Kenalan

Sabtu, Mac 03, 2012

Kemahiran Buku IQRA' : Siri 1

Terdapat 41 kemahiran Buku IQRA' yang perlu dikuasai pelajar. Sekiranya murid-murid dapat menguasai kemahiran tersebut, insyaallah lebih mudah guru membimbing mereka membaca al-Qur'an dengan lebih tepat.

Kenalilah dan beri penekanan sewajarnya agar anda tidak perlu membazir masa yang begitu bermakna buat merek@ dan @ND@... Moga program 6 Bulan Khatam al-Qur'an menjadi suatu realiti... khususnya buat anak didik j-QAF..

KEMAHIRAN 1 - 10:
  1. Menyebut Huruf Tunggal (menyebut huruf pendek satu persatu tanpa mad - fokus IQRA' 1 : ms 27.
  2. Huruf Hampir Persamaan Bunyi (bezakan bunyi dengan sebutan makhraj yang betul - fokus IQRA' 1 : ms 30).
  3. Huruf Bersambung (membaca huruf sambung secara putus-putus - fokus IQRA' 2 : ms 1).
  4. Bacaan Panjang / Mad Asli (membaca panjang 2 harakat alif maddah -  fokus IQRA' 2 : ms 14).
  5. Perbezaan Tanda Mad Asli (membezakan tanda mad namun bacaan tetap sama - fokus IQRA' 2 : ms 21).
  6. Huruf Berbaris Kasrah (dibaca putus-putus, pendek dan tidak boleh dipanjangkan -  fokus IQRA' 3 : ms 1).  
  7. Bacaan PanjAng Huruf Mad "ya"  (mesti tepat bacaan panjang pendek - fokus IQRA' 3 : ms 6).
  8. Bacaan Panjang  Mad Silah Ha' Kasrah (huruf kasrah diikuti dengan dhamir - fokus IQRA' 3 : ms 8).
  9. Bacaan Dhammah (disebut dengan memucungkan mulut - fokus IQRA' 3 : ms 14).  
  10. Bacaan Panjang Huruf Mad 'wau' (bacaan panjang huruf mad yang diikuti dengan wau -  fokus IQRA' 3 : ms 17). 
[~ bersambung di siri kedua.]
Insyaallah.. Selamat MencubA................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan