Kenalan

Selasa, Januari 12, 2010

PIM3106 : ISL 1


Tajuk ISL PIM3106/ MINGGU 1 :

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang nabi dan rasul, dalam masa yang sama juga merupakan seorang pemimpin dan negarawan. Bincangkan (kumpulan).

Arahan :
Sila jawab secara berkumpulan. Nyatakan nama sebenar setiap ahli kumpulan di bawah jawapan yang telah diberikan.

6 ulasan:

  1. Dari Aspek Kepimpinan:
    1. Baginda membentuk piagam Madinah yang secara tidak langsung menjadikan Madinah sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.
    2. Baginda merupakan seorang pemimpin yang mengamalkan sikap terbuka atau demokrasi terpimpin seperti peristiwa perang Khandak.
    3. Baginda merupakan pemimpin tentera yang berkaliber yang mengajar tenteranya etika peperangan seperti melarang tentera Islam meruntuhkan tempat ibadat.
    4. Perjanjian Hudaibiyah- walaupun agreement tersebut nampak berat sebelah tetapi telah menguntungkan pihak Islam.
    5. Baginda mengangkat martabat kaum wanita dengan menyatakan bahawa syurga di bawah telapak kaki ibu.

    Dari Aspek Negarawan
    1. Membina organisasi negara- baginda membentuk piagam Madinah.
    2. Memurnikan negara dengan tidak melarang kaum Ansar mengamalkan budaya mereka selagi mana tidak bertentangan dengan syarak dan orang kafir boleh beramal dengan agama mereka dengan aman.
    3. Menunjukkan sikap yang baik sebagai contoh ikutan kepada rakyat seperti cara percakapan baginda yang penuh hikmah dan bijaksana.
    4. Menggalakkan rakyat menuntut ilmu sama ada ilmu duniawi dan ukhrawi.

    Ahli Kumpulan.
    1. Mustaqim Esa
    2. Abd Halim Abd Hamid
    3. Fadzil Ahmad Zaki

    BalasPadam
  2. Ustaz...name sorg lagi ahli kumpulan kami tertinggal, ahli kumpulan yang sepatutnya:
    1. Mohamad Mustaqim Esa
    2. Abdul Halim Abdul Hamid
    3. Muhamad Fadzil Ahmad Zaki
    4. Asyraf Roslan

    Segala kesilapan semasa menulis nama ahli kumpulan adalah tidak disengajakan....tq

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum w.b.r.

    Rasulullah s.a.w. merupakan seorang nabi dan rasul, juga seorang pemimpin dan negarawan. Ia dibuktikan melalui tindakan beliau:

    1) menyatupadukan 2 pihak yang sering bertelagah (Aus dan Khazraj)
    2) meletakkan dasar ekonomi dan pentadbiran (menghapuskan riba)
    3) menggubal Piagam Madinah (undang-undang yang melibatkan semua individu)
    4) menyatukan umat Islam dari tempat yang berlainan (Mekah-Madinah)
    5) membentuk persaudaraan dari 2 tempat
    6) membina kekuatan zahiriah dan batiniah
    7) membina keamanan dalam Negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama
    8) merangka strategi yang kemas dalam hijrah
    9) membina buidaya ilmu (mensyaratkan kepada tawanan perang mengajar membaca)
    10) mampu melahirkan ramai cendikiawan
    11) digelar al-Amin sejak umur yang muda
    12) menerima pendapat daripada sahabat (terbuka)
    13) menyelesaikan isu hajarul aswad
    14) strategi pembukaan Mekah yang mantap
    15) strategi perang yang kemas

    Rasulullah s.a.w. mempunyai segala sifat yang diperlukan oleh seorang pemimpin dan negarawan kerana dikurniakan ilmu dan perintah terus daripada Allah s.w.t.

    ahli kumpulan:
    1) Hafidzah binti Saffeen
    2) Nurul Khalidah Muhyidin
    3) Aliana binti Awang Abd Rahman
    4) Siti Adawiah binti Din
    5) Mazaini binti Mokhtar

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum…

    Rasulullah s.a.w merupakan seorang nabi dan rasul, dalam masa yang sama juga merupakan seorang pemimpin dan negarawan. Antara peristiwa-peristiwa yang membuktikan kepimpinan Rasulullah s.a.w ialah :

    1.Menyelesaikan isu perletakkan Hajarul
    Aswad
    2.Baginda mengetuai hampir semua peperangan
    menentang tentera kafir laknatullah.
    3.Baginda merancang strategi perang yang mantap
    sehingga tentera Islam beroleh kemenangan yang besar.

    Contohnya :- dalam perang Uhud,pasukan
    pemanah ditempatkan di bukit
    - Semasa pembukaan kota Mekah,
    tentera Islam dibahagikan
    kepada 4 kumpulan yang akan
    memasuki Mekah dari 4
    penjuru.

    4.Pemimpin Negara Islam Madinah yang diiktiraf oleh dunia
    5.Merangka dan mengubal Piagam Madinah yang berlandaskan perundangan Al-Quran
    6.Mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang bertelagah kerana perdamaian dan perpaduan rakyat menjadi elemen penting dalam kestabilan sesebuah Negara
    7.Pemimpin yang berjaya menghidupkan budaya ilmu
    di kalangan rakyat sehingga munculnya tokoh-tokoh cendekiawan dunia yang beragama Islam.


    Ahli Kumpulan :

    1.Farah Wahida binti Mohd. Nazir
    2.Norazira binti Mhd. Nor
    3.Nur Farah Ain binti Rais
    4.Nuratiqah binti Rubaai
    5.Wan Izyan Izzati binti Wan Jaafar

    BalasPadam
  5. kepimpinan:
    1) peristiwa meletakkan Hajarul Aswad
    2) Berasal daripada keturunan yang mempunyai
    kebolehan dalam memimpin sebuah masyarakat
    3) menjadi contoh teladan dari segenap aspek
    4) mengamalkan sikap terbuka dan demokrasi dalam
    menyelesaikan sesuatu masalah
    5) mengamalkan 4 sifat dalam kepimpinan iaitu
    sidiq,amanah,tabligh dan fatonah dalam
    memimpin

    negarawan:
    1) menggubal Piagam Madinah berpandukan al-Quran
    2) tidak mengamalkan diskriminasi dengan
    masyarakat bukan Islam yang lain
    3) menjadikan al-Quran dan Hadith yang merupakan
    sumber perundangan dan rujukan yang masih
    digunakan sehingga kini

    Ahli Kumpulan:
    1) Ahmad Shah mimi bin Mohd Rosli
    2) Safuan bin Mohd Akil
    3) Noor Syafiq Aiman bin Mohd Esa
    4) Mohd Ainuddin Fikri bin Ramli

    BalasPadam
  6. kepimpinan:
    1) mengamalkan sikap terbuka dan demokrasi dalam
    menyelesaikan sesuatu masalah
    2) mengamalkan 4 sifat dalam kepimpinan iaitu
    sidiq,amanah,tabligh dan fatonah dalam
    memimpin
    3) Baginda mengetuai hampir semua peperangan
    menentang tentera kafir laknatullah.
    4) Baginda merancang strategi perang yang mantap
    sehingga tentera Islam beroleh kemenangan yang besar.
    5) membentuk persaudaraan dari 2 tempat
    6) membina kekuatan zahiriah dan batiniah

    negarawan:

    1) Menunjukkan sikap yang baik sebagai contoh ikutan kepada rakyat seperti cara percakapan baginda yang penuh hikmah dan bijaksana.
    2) Menggalakkan rakyat menuntut ilmu sama ada ilmu duniawi dan ukhrawi.
    3) menggubal Piagam Madinah berpandukan al-Quran
    4) strategi pembukaan Mekah yang mantap


    Ahli Kumpulan:
    1) Abdullah Zaki bin Nordin
    2) Muhd Wafiyuddin bin AB.Halim Fauzi
    3) Ahmad Syahmin bin Zulkefli

    BalasPadam