Kenalan

Sabtu, Disember 14, 2013

Tips 4 Muallim Jawi : Hamzah di bawah Alif [ إ ]

Assalamualaikum wbt.. kali ini MJ ingin membawa para pembaca melihat isu HAMZAH di bawah ALIF. Bagaimana kita mengeja perkataan IBU, INGIN, IKAN dan sebagainya ? Kalau dahulu sebarang perkataan yang berbunyi i (eee), kita akan mengejanya dengan cara HAMZAH di bawah ALIF. Namun kini tidak lagi..

Berdasarkan sistem ejaan jawi yang dikeluarkan oleh DBP sama ada PEJYD ataupun PUEJBM, hanya 3 situasi sahaja membenarkan kita menggunakan HAMZAH di bawah ALIF. Pertama; mengeja perkataan ISLAM, Kedua; Eh!, dan Ketiga; [e- ......]seperti e-DAGANG, e-EKONOMI, dan lain-lain. Selain daripada itu, ejaan [i.....] tidak diletakkan hamzah di bawah alif. Contohnya perkataan ikan, ibu, dan sebagainya.

 

2 ulasan:

  1. slm ustaz, apa khabar.. ha ustz da ajar sblm praktikum tpi tak ingt sgt.. nsb ustz ajar lagi dkt sini.. terima kasih ustaz...

    BalasPadam