Kenalan

Isnin, Februari 08, 2010

Tun Indera Terengganu

Tokoh Ulama : Tun Indera

Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang bersama semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1. Makam beliau terletak di Kampung Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, ditebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu.

Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah, Terengganu

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian : Tuan Hj. Mamat Merbau Patah, Terengganu

Nama penuh beliau, Haji Mamat @ Mohamad bin Osman, berasal dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu. Dari keturunan orang-orang alim. Dalam usia 13 tahun beliau sudah boleh membaca khutbah.Mendapat pendidikan awal di Pondok Losong Haji Mat Syafie, kemudian pergi ke Kelantan berniaga sambil belajar. Beliau selalu mengadakan muzakarah dengan guru-guru di sana. Kecenderungannya kepada ilmu Tasauf sangat kuat.

Kemudian Tuan Guru Haji Mamat beruzlah di Mekah selama enam bulan. Selepas kembali ke tanahair, beliau bermimpi berada di bawah sepohon kayu yang terletak di atas tanah yang tinggi dan di situlah beliau mendapat pelbagai ilmu.

Sabtu, Februari 06, 2010

Kaedah dan Teknik Soal Jawab

Kaedah Soal Jawab merupakan satu kaedah yang wajib digunakan oleh setiap guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini digunakan bukan sekadar untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar di dalam memahami pengajaran yang disampaikan. Malah ia juga digunakan untuk mencungkil bakat dan kemampuan murid terbabit.

Jumaat, Februari 05, 2010

Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

Tokoh Ulama : Suatu Pencarian.. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

TIDAK dapat dinafikan bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: Daripada keturunan Rasulullah s.a.w. atau golongan `sayid'. Di antara ulama yang paling besar pengaruhnya di Terengganu ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu.

SULTAN ZAINAL ABIDIN III

SULTAN ZAINAL ABIDIN III : Umara bertaraf ulama.

SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya. Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Khamis, Februari 04, 2010

Kemahiran Ilustrasi/ Pengurusan Sumber BBM

Apabila kita berbicara mengenai kemahiran berilustrasi ataupun menguruskan sumber BBM/ ABM.. harus kita ingat bahawa sumber itu datang daripada pelbagai jenis, keadaan dan rupa bentuk.. Sebaik-baik bahan/ sumber ialah bahan maujud yang berada di sekeliling pelajar.. Kerana ia mengambarkan hakikat, realiti serta kebenarannya... namun jika tidak mampu dibawa bahan maujud tersebut ke dalam kelas ataupun sebaliknya.. maka pilihan BBM yang menarik dan sesuai perlulah digunakan...

Selasa, Februari 02, 2010

Kemahiran Set Induksi

Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya.. bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.

Ahad, Januari 24, 2010

Lucu & Sensasi 1 : Dapat cuti kerana digigit kucing

Laporan terkini untuk hari ini... seekor kucing terlepas didapati amat merbahaya untuk keselamatan orang awam.. dan sedang diusahakan untuk ditangkap semula. Haiwan liar ini telah mengkekoh tangan seorang lelaki yang cuba menangkap dan memulangkannya kepada tuannya...

Ahad, Januari 17, 2010

Tok Belian

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian ; Tok Belian
(Sebarang maklumat dan sumbangan artikel mengenai tokoh ini amatlah dialu-alukan)


Tok Belian Mahmud dipercayai seorang pembesar dan pemerintah di Tersat. Beliau juga seorang pahlawan yang datang bersama Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampung Kemat kira-kira 13 km dari Bandar Kuala Berang.

Tok Gajah

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian ; Tok Gajah
(Sebarang maklumat dan sumbangan artikel mengenai tokoh ini amatlah dialu-alukan)

Nama Tok Gajah yang sebenarnya Iman Rasu bin Shahrum dan gelarannya ialah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang tahun 1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.

Sabtu, Januari 16, 2010

Tok Pauh

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian ; Tok Pauh
(Sebarang maklumat dan sumbangan artikel mengenai tokoh ini amatlah dialu-alukan)



Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal dan adalah dijangka hayatnya dalam tahun 1660-an. Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang

Tok Raja Ri

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian ; Tok Raja Ri
(Sebarang maklumat dan sumbangan artikel mengenai tokoh ini amatlah dialu-alukan)


Makam beliau terletak di Kuala Por kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Berang. Beliau berkemungkinan orang yang mengisytiharkan perundangan di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seoarang pendakwah dan Pembesar Istana yang datang bersama Pengisytiharan Batu Bersurat.

Che Leh Keramat

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian ; Che Leh Keramat
(Sebarang maklumat dan sumbangan artikel mengenai tokoh ini amatlah dialu-alukan)


MOHD SALLEH BIN HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG (CHE LEH KERAMAT)
(ANAK HAJI ABD RAHMAN LIMBONG, TERENGGANU)



Tarikh kelahiran Che Leh Keramat tidak diperolehi, namun beliau meninggal dunia pada tahun 1962 dalam usia 72 tahun.

Merupakan anak kepada Tok Limbong dan mengasaskan tapak Burdoh di Kg Pulau Bahagia.
Beliau juga memimpin Tariqat Naqsyabandi yang diambil bai’ah dari Tokku Paloh. Yang menerima amalan ini bersama Che Leh seramai 7 orang (5 orang dari Pahang, 1 dari Kedah dan 1 dari Terengganu).

Haji Mat Shafie Losong

Kisah Tokoh Ulama... Suatu Pencarian; Haji Mat Shafie Losong
(Sebarang maklumat dan sumbangan artikel mengenai tokoh ini amatlah dialu-alukan)

Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin (1862 - 1945) atau lebih dikenali sebagai Haji Mat Shafie Losong merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.

10 Nasihat Hassan al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

Selasa, Januari 12, 2010

WAJ3101 : ISL 2


TITAS : MINGGU 2

Tajuk :

Mengapakah Tamadun Islam berpandukan al-Qur’an/ as-Sunnah/ akal/ penemuan & ciptaan baru/ penyempurnaan semula? Jelaskan. (Secara kumpulan tidak melebihi 3 orang)

WAJ3101 : ISL 1



TITAS (WAJ3101) : ISL MINGGU 1

Huraikan konsep tamadun, tidak bertamadun dan primitif.

Arahan :

1. Sila dapatkan maklumat secara berkumpulan.

2. Taipkan nama ahli kumpulan dengan lengkap berserta unit.

3. Setiap kumpulan tidak boleh melebihi 3 orang.

PIM3106 : ISL 2


Tajuk ISL PIM3106/ MINGGU 2

Tajuk :
Bukti Rasulullah saw sebagai seorang nabi dan Rasul. (Individu)

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda dengan menggunakan format berikut :
Nama Pengarang, Judul Buku, (Tahun): Tempat diterbitkan, Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah, Sirah Nabawiyyah,(2010)Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.

PIM3106 : ISL 1


Tajuk ISL PIM3106/ MINGGU 1 :

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang nabi dan rasul, dalam masa yang sama juga merupakan seorang pemimpin dan negarawan. Bincangkan (kumpulan).

Arahan :
Sila jawab secara berkumpulan. Nyatakan nama sebenar setiap ahli kumpulan di bawah jawapan yang telah diberikan.