Kenalan

Sabtu, Januari 16, 2010

Che Leh Keramat

Tokoh Ulama.. Suatu Pencarian ; Che Leh Keramat
(Sebarang maklumat dan sumbangan artikel mengenai tokoh ini amatlah dialu-alukan)


MOHD SALLEH BIN HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG (CHE LEH KERAMAT)
(ANAK HAJI ABD RAHMAN LIMBONG, TERENGGANU)



Tarikh kelahiran Che Leh Keramat tidak diperolehi, namun beliau meninggal dunia pada tahun 1962 dalam usia 72 tahun.

Merupakan anak kepada Tok Limbong dan mengasaskan tapak Burdoh di Kg Pulau Bahagia.
Beliau juga memimpin Tariqat Naqsyabandi yang diambil bai’ah dari Tokku Paloh. Yang menerima amalan ini bersama Che Leh seramai 7 orang (5 orang dari Pahang, 1 dari Kedah dan 1 dari Terengganu).

Beliau seorang yang gemar berkhalwat, malah sebuah bangsal didirikan di tepi rumahnya bagi memudahkan beliau berkhalwat.

Karamah :
Beliau pernah dituduh membawa ilmu salah, akibatnya pihak polis merampas barang-barangnya. Namun beliau sedikitpun tidak gentar, malah menganggap tindakan itu seperti ‘anjing yang menyalak gajah’, tak beri kesan apa-apa ke atas dirinya.

Antara kelebihan beliau ialah mengetahui beberapa perkara yang belum berlaku lagi. Contohnya pembinaan Jambatan Manir. Pernah Che Leh mengajak orang naik teksi semata-mata nak tunjuk satu tempat yang satu masa akan dibuat jalan, dan ramai orang akan lalu di situ. Che Leh tunjuk dengan hujung tongkatnya ke satu arah dan akhirnya di situ Jambatan Manir telah dibina.

Asalnya pihak kerajaan Jepun (pada masa itu) mahu membina jambatan itu di Pulau Musang. Kerja-kerja ukur dah dibuat tapi akhirnya diputuskan ianya perlu dialih ke kawasan lain kerana terlalu banyak batu di kawasan Pulau Musang itu yang menyulitkan usaha pembinaan. Akhirnya ia dialih ke Manir seperti keadaan sekarang, betul-betul di tempat yang ditunjukkan Che Leh.



Satu lagi kisah; Che Leh masuk hutan di Hulu Terengganu dengan rakannya nama Tok Pandak. Kemudian beliau beritahu Tok Pandak, satu masa nanti ramai orang lalu di situ. Tok Pandak jadi hairan kerana pada akalnya tak munasabah orang ramai akan lalu di situ, disebabkan hutan yang tebal, yang diibaratkan seperti ‘jalan kera’ sahaja. Namun, Che Leh beritahu hal itu lambat lagi akan berlaku.
30 tahun kemudian, Empangan Kenyir pun dibina dan ianya betul-betul di kawasan yang ditunjuk Che Leh. WaLlahu ‘alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan