bahagian dalam bilik darjah dan lain-lain lagi. Rujukan :(Ahmad Mohd Salleh . 2008. Siri Pendidikan Guru Pengajian Agama Islam & j-Qaf Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor . Oxford Fajar).
    Siti Syafiqah bt. Salahudin
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  26. Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa diantaranya adalah seperti berikut :

    Sesuai
    Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut:

    •objektif dan matlamat pengajaran bahasa
    •Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
    •Keadaan pelajar
    •Suasana pembelajaran
    •Minat pelajar

    Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

    Diekses:

    farouq_skmeru. (2010, 01 13). Retrieved 10 09, 2011, from Konsep Bahan Bantuan Mengajar Dan Ciri: http://www.scribd.com/doc/25146893/Konsep-Bahan-Bantuan-Mengajar-Dan-Ciri

    = UMI HIDAYAH BT ABD AZIZ (PISMP PAI 3)

    BalasPadam
  27. 1 ciri bahan bantu mengajar

    Paling memberi kesan.

    pelajar biasanya suka kepada permainan. oleh itu kalau boleh pilih BBM yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut. contohnya permainan silang kata, kuiz dan sebagainya.(m/s 132)

    sumber:
    Ab Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi,(2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran,UTM Press, JOhor.

    WAN NUR ASHIKIN BT WAN ROSLAN
    PISMP PAI 2 SEMESTER 2

    BalasPadam
  28. Ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid-murid ialah BBM yang dapat menjelaskan bahagian yang sukar difahami. Dalam setiap isi pelajaran, terdapat bahagian yang senang dan sukar difahami oleh pelajar (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-Fa’uri, 2006). Penggunaan BBM dapat membantu proses pembelajaran dalam kelas dengan tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya ialah penggunaan peta minda.

    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. m/s : 131.

    NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  29. Isl 10 muchuk
    Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan salah satu bentuk rangsangan yang digunakan untuk meningkatkan keinginan murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran lebih baik serta menarik. Penggunaan BBM ini penting dalam menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka sendiri. Ini kerana penggunaan bahan konkrit penting dalam membentuk pemahaman konsep sebelum murid-murid berpindah kepada perkara yang abstrak. BBM juga didefinisi sebagai bahan yang menyokong dalam penyampaian pengajaran.
    Antara ciri BBM yang boleh menarik perhatian murid ialah
     Memberi inspirasi dan kreatif
    • Dapat menggalakkan daya pemikiran murid-murid
    • Murid-murid boleh menghubungkait topik yang dipelajari
    • Menggalakkan penciptaan idea-idea baru
    • Beri peluang kepada murid untuk meneroka sendiri ilmu baru yang disampaikan melalui BBM yang digunakan
    Rujukan
    1. Back to Basic “ Fokus kepada Inovasi Sumber Pengajaran dan Pembelajaran” . Copyright © 2011 Scribd Inc. Musa bin Sulaiman. Diakses dari http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM
    2. Variasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Bahasa Melayu.11 September 2008. Diakses dari http://epulldpliukm.blogspot.com/

    MOHAMAD MUTAWALLI BIN IBRAHIM
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  30. Assalamua'alaikum ustaz.

    Tidak ada satu alat BBM yang unggul dan sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan. Untuk memudahkan pemilihan, guru hendaklah membiasakan diri dengan ciri BBM. Di samping itu guru juga perlu memahami kelebihan dan kelemahan sesuatu BBM itu agar memudahkannya membuat pemilihan. Antara ciri BBM yang perlu diketahui oleh guru ialah:

    Warna yang menarik dan saiz yang tepat.

    Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakkan pembelajaran. Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz sesuatu BBM juga penting semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap), dan kedudukannya hendaklah di tengah-tengah.

    Rujukan: Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, (2011) Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor Darul Takzim: Penerbit UTM Press Universiti Teknologi Malaysia,ms 131.

    NOR ASHYERAH BINTI MAZLAN
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  31. ISL 10
    ASMA' ZAINUL MUKHTAR.

    Ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid:
    BBM yang digunakan perlulah berwarna pada perkara-perkara penting atau dapat menarik minamurid mengikut tahap usia seperti gambar-gambar berwarna, tayangan video berkaitan isi pelajaran dan seumpamanya. BBM tersebut dapat menjelaskan idea yang kabur, menunjukkan turutan, menjelaskan bahagia-bahagian yang sukar difahami serta memudahkan pemahaman.
    Rujukan: Ahmad Mohd Salleh (2008), Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd, ms 255

    BalasPadam
  32. Nurul Nadiah Zulkifli (pai 3)

    ciri-ciri BBM yang menarik ialah :

    1. Kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting.
    2. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik.
    3. Teknik seperti bunyi yang jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. 4. Penekanan ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak, ringkas dan sentiasa kemas kini.
    5. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain.

    rujukan : Suzita Mohd Resad,(2002),ms 21
    http://images.acuedan.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/SecxwwoKCCgAAAwjquk1/PROPOSAL

    BalasPadam
  33. 'izzati esnan13 Oktober 2011 10:16 PG

    antara ciri-ciri bbm yang dapat menarik perhatian murid ialah:

    I.Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar
    -semasa proses penyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.

    II. Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar
    -tanpa perlu bersusah payah memahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalu senang pula, pelajar mungkin tidak akan meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,pelajar akan rasa kecewa dan bosan.

    III.Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru dan maksud
    yang tersirat terdapat dalam Bahan Bantu Mengajar yang digunakan.
    IV.Membantu memokuskan perhatian
    kepada maksud yang terdapat dalam Bahan Bantu Mengajar.
    V.Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akan membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti perkembangan keseluruhan visual.

    sumber:

    (n.d.). Retrieved 10 13, 2011, from scribd.com: http://www.scribd.com/doc/49104121/alat-bantu-mengajar


    Nur 'Izzati Esnan PISMP SEM 2 PAI3

    BalasPadam
  34. WAN MOHD FAKHRUDDIN BIN W.IBRAHIM
    PISMP PA3

    CIRI BBM YANG MENARIK PERHATIAN MURID.

    bagi saya,sesuatu BBM perlu di laksanakan dengan seorang guru berkemahiran dan pandai mengolah BBM tersebut. itu yang penting. ini kerana, jika hanya BBM cantik dan menarik tetapi tidak di olah dengan betul, ia tidak akan sampai objektif pelajaran yang hndak di sampaikan.

    antara ciri penting ialah :

    1. BBM itu mestilah ada perkaitan dengan tajuk yang hendak di ajar. BBM yang menarik bagi SAYA ialah membuat satu BBM di mana murid akan tertanya tanya apa yang cikgu bawa dan hendak di ajar.
    2. BBM juga perlu besar dan jelas.
    3. BBM juga perlu kepada warna yang ceria.
    4. BBM boleh memasukkan unsur2 muzik.




    Ahmad Mohd Salleh(2008), Pengajian Agama Islam& j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd., m.s:255.

    BalasPadam
  35. Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri
    berikut:
    a. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan.
    b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
    c. Tahan lama, pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam
    penggunaannya.
    d. Dibuat dengan perincian yang tepat.
    e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang.
    f. Rupa bentuk dan warna yang menarik
    g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
    h. Sesuai dengan kemudahan yang sedia ada di sekolah.
    i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.j. Fleksible dan pelbagai guna.
    k. Operasinya mudah
    l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya dengan jelas apabila digunakan semasa
    demonstrasi dalam kelas.
    rujukan : http://images.abusafianamir.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMmcagooCysAAHR-F1U1/Jurnal%20ilmiah.pdf?key=abusafianamir:journal:13&nmid=379026446
    nama : muna wahida mohd noor pismp pai1

    BalasPadam
  36. CIRI-CIRI ALAT BANTU MENGAJAR - Alat itu dapat menjelaskan idea yang kabur,menunjukkan turutan dan menerangkan hubungan antara isi pelajaran. - Menjelaskan bahagian-yang sukar difahami & sukar diperhatikan. - Alat mestilah besar & jelas untuk diperhatikan & tidak menyakitkan mata dari mana-mana bahagian bilik darjah - Alat mestilah diwarnakan untuk menekankan perkara- penting dan menambah minat -Gunakan bahan yang tahan lama -setiap ABM hendaklah diberi tajuk untuk kenal pasti dan dimasukkan dalam perancangan kerja harian.
    “Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990)’’

    dari:
    MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD
    PISMP PA3 SEM2

    BalasPadam
  37. MUHAMAD FAHMI BIN OTHMan(MFO)

    Terdapat pelbagai ciri yang mampu menarik minat murid-murid. Salah satunya ialah BBM tersebut mestilah bertepatan dengan tajuk yang hendak diajar dan mempunyai persembahan yang jelas di samping mempunyai jalinan warna-warna yang menarik. Hal ini kerana murid-murid sangat suka akan sesuatu yang berwarna-warni disamping isi kandungannya yang jelas. Hal ini seterusnya dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid untuk memahami sesuatu yang hendak diajar.


    Ahmad Mohd Salleh(2008), Pengajian Agama Islam& j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd., m.s:255

    BalasPadam
  38. Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990)telah menyenaraikan ciri-ciri BBM yang dapat menarik minat murid ialah:
    1) BBM yang digunakan dapat menjelaskan idea yang kabur, menunujukkan turutan atau sequence dan menerangakan hubungan antara isi pelajaran.
    2) BBM mestilah besar dan jelas untuk diperhatikan dan tidak menyakitkan mata pelajar walau dari mana-mana bahagian bilik darjah.
    3) BBM mestilah diwarnakan untuk menekankan perkara-perkara yang penting.
    Ahmad Mohd Salleh(1997), Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metadologi, Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd., m/s:251

    BalasPadam
  39. ISL 10: Jelaskan satu ciri BBM yang mampu menarik perhatian murid.

    Satu ciri BBM yang menarik ialah warna yang menarik dan saiz yang tepat. Hal ini kerana pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakkan proses pembelajaran. Selain itu juga, warna juga dapat meonjolkan fakta yang penting. Manakala saiz sesuatu BBM itu, juga penting sewaktu proses pembelajaran. Sebagai contoh, saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap), dan kedudukannya hendaklah ditengah-tengah.

    Rujukan: Kamarul Azmi Jasmi, Ab.Halim Tamuri, (2011), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit UTM Press, Johor Bahru.

    NOR SA’ADAH BINTI MOKTER
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  40. assalamualaikum...
    pada pandangan saya, ciri-ciri bbm yang menarik ialah :
    1)bahagian-bahagaian bbm itu mempunyai warna yang menarik
    2) selain itu, bbm yang yang lain dari yang lain seperti boleh menghasilkan bunyi atau lagu juga boleh menarik perhatian murid itu untuk belajar
    3) bbm yang digunakan haruslah ringkas dan jelas agar murid mudah faham dan objektif yang ingin disampaikn dapat dikecapi

    sumber : pengajian agama islam & j-qaf metodologi dan pedagogi pendidikan hlm. 255

    SYAFAWATI BT HASHIM
    PAI 3 SEM 2

    BalasPadam
  41. FARHATUL ALIA ROSLI PAI3


    Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Disediakan
    Persembahan slaid power point sesuai dijadikan bahan bantu mengajar. Guru boleh menerangkan setiap langkah pengajaran dengan slaid supaya murid-murid mempunyai gambaran yang lebih jelas. Slaid power point yang menarik juga dapat menarik perhatian murid-murid semasa belajar.
    Untuk murid-murid sekolah rendah terutamanya murid tahun dua, guru harus menggunakan bekas plastik seperti bekas makanan dan minuman untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan berlaku terutama aktiviti yang melibatkan murid-murid.
    Bahan bantu mengajar yang disediakan di atas munasabah dicipta. Selain itu, bahan bantu mengajar itu berkaitan dengan kehidupan harian kerana murid-murid sudah mengenali beberapa jenis bekas itu daripada pengalaman harian. Bahan bantu mengajar itu juga sesuai digunakan oleh murid yang berlainan tahap. Tambahan pula, bahan itu mudah didapati dan boleh digunakan semula. Jadi kos penyediaan bahan adalah murah. Bahan itu boleh disediakan oleh dalam bilangan yang banyak apabila aktiviti kumpulan diadakan.

    http://lamhooisi.blogspot.com/2010/11/ciri-ciri-bahan-bantu-mengajar-yang.html

    BalasPadam
  42. Alat bantu
    mengajar memudahkan pengajaran guru kerana tidak memerlukan penerangan yang panjang
    tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa guru serta dapat merangsang
    minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

    rujukan : Prof.Dr.Supli Effendi Rahim,PERHUBUNGAN ANTARA ALAT BANTU MENGAJAR DENGAN SISTEM PENGAJARAN DA PEMBELAJARAN DI SEKOLAH,Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), m.s: 6

    dari : Muhammad Hafizillah Bin Ibrahim
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  43. ciri-ciri bahan bantu mengajar:
    Menarik

    a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

    b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur
    pelajar.
    c)Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran,
    tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan
    dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
    d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid
    e)Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

    Diakses pada 13 Okt 2011 dari http://www.scribd.com/doc/25146893/Konsep-Bahan-Bantuan-Mengajar-Dan-Ciri

    (FARAH WAHEEDA BT JOHIR)
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  44. BBM perlu cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas. Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan.
    Penggunaan BBM yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983, m.s. 90)

    Sumber : http://images.acuedan.multiply.multiplycontent.com

    Daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA ( PAI 1 )

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum w.b.t

    Jawapan ISL 10

    Di dalam (P&P) penggunaan gambar, rajah atau imej yang TEPAT adalah sangat penting.
    - Memastikan pelajar benar-benar dapat ‘ melihat’ satu-satu teori.
    - Penggunaan animasi menggabungkan grafik dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar.
    - Ia sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingati satu prinsip, teori atau teori.
    - Pelajar dihidangkan dengan senario pembelajaran yang menarik dan memberansangkan
    Sumber Rujukan

    Narzuki. PnP Berkesan dan Berkualiti. didapatkan daripada Cg Narzuki Online: http://cgnarzuki.com/?page_id=278


    ::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
    ::PAI 2::

    BalasPadam