Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

iSL8 PIM3104 2011

Tajuk 8:
Jelaskan perbezaan antara akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah dengan Muktazilah ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

43 ulasan:

  1. 1. AHL SUNNAH WAL JAMAAH
    Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.
    Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis.
    Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).
    Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis.

    2. MUKTAZILAH
    Muktazilah telah bersikap ekstrim di dalam sebahagian pendapatnya dan pencelaan mereka terhadap ahli fikah dan ahli hadis.Begitu juga sokongan khalifah-khalifah Abbasiyah terhadap mereka, seperti al-Makmun yang secara kekerasan memaksa rakyat agar menerima mazhab mereka serta menyiksa para ahli fikah dan ahli hadis. Dengan ini rakyat telah menyifatkan mereka sebagai telah terpesong dari ajaran agama. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa akal itu terpengaruh dengan suasana dan hawa. Syarak adalah lampu yang menyinari jalan di hadapan akal.

    Sumber :

    Hassan dan Halim. (2011, July 3). Guru Bersahsiah Murid Mulia. Retrieved September 5, 2011, from http://pgsragama08.blogspot.com/2011/07/aqidah-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html
    Hassan dan Halim merupakan guru Pendidikan Islam.

    Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. a)Ahli sunnah wal jamaah.

    - kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh sahabat baginda dan menentang perkara bid'ah.
    antra pegangan ASWJ adalah ;
    1) Al-Quran bukan makhluk. ianya adalah kalam Allah yang bersifat qadim.
    2) Orang mukmin boleh melihat Allah di syurga.
    3) Pelaku dosa besar dikira sebagai mukmin kerana imannya masih ada tetapi tidak dikira fasik kerana melakukan dosa besar.
    4) iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
    5) semua perkara sama ada baik atau buruk datangnya dari Allah.

    b)Muktazillah

    mempunyai lima prinsip yang telah disepakati oleh mereka.

    1) Tauhid.

    Golongan ini percaya Tuhan itu esa dan tunggal dan suci dengan sifat yang ada pada manusia. golongan Muktazilah menafikan Allah memiliki sifat pada zat samada Nafi atau Ithbat. Mengetahui dengan zat-Nya, hidup dengan zat-Nya dan lain-lain lagi.

    2) Adil.

    Bagi mereka Allah wajib adil tanpa zalim.Dalam erti kata lain, adil Allah itu merangkumi apa yang Dia taklifkan terhadap hamba-nya. Yang mana manusia itulah yang mencipta segala perbuatan dan perkara yang dipertanggungjawabkan terhadap diri mereka samada baik ataupun buruk. Untuk itu, berkaitan dengan usaha serta perbuatan manusia, tiada sebarang campurtangan Allah sedikitpun.

    3 ) Janji baik dan ancaman.

    Bagi mereka, janji baik mendapat faedah serta manfaat manakala ancaman dan janji buruk mendapat mudarat dan bahaya

    4 ) Posisi tengah.

    Pendapat ini tercetus ketika Wasil ibn ‘Ata yang membuatnya terpisah dari gurunya Hasan al-Basri bahawa mukmin yang berdosa besar dan tidak bertaubat dia bukan mukmin ( beriman ) tetapi bukan juga kafir ( tidak beriman ). Ia boleh dipanggil fasiq.

    5 ) Amar Makruf dan Nahi Munkar.
    Muktazillah berpendapat bahawa menyuruh kea rah perkara yang makruf dan mencegah perkara yang berbentuk kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang.

    Sumber Rujukan :

    1. Tafsir Pimpinan ar-Rahman.
    2. Syed Ameer Ali. The Spirit of Islam ( A History of The Evolution and Ideals of Islam with a Life of The Prophet ). 1997. New Delhi.
    3. Edwin E. Calverly. Nature, Man and God in Medieval Islam. 2002.
    4. Al-Haj Hafiz Shabbinul Hassan. Truth and Islam ( Rational Exposition of Islam ). 1964. Karachi.
    5. Muhammad Yusof Baihaqi. Miatu Su alli wa Jawabi 'anil Islam. 2009. Kuala Lumpur.
    6. Dr. Jamal Marzuki. Ilmil Kalami wal Falsafi Islam. 2001.
    Al-Harith bin Mahsabi. Al-aql wa Fahmil Quran. 1971

    - Nurul Husna binti Ahmad Yusoff.
    - PISMP pai3 sem2

    BalasPadam
  4. Tahniah faRah coz jdi org yg pertama mjawab soklan ni. Kpd kedua penjawab.. Bagus jwpnnya.. panjang lebar.. Cuma bg Ust. cukup sekadar 1 jwpn dan 1 sumber rujukan... terutama yang lain drp yg lain. TQ..

    BalasPadam
  5. muktazilah
    adlh salah satu drpd mazhab yg tidak selari dgn pendekatan ajaran basinda Rasulullah SAW atau dgn kata lain terkeluar dan menyimpang jauh drpd akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

    muktazilah: diertikan menurut bhs adalah mengasingkan diri drpd jamaah sedia ada.

    ahli sunnah wal Jamaah telah bersepakat bhw gol. muktazilah ini tidak termasuk dlm kategori kump yg benar krn byk pandangannya bercanggah dan menyalahi pendapat-pendapat ahli sunnah wal Jamaah.

    ahlu sunnah wal jamaah

    aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.

    Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:

    “Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.

    Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:

    “Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”.
    (Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)

    Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.

    Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma‘ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:

    “Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”.


    Alwi, U. M. (2008, Julai 21). al-Haqir ila Allah al-Ghaniy: al-Mukminun. Retrieved Oktober 1, 2011, from http://almukminun.blogspot.com/2008/07/aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah.html
    ar-Qustany, P. (2011, Januari 7). Fazakkeer Mencari Redha-Nya Satu Kemestian. Retrieved Oktober 1, 2011, from http://fazakkeer.blogspot.com/2011/01/mari-kenali-golongan-muktazilah.html

    -nur evarina idayu bt ismail-pismp pai3

    BalasPadam
  6. Muktazilah
    Muktazilah adalah salah satu daripada mazhab pegangan akidah yang tidak selari dengan pendekatan ajaran baginda Rasulullah s.a.w.

    Prinsip gol. muktazilah:
    1) At-Tauhid:
    mereka percaya Tauhid Tuhan itu satu. akan tetapi mereka berbeza dengan majoriti Muslim dalam konsep Tauhid supaya selari dengan wahyu dan akal. mereka mengatakan bahawa sifat dan zatNya adalah sama.

    2)Adil:
    Mereeka percaya kepada free will. kejahatan dilihat sebagai sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia itu sendiri maka pada hari kiamat nnt merka akan dihukum atas segla nikmat yang diberikan dan pembalasan terhadap penyalahgunaan akal dan nikmat yang mereka telah rasakan.

    3)Janji dan amaran:
    mereka berpendapat Tuhan tidaka akan mungkir janji dalam membalas setiap perbuatan umat manusia sma ada baik atau jahat.

    4)Almanzilah bayna manzilatain:
    mereka berpendapat mukmin yang berdosa besar dan tidak bertaubat, bukan mukmin dan juga buka kafir tapi dipanggil fasik. di akhirat nnt hanyaAllah saja yang akan membalasnya.

    5)Amar ma'ruf nahi mungkar:
    mereka berpendapat dalam amar ma'ruf wa nahi mungkar mesti didahului dengan hati, kemudian dengan lidah jika tidak berkemampuan, kemudian tangn dan akhirnya menggunakan pedang.

    Ahli Sunnah Wal Jamaah

    aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.


    Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah as-Syura ayat 11 yang bermaksud:

    “Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.

    Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:

    “Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”.

    (Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)

    Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.

    Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma‘ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:

    “Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”.

    Al-Asy'ary, A. S. (2008, 11 16). SOAL-JAWAB AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH & BAHAYA WAHHABI. Retrieved 10 2, 2011, from abusyafiq.blogspot: http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/11/soal-jawab-aqidah-ahli-sunnah-wal.html

    Mari Kenali Golongan Muktazilah.(untuk renungan bersama). (2008, 8 23). Retrieved 10 2, 2011, from mufamie.blogspot: http://mufamie.blogspot.com/2008/08/mari-kenali-golongan-muktazilahuntuk.html

    -Nur Izzati Esnan pai3-

    BalasPadam
  7. Dari segi bahasa, akidah diambil dari perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti menyimpulkan sama ada hissi atau maknawi. Justeru, akidah Islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan atau kepercayaan maknawi.

    Dari segi istilah pula, para ulama bersepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang kuat. Antaranya Ibnu Taimiah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Al-Fairuz pula menjelaskan akidah ialah suatu yang diikat, disimpulkan di dalam hati dan jiwa serta menjadi pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan. Imam Al-Ghazali berpendapat akidah ialah suatu pegangan dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.

    Ahmad Mohd Salleh, M. F. (2008). Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.m/s 29.

    NORAINI BINTI AHMAD
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  8. assalamualaikum wbt..maaf ustaz tersilap post~..^__^

    BalasPadam
  9. wassalam.. ok bahhh... masa makin suntukkk.. cepat bgtau kwn.. jw ISL SEGERA... dlm minggu nihh

    TQ semua

    BalasPadam
  10. Ahli Sunnah Wal Jamaah
    Perkataan Ahli Sunnah ialah mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan orang ramai iaitu golongan yang mengikuti Sunnah Rasulullah iaitu ahli Al-Quran, ahli hadits, ahli fiqih dan ahli ilmu yang bergabung untuk mengikuti Rasulullah SAW dalam segala halnya. Mereka tidak membuat-buat bidaah yang merosak, merubah atau membawa pendapat yang rosak.
    Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang beriktikad bahawa manusia dan hamba tidak dipaksa atau tidak digagahi sepenuhnya, dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap usaha manusia yang dilakukan secara sengaja. Namun begitu segala perbuatan hamba yang dilakukan secara sengaja pada zahirnya itupun adalah dengan usaha dan ikhtiar mereka sahaja hakikat sebenarnya perbuatan secara sengaja itu adalah daripada Allah.
    Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah ini adalah iktikad yang sederhana dan pertengahan. Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah fahaman yang mengadakan perkara yang ada dan meniadakan perkara yang tiada.

    Muktazilah
    Muktazilah berasal daripada I'tazala yang bermaksud mengasingkan diri. Pengasasnya Wasil Ibn 'Ata' yang mengasingkan diri daripada majlis gurunya Hasan Al-Basri. muktazilah ini merupakan golongan melampau dalam akidah tauhid.
    Menurut pendapat Wasil Ibn 'Ata', orang yang melakukan dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, bahkan mereka berada di satu tempat di antara dua tempat iaitu al-Manzilah Baina al-Manzilatain.
    Muktazilah ini menafikan sifat Allah yang azali untuk itu semua sifat Allah baru. mereka juga menafikan azali kalam Allah dengan mengatakan al-Quran itu baru(makhluk).
    Selain itu, golongan ini berpendapat bahawa setiap manusia itu bertanggungjawab sepenuhnya atas segala perbuatannya sama ada baik atau buruk. Golongan ini juga mengatakan bahwa Tuhan tidak menghendaki keburukan dan tidak mencipta perbuatan manusia. Tuhan hanya memberi kudrat kpd manusia untuk membuat pilihan sama ada hendak melakukannya atau meninggalkannya.

    Rujukan:
    1)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali,Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. m.s.141-146.

    ADIBAH BINTI IBRAHIM
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  11. MARDIAH IDRIS PISMP PA 3

    Antara perkara yang menjadi dasar dalam Aqidah Ahlus Sunnah ialah dan perbezaannya dengan Muktazilah ialah ;

    1. Mengambil jalan tengah dalam persoalan ikhtiyar manusia (yakni adakah manusia mempunyai pilihan atau tidak?) iaitu dengan mengiktiqadkan bahawa manusia diberi kuasa memilih oleh Allah tetapi ia tetap tertakluk dengan taqdir Allah, yakni kuasa memilih manusia tidaklah mutlak, sebaliknya terikat dengan qudrah dan iradah Allah. Iktiqad ini menyalahi mazhab Qadariyah (yakni golongan yang menolak taqdir) yang menyebutkan manusia bebas memilih sepenuhnya tanpa terikat dengan taqdir Allah dan begitu juga, menyalahi mazhab Jabariyah atau Murjiah yang menyebutkan manusia terikat sepenuhnya tanpa ada kebebasan memilih sedikitpun.

    2. Merujuk ilmu Aqidah kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ini berbeza dengan mazhab Muktazilah yang merujuk ilmu aqidah kepada akal rasional.

    3. Mendahulukan Nas (yakni wahyu) ke atas akal. Berbeza dengan mazhab Muktazilah yang mendahulukan akal ke atas nas.

    4. Menurut Ahlu Sunnah al-Quran bukan makhluk, namun menurut Muktazilah al-Quran adalah makhluk.

    Rujukan:

    1) Fadzil, A. A. (2007, Jun 16). Perbezaan Ahli Sunnah, Jabariyah & Muktazilah. Retrieved Oktober 4, 2011, from LAMAN SOAL JAWAB AGAMA: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/06/perbezaan-ahli-sunnah-jabariyah.html

    (USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Kini berkhidmat sepenuh masa dengan HPA sebagai S/U Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA. Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com satu lagi link baru laman beliau ialah http://www.ilmudanulamak.net/v1/)

    BalasPadam
  12. 1. Menurut ahli sunnah, Allah memiliki sifat-sifat semenjak dahulu, sebelum mencipta. Yang selalu tetap dengan sifat-sifatNya semenjak dulu tanpa berawal dan akan terus kekal dengan sifat-sifatNya. Tapi, menurut Muktazilah, mereka menafikan sifat Allah yang azali. Untuk itu semua sifat Allah adalah baharu.
    2. Menurut ahli sunnah, al-Quran bukanlah makhluk. Al-Quran berasal dari Allah. Namun, Muktazilah menafikan azali kalam Allah dengan mengatakan al-Quran itu baru (makhluk).
    3. Menurut ahli sunnah, melihat Allah adalah hak pasti bagi ahli syurga tanpa dapat dicapai oleh ilmu manusia. Dalam surah al-Qiamah yang bermaksud: “Wajah-wajah meraka (orang mukmin) pada waktu itu berseri-seri. Mereka memandang kepada Tuhan mereka” (surah al-Qiamah: 22-23). Menurut Muktazilah Allah tidak dapat dilihat di akhirat nanti.
    4. Menurut ahli sunnah, manusia dan hamba itu tidak dipaksa atau tidak digagahi sepenuhnya. Namun, segala perbuatan hamba yang dilakukan secara sengaja pada zahirnya adalah dengan usaha dan ikhtiar mereka sahaja, hakikat dan sebenarnya perbuatan secara sengaja itu adalah daripada Allah. Muktazilah pula berpendapat manusia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perbuatan mereka. Allah tidak menghendaki keburukan dan tidak mencipta perbuatan manusia.

    rujukan:

    1)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali,Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
    2) Muhammad Jaafar Rahim(2003), Bimbingan Aqidah Mukmin Menuju Jalan Yang Selamat,Jasmine Enterprise,Kuala Lumpur.

    NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
    PAI2

    BalasPadam
  13. Perbezaan akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah dengan Mu’tazilah adalah Ahlu Sunnah wal Jamaah adalah golongan yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Generasi paling awal dan utama di kalangan mereka adalah para sahabat, kemudian diikuti oleh para tabi’in dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka.
    Manakala Mu’tazilah adalah golongan yang mempunyai banyak persamaan dengan fahaman Kristian. Mereka mengatakan sesuatu yang tidak sesuai untuk Al-Quran iaitu mereka percaya bahawa Al-Quran itu adalah baru diciptakan sedangkan hakikatnya Al-Quran itu merupakan kalam Allah yang sejak azali sudah ada. Mereka juga tidak berpegang teguh kepada Al-Quran buktinya mereka mendahulukan akal fikiran mereka melebihi Al-Quran. Ini yang menyebabkan aqidah mereka terpesong.

    Sumber:
    Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, (2006), Ahlul Sunnah Wal Jamaah, diakses pada 6 Oktober 2011, daripada http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=13
    Said Ibrahim. (1996). Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah. Hal 66.

    WAN NUR ‘AISYAH BT WAN OMAR
    PISMP PAI 2 SEMESTER 2

    BalasPadam
  14. perbezaan antara ahli sunnah dgn muktazilah.

    muktazilah : mengasingkan diri. satu daripada mazhab-mazhab ilmu kalam. lahir pada zaman kerajaan Umaiyah dan berkembang pada zaman kerajaan Abbasiyah. menurut muktazilah agama itu berakar pada 2 pokok iaitu al-Quran dan akal manusia. oleh yg demikian mereka merupakan golongan yg rasional dan kritis terhadap hadis nabi dan cara penafsiran al-Quran.

    ahli sunnah : ialah golongn yg membela sunnah nabi dan keimanan org ramai. golongan ini sudah pun wujud sejak kelahiran agama Islam lagi, hanya tidak diberi nama yg khusus kerana semua org Islam secara optimis dianggap pembela sunnah nabi.

    rujukan :Tuan Haji Razali bin Sharif, (2001), Kamus Perdana KBSM Pendidikan Islam.Selangor. Info didik


    nur fatin safiqa binti masrial. (pismp pai 3)

    BalasPadam
  15. Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) adalah mereka yang berpegang teguh dengan as-Sunnah dan bersepakat dengan perkara-perkara tersebut, malah mereka juga adalah golongan yang tidak berpaling daripada Al-Quran sama ada dari sudut aqidah dan amalan-amalan seharian. Muktazilah pula adalah golongan yang fahamannya berasal daripada campuran aspek pemikiran falsafah Islam, Greek dan Helenistik. Golongan ini lebih mengutamakan logic akal dalam pegangan aqidah sehingga mengetepikan hujah-hujah Al-Quran dan As-Sunnah.
    Antara perbezaan aqidah yang jelas di antara kedua-dua mazhab ini ialah aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah secara jelasnya mempercayai segala bahawa Allah SWT itu mempunyai zat yang tunggal dan juga mempunyai berbilang-bilang sifat padaNya. Namun ini tidak dipersetujui oleh mazhab Muktazilah yang berpegang bahawa Allah tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segala-galanya dengan zatNya sahaja.

    Rujukan :
    Abdul Latif Bin Muda dan Rosmawati bt, Ali @ Mat Zin(Dr.) 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
    Abdul Aziz Omar (2009). Asas Aqidah Islam. Kelantan : Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
    Slide Powerpoint Semester 1 (2009). Pengajiab Islam 2 : Aqidah. Mazhab Muktazilah.

    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011

    BalasPadam
  16. siti norasiah binti wahid7 Oktober 2011 pada 10:48 PG

    Muktazilah: berasal daripada perkataan ‘ I’tizal yang bererti menyisihkan diri. Kaum Muktazilah bermaksud kaum yang menyisihkan diri.

    Merujuk buku I’tiqad Ahlussunnah Wal-Jamaah karya K.H. Siradjuddin Abbas, (1979), Perbezaan antara akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dengan Muktazilah ini antaranya ialah :

    Buruk dan baik ditentukan oleh akal.

    Mazhab Muktazilah banyak membentuk mazhabnya dengan menggunakan akal dan lebih mengutamakan akal bukan mengutamaka Al-Qur’an dan Hadith.

    Ahlu Sunnah Wa Jamaah berpendapat Al-Qur’an dan Hadith paling tinggi berbanding daripada akal. Dalam Ahlu Sunnah Al-Jamaah akal itu digunapakai untuk meneliti, sebagai alat pelaksana, bukan untuk menentukan hukum sesuatu. Di dalam Al-Qur’an mempunyai ayat berkaitan dengan supaya manusia menggunakan akal dan sebaiknya. Bagi Kaum muktazilah setiap yang baik dan buruk itu ditentukan oleh akal. Sememangnya berbbeza dengan pendapat Ulama’ Ahlu Sunnah Wa Jamaah yang berpendapat akal manusia itu tidak tetap.

    Allah tidak mempunyai sifat

    Bagi kaum MuktazilahAllah tidak mempunyai siat. Tuhan mendengar dengan zat-Nya, Tuhan melihat dengan Zat-Nya dan Tuhan berkata dengan Zat-Nya. Menurut mereka dasar kefahaman ini adalah tauhid. Jika Allah mempunyai sifat maka itu bererti Tuhan itu iaitu sifat dan Zat.
    Fahaman ini bertentangan dengan Ahlu sunnah wajamaah yang menyatakan Tuhan mempunyai sifat, bukan satu bukan dua tetapi banyak sifatnya. Ada sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah


    Al-Qur’an adalah makhluk

    Kaum muktazilah juga mengatakan bahawa Al-Qur’an itu makhluk, bukan sifat Allah itu Qadim. Kefahaman ini berlnjut sehingga menganggap bahawa Allah tiada sifat. Manakala Ahlu Sunnah Wa jamaah berpendapat Al-Qur’an itu kalam allah dan sifat Allah yang qadimbukan makhluk yang baru. Hanya orang-orang muktazilah berkeras menyatakan bahawa Al-Qur’an (kalamullah) adalah makhluk.

    Mikraj nabi Muhammad s.a.w

    Kaum Muktazilah ini juga tidak mengakui dan menyakini bahawa Nabi Muhammad telah mikraj ke langit pada 27 Rejab, satu tahun sebelum hijrah ke Madinah. Merekan hanya mengakui Isra’ sahaja iaitu berjalan malam dari Mekah ke Masjidl Aqsa. Bagi mereka mikraj itu tidak masuk akal walaupun ada hadith shahuh yang menerangkan mengenai israk mikraj ini. Hal ini berbeza dengan ahlu sunnah wa jamaah.

    Selain itu, terdapat pelbagai pendapat Muktazilah yang bertentang dengan Ahlusunnah wajamaah antaranya ialah pembuat dosa besar, Tuhan tidak dapat dilihat, manusia menjadikan pekerjaannya, tiada timbangan, hisab, titian dan juga syafaat. Inilah antara perbezaan akidah Muktzazilah dan ahlu sunnah wajamaah yang dapat dilihat.

    Sumber : K.H. Sirajuddin Abbas, (1979), I’itiqad Ahlussunah Wal-jamaah, Kelantan : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

    Siti Norasiah Binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  17. assalmualaikum ustaz~~

    ahl Sunnah Wal Jamaah
    Bahawa Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah suatu golongan yang telah Rasulullah SAW janjikan akan selamat di antara golongan-golongan yang ada. Landasan mereka bertumpu pada ittiba'us sunnah (mengikuti as-Sunnah) dan menuruti apa yang dibawa oleh nabi baik dalam masalah ‘aqidah, ibadah, petunjuk, tingkah laku, akhlak dan selalu menyertai jama'ah kaum Muslimin.
    Dengan demikian, maka definisi Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak keluar dari definisi Salaf. Dan sebagaimana telah dikemukakan bahawa salaf ialah mereka yang mengenalkan Al-Qur-an dan berpegang teguh dengan As-Sunnah. Jadi Salaf adalah Ahlus Sunnah yang dimaksud oleh Nabi SAW. Dan ahlus sunnah adalah Salafush Shalih dan orang yang mengikuti jejak mereka.
    Inilah pengertian yang lebih khusus dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Maka tidak termasuk dalam makna ini semua golongan ahli bid'ah dan orang-orang yang mendikuti keinginan nafsunya, seperti Khawarij, Jahmiyah, Qadariyah, Mu'tazilah, Murji'ah, Rafidhah (Syiah) dan lain-lainnya dari ahli bid'ah yang meniru jalan mereka.

    Maka sunnah adalah lawan kata bid'ah, sedangkan jama'ah lawan kata firqah (gologan). Itulah yang dimaksudkan dalam hadits-hadits tentang kewajiban berjama'ah dan larangan bercerai-berai.

    muktazillah
    Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun ke-Lapan Masihi iaitu pada abad ke-dua hijrah yang bertempat di Basrah, Iraq ketika Majlis Ilmu Hassan al-Basri. Ketika itu, Wasil ibn ‘Ata yang meninggalkan majlis setelah berselisih faham berkenaan dengan isu al-Manzillah bayna al-Manzilatayn. Maka selepas itu beliau dan pengikutnya iaitu Amr bin Ubayh kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili / Mu’tazili.

    Mengikut pendapat Muktazillah, setiap apa yang Allah jadikan adalah baru. Begitu juga, setiap yang Allah turunkan mestilah terikat dengan waktu dan masa. Oleh itu, sesuatu yang berkaitan dengan waktu adalah baru ataupun makhluk. Oleh itu al-Quran yang diturunkan dengan ikatan waktu dan masa adalah baru dan makhluk. Mereka mengatakan Allah telah mencipta kalam-Nya dan diterjemahkan dalam bentuk al-Quran. Bagi mereka al-Quran ialah makhluk. Ia dikira makhluk supaya selaras dengan dasar pegangan mereka yang menafikan sifat Allah seperti sifat Kalam. Sehubungan dengan itu, bagi mereka Allah berkata-kata dengan zat-Nya bukan dengan sifat-Nya atau bukan dengan sifat kalam yang ada pada zat-Nya.

    Sebagai kesimpulan daripada golongan Muktazilah ini ialah mereka mempunyai teori yang tersendiri tentang akal, wahyu dan hubungan antara keduanya. Mereka menghargai kekuatan akal dan keintelektualan manusia. Bagi mereka, akal manusia membawa mereka mengenali tuhan, sifat-Nya dan akhlak.

    rujukan:-
    (tidak dinyatakan penulis),(2007,November 15)retrieved Oktober 8,2011,from http://alislamu.com/aqidah/691-definisi-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html
    KAHINATA,(2010,April 9)retrieved Oktober 8,2011,from http://scorpembargo.blogspot.com/2010/04/muktazilah-sejarah-prinsip-dan.html

    Masniwati Bt Abdullah Sani
    PAI 2

    BalasPadam
  18. Menurut Syeikh Ibnu Taymiyyah (782 H), mazhab Ahli Sunni adalah mazhab yang sedia ada sejak dulu lagi. Ia sudah pun dikenali sebelum Allah Ta’ala menciptakan Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad. Ia adalah Mazhab para sahabat yang bersumberkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ahli Sunnah bersepakat menyatakan ijma’ sahabat adalah hujah, tetapi mereka berselisih pendapat mengenai ijma’ generasi selepas sahabat.

    Istilah Ahli sunnah wal Jamaah telah lama digunakan dalam kalangan sahabat dan ulama’ salaf. Mereka sama sekali menolak pendapat Mustafa al-Syak’ah yang menyatakan bahawa penamaan ahli sunnah wal jamaah pada mulanya ditujukan khusus kepada golongan al-Asya’irah dan pengikutnya. Kesimpulannya, asas pengenalan kepada Ahli Sunni dapat dilihat melalui iltizam mereka dengan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama mengatasi sumber-sumber yang lain. Selain itu, golongan ini juga turut memandang tinggi kepada generasi sahabat, tabi’in dan tokoh-tokoh ulama’ hadith kerana melalui jalan ini ilmu agama disebarkan, dipelajari dan diyakini.

    Prof Dr Hamka pula menyatakan bahawa Ahli Sunnah ialah orang yang mnengikuti sunnah Nabi s.a.w dan para ilmuawan mujatahid yang mengeluarkan pendapat hasil ijtihad mereka. Ahli Sunni ialah golongan yang berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w serta para sahabat, tabi’in dan pengikut mereka hingga hari ini.

    Berbanding golongan Muktazilah, mereka lebih mengutamakan dalil ‘aqli(akal fikiran) berbanding dalil naqli (al-Qur’an dan as-Sunnah). Muktazilah berasal dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak, lahir semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang keluar dari halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan gurunya tentang masalah dosa besar. Bagi Wasil orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain atas dasar tersebut mereka menubuhkan mazhab baru dan bergantung kepada 5 prinsip mereka iaitu:

    a. al tauhid
    b. al-Adl
    c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
    d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain
    e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

    Sumber :
    - Ahmad Zaki Engku Alwi, Ahmad Zaki Engku Alwi (Engku.).(2007). Ajaran Sesat: Mengenali Jalan Yang Terpesong.Malaysia.PTS Islamika.
    - Blog Yoep Dakwah.Abu Anas Ibn Abd Basir.(8 Ogos 2008)."Siapakah Muktazilah" Oleh; Mukhamad Khafiz bin Abdul Basir.Diakses pada 7 Oct. 2011 daripada http://yeopmadiny.blogspot.com/2008/08/siapakah-muktazilah.html

    Daripada : Wajihah Bt Abdul Nassir (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  19. Erti "Ahli Sunnah" ialah penganut Sunnah atau perjalanan Nabi Muhammad SAW. Manakala erti 'jamaah" ialah penganut iktiqad sebagaimana iktiqad jemaah Sahabat-sahabat ridhuanullah alaihim. Jadi"Jamaah" yang dimaksudkan di sini bukan jemaah orang awam tetapi jemaah para Sahabat Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah iktiqad yang dianuti oleh kaum Muslimin sebagaimana iktiqad Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat Nabi. Inilah yang dikatakan pegangan atau mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Manakala, di antara fahaman-fahaman muktazilah yang begitu banyak ialah bahawa orang yang membawa dosa besar, dia itu mukmin pun tidak, kafir pun tidak. Orang itu tidak boleh masuk Syurga dan tidak juga masuk Neraka. Kedudukannya di Akhirat kelak adalah di antara Syurga dan Nera.ka. Inilah pegangan mereka, dan sememangnya golongan muktazilah ini lebih berpegang pada akal.
    Dan di antara fahaman muktazilah juga ialah bahawa nikmat yang diterima oleh orang mukmin di dalam Syurga nanti hanyalah nikmat rohani sahaja, bukannya nikmat rohani dan jasmani. Dan mereka juga berkeyakinan bahawa orang mukmin di dalam Syurga tidak dapat melihat ALLAH dengan mata kepalanya. Sedangkan keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, orang mukmin .di dalam Syurga dapat melihat ALLAH dengan mata kepalanya, cuma iktiqad kita adalah bahawa ALLAH tidak bertempat, dan jangan pula kita mengiktiqadkan ALLAH di dalam Syurga.

    sumber:

    http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com
    http://ilmudanulamak.blogspot.com

    daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  20. Perkataan Muktazilah berasal dari perkataan ‘Itazala’ yang bermaksud mengasingkan diri dari puak pada masa itu. Menurut istilah , ia membawa maksud satu golongan yang lahir dalam Islam pada awal kurun kedua hijrah. Dasar yang dibawa membicarakan masalah Islam , Iman dan Ihsan. Lima prinsip mereka ialah al-Tauhid , al-Adl (Keadilan), al-Wa’d wa al-Wa’id (Janji baik dan janji buruk) , al-Manzilah baina al-Manzilatain (Satu tempat di antara dua tempat ) dan al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar (Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan). Prinsip keempat ; iaitu satu tempat di antara dua tempat adalah prinsip mereka yang memisahkan Wasil (pengasas) dengan gurunya Hasan al-Basri. Golongan ini oercaya bahawa orang yang melakukan dosa selain syirik adalah tidak mukmin dan tidak kafir , tetapi fasik. Mereka mengambil jalan tengah dalam menghukum kedudukan mereka ini. Mereka membahagikan maksiat kepada 2 ; Pertama : Syirik , hukumnya kafir . Kedua: melakukan dosa besar , hukumnya fasik. Perkataan ahl al as- sunnah ialah mereka yang mengikuti perjalanan nabi dan orang ramai iaitu golongan yang mengikuti sunnah Rasulullah.Menurut pendapat al-Baghdadi, beliau menggolongkan 8 kelompok dalam golongan ini iaitu ; kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis atau dikenali dengan kumpulan ulama hadis , kumpulan orang Islam yang menjadi tokoh dalam bidang fekah dan mengikuti jalan sifatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka. Iktikad mazhab ini ialah manusia dan hamba itu tidak dipaksa atau tidak digagahi sepenuhnya dan tidak memberi apa- apa kesan terhadap usaha manusia yang dilakukan secara sengaja. Namun begitu , perbuatan hamba yang dilakukan secara sengaja pada zahirnya adalah usaha dan ikhtiar mereka ,hakikat sebenarnya perbuatan secara sengaja adalah daripada Allah. Iktikad mereka juga yang sederhana dalam semua keadaan dan pertengahan dalam setiap urusan. Rujukan :(Ustaz Abd. Latif , Dr. Rosmawati Ali@ Mat Zin . Teks Komprehensif Pengajian Islam Penghantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur . Pustaka Salam Sdn. Bhd).
    Siti Syafiqah bt. Salahudin
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  21. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Aliran muktazilah pula banyak menggunakan logik akal sebagai hujah khususnya dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah serta untuk menangani isu akidah. Mereka juga menafikan Allah bersifat. Bagi mereka jika Allah bersifat ia akan menyebabkan ada 2 yang qadim dan azali iaitu Zat dan Sifat.
    Selain itu, aliran muktazilah juga mengatakan bahawa Allah tidak dapat dilihat sewaktu didunia juga di akhirat nanti tetapi menurut pandangan ahli sunnah wal jamaah, orang beriman akan dapat melihat Allah pada hari akhirat dengan mata kepala sendiri. Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud :
    Maksudnya : Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang Yang beriman) berseri-seri; melihat kepada Tuhannya.
    Menurut fahaman muktazilah, al-Quran itu adalah makhluk. Hal itu supaya selaras dengan fahaman juga pegangan mereka yang mengatakan Allah tiada sifat. Sebaliknya Ahli sunnah wal jamaah meyakini bahawa al-Quran itu adalah kalam allah serta bersifat Qadim seperti dalam firman Allah dalam surah an-Nisa’, ayat 164 yang bermaksud :
    Maksudnya: Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

    Sumber:
    Ab.Latif Muda, Dr.Rosmawati Ali@mat zain ( 2007). PERBAHASAN AKIDAH ISLAM. Kuala lumpur. pustaka salam. m/s 126-135

    NORAINI BINTI AHMAD (PISMP PAI 2 SEM 2)

    BalasPadam
  22. AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH (ASWJ)
    Oleh: Ustaz Abu Syafiq

    Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:- Mereka yang mengikut sunnah iaitu akidah Nabi Muhammad. * Mereka yang seakidah jamaah para sahabat dan umat Islam. Sumber dalil Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:- Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijmak. Keperluan mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) kerana:- * Perintah agama dari sabda Nabi Muhammad. * Menyelamat dari segala ajaran yang bercanggah dengan ASWJ. Ulama As-Salaf & ulama Al-Khalaf merupakan golongan mulia Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    MUKTAZILAH
    Oleh: Abu Anas Ibn Abd Basir

    Al-Muktazilah adalah salah satu firaq (pecahan) islam yang dinisnahkan kepada (Wasil bin Atto"), yang mula muncul sekitar tahun 105-110 hijrah. Terkenal dengan mendahulukan akal fikiran berbanding Naqal (wahyu), mempunyai 5 usul pegangan. Antara nama lain bagi puak ini ialah; (al-Qadariah, al-Wai'diyyah dan al-Adaliyah) dinamakan Muktazilah kerana pengasasnya keluar dari majlis imam Hasan al-Basri selepas dia tidak bersetuju dengan Hasan al-Basri dalam sekitar isu kefasikan. Akidah dan pemikiran;

    1)mereka mengatakan tentang Allah ialah: tidak panjang tidak lebar, tiada warna, tidak panas tidak sejuk dan sebagainya.
    2) Mereka menafikan bahawa Allah menciptakan perbuatan hambanya.
    3) Al-Manzilah baina al-manzilatain (diantara dua kedudukan), Muktazilah mengatakan bahawa orang yang fasik didunia tidak dinamakan mukmin dari satu sudut dan tidak dinamakan kafir dari sudut yang lain akan tetapi diantara dua kedudukan. Jika dia bertaubat maka telah kembali kepada keimanannya dan jika mati dalam kefasikannya maka dia kekal selama-lamanya dalam neraka.
    4) Pelaku dosa-dosa besar tidak akan dikeluarkan dari neraka selama-lamanya
    5), Mereka mewajibkan untuk membunuh pemimpin yang zalim semata-mata kerana kefasikan mereka,

    Diekses:

    Syafiq, U. A. (2009, 02 08). ISLAM VS WAHABI. Retrieved 10 07, 2011, from Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ): http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/02/ahli-sunnah-wal-jamaah-aswj.html
    Basir, A. A. (2008, 08 08). YeopMadiny. Retrieved 10 07, 2011, from Siapakah Muktazilah: http://yeopmadiny.blogspot.com/2008/08/siapakah-muktazilah.htm
    Hussein, A. (2011, 03 03). Retrieved 10 07, 2011, from Keistimewaan Ahli Sunnah Waljamaah dalam Pegangan Akidah Mereka. http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/03/keistimewaan-ahli-sunnah-wal-jamaah.html

    -Ustaz Abu Syafiq adalah seorang Pendakwah Islam
    - Abu Anas Ibn Abd Basir mengambil Pengajian Master di King Saud University-Riyadh.
    -Abul Hussein berada di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah

    =UMI HIDAYAH BT ABD AZIZ (PISMP PAI 3)

    BalasPadam
  23. muktazilah
    muktazilah bermaksud orang yang mengasingkan diri.
    Muktazilah adalah salah satu daripada mazhab pegangan akidah yang tidak selari dengan pendekatan ajaran baginda Rasulullah s.a.w., atau dengan lain perkataan, terkeluar dan menyimpang jauh daripada akidah 'Ahlus Sunnah Wa al-Jamaah'.
    pendapat yang berbeza dengan ahlus sunnah wa al-jamaah antaranya ialah
    1:Tauhid
    mereka mengenepikan sifat azali bagi Allah seperti berkuasa, hidup dan mnedengar yang lain daripada zatnya
    2:Allah itu bersifat Adil
    antara keadilanNya ialah Dia menciptakan manusia . kemudian manusia itu mencipta perbuatan mereka, bukan Allah yang mencipta perbuatan itu. oleh itu, adil dikira berlaku apabila menghukum ke atas diri orang yang mengerjakan amal baik dan jahat

    ahli sunnah wal jamaah
    kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

    rujukan :
    *Abdul Hadi Awang.(2007). Fahaman dan Ideologi Umat Islam.PTS Islamika
    *http://fazakkeer.blogspot.com/2011/01/mari-kenali-golongan-muktazilah.html
    *https://dupahang.wordpress.com/2008/11/08/muktazilah-berleluasa-dalam-masyarakat/
    MARDHIAH BINTI KURSUS @ OTHMAN
    PISMP PAI1 SEM 2

    BalasPadam
  24. beza muktazilah dan ahlul sunnah

    muktazilah:

    berkisar perbuatan manusia yang mana manusia itu bertanggungjawab sepenuhnya keatas segala perbuatanya, samaada yang baik atau buruk. Tuhan tidak menghendaki keburukan dan tidak mencipta perbuatan manusia. Tuhan hanya memberikan kudrat kepada manusia untuk membuat pilihan sama ada hendak melakukanya atau meninggalkanya.Allah tidak bertanggungjawab diatas segala keburukan yang dilakukan oleh manusia.(M/S 142)


    AHLUL SUNNAH

    beritiqad bahawa manusia dan hamba itu tidak dipaksa atau digagahi sepenuhnya dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap usaha manusia yang dilakukan secara sengaja. namun begitu segala perbuatan hamba yang dilakukan secara sengaja zahirnya itupun dengan usaha dan ihtiar mereka sahaja hakikat sebenarnya perbuatan secara sengaja adalah daripada Allah.(M/S 145)

    Sumber:

    Ab. Latif Muda, Rosmawati bt Ali@Mat Zin, (1998), Pengantar Ilmu Tauhid,Pustaka Salam, Kuala Lumpur.

    WAN NUR ASHIKIN BT WAN ROSLAN
    PISMP PAI2 SEM 2

    BalasPadam
  25. assalamualaikum Ustaz:-

    perbezaan antara akidah ahli sunnah dan muktazilah adalah:-

    akidah ahli sunnah adalah
    a Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
    b. Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
    c. Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
    d. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
    e. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih

    manakala akidah muktazilah adalah:-


    Berasal dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak, lahir semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang keluar dari halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan gurunya tentang masalah dosa besar, bagi Wasil orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain atas dasar tersebut mereka menubuhkan mazhab baru dan bergantung kepada 5 prinsip mereka iaitu:

    a. al tauhid
    b. al-Adl
    c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
    d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain
    e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

    Prinsip pertama (tauhid)

    - menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru
    - menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru
    - ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat

    Prinsip kedua (al-Adl)

    -manusia betanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan ALLAH tidak mencipta perbuatan manusia samada baik atau buruk, hanya kudrat diberi kepada manusia untuk membuat pilihan melakukan atupun tidak, segala keburukan ALLAH tidak bertanggungjawab,dengan prinsip ini mereka menggelarkan diri mereka ahli tauhid dan keadilan.

    Prinsip ketiga (al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)


    - golongan ini yakin bahawa ALLAH wajib tunaikan janjinya, amalan baik akan mendapat pahala, amalan buruk akan mendapar dosa dan ditempatkan di neraka,tuhan tidak boleh memungkiri janji, bagi mereka yang melakukan dosa besar mereka tidak diampun melainkan bertaubat,orang yang baik tidak boleh dihalang dari mendapat pahala.

    Prinsip keempat (satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain)

    Prinsip yang paling penting dalam Muktazilah,golongan ini beriktikad bahawa melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi mereka mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi mereka terbahagi dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa besar hukumnya fasik

    Prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.)

    Berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi pendirian mereka.

    Pengaruh dari ahli falsafah Yunani menyebabkan golongan ini melampau dalam tauhid dan tanzih dalam ajaran islam yang sebenar.

    rujukan:-
    http://persisbayu.blogspot.com/2009/09/mazhab-akidah-qadariah-jabariah-dan.html

    nama: nur amira bt mat zan
    unit: pai 1 sem 2 pismp

    BalasPadam
  26. Perbezaan Muktazilah dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah ialah Muktazilah berasal dari perkataan I’tazala . Ia bermaksud mengasingkan diri dari puak pada masa itu. Dari segi istilah ia membawa maksud satu golongan yang lahir dalam Islam pada awal kurun kedua Hijrah. Pengasasnya ialah Wasil Ibn ‘Ata’. Muktazilah mempunyai 5 prinsip dalam membicarakan masalah Islam, iman, Ihsan iaitu al-Tauhid, al-‘Adl, al-Wa’d wa al-Wa’id, al-Manzilah baina al-Manzilatain dan al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Secara jelasnya muktazilah ini menafikan sifat dan kalam Allah yang azali, dan mereka mengatakan bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala perbuatannya sama ada baik atau buruk. Tuhan tidak menghendaki keburukan dan tidak mencipta perbuatan manusia. Selain itu, mereka juga yakin bahawa Allah wajib menunaikan janji-Nya dengan memberi pahala kepada setiap amalan kebaikan dan wajib menjatuhkan hukuman Neraka kepada mereka yang melakukan dosa kerana Allah tidak boleh memungkiri janji. Golongan ini juga percaya bahawa orang yang melakukan dosa besar selain syirik adalah tidak mukmin dan tidak kafir tetapi fasik.
    Manakala Ahli Sunnah Wal Jamaah pula ialah mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan orang ramai. Mazhab Ahl Al-Sunnah ialah mereka yang beriktikad bahawa manusia dan hamba itu tidak dipaksa atau tidak digagahi sepenuhnya dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap usaha manusia yang dilakukan secara sengaja. Mazhab Ahl Sunnah adalah betul dan pertengahan kerana ia fahaman mengadakan perkara yang ada dan mentiadakan perkara yang tiada.Keempat-empat Imam Ahl Sunnah Wal Jamaah tersebut bila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada Al-Quran dan Hadis RasuluLlah saw.

    Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati, Pengantar Ilmu Tauhid. Pustaka Salam Sdn.Bhd

    NURDIYANA ATIQAH BINTI CHE HUSIN
    PISMP PAI1 SEM2

    BalasPadam
  27. Tahniah kepada yang menjawab ISL8. dikemasini hingga kini.12 OKT.2011 jam 8.25pg

    BalasPadam
  28. Pertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.

    Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:

    “Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.

    Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
    “Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”.
    (Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)

    Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.

    Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma‘ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
    “Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”.

    Rujukan : Al-mukminun 2008 . Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    http://almukminun.blogspot.com/2008/07/aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah.html

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3959.0
    Naimah Sulaiman
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  29. sambungan...
    Muktazilah

    Berasal dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak, lahir semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang keluar dari halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan gurunya tentang masalah dosa besar, bagi Wasil orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain atas dasar tersebut mereka menubuhkan mazhab baru dan bergantung kepada 5 prinsip mereka iaitu:

    a. al tauhid
    b. al-Adl
    c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
    d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain
    e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

    Prinsip pertama (tauhid)

    - menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru
    - menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru
    - ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat

    Prinsip kedua (al-Adl)

    -manusia betanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan ALLAH tidak mencipta perbuatan manusia samada baik atau buruk, hanya kudrat diberi kepada manusia untuk membuat pilihan melakukan atupun tidak, segala keburukan ALLAH tidak bertanggungjawab,dengan prinsip ini mereka menggelarkan diri mereka ahli tauhid dan keadilan.

    Prinsip ketiga (al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)


    - golongan ini yakin bahawa ALLAH wajib tunaikan janjinya, amalan baik akan mendapat pahala, amalan buruk akan mendapar dosa dan ditempatkan di neraka,tuhan tidak boleh memungkiri janji, bagi mereka yang melakukan dosa besar mereka tidak diampun melainkan bertaubat,orang yang baik tidak boleh dihalang dari mendapat pahala.

    Prinsip keempat (satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain)

    Prinsip yang paling penting dalam Muktazilah,golongan ini beriktikad bahawa melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi mereka mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi mereka terbahagi dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa besar hukumnya fasik

    Prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.)

    Berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi pendirian mereka.

    Pengaruh dari ahli falsafah Yunani menyebabkan golongan ini melampau dalam tauhid dan tanzih dalam ajaran islam yang sebenar.

    Rujukan : Nama tidak disebut tetapi penulis adalah seorang pendidik di negeri di bawah bayu. 2009. Mazhab Akidah Qadariah, Jabariah, dan Muktazilah
    http://persisbayu.blogspot.com/2009/09/mazhab-akidah-qadariah-jabariah-dan.html
    Nama : Naimah Bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  30. *ISL 8 PIM3104 2011
    Tajuk 8 :
    Jelaskan perbezaan antara akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan Muktazilah ?

    Saya jawab,

    Perbezaan kedua-duanya ialah dari konsep yang mana secara ringkasnya ialah Akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah ini mendokong Akidah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, manakala Muktazilah pula mengutamakan akal fikiran dalam ajaran mereka.

    Muktazilah adalah salah satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan juga liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam yang lain adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil ‘aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.

    Golongan Muktazilah ini menggunakan akal fikiran untuk setiap perkara dan cuba memperolehinya (sesuatu perkara atau penyelesaian) melalui jalan (akal fikiran) ini. Disebabkan itulah, mereka telah terpesong daripada ajaran agama. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa akal itu terpengaruh dengan suasana dan hawa nafsu. Sebaliknya, syara’ ialah lampu (penyuluh) yang menyinari jalan di hadapan akal.

    Asas-asas mazhab Muktazilah
    Antara asas-asas ajaran Muktazilah ialah:
    1)Wajib mengenal Allah dengan (berdasarkan) akal.
    2)Mengingkari sifat Ma'ani, dan berpendapat al-Quran itu adalah makhluk.
    3)Menafikan melihat Allah (rukyah) kerana akan membawa kepada menjisimkan dan memberi arah kepada Allah.
    4)Berpendapat bahawa baik dan buruk adalah berdasarkan kepada akal.
    5)Allah mengkehendaki kebaikan dan tidak mengkehendaki kejahatan. Allah wajib membuat yang baik dan terbaik untuk makhluk-Nya.

    Manakala Akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah adalah Akidah yang benar. Ahlu Sunnah wal Jamaah bererti kumpulan orang Islam yang berpegang pada akidah (ajaran, kepercayaan dan amalan) yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W mengikut Al-Quran dan Sunnahnya. Mereka sentiasa berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya dengan I’tikad, perbuatan dan amal ibadat yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah S.A.W.

    Asas-asas Akidah Ahlu Sunnah wal-Jamaah
    Antara asas-asas ajaran Ahlu Sunnah wal Jamaah ialah:
    1)Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
    2)Berpegang teguh dengan prinsip Al-Salaf Al-Soleh.
    3)Merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah sekiranya terdapat percanggahan.
    4)Tidak mencela atau mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
    5)Tidak menghukum sesuatu melainkan jika terdapat bukti yang sah.

    Oleh itu, selagi kita berpegang pada Akidah Rasulullah S.A.W dan kita beramal dengannya, maka, tergolonglah kita dalam pengikut Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

    Sumber Rujukan :
    1 - Kamarul Shukri Mohd Teh. Siri Islam dan Masyarakat – Pengantar Ilmu Tauhid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    2 - Laman web ini, http///:Www.islam.gov.my/e-rujukan/sunnah.html/Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah telah diakses pada 11 Oktober 2011, jam 11.56 malam.
    3 - Laman web ini, http///:Www.ms.wikipedia.org/wiki/Muktazilah/ telah diakses pada 11 Oktober 2011, jam 11.56 malam.

    Dijawab oleh :
    Zul Hasanain bin Hasim
    Pismp PA/BI/BA 1 sem 2

    BalasPadam
  31. ahl sunnah wal jamaah:

    Mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Generasi paling awal dan utama di kalangan mereka adalah para sahabat, kemudian diikuti oleh para tabi’in dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka. Generasi pertama di kalangan mereka dikenali dengan nama Salaf. Mereka berpandukan al-Quran dan sunnah tanpa menghuraikan kenyataan yang samar (mutasyabihat) dan menyerah maksudnya kepada Allah.

    muktazillah:

    Di antara umat Islam ada yang menganut fahaman Mu'tazilah. Di antara fahaman Mu'tazilah yang sangat bercanggah dengan fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah bahawa Mu'tazilah tidak percaya akan adanya azab dan nikmat kubur.[2] Mereka beranggapan kononnya azab dan nikmat kubur itu tidak rasional dan bercanggah dengan akal yang waras.

    Mereka mendakwa antara lain, bagaimana manusia akan disiksa dan mendapat nikmat di dalam kubur padahal ada manusia yang tidak dikesan kuburnya? Bagaimana dengan mereka yang hancur tubuhnya kerana letupan bom, yang dimakan oleh binatang buas dan hangus terbakar menjadi abu? Semua pertanyaan ini hanya muncul dari orang yang jahil tentang makna alam kubur atau lebih tepat – alam barzakh sebagaimana yang dipaparkan di atas.

    rujukan:Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman.
    http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter1%20muktazilah.htm
    Ustaz Dr. Abdullah Yasin
    http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter1%20muktazilah.htm

    NURUL NADIAH ZULKIFLI
    PAI 3

    BalasPadam
  32. Muktazilah:
    • Prinsip pertama:
    o Menafikan Allah bersifat azali, semua sifat Allah itu baru
    o Menafikan azali kalam Allah dgn mengatakan Al-Quran itu makhluk
    o Allah tdk akan dapat dilihat di akhirat nanti
    • Prinsip kedua:
    o Perbuatan manusia adalah tanggungjawab manusia sepenuhnya. Allah hanya memberi kudrat kpd manusia. Allah tidk bertanggungjawab atas semua keburukan yang dilakukan oleh manusia.
    • Prinsip ketiga:
    o Janji baik dan janji buruk. Allah wajib beri ganjaran terhadap yang buat baik dan balasan buruk terhadap yang buat jahat. Allah tidak boleh memungkiri janji. Orang yang buat dosa besar tidak kan diampunkan oleh allah melainkan dgn bertaubat sebagaimana orang baik tidak boleh dihalang daripada mendapat pahala.
    • Prinsip kelima
    o Prinsip ini untuk berdakwah dan memberi tunjuk ajar kpd org sesat dan jahil. Mereka tidak segan silu melaksanakan atau tidak teragak-agak menjatuhkan hukuman termasuk membunuh walauoun sesama Islam.
    Ahli Sunnah wal Jamaah:
    • Manusia dan hamba tiu tidak dipaksa atau tidak digagahi sepenuhnya, dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap usaha manusia yang dilakukan secara sengaja. Namun begitu usaha dan ikhtiar mereka sahaja, hakikat dan sebenarnya perubuatan secara sengaja itu adalah daripada Allah. Lantaran segala manusia dan hamba itu melakukan segala perbuatan secara sengaja dan usaha atau ikhtiar pada zahirnya, namu pada hakikat dan batinya adalah tergagah. Justeru segala usaha dan ikhtiar menjadi sandaran atau tempat dikenakan taklifan atau hukmum terhadap mereka dengan suruhan dan tegahan.

    Rosmawati Ali.Dr, Pengantar Ilmu Tauhid , Kuala Lumpur, Pustaka Salam Sdn.bhd

    BalasPadam
  33. FARHATUL ALIA ROSLI PAI3


    Aliran Muktazillah
    a. Pertentangan antara Murjiah Qadariah dan Murjiah Jabariah telah menyebabkan munculnya golongan Muktazillah. Muktazillah bererti orang yang mengasingkan diri iaitu sempenan tindakan pengasasnya (Wasil Bin ’Ata’ yang telah bertindak keluar dari menyetujui pendapat gurunya Hassan al-Basri.
    b. Aliran ini wujud pada 120H iaitu pada zaman terakhir pemerintahan Bani Umaiyah.
    c. Kaum Muktazillah sering dianggap sebagai golongan rasionalis kerana dasar pemikiran mereka yang lebih mengutamakan akal fikiran dari al-Quran dan Hadis, walaupun terhadap perkara-perkara yang berkaitan hukum dan akidah. Pada mereka apa sahaja yang difikirkan logik dan benar mengikut ukuran akal maka itulah yang benar. Justeru itu mereka tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj serta seksa kubur.
    d. Keghairahan penggunaan akal sebagai nas adalah berpunca dari pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani berikutan kemasukan ilmu pengetahuan luar dalam kerajaan Islam.
    e. Kemuncak pengaruh aliran ini ialah pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum, al-Mu’tazim dan al-Wathiq (Kerajaan Bani Abbasiyah) (198-232H), kerana pada tempoh tersebut aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani amat giat dilakukan. Kegiatan ini asalnya untuk tujuan perkembangan ilmu, namun akhirnya telah menpengaruhi pemikiran mereka. Ketiga-tiga orang khalifah tersebut dikatakan antara penyokong kuat aliran Muktazillah ini, bahkan telah dijadikan mazhab negara.
    5. Aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah
    a. Aliran ini lahir pada abadd ke-3H iaitu sebagai reaksi kepada ajaran Muktazillah yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Ia merupakan aliran pemikiran Islam yang terakhir muncul pada zaman tradisi Islam dan juga merupakan aliran pemikiran paling lengkap.
    b. Aliran ini merupakan gabungan antara Ahl al-Ra’y (golongan yang menggunakan akal fikiran yang kebanyakannya berada di Iraq ) dan Ahl al-Hadith (golongan yang banyak menggunakan Hadith yang kebanyakannya berada di Madinah). Bagaimanapun kedua-dua golongan ini lebih banyak menggunakan Hadith dalam menentukan sesuatu hukum.Disebabkan itu mereka digelar Ahl al-Sunnah yang bererti pembela sunnah Rasulullah s.a.w.
    c. Usaha membela Sunnah Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah dilakukan oleh para sahabat yang kemudian diikuti oleh para pengikut mereka (tabi’in). Antara mereka ialah Abu Hanifah (pelopor ahl al-ra’y) dan Ahmad bin Hanbal (pelopor ahl al-hadith). Ketika itu masih belum disebut Ahl Sunnah wal-al-Jamaah. Tetapi setelah wujudnya pelbagai aliran seperti dinyatakan di atas, maka kumpulan ini dikenali sebagai Ahl al-Sunnah wal al-Jamaah.
    d. Antara pemimpin aliran ini seperti Abu Hassan al-Asyaari, Abu Mansur al-Maturidi, Imam al-Ghazali dll
    http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/08/tamadun-islam-tema-6-kemunculan-mazhab.html

    BalasPadam
  34. ISL 8: Jelaskan perbezaan antara akidah ahlu sunnah wal jamaah dengan muktazilah.

    Mazhab Muktazilah

    Mazhab Muktazilah ditubuhkan dan dipimpin oleh Wasil Bin Ata’ yang telah tergelincir dari fahaman gurunya Hasan Basri, seorang tabi’in yang bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang mengajar di Negeri Basrah, dan Wasil telah mendapat sokongan daru Umar Bin Abid.

    Mazhab Muktazilah dalam memahamkan agama sangat menggunakan fikiran mereka yang dicampurkannya dengan falsafah Yunani dan dalam masa yang singkat sahaja, mazhab Muktazilah telah berkembang dengan luasnya mempengaruhi iktiqad-iktiqad manusia.

    Menurut ajaran Muktazilah, Qur’an itu baru sahaja diciptakan dan dalam mentafsirkan al-Qur’an dan Hadis, mazhab Muktazilah terlalu banyak menggunakan aqal fikiran mereka sendiri.
    Fahaman mazhab Muktazilah banyak persamaannya dengan fahaman agama Kristian. Misalnya keyakinan bahawa Qur’an itu baru sahaja diciptakan. Fahaman ini adalah antara yang menyebabkan mazhab muktazilah terkeluar dari agama Islam.

    Ahli Sunnah Wal Jamaah

    Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ianya aqidah yang sohih iaitu aqidah yang berlandaskan Al-Qur’an dan As Sunnah yang diistilahkan sebagai Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah iaitu I’tiqad yang mengikut I’tiqad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.

    Rujukan: Haji Sa’id Haji Ibrahim (1998), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, , Kuala Lumpur; Darul Makrifah

    NOR SA'ADAH BINTI MOKTER
    PISMP PAI1 SEM2 

    BalasPadam
  35. Ahli Sunnah Wal Jamaah: Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah:
    1 . Mengenal Allah adalah secara syarak.
    2 . Alam ini adalah baru.
    3 . Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
    4 . Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
    5 . Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
    6 . Tidak kewajiban ke atas Allah.
    7 . Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Haru juga melihat Allah Taala.
    8 . Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
    9 . Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
    10 . Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
    11 . Tiada siapa yang maksum kecuali para nabi.
    12 . Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
    13 . Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
    14 . Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
    15 . Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
    16 . Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.
    sumber:http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2009/01/ahli-sunnah-wal-jamaah.html

    Muktazilah:pemikiran golongan muktazilah ialah dengan membawa pendekatan serta menggunakan pendekatan mengutamakan dalil akal dan dalil al-Quran. Justeru itulah Muktazilah banyak mentafsirkan nas, khasnya yang berkaitan dengan sifat dengan mentakwilkan nas al-Quran secara berleluasa menurut akal mereka, juga mentakwilkannya menurut aliran supaya bersesuaian dengan golongan mereka. Golongan Muktazilah terlalu bebas dan membuka ruang dengan menggunakan kebebasan akal secara berleluasa.
    Sumber:Abd. Latif Muda, & Rosmawati Ali. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid (Teks Komprehensif Pengajian Islam). Kuala Lumpur:Pustaka Salam Sdn. Bhd. H.18

    BalasPadam
  36. perbezaan akidah ahl sunnah wal jamaah dengan muktazilah..

    DASAR MUKTAZILAH
    1- seorang mukmin yang melakukan dosa besar dihukumkan berada di dalam tempat diantara syurga dan neraka.
    2- Al-Qur'an itu makhluk
    3- segala perbuatan manusia itu adalah perbuatan yang ada pilihan bagi manusia, diciptakan untuk mereka dengan kudrat yang Allah letakkan pada mereka.

    DASAR AHL SUNNAH WAL JAMAAH
    1- seseorang yang berbuat jahat/kafir akan dimasukkan ke dalam neraka
    2- Al-Qur'an ialah kalamullah,kalamullah ialah sifat Allah yang sabit pada zat Allah sejak azali. Al-Qur'an itu qadim.
    3- berpendapat ada 2 jenis perbuatan hamba. pertama perbuatan yang tiada pilihan (idthiroriah), kedua perbuatan yang ada pilihan (ikhtiyariah).

    Mohammad Haji Rais,(2004), Bimbingan Mengenal Tauhid dan Akidah, Singapura: Pustaka Nasional,m.s:18

    Nor Fatin Wahida Bt Pisol
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  37. Muktazilah:
    Perkataan muktazilah berasal dari perkataan I’tazala. Ia bermaksud mengasingkan diri dari puak pada masa itu. Dari segi istilah ia bermaksud satu golongan yang lahir dalam Islam pada awal kurun kedua hijrah. Pengasasnya ialah Wasil Ibn Ata yang mengasingkan dirinya daripada majlis gurunya Hasan al-Basri.

    Wasil keluar daripada halaqah atau majlis gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya Hasan al-Basri tentang hukum orang yang melakukan dosa besar. Wasil tidak bersetuju dengan pendapat gurunya kerana menurut pendapatnya, orang yang melakukan dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir bahkan mereka berada pada satu tempat di antara dua tempat iaitu al-Manzilah Baina al-Manzilatain. Perkara inilah yang menyebabkan Wasil keluar daripada halaqah Hasan al-Basri dan menubuhkan halaqah lain. Atas dasar inilah muktazilah telah mengembangkan prinsip mereka yang lima dalam membicarakan masalah Islam, Iman dan Ihsan. 5 prinsip mereka itu ialah:
    a. al-Tauhid (Tauhid)
    b. al-‘Adl (Keadilan)
    c. al-Wa’d wa al-Wa’id (Janji baik dan janji buruk)
    d. al-Manzilah baina al-Manzilatain (Satu tempat di antara dua tempat)
    e. al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar (Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan)
    Prinsip Pertama: Tauhid. Apa yang dimaksudkan tauhid menurut muktazilah ialah :
    i. Menafikan sifat Allah yang azali untuk itu semua sifat Allah itu baru
    ii. Menafikan azali kalam Allah dengan mengatakan al-Quran itu baru (makhluk)
    iii. Allah tidak akan dapat dilihat di Akhirat nanti.
    Rumusannya, golongan ini amat melampauu dalam akidah tauhid dan tanzih. sehingga mereka menyeleweng daripada ajaran yang sebenar. Hal itu kerana mereka terpengaruh dengan aliran pemikiran falsafah Yunani.

    Prinsip kedua: Iaitu golongan ini berkisar perbuatan manusia yang mana manusia itu bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala perbuatannya sama ada yang baik ataupun yang buruk. Tuhan tidak menghendaki keburukan dan tidak mencipta perbuatan manusia. Tuhan hanya memberi kudrat kepada manusia untuk membuat pilihan sama ada hendak melakukannya atau meninggalkannya. Allah tidak bertanggungjawa di atas segala keburukan yang dilakukan oleh manusia. Dengan sebab itulah berdasarkan dua prinsip tersebut, mereka menggelarkan golongan mereka dengan ahli tauhid dan keadilan.

    Prinsip ketiga: Iaitu janji baik dan janji buruk, golongan ini yakin bahawa Allah wajib menunaikan janji-Nya dengan memberi pahala kepada setiap amalan kebaikan dan wajib menjatuhkan hukuman atau balasan neraka kepada mereka yang melakukan dosa kerana Tuhan tidak boleh memungkiri janji. Bagi mereka yang melakukan dosa besar, mereka tidak akan diampun oleh Allah melainkan dengan bertaubat sebagaimana orang yang baik tidak boleh dihalang daripada mendapat pahala.

    BalasPadam
  38. (sambungan)

    Prinsip keempat: iaitu satu tempat di antara dua tempat adalah prinsip mereka yang paling penting yang memisahkan Wasil dengan gurunya Hasan al-Basri. Golongan ini percaya bahawa orang yang melakukan dosa besar selain syirik adalah tidak mukmin dan tidak kafir, tetapi fasik. Mereka mengambil jalan tengah dalam menghukum kedudukan mereka ini. mereka membahagikan maksiat kepada dua iaitu pertama, syirik hukumnya kafir. Kedua, melakukan dosa besar hukumnya fasik.

    Prinsip kelima: ialah amar makruf dan nahi mungkar. Prinsip ini berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid. Prinsip ini adalah untuk berdakwah dan memberi tunjuk ajar kepada orang-orang yang sesat dan jahil. Mereka tidak segan silu melaksanakan atau tidak teragak-agak melakukan hukuman termasuk bunuh walaupun sesama Islam kerana menurut mereka, orang yang menyalahi pendirian mereka adalah sesat.

    Ahli Sunnah wa al-Jam’ah:
    Perkataan Ahli Sunnah wa al-Jam’ah ialah mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan orang ramai iaitu golongan yang mengikuti sunnah Rasulullah. Walaupun semua umat Islam mengakui mengikuti sunnah Rasul, namun pengertian ahli al-Sunnah dapat difahami dengan pengertian yang berikut dan ia dapat membezakan mereka daripada kelompok atau golongan syiah, khawarij dan muktazilah. menurut pendapat al-Baghdadi, beliau menggolongkan 8 kelompok yang tergolong dalam kumpulan ahl al-Sunnah iaitu:
    a. iaitu kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang Tauhid dan kerasulan. Selain itu, mereka yang mengikuti jalan ulama mutakallimin Sifatiyah iaitu mereka yang tidak mentasybihkan Allah. Dengan kata lain, ulama kalam sifatiyyah itu berpegang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat tertentu dan sifat-sifat itu tidak menyerupai sifat-sifat makhluk.
    b. Kumpulan orang Islam yang menjadi tokoh dalam bidang fekah dan mengikuti jalan sifatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka. Antaranya ialah pengasas 4 aliran mazhab iaitu Imam al-Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Abu Hanifah serta pengikut mereka.
    c. Kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis atau juga dikenali dengan kumpulan ulama hadis.
    d. Kumpulan orang islam yang mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan saraf iaitu kumpulan ahli bahasa dan nahu.
    e. Kumpulan orang islam yang mempunyai ilmu dalam bidang bacaan atau qiraat al-Quran dan tafsirannya iaitu kumpulan ahli qiraat dan tafsir.
    f. Kumpulan orang Islam yang zahid dan sufi.
    g. Kumpulan orang Islam yang berjihad dan berjuang utk menentang musuh-musuh Islam di dalam peperangan
    h. Kumpulan orang Islam yang tinggal di negeri atau tempat di mana terdapat syiar-syiar ahl al-sunnah dan mereka itu mengikuti ulama ahl al-Sunnah dalam tauhid dan fekah.

    Ab Latif b. Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998), Pengantar Ilmu Tauhid, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.


    (FARAH WAHEEDA BT JOHIR)
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  39. Jelaskan perbezaan antara akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah dengan Muktazilah ?
    Al-Qur'an itu makhluk:

    Golongan Muktazilah telah mengatakan al-Qur'an itu makhluk, bukannya kalam Allah yang qadim. Ini adalah lanjutan daripada kepercayaan mereka bahawa Tuhan itu tidak mempunyai sifat.

    Pendapat ini bertentangan dengan Ahli Sunnah. Bagi Ahli Sunnah, al-Qur' an itu adalah kalam Allah, dan kalam Allah itu ialah sifat Allah yang qadim yang wujud bersarna dengan zat Allah yang qadim, Jadi al-Qur'an itu juga adalah qadim. Kalam yang qadim itu diperdengarkan kepada Jibril, dan Jibril membacanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai wahyu. Kemudian Nabi membacanya pula kepada para sahabat, lalu mereka tulis dan jadilah ia berhuruf dan bersuara seperti yang kita nampak dan baca sekarang.

    Pada hakikatnya kalam itu suatu yang abstrak, yang tidak dapat dilihat. Manakala al-Qur'an itu adalah madlulnya. Contohnya ialah kita inginkan sesuatu. Jadi apa yang kita inginkan itu adalah satu bahasa yang tiada bersuara dan tiada berhuruf. la ada saja dalam diri kita. Tetapi apabila kita lahirkan saja perasaan hati itu dengan perkataan atau tulisan, maka itu merupakan manifestasi dan kehendak dan perasaan hati kita tadi. Sedangkan perasaan yang ada di hati itu adalah kalam yang tidak berhuruf.

    Demikian halnya dengan kalam Allah. Al-Qur' an itu adalah manifestasi dan kalam Allah yang azali. Oleh sebab ayat al-Qur'an itu kalam Tuhan yang azali dan qadim maka al-Qur'an itu juga qadim. Walaupun ia berhuruf dan bersuara tetapi rnakna yang terkandung dalarn ayat itu adalah kalam tuhan yang qadim.
    Itulah sebahagian daripada iktiqad Muktazilah yang menyeleweng. Masih terdapat banyak lagi iktiqad dan fatwa-fatwa ulama Muktazilah yang ternyata bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah, malah bertentangan dengan al-Qur'an dan al-Sunnah.

    Sumber : http://www.faziliaton.com/iqra'/buku7/index.php?section=4&page=273

    Daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA ( PAI 1 )

    BalasPadam
  40. Akhli Sunnah Waljamaah

    Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

    Fahaman Muktazilah

    Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).

    sumber: http://ohislam.com/7-fahaman-yang-terdapat-di-dalam-agama-islam/

    BalasPadam
  41. Asslamualaikum w.b.t.

    Jawapan ISL 8:

    Maksud ahli sunnah wal-jamaah
    Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah. Nama lain ialah ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.

    Prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
    a. Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
    b. Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
    c. Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
    d. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
    e. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih

    Muktazilah adalah salah satu aliran dalam teologi Islam yang dikenal bersifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membedakan aliran ini dari aliran teologi Islam lainnya adalah pandangan-pandangan teologisnya yang lebih banyak ditunjang oleh dalil-dalil 'aqliah (akal) dan lebih bersifat filosofis, sehingga sering disebut aliran rasionalis Islam. Muktazilah didirikan oleh Wasil bin Atha' pada tahun 100 H/718 M.
    5 prinsip mereka iaitu:

    a. al tauhid
    b. al-Adl
    c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)
    d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain
    e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

    Perbezaan antara akidah ahlu sunnah wal jamaah dan muktazilah

    1.
    Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    - Al-quran bukan makhluk.
    - Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.

    Muktazilah
    - menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru
    - menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru
    - ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat

    2.
    Ahlu Sunnah wal Jamaah
    - Pelaku dosa besar
    - Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerana imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar

    Muktazilah

    Prinsip satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain

    -golongan ini beriktikad bahawa melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi mereka mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi mereka terbahagi dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa besar hukumnya fasik



    Sumber rujukan
    Mazhab Akidah Qadariah, Jabariah, dan Muktazilah. 2009. Didapatkan Oktober 15, 2011, daripada persisbayu.blogspot.com: http://persisbayu.blogspot.com/2009/09/mazhab-
    akidah- qadariah-jabariah-dan.html

    Nota Tingkatan 5. (t.t). Didapatkan Oktober 10, 2011, daripada Akidah Ahli Sunnah wa Jamaah: http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidahahlisunnah.htm

    ::NUR ATIQAH BINTI AbDUL WAHAB::
    ::PAI 2::

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum...


    Perbezaan antara muktazilah dan ahli sunnah wal jamaah
    Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah
    Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
    1 . Mengenal Allah adalah secara syarak.
    2 . Alam ini adalah baru.
    3 . Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
    4 . Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
    5 . Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
    6 . Tidak kewajiban ke atas Allah.
    7 . Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Haru juga melihat Allah Taala.
    8 . Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
    9 . Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
    10 . Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
    11 . Tiada siapa yang maksum kecuali para nabi.
    12 . Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
    13 . Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
    14 . Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
    15 . Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
    16 . Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.

    Muktazilah
    Muktazilah adalah salah satu daripada mazhab pegangan akidah yang tidak selari dengan pendekatan ajaran baginda Rasulullah s.a.w., atau dengan lain perkataan, terkeluar dan menyimpang jauh daripada akidah 'Ahlus Sunnah Wa al-Jamaah'.
    Golongan mazhab Muktazilah diertikan menurut bahasa, mengasingkan diri daripada jamaah sedia ada, dari sudut sejarahnya, berlaku pertembungan antara seorang murid bernama Wasil bin 'Ataa' dan Amru bin 'Ubaid yang mempertikai pendapat gurunya Abu Hasan al-'Asy'ari khususnya dalam isu berkenaan dengan orang Islam yang buat jahat di dunia, nanti di akhirat tidak masuk syurga dan tidak pula masuk neraka, dia berada di tengah-tengah.
    Golongan Muktazilah seperti yang disepakati ulama Ahlus Sunnah, menyifatkan golongan ini tidak termasuk dalam kategori kumpulan yang benar kerana banyak pandangannya bercanggah dan menyalahi pendapat-pendapat 'Ahlus Sunnah'.
    Asas-asas mazhab Muktazilah
    Antara asas-asas ajaran Muktazilah ialah:
    1 . Wajib mengenal Allah dengan (berdasarkan) akal.
    2 . Mengingkari sifat Ma'ani, dan berpendapat al-Quran itu adalah makhluk.
    3 . Menafikan melihat Allah (rukyah) kerana akan membawa kepada menjisimkan dan memberi arah kepada Allah.
    4 . Berpendapat bahawa baik dan buruk adalah berdasarkan kepada akal.
    5 . Allah mengkehendaki kebaikan dan tidak mengkehendaki kejahatan. Allah wajib membuat yang baik dan terbaik untuk makhlukNya.
    6 . Hamba mencipta perbuatan-perbuatannya sendiri dengan kekuasaan yang diberikan Allah kepadanya.
    7 . Allah wajib melaksanakan janji baik dan janji ancaman. Allah juga wajib mengutuskan rasul.
    8 . Pembuat dosa besar akan berada di satu tempat di antara dua tempat, dan tiada syafaat untuknya.
    9 . Wajib melakukan amar makruf dan nahi munkar.

    Rujukan
    Di akses pada 15 Oktober 2010 di http://members.tripod.com/ahkam_2/FIRQAH/muktazilah.html
    Aizuddin (2008), diakses pada 15 Oktober 2010 di http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2009/01/ahli-sunnah-wal-jamaah.html

    Farah Diana binti Abu Bakar
    PISMP Pai 2 Sem 2
    Ambilan Januari 2011

    BalasPadam
  43. Ahli Sunnah Wal jamaah:
    Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasulullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan pegangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ijmak para sahabat, dan Al-qias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

    Muktazilah:
    Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau dikenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).

    http://ohislam.com/7-fahaman-yang-terdapat-di-dalam-agama-islam/ . Diakses pada 10 Oktober 2011.

    NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam