Kenalan

Khamis, Ogos 25, 2011

Kaedah Simulasi

Kaedah Simulasi miripkepada kaedah lakonan. Yang membezakan antara keduanya ialah Simulasi dilakonkan seolah-olah dalam situasi/ peristiwa  yang sebenar berbanding dengan kaedah lakonan yang boleh merekacipta dialog dan latar cerita sendiri.

Sebelum memulakan Simulasi, seseorang guru itu perlu ;
  1. menentukan kandungan simulasi dan objektif yang ingin dicapai,
  2. memilih kemahiran yang bersesuaian untuk dimasukkan,
  3. merancang penyerapan nilai yang ingin diterapkan kepada pelajar,
  4. memilih aspek-aspek pengukuhan dan pengayaan yang bakal digunakan.
  5. memilih peralatan yang sesuai bagi melaksanakan kaedah tersebut.
Setelah itu, barulah guru tersebut mampu mengaplikasikan kaedah Simulasi dengan mantap. Semasa Simulasi, sewajarnya ;
  1. telah melaksanakan Set Induksi yang menarik. Sekiranya gagal, guru akan menghadapi masalah dalam memastikan pelajarnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap simulasi tersebut.
  2. memilih pelajar yang akan memainkan peranan/ watak.
  3. memastikan suara watak jelas dan dapat didengari oleh semua pelajar lain. Elakkan memilih pelajar yang gagap/ tidak lancar membaca.
  4. memberi arahan yang jelas kepada pelajar terlibat.
  5. memberi tugasan lain kepada murid yang tidak mengambil bahagian seperti membuat catatan sbg.
Selepas Simulasi, guru sepatutnya ;
  1. berbincang dengan murid mengenai hasil simulasi.
  2. menyuruh murid menulis laporan/ isi penting dsbg tentang simulasi yang telah dijalankan.
  3. membuat penilaian sama ada objektif pengajaran telah tercapai atau sebaliknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan