Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

iSL3 PIM3104 2011

Tajuk 2:
Tauhid Mulukiyyah tidak sama dengan Tauhid Rububiyyah. Bincangkan
(Jelaskan pendapat sama sama ada bersetuju ataupun tidak... )

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

23 ulasan:

  1. Penjelasan Tawhid Mulkiah (tawhid Kerajaan)

    Istilah ini diperkenalkan oleh Ustaz al-Mawdoodi (w. sept 22, 1979) dalam kitabnya mustalahat arba'ah dan kemudian diadaptasi dan dikembangkan konsepnya oleh Ustaz Sayyid Qutb (29 Ogos, 1966) dalam kitabnya Fi Dzilal, dan yg paling menonjol dalam Ma'alim fii atToriq.

    Tauhid Mulkiah ialah umat Islam mesti mentauhidkan Allah dalam berpolitik, mengwujudkan daulah Islamiah dan wajib menerapkan hudud dan qisas. tauhid mulkiah di ambil keluar dari tauhid Rububiyah (tauhid penciptaan dan pentadbiran Allah ke atas alam semesta) dan tauhid Uluhiyah (tauhid Ibadah) lalu dijadikan satu jenis tauhid yg berasingan.

    Mursyid kedua Ikhwan, ustaz Hasan al-Hudhaibi rh, menjelaskan kekeliruan tauhid ini dalam Du'atun Laa Qudhaa' (menjadi pendakwah bukan penghukum), bahawa kewujudan tauhid Mulkiah adalah tidak wajar kerana walaupun konsepnya benar, tapi ia tak boleh berdiri sendiri kerana ia boleh menjadikan pengamalnya militan dan agresif dalam sikapnya kepada Pemerintah.
    Dr Solah alKhalidi dalam kitabnya membela Fii Dzilal, menjelaskan konsep tauhid Hakimiah atau Mulkiah spt yang dijelaskan oleh Syed Qutb adalah benar, cuma beberapa pengarang akhbar Mesir, antaranya harian al-Ahram dan Jeneral Militeri Mesir yang loyal dgn Gamal abdul Nasser yang membuat pelbagai tuduhan palsu dan tohmahan terhadap aplikasi tawhid Mulkiah.

    Rumusan:
    Tauhid Mulkiah adalah ciptaan ustaz al-maudoodi dan Syed Qutb (semuga Allah mengampunkan mereka) dgn niat memberi penekanan kepada umat Islam ketika itu supaya memberi perhatian kepada penubuhan semula dawlah, khilafah dan syari'at yang telah runtuh di Turki (1914). Istilah ini tidak salah, cuma bila ia diasingkan dari tauhid sedia ada, ia membuka ruang kepada penyelewengan dan tersalah tafsir. Ini terbukti benar dgn keujudan jama'ah Takfir wal Hijrah yang berdiri di atas Tauhid Mulkiah, dan seterusnya penubuhan jama'ah Hizbu Tahrir di Jordania dan Lubnan. sekian

    (n.d.). Retrieved Ogos 29, 2011, from http://www.tarbus.com/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=222

    ust, bleh dterima x pndngan ni??

    -nur evarina idayu- pismp pai3

    BalasPadam
  2. ok. bagus.. ada yg blh diterima.. ada yg tidakk krn sandaranya berdasarkan pandangan semata2.. apa2 TAHNIAH kerana mjdi yg pertama mjawab soklan ini...

    BalasPadam
  3. Ustadz Ibnu Katsir dalam Mukhtashar Tafsir Ibn Katsir, jilid 3, hal 696, menjelaskan, “Ayat satu sampai tiga dari surat An-Nas, iaitu Qul A’udzu birabbinnas, malikinnas, ilaahinnas, menegaskan tiga aspek ketauhidan yang paling fundamental, iaitu Tauhid Rububiyyah, Mulkiyyah, dan Uluhiyyah”.
    Tauhid Rububiyyah terambil dari kalimat Rabbinnas. Maknanya, yakin hanya Allah satu-satunya yang Maha Pencipta, Pemilik, Pengendali alam raya, dan dengan kekuasaan-Nya Ia menghidupkan dan mematikan. Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rizki, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali)… (Q.S. Ar-Rum 30 : 40)
    Tauhid Mulkiyyah terambil dari kalimat Malikinnas. Maknanya, yakin hanya Allah swt. raja atau penguasa yang sesungguhnya, penguasa yang paling berhak menentukan aturan hidup. Aturan hidup-Nya termaktub dalam Al Qur’an dan sunah Rasul.
    Jadi, kalau kita mahu mempelajari dan mengamalkan aturan hidup itu, bererti kita telah melaksanakan Tauhid Mulkiyyah. Allah swt. mengecam orang-orang yang tidak mengimplementasikan Tauhid Mulkiyyah dalam kehidupannya, “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Q.S. Al Maidah 5: 50)
    Sumber :
    Dr Aam Amiruddin, (2009, April 17). PERCIKANiman.org. Retrieved September 5, 2011, from http://www.percikaniman.org/category/tanya-jawab-islam/apasaja-makna-makna-ketauhidan
    Dr Aam Amiruddin merupakan penulis lawan sesawang ini untuk tujuan dakwah. Seorang narasumber di sejumlah media cetak dan elektronik, pendidik, konsultan, jurnalis, penulis buku dan sebagai professional.

    Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3

    BalasPadam
  4. Tauhid Rububiyah : Yaitu mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam segala perbuatanNya, dengan meyakini bahwa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
    "Ertinya : Allah menciptakan segala sesuatu ..." [Az-Zumar: 62]

    Bahawasanya Dia adalah Pemberi rezeki bagi setiap manusia, binatang dan makhluk lainnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
    "Ertinya : Dan tidak ada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rizkinya, ..." [Hud : 6]

    Dan bahwasanya Dia adalah Penguasa alam dan Pengatur semesta, Dia yang mengangkat dan menurunkan, Dia yang memuliakan dan menghinakan, Mahakuasa atas segala sesuatu. Pengatur rotasi siang dan malam, Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    "Artinya : Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rizki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)." [Ali Imran: 26-27]

    Tauhid Mulkiyah : Yaitu mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita.

    Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina siapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah saja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    [Ali Imran : 26]

    sumber : http://mift4hulhaq.blogspot.com/2010/08/tauhid-rububiyyah-uluhiyyah-mulkiyah.html
    us,tiada nama prnulis. tp boleh tak terima pandangan ni? sbb ade sumber y tulis tauhid mulkiyyah tiada dalam bahagian-bahagian tauhid yang lain. hanya ada tiga tauhid.(rububiyyah, uluhiyyah dan asma wassifat)
    (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5315.0)

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum wbt.
    Berdasarkan pembacaan saya daripada pelbagai sumber, saya berpendapat bahawa Tauhid Mulukiyyah adalah sama dengan Tauhid Rububiyyah yang pernah diterangkan sebelum ini. Pendapat ini disokong oleh Yazid bin Abdul Qadir bahawa pembahagian Tauhid hanyalah kepda tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wassifat.

    Dan Tauhid Mulukiyyah adalah sebahagian daripada Tauhid Rububiyyah berdasarkan pada maksud perkataan Rabb itu sendiri yang bermaksud Allah SWT sahajalah yang layak mencipta, mengatur, memelihara, menjaga dan menguasai alam ini. Seperti yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud “ Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” ( Ali ‘Imran 3 : 26).

    Tauhid Mulukiyyah bererti Malik, iaitu yang memiliki kekuasaan dan yang menguasai sesuatu pemerintahan dan ini terkandung dalam definisi Tauhid Rububiyyah. Ulama salaf berpendapat bahawa pembahagian tauhid hanyalah kepada 3 bahagian ini sahaja dan istilah Tauhid Mulukiyyah dan Hakimiyah adalah istilah yang baru wujud sekarang. Jadi, secara kesimpulannya, dapatlah difahami bahawa tiada perbezaan di antara Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Mulukiyyah. Wallahu a’lam.
    Sumber rujukan :
    Yazid bin Abdul Qadir Jawas (2004). Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Pustaka At-Taqwa : Bogor.
    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri
    - PISMP PAI 2 SEM 2 2011

    BalasPadam
  6. TAUHID MULKIYYAH ATAUPUN TAUHID AL-HAKIMIYAH

    Maksud Tauhid Mulkiyyah: Yakin hanya Allah satu-satunya yang Maha Pencipta, Pemilik, Pengendali alam raya, dan dengan kekuasaan-Nya Ia menghidupkan dan mematikan.

    Syaikh Dr Nashir bin Abdul Karim Al-Aql, guru dalam bidang aqidah dan madzhab-madzhab Al-Mua'asharah Fakulti Ushuluddin di Riyadh, cabang Universiti Al-Imam Muhammad bin Su'ud Al-Islamiyah, mengatakan bahwa pembicaraan tentang masalah Al-Hakimiyah termasuk perkara-perkara baru yang tidak pernah disebut di kalangan Salaf dengan istilah ini. Al-hakimiyah dengan lafaz ini tidak ada asalnya secara syari'at. begitu juga ucapan bahawasanya 'al-hakimiyah' merupakan bahagian tauhid keempat tidaklah benar kerana masalah hakimiyah mempunyai dua makna.

    Pertama
    Kembali pada makna tasyri' dan perkara syar'i. Hal ini masuk ke dalam tauhid ilahiyah (tauhid ibadah wa tha'ah). Seperti firman Allah.
    Dan siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi kaum yang yakin." [Al-Maidah: 50]

    Kedua
    Kembali kepada hukum qadha dan qadar. Hal ini termasuk ke dalam tauhid
    rububiyah. Seperti firman Allah Azza wa Jalla:

    "Ertinya: Akan tetapi milik Allah-lah semua perintah." [Ar-Ra'd: 31]

    BARANGSIAPA MENGANGGAP BAHAWA TAUHID HAKIMIYAH MERUPAKAN TAUHID KEEMPAT IA ADALAH MUBTADI'
    Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin.

    Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, anggota Haiah Kibaril Ulama dan
    dosen di Fakulti Syari'ah dan Ushuluddin di kota Qashim, Saudi Arabia, ketika ditanya tentang permasalahan ini (Tauhid Hakimiyah), beliau menjawab:

    "Barangsiapa menganggap bahawa ada bahagian keempat dalam (pembahagian) tauhid yang disebut 'tauhid hakimiyah', maka orang tersebut dianggap 'mubtadi'. Ini adalah pembahagian yang diada-adakan dan timbul dari seorang 'jahil' yang tidak faham tentang perkara aqidah dan agama sedikitpun.

    Yang demikian itu kerana 'AL-HAKIMIYAH' TERMASUK DALAM TAUHID 'RUBUBIYAH' dari sisi bahawasanya Allah menghukum dengan apa-apa yang Dia kehendaki. Ia juga termasuk dalam tauhid 'uluhiyah' (dari sisi), kerana setiap hamba wajib beribadah kepada Allah dengan hukum Allah. Dengan demikian 'hakimiyah' tidak keluar dari tiga jenis tauhid, iaitu tauhid 'rububiyyah' tauhid 'uluhiyah' dan tauhid 'asma wa sifat'.

    Ketika beliau ditanya tentang cara membantah mereka, beliau menjawab: "Saya membantah mereka dengan bertanya kepada mereka : Apa makna 'al-hakimiyah ?' Tidak lain mereka akan mengatakan : 'inil hukmu illa lillah (tidak ada hukum selain hukum Allah). Padahal ini adalah tauhid 'rububiyah' Allah. Dia adalah 'Ar-Rabb' (Yang Memelihara), 'Al-Khaliq' (Yang Menciptakan), 'Al-Malik' (Yang Memiliki), 'Al-Mudabbir' (Yang Mengatur segala urusan).

