Kenalan

Sabtu, Februari 06, 2010

Kaedah dan Teknik Soal Jawab

Kaedah Soal Jawab merupakan satu kaedah yang wajib digunakan oleh setiap guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini digunakan bukan sekadar untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar di dalam memahami pengajaran yang disampaikan. Malah ia juga digunakan untuk mencungkil bakat dan kemampuan murid terbabit.


Melalui kaedah ini, kita akan dapat mengenali dan mendampingi pelajar kita dengan sebaiknya.. Harus diingat, kaedah ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil pelajaran/ aras yang dicapai oleh seseorang guru. Kerana itu, mereka perlulah menguasai kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaik-baiknya.

Berikut adalah kemahiran teknik menyoal yang perlu diamalkan oleh setiap guru :
1.   Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas.
2.   Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.
3.   Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'.
4.   Melakukan hentian di temnpat yang sepatutnya.
5.   Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa didiskriminasi/ pilih kasih.
6.   Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang tidak dapat menjawab.
7.   Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.
8.   Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka gagal menjawab soalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan