Kenalan

Selasa, Februari 02, 2010

Kemahiran Set Induksi

Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya.. bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.


Antara  kesilapan utama dalam melaksanakan set induksi adalah menjadikan tajuk atau isi kandungan sebagai set induksi. Harus diingat set induksi bukan tajuk mahupun isi kandungan. Ia adalah momentum yang bakal dikaitkan dengan tajuk yang akan diajar. Set induksi juga dilaksanakan tidak melebihi 5 minit.. sekiranya kurang adalah lebih baik.. namun biarlah menarik dan bukannya sekadar satu set induksi yang betul semata-mata..

Terdapat 4 ciri utama di dalam kemahiran set induksi iaitu :
1. Menarik perhatian
2. Mewujudkan motivasi
3. Membuat perkaitan; dan
4. Menstruktur

Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut :
  • mewujudkan nada suara yang sesuai.
  • menggunakan ABM/BBM yang menarik.
  • menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat.
  • menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.
Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut :
  • membangkitkan rasa ingin tahu.
  • menggunakan teknik bercerita.
  • menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
  • menggunakan soalan yang mencabar.
Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut :
  • mengaitkan pengetahuan lepas murid.
  • mengaitkan isi pelajaran baru.
  • mengaitkan peristiwa semasa.
  • mengaitkan minat dan pengalaman murid.
Menstruktur merangkumi perkara berikut :
  • menyatakan had tugas yang akan dijalankan.
  • menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.
  • menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.
  • menyatakan aktiviti, tugasan atau projek.
seMOGA berJAYA membina set induksi yang betul... 
Bukan saja Betul bahkan Menarik & Luar Biasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan