Selasa, Januari 12, 2010
PIM3106 : ISL 2
Tajuk ISL PIM3106/ MINGGU 2
Tajuk :
Bukti Rasulullah saw sebagai seorang nabi dan Rasul. (Individu)
Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda dengan menggunakan format berikut :
Nama Pengarang, Judul Buku, (Tahun): Tempat diterbitkan, Syarikat Penerbitan, m.s:X.
Contoh :
Muhammad Bin Abdullah, Sirah Nabawiyyah,(2010)Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum....
BalasPadamBukti yang menunjukan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah sebagai seorang nabi dan rasul adalah apabila Allah taala telah memerintahkan kepada Baginda s.a.w. supaya menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan kepada seluruh umat manusia ketika Rasulullah s.a.w. berumur 40 tahun.
Firman Allah taala di dalam surah Saba' ayat 28:
وما أرسلنك إلا كافّة للناس بشيرا ونذيرا ولكن أكثر الناس لا يعلمون
Maksudnya: “Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada Mengetahui.”
Ketika Nabi s.a.w. sedang duduk bersendiri di Gua Hira' jauh daripada kaumnya yang berada di dalam kesesatan, maka turunlah wahyu pertama yang dibawakan oleh Jibril a.s. iaitu surah al-'Alaq ayat 1-5. Selepas daripada itu, Rasululah mula melaksanakan ibadatnya kepada Allah dan menyampaikan dakwah Islam secara rahsia bersesuaian dengan perintah Allah selama 3 tahun. Kemudian, Allah berfirman di dalam surah al-Hijr ayat 94 yang memerintahkan agar Rasulullah s.a.w. meyampaikan dakwah secara terbuka.
Wallahua'lam....
Rujukan:
Dr. Afif Abdul Fathah Thobbaroh, Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran, (2005), Kuala Lumpur: Victory Agencie, m.s: 787-792
Nama: Asyraf bin Roslan
Bukti Rasulluah s.a.w. seorang nabi dan rasul adalah dengan berlakunya peristiwa israk dan mikraj yang mana Allah telah menjalankan baginda pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Kemudian baginda naik ke langit untuk bertemu Allah s.w.t bagi menyambut perintah kewajipan solat. Peristiwa ini adalah salah satu bukti Rasulullah merupakan seorang nabi dan rasul yang mana baginda sendiri perlu menunaikan solat dan wajib ke atas diri baginda untuk menyeparkan perintah Allah itu kepada umat Islam.
BalasPadamFirman Allah dalam surah al- Israa 17: 1 yang bermaksud:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda- tanda (kekuasaan dan keesaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Rujukan:
Dr. Afif Abdul Fathah Thobbaroh, Kisah Nabi- Nabi dalam Al- Quran, (2005), Kuala Lumpur: Victory Agencie, m,s: 828-830
Oleh: Mustaqim Esa
Bukti Kenabian Nabi Muhammad S.A.W :
BalasPadamBukti Daripada Taurat Dan Injil
Dari kitab injil kedatangan nabi Muhammad s.a.w telah di sebut dalam ayat berikut, for moses truly said unto the fathers, a prophet shall the lord your god raise up unto you of your brethren, like unto me: him shall ye hear in all things whatsoever he shall say unto you, (Acts of Apostles 2: 22)
Mengenai kalimat “unto you of your brethren” member maksud bahawa:
1) Seorang nabi yang akan di utuskan adalah dari kalangan saudara Israel(Yaakob).
2) Namun, nabi tersebut bukannya dari kalangan bani Israel itu sendiri.
3) Sebenarnya yang di maksudkan ialah dari bani Ismail(saudara bani Israel)
4) Bahkan sebenarnya, Ismail adalah saudara tua bagi Ishak iaitu bapa kepada Yaakob.
5) Dan jelasnya bahawa Nabi Muhammad itu sememangnya jelas dari keturunan Bani Ismail.
Manakala mengenai kalimah “like unto me” pula bermaksud : nabi Muhammad menyamai Musa dalam banyak hal. Antaranya ialah :
1) Muhammad dan Musa di lahirkan secara biasa iaitu beribu bapa, sebaliknya Isa hanya beribu sahaja bahkan diciptakan secara ajaib.
2) Muhammad dan Musa sama-sama berumahtangga dan berkeluarga, sedangkan Isa tetap berbujang selama hidupnya.
3) Baik Musa mahupun Muhammad adalah membawa syariat baru untuk umatnya, sedangkan Isa hanya sekadar menyambung syariat Musa. Katanya “Jangan kamu sangka aku datang untuk merombak Taurat melainkan hendak menggenapkan” (St. Mathews 5: 17)
4) Keturunan Musa dan Muhammad adalah jelas dan pasti, sama-sama dari keturunan Nabi Ibrahim. Sedangkan salasilah Isa pula kabur. Apalagi menurut dogma Kristian, Isa adalah anak Tuhan.
5) Musa dan Muhammad wafat secara biasa, tetapi Isa menurut dogma Kristian dibunuh di tiang salib ( St. marks 15: 37)
Dengan demikian , bahawa nabi yang dikatakan “lahir dari kalangan saudara-saudara Musa” sebenarnya ditujukan kepada Muhammad, bukannya Isa.
Dan jelaslah kebenaran Muhammad sendiri sebagai Rasulullah. Justeru berita tentang kedatangannya telah di sebut-sebut dengan jelas dalam Taurat dan Injil, meskipun umat Islam menganggap bahawa isi-isi kandungan kitab tersebut telah banyak diubah.
Sebab itulah ketika Nabi Muhammad dilahirkan, yang mula-mula menyakini bahawa dialah Nabi yang ditunggu-tunggu dari kalangan pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani. Misalnya, ketika Muhammad baru berusia 12 tahun, Paderi Buhaira sudah pun menyakini bahawa Muhammad itulah bakal Nabi. Sebab itulah dia berkata kepada Abu Talib yang datang berdagang ke Syam : “Bawalah kembali anak saudaramu ini, dan jagalah dia dari kaum Yahudi. Demi Allah, kalau mereka tahu apa yang aku tahu, nescaya ereka akan mengapa-apakannya, kerana akan terbit daripadanya urusan yang besar.” Ini menyebabkan Abu Talib bergegas membawa Muhammad pulang ke Mekah.
rujukan :
Dr Abdul Rahman Bin Haji Abdullah,Sejarah dan Tamadun Islam(2007), Kedah, Pustaka Darussalam. Hlmn.52-55)
Assalamualaikum.
BalasPadamUmum kita ketahui bahawa definisi nabi ialah menerima wahyu oleh Allah hanya untuk dirinya sendiri manakala rasul pula bermaksud menerima wahyu dari Allah dan disampaikan kepada orang lain(kaum yang hidup ketika zaman itu). Oleh itu antara bukti Nabi Muhammad bin Abdulllah adalah seorang nabi dan rasul ialah sebagaimana peristiwa yang terjadi ketika nabi Muhammad berdakwah ke Taif. Sebelum pergi ke Taif, Rasulullah telahpun diseksa dan dihina dengan teruk oleh kaum Musyrikin Quraisy. Rasulullah telah ditaburkan pasir dan tanah oleh mereka yang begitu membencikan baginda. Kemudian Rasulullah pergi ke Taif untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan disamping berdakwah kepada mereka. Namun mereka menolak ajakan baik yang dibawa oleh Rasulullah dan enggan memberikan sebarang bantuan kepada Rasulullah. Disamping itu, Rasulullah turut dicaci dan dihina oleh khadam yang yang dihantar oleh mereka. Rasulullah juga turut dilemparkan dengan batu sehingga berdarah baju baginda dan telah datang malaikat dan meminta Rasulullah untuk membenarkannya membalas ke atas apa yang dilakukan ke atas baginda namun Rasulullah menolak permintaan malaikat tersebut. Begitulah sifat baginda yang tabah dan sabar menghadapi dugaan yang diterimanya.
Mahayudin bin Hj Yahaya, Sirah Nabi Muhammad S.A.W (Zaman Makkah),(1993)Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, m.s:139-141.
Nama: Safuan bin Mohd Akil
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
BalasPadamBukti Rasulullah s.a.w sebagai nabi dan rasul ialah Rasulullah dikurniakan dengan kurniaan yang amat berharga dan tidak ternilai iaitu kitab suci al-Quranul karim. al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan unggul yang kekal abadi dan tidak dapat ditandingi oleh seorang pun dari kalangan jin mahupun manusia.Telah sabit cabaran Allah SWT kepada orang-orang yang tidak beriman supaya menandingi al-Quran mahupun mendatangkan al-Quran ataupun mendatangkan sesuatu yang menyerupainya dari segi bahasa, kandungan dan sebagainya seperti mana firman Allah dalam surah Yunus, ayat 38 yang bermaksud:
"Atau (patutkah)mereka mengatakan Muhammad membuat-buatnya. katakanlah ("kalau benar kalau benar apa yang kamu katakan itu") maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."
al-Quran juga menyempurnakan ajaran-ajaran Nabi-nabi terdahulu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Perbandingan aku dengan Nabi-Nabi sebelumku ialah ibarat orang-orang membina rumah. setiap orang yang melihatnya akan memuji kecantikkannya kecuali di suatu sudut berlubang kerana kekurangan satu batu bata. Maka batu bata yang satu itu adalah aku"
Apabila Nabi Muhammad menyifatkan baginda sebagai batu bata, maka jelas kelahiran Baginda mempunyai peranan penting, iaitu sebagai Nabi terakhir dengan membawa ajaran Al-Quran sebagai pelengkap agama Islam.
Terima Kasih...
rujukan:
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sirah Nabawiyah: insan teladan sepanjang zaman,(2006)Kuala Lumpur: Nufair Street Sdn Bhd, m.s.:131
Dr. Adel M.Abdulaziz, Ahmad Kamal Mohamad, Mohamad Mustaqim Zarif, Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran,(2006)Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, m.s.:3
Oleh: Mazaini Mokhtar
Muhammad Wafiyudin b Ab Halim Fauzi
BalasPadamNabi Muhammad adalah rasul akhir zaman yang diutus kepada seluruh manusia. Namun, ramai manusia menafikan kerasulan beliau tanpa usul periksa walaupun terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan kebenaran beliau.
Antara bukti yang menunjukkan Nabi Muhammad adalah rasul akhir zaman ialah pernyataan seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab terdahulu iaitu kitab Perjanjian Lama, Perjanjian Baru, Vedas, Purana serta kitab suci agama Budha. Di dalam Bible, beliau dikenali sebagai Paracletos, manakala di dalam kitab Vedas dan Purana, beliau dikenali dengan empat gelaran iaitu Narashangasa, Antim Rishi, Kalki Avatar dan Ahamiddi. Di dalam kitab agama Budha pula beliau dikenali sebagai Maitreya.
Walaupun gelaran yang diberikan adalah berlainan tetapi yang pastinya ia merujuk kepada seorang individu iaitu Baginda Rasulullah S.A.W. Jadi hal ini membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W memang seorang Nabi dan Rasul kerana nama baginda telah tercatat dalam kitab-kitab terdahulu sebagai petanda kepada umat pada masa itu bahawa seorang nabi akan dibangkitkan pada akhir zaman nanti.
wallahuaa'lam.
Dr Danial Zainal Abidin, Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (2008), Kuala Lumpur, PTS Millennia Sdn. Bhd. Hlmn 15-18
BUKTI NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBAGAI SEORANG NABI DAN RASUL
BalasPadamNabi Muhammad s.a.w. ialah seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk umat manusia pada akhir zaman sebagai penyampai risalah dan petunjuk agama yang benar, iaitu agama Islam.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan baginda adalah seorang Nabi dan Rasul. Salah satu daripadanya ialah beberapa keajaiban sewaktu kelahiran baginda s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. lahir pada tahun 517 M, 12 Rabiul awal, di Makkah.
1) Sewaktu mengandungkan baginda, ibunya telah berkata : “Aku telah mengandungkannya dan aku tidak pernah mendapati kesusahan sampai aku melahirkannya. Ketika ia keluar dariku pula keluar bersamanya cahaya yang menerangi apa-apa yang ada di timur dan barat, kemudian jatuh ke bumi dalam keadaan bergantung di kedua tangannya..”. Rasulullah lahir dalam keadaan tali pusatnya telah terputus dan telah dikhitan.
2) Antara tanda-tanda alam sewaktu kelahiran beliau pula ialah istana kaisar Rom tergoncang sehingga menyebabkab 14 balkoninya roboh. Api Parsi pula padam, padahal api ini tidak pernah padam sebelumnya selama seribu tahun serta keringnya danau “Sawah”.
3) Dalam adat orang Quraisy, apabila seorang anak lahir, maka mereka akan menyerahkannya kepada kaum wanita Quraisy sampai Subuh di mana mereka meletakkan kuali/bejana di atas kuali tersebut. Rasulullah turut diberikan mereka. Ketika waktu Subuh, mereka mendatanginya dan mendapati kuali tersebut telah terbelah menjadi dua, dan mereka melihat baginda dalam keadaan kedua matanya mengadap ke langit.
4) Sudah menjadi kebiasaan keluarga bangsawan Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada wanita penyusu. Nabi s.a.w. disusui oleh ibunya selama tiga hari, kemudian Suwaibah selama empat bulan. Kemudian ibu susunya yang terakhir ialah Halimatus Sa’diah. Selepas menyusui Nabi s.a.w., Halimah mendapati beberapa perkara telah berlaku. Pertama, air susu dari sebelah kiri telah keluar walaupun ia tidak ada susu sejak kelahiran anak pertamanya. Kedua, sejak membawa Nabi Muhammad s.a.w. ke rumahnya, kehidupannya menjadi lebih makmur. Tanah yang kering menjadi subur manakala ternakannya meningkat.
Itulah antara bukti kenabian dan kerasulan baginda Muhammad s.a.w. yang menandakan kemuliaannya yang telah membawa sinar kebenaran di muka bumi ini.
Rujukan :
1) Abu Mus’ad Al-Husni, Sejarah Lengkap Nabi Muhammad s.a.w. (1999), Selangor : Pustaka Ilmi, m.s. : 105.
2) Muhammad Ali Qutub, 1000 Soal-Jawab Sirah Nabi s.a.w. (2006), Selangor : Jasmin Enterprise, m.s.: 6-11.
Disediakan oleh : Nurul Khalidah Bt Muhyidin
BUKTI RASULULLAH SEBAGAI NABI DAN RASUL :
BalasPadam“ SYAFAAT UNTUK UMATKU…”
“ Setiap nabi itu mempunyai sebuah doa yang dikabulkan yang dengannya ia berdoa. Aku ( Nabi ) bermaksud hendak menyimpan doaku itu yakni untuk memberikan syafaat kepada umatku di akhirat.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Marilah kita renungkan…begitu mulianya Rasul kita…sanggup menyimpan doa baginda untuk dapat memberi syafaat buat umatnya pada hari kiamat. Itulah bukti bahawa baginda merupakan penghulu anak Adam dan rasul yang amat mementingkan umatnya.Bahkan baginda akan menjadi orang pertama pemberi syafaat di akhirat. Syafaat bermaksud menampakkan kemuliaan seseorang yang memberi syafaat itu di sisi Allah. Begitu juga menampakkan betapa utamanya Rasulullah s.a.w. Baginda dapat memberi syafaat uzma ( besar ) dan syafaat lainnya sesudah mendapat izin Allah s.w.t.
Rasullullah s.a.w bersabda ; “ Aku diberi pilihan di antara setengah umatku masuk syurga dan syafaat, maka aku memilih syafaat, kerana syafaat lebih umum, adakah kamu berpendapat bahawa syafaat itu untuk orang-orang bertaqwa? Tidak….akan tetapi syafaat itu untuk orang-orang berdosa.”
Hadith Riwayat Ibnu Majah ( 4311 ) dan Ibnu Abi’ Ashim ( 791 )
Menurut hadith di atas, syafaat itu bukanlah untuk orang yang bertaqwa tetapi untuk umatnya yang berdosa besar. Hal ini kerana selepas kematian Rasulullah, umat Islam saling menumpahkan darah antara sesamanya( membunuh ) dan mereka saling merosakkan kehormatan antara sesamanya . Namun, mereka terselamat kerana terdapat satu kaum akan keluar dari api neraka disebabkan syafaat Rasulullah s.a.w, dan mereka dinamakan dengan jahnamiyyiin ( orang-orang dari neraka Jahannam ).
Renungkanlah. Wallahua’lam….
Rujukan : Muhammad Shadiq al-Minsyawi, Muhamad Bercerita Tentang Dirinya : Koleksi Kisah Benar Rasulullah s.a.w , ( 2008 ), Selangor Darul Ehsan, Berlian Publication Sdn. Bhd, m/s : 89-91
Nama : Nur Farah Ain Bt Rais
Assalamualaikum…….
BalasPadamBukti yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang nabi dan rasul ialah baginda dikurniakan dengan mukjizat sebagai tanda kebenaran risalah yang disampaikannya.. Antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah air memancut keluar dari celah-celah jari baginda s.a.w sehingga mencukupi untuk seramai 300 orang Islam berwudhuk .
Dari Anas bin Malik r.a berkata : “ Aku melihat Rasulullah s.a.w sedangkan ketika itu sudah masuk waktu asar, lalu umat Islam mencari air untuk berwudhuk namun tidak mendapatinya.Maka Rasulullah s.a.w diberi air untuk berwudhuk lalu baginda s.a.w meletakkan tangannya ke dalam bekas air itu kemudian menyuruh manusia berwudhuk daripadanya. Aku melihat air mengalir dari celah-celah jari-jemari Rasulullah s.a.w sehingga manusia seluruhnya dapat berwudhuk. Dalam suatu riwayat : “ seramai 300 orang.” ( hadith riwayat Bukhari dalam al-manaqib)
Peristiwa luar biasa tersebut jelas telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya sehinggakan seramai 300 orang dapat berwudhuk dari air yang mengalir dari jari-jemari Rasulullah s.a.w.
Terima kasih..
Rujukan :
Dr. Mustafa Murad, 1000 Mukjizat Rasul ( 2008 ) : Selangor , Berlian Publications Sdn. Bhd. , ms 34-35
Nama : Wan Izyan Izzati binti Wan Jaafar
Assalamualaikum….
BalasPadamRiwayat perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW adalah bukti kenabian dan kerasulan baginda yang paling besar. Menurut Dr. Sa’id Shawabi di dalam buku al-Mu’iin ar-Raa’iq Min Siirati Khairi al-Khalaaiq, Cairo menjelaskan: “…Seandainya Muhammad SAW tidak mempunyai mukjizat selain sejarah perjalanan hidupnya, itu sudah cukup (sebagai bukti kerasulannya). Jelaslah di sini bahawa orang yang mempelajari dan menghayati cara berbicara, peribadi dan kenyataan hidup yang dilalui oleh nabi Muhammad saw sejak daripada lahir hingga akhir hayatnya akan yakin bahawa dia adalah rasul utusan Allah.
Antara peristiwa yang berlaku ke atas nabi Muhammad ialah sewaktu Abu Jahal datang untuk memijak lehernya ketika baginda sedang menunaikan solat. Namun dia mundur tiba-tiba kerana melihat ada hijab yang menghalang keinginannya. Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Abu Jahal berkata kepada orang kafir Quraisy: “adakah Muhammad sujud kepada tuhannya di hadapan kamu tanpa menghalangnya?” Mereka berkata:”ya”. Abu Jahal berkata:” demi tuhan Lata dan Uzza jika aku melihatnya melihatnya melakukan demikian tentu aku akan pijak lehernya dan melumurkan wajahnya di tanah”. Lalu dia datang kepada Rasulullah SAW pada saat baginda sedang solat untuk memijak lehernya. Lantas dia mundur ke belakang dan melindungi wajahnya dengan tangannya. Lalu ditanya: “mengapa engkau mundur?” jawabnya:”sesungguhnya antara aku dengannya ada parit daripada api dan sesuatu yan menakutkan”. Maka Rasulullah bersabda:” sekiranya dia menghampiriku nescaya malaikat menangkapnya”. (hadith riwayat Bukhari, Muslim Tirmizi, Nasai dan Ibnu Jarir).
Peristiwa ini hanya merupakan cebisan daripada riwayat perjalanan hidup Rasulullah. Sesungguhnya peristiwa yang berlaku ini dapat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW sentiasa berada di bawah jagaan Allah dan ini merupakan salah satu daripada bentuk mukjizat yang terdapat pada baginda.
Oleh: Farah Wahida Bt Mohd Nazir
Rujukan:
Dr. Mustafa Murad, 1000 Mukjizat Rasul,(2008) Puchong Selangor: Berlian Publications SDN. BHD, m.s.:26
http://hizbukairo.blogspot.com/2009/10/bukti-kerasulan-nabi-muhammad-saw
Assalamualaikum….
BalasPadamBukti yang menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul adalah berdasarkan kepada peristiwa pembelahan dada Nabi Muhammad S.A.W .
Perkara ini adalah berdasarkan hadis yang berbunyi :
Anas r.a berkata : “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W ketika didatangi Jibril, baginda sedang bermain-main bersama dua orang temannya. Kemudian Jibril mengambil baginda, dengan cepat Jibril membelah dadanya. Lalu dikeluarkan hatinya, kemudian dikeluarkan segumpal daging dari hati baginda, seraya berkata, “Ini tempat syaitan yang terdapat padamu.” Kemudian Jibril mencucinya di dalam bekas yang diperbuat daripada emas dengan air zam-zam. Lalu disatukan kembali dan dikembalikan hati baginda ke tempatnya semula. Sedangkan dua orang teman baginda berlari menemui ibu susuan baginda.”
Mereka berkata, “Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh.” Kemudian mereka menuju ke tempat baginda, sedangkan wajah baginda sangat pucat.”
Berkenaan perkara tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda :
“Ketika Jibril turun, kemudian dia membelah dadaku, lalu mencucinya dengan air zam-zam. Kemudian dia membawa bekas yang diperbuat daripada emas yang dipenuhi dengan hikmah dan iman. Lalu dimasukkannya ke dalam dadaku. Kemudian ditutup kembali.”
Peristiwa pembelahan dada Nabi S.A.W ini telah terjadi sebanyak empat kali, iaitu:
1) Ketika baginda berada di Bani Sa’ad. Perkara ini dapat diketahui dari hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Anas r.a.
2) Ketika baginda berusia sepuluh tahun. Perkara iji diriwayatkan oleh Hakim dan Ibnu Hibban dari Ubay bin Ka’ab r.a. Al-Haitsami menyebutkannya di dalam kitab Majmu’ (8/223), sedangkan para perawi hadis tersebut dipercayai.
3) Ketika baginda didatangi Jibril dengan membawa wahyu di gua Hira. Perkara ini diriwayatkan oleh Thayalisi dan Harits dari Aisyah r.a.
4) Pada malam Isra’, hal ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Malik bin Shasha’ah.
Setiap kali pembelahan dada Nabi selalu bermuhasabah diri.
Ibnu Hajar berkata, “Pembelahan pertama, untuk persiapan Nabi sebagai Rasul, di mana pembelahan itu untuk membuang segumpal darah yang dikatakannya. Ini tempat syaitan yang terdapat padamu.”
“Pembelahan kedua ketika Isra’, ini untuk persiapan pertemuan Nabi dengan Allah pada malam tersebut.”
Wallahua’lam
Rujukan :
Muhammad Shadiq al-Minsyawi, Muhamad Bercerita Tentang Dirinya : Koleksi Kisah Benar Rasulullah s.a.w , ( 2008 ), Selangor Darul Ehsan, Berlian Publication Sdn. Bhd, m/s : 49-51
Nama : Norazira binti Mhd Nor
Assalamualaikum w.b.t....
BalasPadamMukjizat yang dikurniakan Allah ke atas rasul-Nya Muhammad s.a.w, sesungguhnya menjadi bukti kerasulan yang unggul serta ianya juga bertujuan untuk mencabar orang-orang yang sentiasa menentang perjuangan di jalan Allah. Salah satu peristiwa yang dianggap mukjizat bagi Rasulullah s.a.w alah :
“Daripada Aisyah r.a katanya : Rasulullah pernah disihir oleh seorang Yahudi daripada Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A’sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah mlakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda : Wahai Aisyah, adakah engkau merasa bahawa Allah memberiku petunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepada Nya? Dua malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antaranya duduk di tepi kepalaku, yang satu lagi duduk di kakiku. Malaikat yang berada ditepi kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dikakiku ( bercakap-cakap ) : Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab : Terkena sihir. Seorang lagi bertanya : Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab : Labid bin al-A’sham. Salah satunya bertanya : Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab : Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat daripada kurma jantan. Salah seorang bertanya : Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab : Di dalam telaga Dzu Arwan. Aisyah menyambung lagi : Rasulullah terus pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda : Wahai Aisyah demi Allah, seakan-akan air telaga itu berwarna inai, pokok-pokok kurma yang ada disitu bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya : Ya Rasulllah, mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab : Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menadi resah, kerana itulah aku menanamnya.”
(Riwayat Bukhari dan Al-Baihaqi)
Berdasarkan hadis diatas, terdapat beberapa bukti kerasulan Nabi Muhammad s.a.w yang dapat saya ketengahkan disini, antaranya :
1. Doa Rasulullah yang dimakbulkan Allah. Sesungguhnya doa adalah senjata bagi umat Islam, doa Rasulullah yang menginginkan kesihatannya pulih akibat sihir telah dimakbulkan Allah dan tidak terhijab sedikit pun.
2. Jaminan daripada Allah keatas keselamatan baginda.
3. Akhlak terpuji yang sering dikaitkan dengan baginda Rasulullah s.a.w juga adalah salah satu bukti kerasulan baginda. Rasul adalah penggerak sesuatu agama maka seseorang rasul itu semestinya mempunyai qudwah hasanah yang boleh menjadi ikutan umat seluruhnya. Berdasarkan hadis diatas, Rsulullah telah menunjukkan sifat pemaaf serta pemikiran baginda yang sentiasa berpandangan jauh dan positif dalam semua hal.
Sesungguhnya, bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dapat dilihat sepanjang kehidupan baginda semenjak baginda lahir hingga wafatnya junjungan besar yang terulung sepanjang zaman.
Dr. Mustafa Murad, 1000 Mukjizat Rasul : Taman-Taman Mukjizat Nabi s.a.w yang Wangi Keharumannya, (2008): Selangor, Berlian Publication Sdn. Bhd. m.s : 229
Nuratiqah Binti Rubaai
Assalamualaikum ustaz...
BalasPadamBUKTI KENABIAN DAN KERASULAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W.
Sedia maklum terdapat banyak bukti atau tanda kenabian dan kerasulan baginda Rasulullah s.a.w. dan antaranya adalah keajaiban yang mengiringi malam kelahiran baginda, pembelahan dada, penurunan wahyu, awan menaungi perjalanan baginda, kitab suci Al-Quran, mukjizat baginda, dan banyak lagi sebagaimana yang telah kita pelajari sebelum ini.
Peristiwa Isra’ dan Mikraj juga merupakan salah satu daripada bukti-bukti kenabian dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa kematian Abu Talib meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi kehidupan Rasullah s.a.w. dan kaum muslimin. Walaupun mereka dilanda kesedihan, keimanan yang kuat menyebabkan mereka tetap sabar menghadapi semua peristiwa. Pada suatu malam, sesudah baginda Rasulullah s.a.w. hendak beristirehat sesudah solat, tiba-tiba baginda mendengar suara malaikat Jibril yang berkata, “ Malam ini tuan harus melakukan perjalanan yang khas. Saya diperintahkan untuk berjumpa dengan tuan. Kita akan melintas beberapa bahagian dunia dengan menaiki haiwan bernama buraq ”.
Peristiwa mikraj Nabi telah disebutkan dengan jelas dalam dua surah dan juga diisytiharkan dalam surah lain. Firman Allah :
Ayat ini menyebutkan :
1. Nabi melakukan perjalanan ini dalam waktu yang singkat bukan dengan kekuatan manusia melainkan dengan keizinan Illahi.
2. Perjalanan itu dilakukan pada waktu malam hari.
3. Walaupun perjalanan itu dimulai dari rumah Ummu Hani puteri Abu Talib, tetapi Allah menyebutkan bahawa tempat bertolaknya adalah Masjidil Haram.
4. Nabi melakukan mikraj dengan jasad dan roh sekali gus, bukan dengan roh sahaja.
5. Tujuan mikraj adalah untuk memperlihatkan kepada Nabi pelbagai aspek alam semester.
Rujukan :
Abu Mus’ad Al-Husni, Sejarah Lengkap Nabi Muhammad s.a.w. (1999), Selangor : Pustaka Ilmi, m.s. : 232.
http://amanhasibuan.blogspot.com/2009/02/bukti-kerasulan-nabi-muhammad-saw.html
Disediakan :
Siti Adawiah Binti Din
Assalamualaikum.
BalasPadam"SEKIRANYA AKU MASIH SEMPAT BERSAMAMU..."
------------------------------------------------
Setelah ketakutan dan rasa gerun mulai reda, Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan tentang peristiwa bersejarah di Gua Hira' kepada Khadijah binti Khuwailid, isteri yang setia mententeramkan baginda.
"Sesungguhnya aku bimbang dan takut sesuatu akan menimpa diriku"
"Tidak, demi Allah, sama sekali Allah tidak akan menghina Engkau. Sesungguhnya engkau akan menghubungkan persaudaraan, engkau akan menanggung beban kesusahan, engkau akan mengusahakan yang tiada, engkau akan menghormati tetamu dan engkau akan membantu menegakkan kebenaran".Balas Khadijah.
Kemudian, Nabi s.a.w. dibawa oleh Khadijah berjumpa dengan Waraqah bin Naufal bin Asad iaitu anak bapa saudaranya. Beliau adalah seorang yang beragama Nasrani pada masa jahiliah. Beliau yang menulis kitab dalam bahasa Ibrani. Beliau adalah seorang lelaki yang sudah agak tua lagi buta.
Setibanya mereka di hadapan Waraqah, Khadijah berkata,
"Wahai anak bapa saudaraku, dengarlah sesuatu daripada anak saudaramu". Waraqah menjawab,
"Wahai anak saudaraku, apakah yang engkau lihat?"
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan apa yang telah dilihatnya. Lantas Waraqah berkata,
"Inilah pembawa wahyu iaitu Jibril yang pernah datang kepada Musa 'alaihissalam, moga-moga aku masih muda serta gagah dan masih hidup ketika engkau diusir oleh kaum engkau".
Setelah mendengar kata-kata itu, terus Nabi Muhammad s.a.w. bertanya,
"Adakah aku akan diusir oleh mereka?"
"Ya. Tidak pernah seorang pun yang membawa seperti apa yang engkau bawa ini melainkan dia ditentang dan dimusuhi oleh kaumnya. Dan sekiranya aku masih sempat bersama engkau pada masa itu, sudah tentu aku akan membantu engkau sepenuh tenagaku".
Pengakuan daripada Waraqah merupakan salah satu bukti bahawa Rasulullah s.a.w merupakan penyambung risalah nabi-nabi terdahulu. Waraqah merupakan seorang pendeta yang mengetahui kisah nabi Musa a.s. justeru beliau mengetahui erti di sebalik peristiwa di Gua Hira'-
Olahan daripada :
Dr. Mustafa As-Saba'i, Perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w.,(2001)Alor Setar : Pustaka Dar As-Salam, m.s. :20-21.
-Aliana binti Awang Abd Rahman @ Jusoh-
Allah mengangkat Nabi Muhammad ke Baitul Maqdis
BalasPadamRasulullah s.a.w bersabda, “Diperlihatkan kepadaku (Baitul Maqdis) dan orang Quraisy menanyakan tentang perjalananku. Kemudian mereka bertanya kepadaku tentang sesuatu yang ada di Baitul Maqdis, sedangkan aku tidak dapat menghafalnya, sehingga ini membuatku susah dan bersedih.”
Rasulullah bersabda, “Kemudian Allah mengangkatnya (gambaran Baitul Maqdis) untukku, lalu aku dapat melihatnya, tidaklah apa yang mereka tanyakan kepadaku, melainkan aku dapat menjawabnya.”
Al-Mala Ali Al-Qari berkata, “Nabi tidak hafal akan Masjidil Aqsa secara sempurna, kerana baginda disibukkan dengan para malaikat, nabi dan keajaiban bumi dan langit.
SUMBER: Muhammad Shadiq Al-Minsyawi. Muhammad Bercerita Tentang Dirinya Koleksi Kisah-Kisah Benar Rasulullah S.A.W. Puchong: Berlian Publications Sdn. Bhd. (M/S: 52)
Oleh : Muhammad Fadzil Bin Ahmad Zaki