Kenalan

Khamis, Februari 04, 2010

Kemahiran Ilustrasi/ Pengurusan Sumber BBM

Apabila kita berbicara mengenai kemahiran berilustrasi ataupun menguruskan sumber BBM/ ABM.. harus kita ingat bahawa sumber itu datang daripada pelbagai jenis, keadaan dan rupa bentuk.. Sebaik-baik bahan/ sumber ialah bahan maujud yang berada di sekeliling pelajar.. Kerana ia mengambarkan hakikat, realiti serta kebenarannya... namun jika tidak mampu dibawa bahan maujud tersebut ke dalam kelas ataupun sebaliknya.. maka pilihan BBM yang menarik dan sesuai perlulah digunakan...


Selain itu, seorang guru juga perlu tahu membezakan bahan bantu dengan bahan wajib. Bahan Bantu adalah sekadar sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti kad, gambar dan sebagainya.. sedangkan Bahan Wajib ialah bahan utama yang digunakan seperti buku teks, kapur dan sebagainya.

Di antara kemahiran menguruskan bahan sumber yang perlu diberi perhatian adalah :
  1. Mengadakan BBM daripada pelbagai sumber yang berlainan.. bukan sekadar BBM yang banyak, namun mesti daripada bahan yang berlainan jika ingin meningkatkan mutu pengajaran.
  2. Bahan sumber/ ilustrasi perlulah mencukupi, jelas, sesuai dan menarik.
  3. Bahan sumber/ ilustrasi juga perlu diuruskan dengan cekap serta selamat digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan