Kenalan

Isnin, April 14, 2014

Tips 10 Jawi Muallim : Huruf Ta Marbutah vs Ta Maftuhah


Kadang-kadang ada yang terkeliru menggunakan huruf Ta Marbutah dan juga Ta Maftuhah. Huruf Ta Marbutah digunakan bagi perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab. Manakala Ta Maftuhah digunakan bagi perkataan asal Bahasa Melayu.

Tips 9 Jawi Muallim : Huruf KAF

Antara kesilapan yang sering terjadi ketika menulis jawi ialah penggunaan huruf KAF. Ramai pengguna masih mengekalkan ejaan lama yang menggunakan huruf KAF berhamzah di dalamnya (ada juga yang menggelarnya sebagai ya kecil, kaf kecil dll). Sedangkan kini hanya huruf KAF biasa sahaja yang digunakan
(sila lihat contoh yang dipaparkan).

Tips 8 Jawi Muallim : Padanan Sepadan [P] dan [F]

Alhamdulillah.. lama sudah tak menyambung tips menulis jawi. Kali ini MJ akan berbicara tentang padanan sepadan huruf P dan F. Cukup mudah... dengan sistem penggunaan huruf yang sistematik oleh DBP, kini kita menggunakan padanan huruf 'fa' (bertitik satu) bagi huruf F dan padanan huruf 'pa' (bertitik tiga) bagi huruf P. Kalu dahulu, semuanya menggunakan  huruf 'pa' bertitik tiga termasuklah padanan huruf P. Syabas di atas usaha pencerahan sistem ejaan ini..  


Selasa, Mac 04, 2014

Jurnal Penyelidikan KPM 2014

Promosi Jurnal Penyelidikan

07 February 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan  Malaysia  akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 15 untuk tahun 2014. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2014.

Yang berminat sila lawati sesawang moe di :

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4050&page%3D2%26keyword%3D%26

Rabu, Disember 25, 2013

Tarikh Gaji Tahun 2014


Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2014

Alam persekolahan bagi Tahun 2014 bakal menjelang.. guru-guru mula sibuk bermesyuarat bagi perancangan tahun hadapan.. ada yang sehari suntuk, namun ada yang berhari-hari.. Alhamdulillah anak kedua ambe pon akan memulakan Tahun 1 pada bulan Januari nanti..

Kepada yang memerlukan, kat sini ambe pamerkan Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2014.. Cuti dah habisss... Selamat menyambungkan tugas demi negara dan anak bangsa tercinta..