    KESIMPULANNYA: Mengikut pandangan syeikh-syeikh di atas, tauhid mulkiyyah termasuk dalam tauhid rububiyyah kerana maksud tauhid mulkiyyah itu bersandarkan kepada Allah iaitu Maha Pencipta seperti Tauhid rububiyyah. Ia tidak menjadi tauhid yang keempat kerana hanya ada tiga sahaja tauhid iaitu uluhiyyah, rububiyyah, dan asma’ wa sifat.

    Diekses:
    (2009, 02 09). Retrieved 10 06, 2011, from Adakah Istilah Tauhid Hakimiyah ?: http://ibnuismailbinibrahim.blogspot.com/2009/02/adakah-istilah-tauhid-hakimiyah.html

    Pandangan Dari:
    - Syaikh Dr Nashir bin Abdul Karim Al-Aql, guru dalam bidang aqidah dan madzhab-madzhab Al-Mua'asharah Fakultas Ushuluddin di Riyadh, cabang Universitas Al-Imam Muhammad bin Su'ud Al-Islamiyah.
    - Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, anggota Haiah Kibaril Ulama dan
    dosen di Fakultas Syari'ah dan Ushuluddien di kota Qashim, Saudi Arabia.

    = UMI HIDAYAH BT ABD AZIZ (PISMPI PAI 3)

    BalasPadam
  7. siti norasiah binti wahid8 Oktober 2011 pada 7:41 PG

    Tauhid hakimiyah atau tauhid mulkiyah adalah perkara baru yang tidak pernah disebut oleh kalangan Salaful Ummah terutama secara pengistilahan yang dimaksudkan oleh Ikhwanul Muslimin atau golongan-golongan yang mengambil manhaj dari pertubuhan ini. Tauhid hakimiyah diketahui dan dikenal pasti setelah munculnya kelompok Khawarij. Maka “al-Hakimiyah” dengan lafaz ini tidak ada sumber dan asal-usulnya dari syara.

    Tauhid hakimiyah ala Khawarij masih terus dipropagandakan dan diperjuangkan oleh puak-puak Ikhwanul Muslimin. Ia mendapat sokongan dari pentaklid buta dan mereka yang terpengaruh dengan diayah hakimiyah. Pengikut fahaman ini, disebabkan kejahilannya tidak menyedari bahawa tauhid hakimiyah jika benar-benar dikembalikan kepada maksud syara, ia adalah bahagian dari tauhid uluhiyah. Oleh itu tidak boleh menjadikan tauhid hakimiyah bahagian khusus yang dipisahkan dari tauhid uluhiyah kerana ia termasuk dalam bahagian tauhid ibadah.

    Syeikh Suhaib Hasan Abdul Ghafar, ketua Jum’iyatul Qur’an Karim di London, mengajukan pertanyaan kepada Hai’ah Kibaril Ulama’ di kerajaan Saudi Arabia. Di antara pertanyaannya iaitu : “Beberapa ulama’ mulai memperhatikan dan menganggap penting sebutan ‘Tauhid Hakimiyah’ atau atuhid Mulkiyyah sebagai tambahan dari tiga macam tauhid yang sudah dikenal. Apakah Tauhid Ini termasuk dalam pembahagian Tauhid yang tiga tersebut (Rububiyah, Uluhiyyah, Asma wa Sifat ALLAH) ? Haruskah kita menjadikannya bahagiannya tersendiri, sehingga kita wajib mengutamakannya ?

    Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah mengutamakan Tauhid Uluhiyah pada masanya, ketika beliau melihat manusia sangat kurang dalam tauhid ini. Imam Ahmad pada masanya juga mengutamakanTauhid Asma wa Sifat saat beliau melihat kenyataan bahwa manusia sangat kurang dalam sisi tauhid ini. Adapun sekarang, manusia mulai kurang dalam mengamalkan Tauhid Hakimiyah. Oleh karena itu wajibkah kita utamakan sisi tauhid ini. Benarkah ucapan seperti ini ?
    Hai’ah Kibaril Ulama menjawab pertanyaan tersebut sebagai berikut : Tauhid itu ada tiga macam yaitu ; Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Asma wa Sifat. Tidak dijumpai di sana tauhid yang keempat.

    Adapun berhukum dengan apa-apa yang Allah turunkan itu termasuk di dalam Tauhid Uluhiyah. Kerana hal itu termasuk salah satu macam ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Setiap macam ibadah termasuk dalam Tauhid Uluhiyah. Oleh kerana itu, menjadikan Hakimiyah sebagai macam tauhid tersendiri adalah perbuatan bid’ah yang tidak pernah diucapkan oleh seorang pun dari para imam (Ahlusunnah).

    Bahkan (dari tiga macam pembagian tauhid di atas, ada di antara para imam tersebut meringkas pembagian tauhid menjadi dua macamm, yaitu Tauhid Al-Ilmi Al-I’Tiqadi (Tauhid dalam Pengenalan dan Penetapan) yaitu Tauhid Rububiyah dan Asma wa Sifat dan yang kedua Tauhid Al-Iradi Ath-Thalabi (Tauhid dalam Meminta dan Menunjukkan) iaitu Tauhid Uluhiyah.

    Melalui pembacaan saya ini, tiadalah perbezaan tauhid Mulkiyyah dan tauhid rububiyyah. Tauhid Mulkiyyah merupakan salah satu yang tergolong dalam tauhid rububiyyah dan tiadalah tauhid yang keempat selepas tauhid Asma' wa Sifat. Wallahu'alam

    Sumber : Hai'ah Kibaril Ulama' Saudi Arabia (19 Februari 2004), Tauhid Hakimiyah Adalah Perkara Yang Baru (Bid’ah) diakses pada 8/10/2011 dari laman web
    http://almanhaj.or.id/content/252/slash/0

    MOHD FAISAL OMAR, (T.T.), 58 - Tauhid Hakimiyah Bid’ahnya Ikhwanul Muslimin, diakses pada 8 Oktober 2011 dari laman web
    http://ikhwanulmusliminatauikwanulmuflisin.blogspot.com/2008/03/59-tauhid-hakimiyah-bidahnya-ikhwanul.html

    Siti Norasiah Binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Ustaz.

    Perbezaan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Mulukiyyah

    1. TAUHID RUBUBIYAH
    Tauhid Rububiyah menunjukkan sebuah keyakinan terhadap keesaan Allah, bahawa Allah adalah satu-satunya dzat yang melakukan perbuatan (afial)= menghidupkan, mematikan, menciptakan, member rezeki, mengelola, megatur dan menguasai alam semesta.

    kita yang mengaku beriman dan mengaku berislam, tidak sama seperti orang-orang musyrik, kita meyakini hakikat rububiyatullah, dan kita melaksanakannya dengan bertakwa kepadaNya, sebagai contoh dengan mensyukuri segala nikmat yang Dia berikan dan tidak sekali-kali berani kufur akan nikmat-nikmatNya.

    2. TAUHID MULUKIYAH
    Tauhid Mulukiyah pula bererti sebuah keyakinan bahawa Allah adalah satu-satunya dzat yang menguasai alam semesta ini. Dengan hak penuh penetapan atas kehidupan. Tidak ada sekutu dlam kekuasaaan Allah dalam alam semesta ini.
    Allah sebagai pencipta,pemimpin, pelindung, penguasa alam semesta berhak memberikan atau mencabut kekuasaan pada manusia.

    Tauhid dalam mulukiyah menegaskan bahawa kerelaan, pembelaan dan sebagainya tidak boleh diberikan kecuali kepada kepemimpinan/undang-undang yang bersumber dari syari’at Allah SWT,/undang-undang yang sejalan dengan syari’at Allah.

    BalasPadam
  9. Asslammualaikum:


    Tauhid Mulkiyyah ialah mentauhidkan Allah dalam Mulkiyahnya yang bermakna kita mengEsakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah pemimpin, pembuat hukum dan pemerintah kepada alam ini.
    Pemimpin (wali)
    Wali adalah sebahagian dari sifat-sifat mulkiyatullah. Ia membawa maksud sifat penguasaan iaitu sebagai pelindung, penolongdan juga pemelihara.
    “ sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran dan Dial ah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan. “ (Al-A’raaf:50)
    Pembuat Hukum
    Hakiman atau pembuat hukum juga adalah sebahagian dari sifat mulkiyatullah. Ia mesti diikhtiraf oleh manusia dan tunduk hanya kepada hukum-hukum yang telah diturunkan olehNya sahaja kerana hak mencipta hukum itu hanya terhadap kepada Allah semata-mata.
    "Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sembarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [Yusuf : 50]

    Pemerintah
    Pemerintah satu lagi sifat mulkiyatullah yang perlu diketahui oleh setiap muslim. Allah memiliki Arasy dan memerintah seluruh mahluk ciptaannya ini dengan ketentuan daripadanya. Dia yang menciptakan dan Dia yang mengarahkan menurut apa yang dikehendakiNya.
    "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu. Ia bersemayam di atas Arasy. Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian mahluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam." [Al A'raaf : 50]

    Tauhid Rububiyah pula ialah mengEsakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala perbuatannya, dengan meyakini bahawa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk.

    Allah menciptakan semua makhlukNya di atas fitrah pengakuan terhadap rububiyah-Nya. Bahkan orang-orang musyrik yang menye-kutukan Allah dalam ibadah juga mengakui keesaanrububiyah-Nya.

    Artinya : Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya `Arsy yang besar?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" Katakanlah: "Siapakah yang di tanganNya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?"
    [Al-Mu'minun: 86-89]

    sumber:
    http://iqraku.blogspot.com/2009/08/tauhid-rububiyah-uluhiyah-mulkiyah.html

    Daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  10. Menurut Ibn Taymiyyah, Allah S.W.T telah mengutuskan para rasul a.s. bertujuan untuk menyeru manusia kepada tauhid uluhiyyah yang juga dinamakan sebagai tauhid ibadah (tawhid al-`ibadah); tauhid yang mempertunggalkan atau mengesakan Tuhan yang disembah iaitu Allah S.W.T dari segi ibadahya‟, bebeza dengan tauhid rububiyyah yang hanya sekadar beriktikad bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan sekelian alam yang mencipta dan menguruskan alam ini; tauhid yang dikatakan turut dimiliki oleh kaum Musyrikin.

    rujukan :
    Prof Madya Dr Mohd Fauzi Hamat(2010),SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN,Akedemi Pengajian Islam,Universiti Malaya.m.s : 5

    dari : Muhammad Hafizillah Bin Ibrahim
    PISMP PAI1 SEM 2

    BalasPadam
  11. MARDIAH IDRIS PISMP PA 3

    Tauhid Mulkiyah iaitu mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita(1).


    Tauhid Rububiyah pula : iaitu mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam segala perbuatanNya, dengan meyakini bahwa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk (2).

    di sini kita dapat melihat sedikit perbezaan antara keduanya iaitu dari segi ketuhanan dan pemilikan. namun ade juga yang menyamakan bahwa pemiilikan itu berada di bawah ketuhanan. terdapat sesetengah ulama yang menghukum bidaah akan tauhid mukkiyah kerana ianya mungkin berasal dari khawarij(3)

    Rujukan

    1). http://daulah4islam.wordpress.com/2008/03/06/aqidah-islamiyah-iii-tauhid-mulkiyah/
    2). http://iqraku.blogspot.com/2009/08/tauhid-rububiyah-uluhiyah-mulkiyah.html
    3). http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2009/01/tauhid-mulkiyahhakimiyah.html

    BalasPadam
  12. WAN MOHD FAKHRUDDIN BIN W.IBRAHIM
    PISMP PA3

    Perbezaan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Mulukiyyah

    1. TAUHID RUBUBIYAH

    Tauhid Rububiyyah ertinya beriman bahawa Allah yang mentadbirkan sekelian alam, menetapkan peraturan – peraturan dan undang – undang dan mengurniakan segala apa yang diperlukan oleh makhluknya, khususnya manusia untuk membolehkan mereka hidup dan beribadat kepada Allah. Tetapi ramai di kalangan manusia yang tidak mahu mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah, malah mereka terus lupa terhadap pengurniaan Allah dan mereka menderhaka kepada – Nyadan melakukan perbagai perlanggaran terhadap pentadbiran Allah. Mereka juga meminda peraturan – peraturan yang telah menjadi sunnah Allah yang tidak mungkin dipinda. Akibat dari pindaan itu mereka menghadapi berbagai – bagai kebuntuan di dalam kehidupan mereka.

    Potongan yang kedua واشهد أن محمدا رسول الله ialah mengaku tentang Ubudiyyah ( kehambaan ) dan kerasulan nabi Muhammad saw dan mengaku apa jua yang disampaikan oleh baginda adalah benar kerana para nabi dan rasul mempunyai sifat benar lagi dibenarkan dan tugas mereka menyampaikan wahyu kepada manusia. Firman Allah :
    فان تولوا فلنما عليك البلاغ – آل عمران اية 20
    Maksudnya : “ Dan jika mereka berpaling ( tidak mahu menerima Islam ) maka sesungguhnya kewajipan mu hanya menyampaikan seruan Islam”.

    2. TAUHID MULUKIYAH

    Tauhid Mulukiyah pula bererti sebuah keyakinan bahawa Allah adalah satu-satunya dzat yang menguasai alam semesta ini. Dengan hak penuh penetapan atas kehidupan. Tidak ada sekutu dlam kekuasaaan Allah dalam alam semesta ini.
    Allah sebagai pencipta,pemimpin, pelindung, penguasa alam semesta berhak memberikan atau mencabut kekuasaan pada manusia.

    Tauhid dalam mulukiyah menegaskan bahawa kerelaan, pembelaan dan sebagainya tidak boleh diberikan kecuali kepada kepemimpinan/undang-undang yang bersumber dari syari’at Allah SWT,/undang-undang yang sejalan dengan syari’at Allah


    KESIMPULANNYA: tauhid mulkiyyah termasuk dalam tauhid rububiyyah kerana maksud tauhid mulkiyyah itu bersandarkan kepada Allah iaitu Maha Pencipta seperti Tauhid rububiyyah. Ia tidak menjadi tauhid yang keempat kerana hanya ada tiga sahaja tauhid iaitu uluhiyyah, rububiyyah, dan asma’ wa sifat.

    Al Bayanuni, ad Izzuddin ”al Iman:Khasaisuhu,’Alamatuhu, Thamaratuhu” Bhgn. 2 cetakan Dar al Salam, Kaherah 1975.

    http://iqraku.blogspot.com/2009/08/tauhid-rububiyah-uluhiyah-mulkiyah.html

    BalasPadam
  13. Tauhid Mulkiyah : Yaitu mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita.

    Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina siapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah saja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    [Ali Imran : 26]

    "Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" [Al Maidah : 50]

    Tauhid Mulkiyah menuntuk adanya ke-wala-an secara totalitas kepada Allah, Rasul dan Amirul Mukmin (selama tidak bermaksiat kepada Allah SWT)

    Pemimpin (wali)
    Wali adalah sebahagian dari sifat-sifat mulkiyatullah. Ia membawa arti sifat penguasaan iaitu sebagai pelindung, penolong dan pemelihara.

    "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Qur’an, dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan." [Al A'raaf : 50]

    Pembuat Hukum
    Hakiman atau pembuat hukum juga adalah sebahagian dari sifat mulkiyatullah. Ia mesti diikhtiraf oleh manusia dan tunduk hanya kepada hukum-hukum yang telah diturunkan olehNya saja karena hak mencipta hukum itu hanya terhadap kepada Allah semata-mata.

    "Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sembarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [Yusuf : 50]

    Pemerintah
    pemerintah satu lagi sifat mulkiyatullah yang perlu diketahui oleh setiap muslim. Allah memiliki Arasy dan memerintah seluruh mahluk ciptaannya ini dengan ketentuan daripadanya. Dia yang menciptakan dan Dia yang mengarahkan menurut apa yang dikehendakiNya.

    "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu. Ia bersemayam di atas Arasy. Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian mahluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam." [Al A'raaf : 50]

    rujukan : http://iqraku.blogspot.com/2009/08/tauhid-rububiyah-uluhiyah-mulkiyah.html

    dari:
    MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD
    PISMP PA3 SEM2

    BalasPadam
  14. Penjelasan Tauhid Mulkiah (tauhid Kerajaan)

    Istilah ini diperkenalkan oleh Ustaz al-Mawdoodi (w. sept 22, 1979) dalam kitabnya mustalahat arba'ah dan kemudian diadaptasi dan dikembangkan konsepnya oleh Ustaz Sayyid Qutb (29 Ogos, 1966) dalam kitabnya Fi Dzilal, dan yg paling menonjol dalam Ma'alim fii atToriq.

    Tawhid Mulkiah ialah umat Islam mesti mentawhidkan Allah dalam berpolitik, mengujudkan daulah Islamiah dan wajib menerapkan hudud dan qisas. tawhid mulkiah di ambil keluar dari tawhid Rububiyah (tauhid penciptaan dan pentadbiran Allah ke atas alam semesta) dan tawhid Uluhiyah (tawhid Ibadah) lalu dijadikan satu jenis tawhid yg berasingan.

    Mursyid kedua Ikhwan, ustaz Hasan al-Hudhaibi rh, menjelaskan kekeliruan tawhid ini dalam Du'atun Laa Qudhaa' (menjadi pendakwah bukan penghukum), bahawa keujudan tawhid Mulkiah adalah tidak wajar kerana walaupun konsepnya benar, tapi ia tak boleh berdiri sendiri kerana ia boleh menjadikan pengamalnya militan dan agresif dalam sikapnya kepada Pemerintah.
    Dr Solah alKhalidi dalam kitabnya membela Fii Dzilal, menjelaskan konsep tawhid Hakimiah atau Mulkiah spt yang dijelaskan oleh Syed Qutb adalah benar, cuma beberapa pengarang akhbar Mesir, antaranya harian al-Ahram dan Jeneral Militeri Mesir yang loyal dgn Gamal abdul Nasser yang membuat pelbagai tuduhan palsu dan tohmahan terhadap aplikasi tawhid Mulkiah.

    Rumusan:
    Tauhid Mulkiah adalah ciptaan ustaz al-maudoodi dan Syed Qutb (semuga Allah mengampunkan mereka) dengan niat memberi penekanan kepada umat Islam ketika itu supaya memberi perhatian kepada penubuhan semula dawlah, khilafah dan syari'at yang telah runtuh di Turki (1914). Istilah ini tidak salah, cuma bila ia diasingkan dari tawhid sedia ada, ia membuka ruang kepada penyelewengan dan tersalah tafsir. Ini terbukti benar dgn keujudan jama'ah Takfir wal Hijrah yang berdiri di atas Tawhid Mulkiah, dna seterusnya penubuhan jama'ah Hizbu Tahrir di Jordania dan Lubnan. Sekian

    Rujukan : Tuan Hassan Tn Lah@Abdullah . Tauhid Mulkiyah.
    http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=222

    Perbezaan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Mulkiyyah

    Tauhid Rububiyyah
    Terambil dari kalimat Rabbinnas. Maknanya, yakin hanya Allah satu-satunya yang Maha Pencipta, Pemilik, Pengendali alam raya, dan dengan kekuasaan-Nya Ia menghidupkan dan mematikan. Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rizki, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali)… (Q.S. Ar-Rum 30 : 40)

    Tauhid Mulkiyyah
    Terambil dari kalimat Malikinnas. Maknanya, yakin hanya Allah SWT raja atau penguasa yang sesungguhnya, penguasa yang paling berhak menentukan aturan hidup. Aturan hidup-Nya termaktub dalam Al Qur’an dan sunah Rasul.

    Jadi, kalau kita mahu mempelajari dan mengamalkan aturan hidup itu, berarti kita telah melaksanakan Tauhid Mulkiyyah. Allah swt. mengecam orang-orang yang tidak mengimplementasikan Tauhid Mulkiyyah dalam kehidupannya,“Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Q.S. Al Maidah 5: 50)

    Adapun hukum atau aturan buatan manusia yang tidak bertentangan atau sejalan dengan nilai-nilai Islam, tentu tidak disebut hukum jahiliyyah, dan kita pun wajib menaatinya untuk kemashlahatan. Misalnya kita harus menghentikan kendaraan bila lampu merah menyala, aturan ini harus kita taati kerana tidak menyalahi aturan Islam dan bermanfaat untuk kemaslahatan.

    Rujukan : http://ngaji-dikantor.blogspot.com/2010/01/catatan-1-qs-naas-manusia.html

    Nama : Naimah Bt Sulaiman
    Unit : PAi 1

    BalasPadam
  15. FARHATUL ALIA ROSLI PAI3

    Mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita.

    Pemimpin (wali)
    Wali adalah sebahagian dari sifat-sifat mulkiyatullah. Ia membawa arti sifat penguasaan iaitu sebagai pelindung, penolong dan pemelihara.

    Pembuat Hukum
    Hakim atau pembuat hukum juga adalah sebahagian dari sifat mulkiyatullah. Ia mesti diikhtiraf oleh manusia dan tunduk hanya kepada hukum-hukum yang telah diturunkan olehNya saja kerana hak mencipta hukum itu hanya terhadap kepada Allah semata-mata.

    Pemerintah
    Aamiran atau pemerintah satu lagi sifat mulkiyatullah yang perlu diketahui oleh setiap muslim. Allah memiliki Arasy dan memerintah seluruh mahluk ciptaannya ini dengan ketentuan daripadanya. Dia yang menciptakan dan Dia yang mengarahkan menurut apa yang dikehendakiNya.

    http://daulah4islam.wordpress.com/2008/03/06/aqidah-islamiyah-iii-tauhid-mulkiyah/

    Tauhid rububiyyah
    Tauhid rububiyyah ialah iktikad yang kukuh bahawsa Allah adalah tuhan (ar-Rab) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan selain dari-Nya. Dari segi bahasa arab, perkataan ar-Rab bermaksud yang mmengatur. Tauhid rububiyyah ialah mengakui bahawa sesungguhnya Allah pencipta segala makhluk, pemilik segala-galanya, yang menghidup dan mematikan mereka, yang mendatangkan manfaat dan mudharat, yang menyahut doa mereka ketika dalam kesempitan, yang maha berkuasa ke atas mereka, yang memberi dan melarang serta segala ciptaan dan perintah adalah kepunyaan-Nya

    Oleh itu, tauhid Mulukiyyah tidak ada perbezaan dengan Tauhid Rububiyyah.

    BalasPadam
  16. TAUHID MULKIAH
    Iaitu mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita.

    Dalil :
    Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina siapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah saja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    [Ali Imran : 26]
    “Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [Al Maidah : 50]
    TAUHID RUBUBIYYAH
    Yaitu mengesakan Allah Subhannahu wa Ta'ala dalam segala perbuatanNya, dengan meyakini bahwa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk. Allah SWT berfirman: "Allah menciptakan segala sesuatu ..." (Az-Zumar: 62)
    Bahwasanya Dia adalah Pemberi rezeki bagi setiap manusia, binatang dan makhluk lainnya. Allah SWT berfirman: "Dan tidak ada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, ..." (Hud: 6)
    KESIMPULANNYA:
    Berdasarkan huraian di atas saya berpendapat bahawa tauhid mulkiyyah termasuk dalam tauhid rububiyyah kerana maksud tauhid mulkiyyah itu bersandarkan kepada Allah iaitu Maha Pencipta seperti Tauhid rububiyyah. Ia tidak menjadi tauhid yang keempat kerana hanya ada tiga sahaja tauhid iaitu uluhiyyah, rububiyyah, dan asma’ wa sifat.

    http://daulah4islam.wordpress.com/2008/03/06/aqidah-islamiyah-iii-tauhid-mulkiyah/ Oleh :Abasyah
    Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al Fauzan.Kitab Tauhid 1

    Dari : Nur Azyyati Awanis binti Mispan
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  17. ISL 3: Tauhid Mulukiyyah tidak sama dengan Tauhid Rububiyyah. Bincangkan (Jelaskan pendapat sama ada bersetuju ataupun tidak)
    Pecahan akidah salaf ialah tiga sahaja:

    a. tauhid Rububiyah atau Tauhid Khaliqiah atau tawhid ma'rifat

    Dalilnya: al-Ankabut: 61 (dan jika kamu tanya mereka siapakah yang telah menciptakan langit, bumi serta menundukkan matahari dan bulan, pasti mereka akan berkata: Allah!)

    b. Tauhid Ubudiah/ilahiyah/Uluhiyah atau Tawhid Ibadah
    dalilnya : al-Fatihah ayat 5 (Hanya kepada Dikau yang kami sembah dan hanya kepada Dikau yang kami pohon pertolongan)

    c. Tawhid asmaa'was Sifaat atau tawhid menyucikan Allah
    Dalil: Dia mempunyai nama-nama yang paling indah (Thahaa: 08)

    Adapun pembahagian kepada tawhid Mulkiah atau Hakimiyah adalah bid'ah dan tidak dikenali oleh salaf. Lafaz ini tidak ada sumber dan asal usulnya dan kalau kita selusuri maksud kalimah mulkiah dan hakimiah, maka ia mencakupi tawhid Uluhiyah jua (Dr Nasy al-Aql, Samahah syaikh ben Baz, Harian al-Muslimoon, , no 639, 2 May 1997, Kuwait)
    Tauhid Mulukiyyah tidak sama dengan Tauhid Rububiyyah, akan tetapi unsur Tauhid Mulukiyyah ini sudah terkandung dalam Tauhid Rububiyyah.

    Ulama-ulama Bilad alharam membid' ahkan pembahagian tawhid kepada empat (tawhid mulkiah) dan kemungkinan ia berasal dari kaum Khawarij.
    Rujukan: Tauhid Mulkiyah/Tauhid Hakimiyyah, Jan 23, 2009 , diakses pada 13 oktober 2011 di laman web http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2009/01/tauhid-mulkiyahhakimiyah.html

    BalasPadam
  18. Tauhid Mulukiyyah tidak sama dengan Tauhid Rububiyyah. Bincangkan
    (Jelaskan pendapat sama sama ada bersetuju ataupun tidak... )

    pada penelitian saya terhadap sumber rujukan yang saya peroleh, Tauhid Mulukiyyah ialah sebahagian daripada Tauhid Rububiyyah hal ini kerana, pengertian bagi tauhid Rububiyyah ialah,
    mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita..
    wallahualam.....

    rujukan :http://daulah4islam.wordpress.com/2008/03/06/aqidah-islamiyah-iii-tauhid-mulkiyah/

    dari :
    SYAFAWATI BT HASHIM
    PAI 3 SEM 2

    BalasPadam
  19. Tauhid Mulkiyyah diambil dari kalimat Malikinnas. Maknanya, yakin hanya Allah s.w.t. raja atau penguasa yang sesungguhnya, penguasa yang paling berhak menentukan aturan hidup. Aturan hidup-Nya termaktub dalam Al-Qur’an dan sunnah Rasul. Jadi, kalau kita hendak mempelajari dan mengamalkan aturan hidup itu, bererti kita telah melaksanakan Tauhid Mulkiyyah.
    Allah s.w.t. mengecam orang-orang yang tidak mengimplementasikan Tauhid Mulkiyyah dalam kehidupannya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Q.S. Al Maidah 5: 50)

    Ustaz Sayyid Qutub menjelaskan, yang dimaksudkan dengan hukum jahiliyyah adalah aturan hidup atau hukum produk manusia yang berseberangan atau bertentangan dengan nilai-nilai Qur’ani. Contohnya, saat pembahagian waris kita lebih suka menggunakan hukum waris adat berbanding hukum waris Islam, padahal hukum waris adat banyak yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini adalah bertentangan terhadap tauhid mulkiyyah.

    Adapun hukum atau aturan buatan manusia yang tidak bertentangan atau sejalan dengan nilai-nilai Islam, tentu tidak disebut hukum jahiliyyah, dan kita pun wajib mentaatinya untuk kemashlahatan. Misalnya kita harus menghentikan kenderaan bila lampu merah menyala, aturan ini harus kita taati kerana tidak menyalahi aturan Islam dan bermanfaat untuk kemaslahatan.

    Tauhid Rububiyyah diambil dari kalimat Rabbinnas. Maknanya, yakin hanya Allah satu-satunya yang Maha Pencipta, Pemilik, Pengendali alam semesta, dan dengan kekuasaan-Nya Ia menghidupkan dan mematikan. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
    "Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rizki, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali)…" (Q.S. Ar-Rum 30 : 40)

    Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa Tauhid Rububiyyah ialah suatu keyakinan bahawa hanya Allah s.w.t. satu-satunya Yang Maha Pencipta dan Pengatur. Manakala, Tauhid Mulkiyyah adalah suatu keyakinan bahawa hanya Allah s.w.t. yang memiliki hak untuk memberikan aturan atau hukum dalam hidup ini, aturan-Nya itu termaktub dalam Al Qur’an dan Sunah.
    Wallahu A’lam....
    sumber:http://abuhijaz.blogspot.com/2010/11/tauhid-rubbubiyyah-mulkiyyah-dan.html

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. Tauhid Mulukiyyah tidak sama dengan Tauhid Rububiyyah. Bincangkan
    (Jelaskan pendapat sama sama ada bersetuju ataupun tidak... )
    Tidak bersetuju dengan pernyataan diatas.... kerana Sebenarnya Tauhid Mulukiyyah itu termasuk didalam Tauhid Rububiyyah.... Segala yang ada didalam Mulukiyyah tu sebenarnya telah ada didalam Rububiyyah, sama je kehendaknya kedua-dua tauhid tersebut ,tauhid mulukiyyah hanyalah istilah baru yang dicipta..
    Cuba diteliti apa yang terkandung didalam Mulukiyyah dan Rububiyyah..
    Tauhid Mulukiyyah : Istilah ini diperkenalkan oleh Ustaz al-Mawdoodi (w. sept 22, 1979) dalam kitabnya mustalahat arba'ah dan kemudian diadaptasi dan dikembangkan konsepnya oleh Ustaz Sayyid Qutb (29 Ogos, 1966) dalam kitabnya Fi Dzilal, dan yg paling menonjol dalam Ma'alim fii atToriq.
    Tauhid Mulukiyyah ialah umat Islam mesti mentawhidkan Allah dalam berpolitik, mewujudkan daulah Islamiah dan wajib menerapkan hudud dan qisas. tauhid mulukiyyah di ambil keluar dari tauhid Rububiyyah (tauhid penciptaan dan pentadbiran Allah ke atas alam semesta) dan tauhid Uluhiyyah (tauhid Ibadah) lalu dijadikan satu jenis tauhid yg berasingan.

    Sumber :
    - Ustaz Syed Nazli bin Syed Ahmad, tenaga pengajar di Ma’ahad Al-Islami Manarut Taqwa, Balik Pulau, Pulau Pinang.
    - http://www.mybj.al-fikrah.net

    Daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA (PAI 1)

    BalasPadam
  22. Tauhid al-Rububiyah ialah kepercayaan yang jitu bahawa Allah Ta‘ala ialah Pengatur, Pemilik Penciptta dan Penyusun bagi segala sesuatu. Juga tiada sekutu baginya dalam kerajaanNya, tiada penolong baginya kerana kelemahanNya, tiada yang dapat menolak perintahNya, tiada yang dapat mengubah hukumNya, tiada lawan bagiNya, tiada yang menyerupaiNya, tiada yang berhak menggunakan namaNya, tiada yang dapat menandingiNya dengan memiliki salah satu daripada bentuk RububiyahNya dan nama-nama serta sifat-sifatNya.
    Firman Allah Ta'ala ( al-An’am 6:1):

    Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Fatihah 1:2):

    Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Ra'd 13:16):

    Maksudnya: Katakanlah “Siapakah Tuhan langit dan bumi?” Jawabnya “Allah.” Katakanlah “Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak pula kemudharatan bagi diri mereka sendiri?” Katakanlah “Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gelita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?” Katakanlah “Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dialah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”

    (200 Soal Jawab Aqidah, Shaikh Hafiz al-Hakami)

    Iaitu mentauhidkan Allah dalam mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut oleh Allah saja yang menjadi ikutan kita. Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah saja menjadi pakaian kita dan hanya perintah dari Allah saja menjadi junjungan kita.

    Dalil :
    Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina siapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah saja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    [Ali Imran : 26]
    “Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [Al Maidah : 50]
    Tauhid Mulkiyah menuntuk adanya ke-wala-an secara totalitas kepada Allah, Rasul dan Amirul Mukmin (selama tidak bermaksiat kepada Allah SWT)
    Pemimpin (wali)
    Wali adalah sebahagian dari sifat-sifat mulkiyatullah. Ia membawa arti sifat penguasaan iaitu sebagai pelindung, penolong dan pemelihara.
    “Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Qur’an, dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan.” [Al A'raaf : 50]
    Pembuat Hukum
    Hakiman atau pembuat hukum juga adalah sebahagian dari sifat mulkiyatullah. Ia mesti diikhtiraf oleh manusia dan tunduk hanya kepada hukum-hukum yang telah diturunkan olehNya saja karena hak mencipta hukum itu hanya terhadap kepada Allah semata-mata.
    “Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sembarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Yusuf : 50]

    rujukan :
    http://daulah4islam.wordpress.com/2008/03/06/aqidah-islamiyah-iii-tauhid-mulkiyah/

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum w.b.t

    Jawapan ISL 3

    Ibnu Katsir dalam Mukhtashar Tafsir Ibn Katsir, jilid 3, hal 696, menjelaskan:
    “Ayat satu sampai tiga dari surat An-Nas, yaitu Qul A’udzu birabbinnas, malikinnas, ilaahinnas, menegaskan tiga aspek ketauhidan yang paling fundamental, yaitu Tauhid Rububiyyah, Mulkiyyah, dan Uluhiyyah”.

    Tauhid Rububiyyah terambil dari kalimat Rabbinnas. Maknanya, yakin hanya Allah satu-satunya yang Maha Pencipta, Pemilik, Pengendali alam raya, dan dengan kekuasaan-Nya Ia menghidupkan dan mematikan. Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rizki, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali)… (Q.S. Ar-Rum 30 : 40)

    Tauhid Mulkiyyah terambil dari kalimat Malikinnas. Maknanya, yakin hanya Allah swt. raja atau penguasa yang sesungguhnya, penguasa yang paling berhak menentukan aturan hidup. Aturan hidup-Nya termaktub dalam Al Qur’an dan sunah Rasul.
    Menurut pembacaan saya tauhid Mulkiyyah dan tauhid Rububiyyah ialah perkara yang sama yakni meyakini bahawaAllah adalah satu-satunya Penguasa dan Pemilik segala-galanya. Namun terdapat juga pendapat yang tidak memperakui kewujudan tauhid Mulkiyyah, wallahua’lam.
    Sumber Rujukan


    As-Sakhrasy, D. (25, Disember 2009). Apasaja Makna-makna Ketauhidan? Didapatkan Oktober 15, 2011, daripada Facebook: http://www.facebook.com/note.php?note_id=224256600722

    ::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
    ::PAI 2::

    BalasPadam