Kenalan

Rabu, Ogos 24, 2011

Kaedah Demontrasi/ Tunjukcara

Kaedah Demontrasi atau Tunjukcara merupakan satu kaedah yang amat menarik digunakan jika dapat diaplikasikan dengan baik. Sebelum memulakan kaedah ini, seseorang guru haruslah :
  1. Tentukan objektif dan kandungan tunjukcara.
  2. Memberi penerangan dan arahan yang jelas dan betul mengenai tatacara kaedah tersebut.
  3. Sediakan peralatan yang sesuai yang diperlukan.
  4. Pastikan tempat duduk pelajar sesuai agar semuanya dapat melihat demontrasi/ tunjukcara yang akan dilaksanakan.
  5. Keselamatan pelajar amat penting untuk diambil perhatian. Sebarang peristiwa yang tidak diingini perlu dielakkan.
Selepas memastikan kelima-lima elemen tadi dipatuhi, barulah guru tersebut memulakan pengajaran. Semasa mengaplikasikan kaedah ini, seorang guru itu sewajarnya mengambilkira ciri-ciri berikut :
  1. Mula melaksanakan pengajaran apabila pelajar betul-betul bersedia.
  2. Perhatikan tindakbalas dan respon pelajar.
  3. Pastikan semua pelajar dapat melihat demontrasi/ tunjukcara yang dilakukan.
  4. Galakkan penyertaan dan penglibatan semua pelajar.
  5.  Tarik perhatian murid berkaitan dengan aspek yang penting.
  6. Ulangi tunjukcara/ demontrasi jika perlu.
  7. Meminta pelajar mengulangi tunjukcara/ demontrasi.
 Apabila semua pelajar telah dilibatkan dengan kaedah tersebut, seorang guru itu perlulah membuat penilaian terhadap pemahaman pelajar mereka sama ada mengadakan aktiviti perbincangan/ soal jawab ataupun membuat aktiviti susulan seperti latihan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan