Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

iSL4 PIM3104 2011

Tajuk 4:
Akhir-akhir ini, terdapat golongan yang hanya mengakui Allah berZAT dan menafikan bahawa Allah berSIFAT. Apakah padangan ulama sunni mengenainya ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

15 ulasan:

  1. ISL 4: Akhir-akhir ini terdapat golongan yang hanya mengakui Allah berzat dan menafikan bahawa Allah Bersifat. Apakah pandangan ulama Sunni mengenainya.
    Sifat-sifat Allah Ta’ala yang didapati nasnya didalam al-Qur’an dan As-Sunnah terbahagi kepada dua bahagian:
    1)Sifat Zatiah (sifat yang dibangsakan pada zat)
    Iaitu sifat-sifat yang tidak boleh bercerai tanggal dari Allah s.w.t, seperti Allah bersifat mengetahui, hidup, kuasa, mendengar, melihat, berkata-kata, kaya, belas kasihan, bijaksana dan lain-lainya. Sifat zatiah itu sentiasa selamanya tetap ada bagi zat Allah Azza Wajalla yang tidak bercerai daripadaNya.
    2) Sifat Fi’liah (sifat yang dibangsakan pada perbuatan)
    Iaitu sesuatu perbuatan yang bergantung dengan kehendak Allah dan kuasanya, seperti redha, kasih sayang, benci, marah dan sukacita. Sifat-sifat Allah Ta’ala tersebut pada hakikatnya tidak sama dengan sifat-sifat yang ada pada makhluk, di mana Allah Ta’ala adalah mempunyai sifat-sifat kesempurnaan yang layak baginya yang tidak membawa kepada sifat kekurangan, dan bersih dari sifat-sifat ke’aifan dan kebinasaan.


    Rujukan: Haji Sa’id Haji Ibrahim (1998), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, , Kuala Lumpur; Darul Makrifah

    NOR SA'ADAH BINTI MOKTER
    PISMP PAI1 SEM2

    Betul ke ustaz jawapan nie..?

    BalasPadam
  2. Ulama sunni iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah berpendapat bahawa Allah SWT mempunyai zat dan sifat. Zat Allah SWT hanya satu dan sifat Allah SWT pula berbilang-bilang yang tidak dapat dihitung oleh manusia. Cuma, ulama telah menggariskan bahawa terdapat 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan satu sifat harus yang wajib dipelajari oleh setiap mukalaf. Namun, tidaklah boleh menyimpulkan bahawa Allah SWT itu banyak atau berbilang, yang boleh difahami adalah Allah SWT adalah tunggal pada zatNya tetapi berbilang pada sifatNya. Segala sifat yang disandarkan kepada Allah adalah berdasarkan Qudrat dan iradat Allah juga. Begitu juga dengan sifat Ilmu. Sifat Allah SWT terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sifat wajib 20, sifat harus yang satu, dan sifat mustahil juga 20.

    Rujukan :
    Kamarul Shukri Mohd Teh (2008). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011

    BalasPadam
  3. Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat

    Terdapat segolongan (firqah) yang digelar "Mu'attilah" (مُعَطِّلَةٌ) "Yang menolak serta membatalkan sifat dan nama-nama Allah". Mereka (golongan mu’attilah ini) mengingkari dan menafikan sama ada keseluruhan sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya. Maka telah disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa golongan ini adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah. Begitu juga sesiapa yangmengingkari atau menafikan adanya sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum telah kufur atau zindik menurut hukum syara.

    Firqah Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat dan menuduh sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat (mempunyai sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut (menurut mereka) akan membawa kepada persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya. Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat atau keyakinan golongan Mu’attilah yang batil ini sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:

    سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
    "Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka (sifatkan) katakan". As-Safat, 37:180.

    Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil dan membawa kepada kekufuran. Kerana pada hakikatnya Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menetapkan sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Oleh itu ia wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.

    Para ulama Ahli sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh membantah dan menolak sekeras-kerasnya pendapat yang mungkar ini (pendapat yang membatalkan sifat, zat dan nama-nama Allah). Antara mereka yang membantah sekeras-sekerasnya ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah. Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:

    وَلَهُ يَدٌ وَوَجْهٌ وَنَفْسٌ كَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ فَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقَرْآنِ مِنْ ذِكْرِ الْوَجْهِ وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ فَهُوَ لَهُ صِفَاتٌ بِلاَ كَيْف وَلاَ يُقَالُ اِنَّ يَدَهُ قُدْرَتَهُ اَوْ نِعْمَتَهُ لاَنَّ فِيْهِ اِبْطَالُ الصِّفَة.
    "BagiNya tangan, muka dan nafs sebagimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)".[60]

    Persamaan pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat atau pada sifat. Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan tersebut berfungsi.

    Begitulah juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang ketidak samaannya nama, zat dan sifat Allah :

    لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
    "Tiada suatu pun yang serupa denganNya". Asy-Syura, 42:11".

    Diekses:
    Dahri, U. R. (n.d.). Koleksi Artikel dan Kuliah Berlandaskan Manhaj Salafus Soleh. Retrieved 10 06, 2011, from Mengingkari Zat, Nama & Sifat-Sifat Allah Adalah Sesat: http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_lima.htm

    [60]: Lihat: مَنْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى Jld. 1. Hlm. 42. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.

    - PENULISAN OLEH USTAZ RASUL DAHRI
    = UMI HIDAYAH BT ABD AZIZ (PISMP PAI 3)

    BalasPadam
  4. ALLAH itu Maha Sempurna. Kesempurnaan ALLAH tiada tandingan.

    Hadits Qudsi:
    "Wahai Muhammad! Sesungguhnya ummatmu senantiasa bertanya "Apa ini? Apa itu? Sampai-sampai mereka mengatakan "Inilah ALLAH yg telah menciptakan makhluk,tetapi siapakah yg menciptakan ALLAH sendiri?"
    (HQR Ahmad,Muslim dan Abu `Awanah yg bersumberkan dari Anas R.a)

    Memang sifat ingin tahu itu baik dan bagus sekali untuk dipupuk dan dikembangkan sebaik-baiknya,Namuk hendaknya dibatasi sampai pada batas-batas yg dpt diselami dan dpt dicapai oleh akal manusia,bukan tentang Dzat Ilahi Yg Maha Esa. Apabila sudah sampai kepada hal ini,Kita sbagai orang mukmin,wajib menjauhinya dan menghentikan pertanyaan dan penyelidikan dan bertaka "Amantu billah"aku beriman dan percaya kepada ALLAH~

    Dalam Hadits Nabi SAW pernah bersabda:
    "Manusia senantiasa senang bertanya-tanya,sampai mengatakan "ALLAH telah menciptakan makhluk,siapa pula kiranya mencipata ALLAH?" Barangsiapa yg terkilas (Dalam hatinya) pertanyaan yg demikian hendaklah ia mengucapkan (Dengan sepenuh hati) "Aku beriman kepada ALLAH swt"
    (H.R Muslim yg bersumberkan dari Abu Hurairah)

    Hadits riwayat Ibnu Abbas R.a Nabi Saw bersabda:
    "Berfikirlah tentang makhluk ALLAH dan jangan sekali-kali berfikir tentang Dazat ALLAH,kerana kalian tidak akan dpt mendunga-duga dengan sebenar-benarnya."
    (H.R al-Ashbihani dan Abusy-Syaikh yg bersumber dari Ibnu Abbas)

    "Dia tidak dpt dicapai oleh penglihatan mata,tetapi DIAlah yg melihat segala penglihatan dan DIA bersifat lemah lembut lagi Maha Mengetahui"
    (Q.S 6 al-An`am :103)

    Akidah Ulama Al-Azhar Al-Syarif adalah aqidah Al-Asyairah dan ia adalah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, akidah ulama Al-Asyairah adalah akidah jumhur ulama umat Islam dan merekalah yang menentang kekacauan akidah oleh atheis dan selainnya dan Al-Asya’irahlah yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam sepanjang waktu dalam sejarah Islam.
    Barang siapa yang mengkafirkan Al-Asya’irah atau menghukum fasiq terhadap Al-Asya’irah maka akidah orang itu dalam bahaya.

    Berkata Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir rahimahullah dalam kitab beliau berjudul Tabyil Kazib Al-Muftary Fima Nusiba Ila Al-Imam Abi Al-Hasan Al-Asy’ary ( Kenyataan Terhadap Pendustaan Penipu Kepada Apa Yang Disandarkan Kepada Imama Abu Hasan Al-Asy’ary) katanya: “ Semoga Allah memberi taufik kepadaku dan kepadamu dan mengolongkan dalam golongan orang bertaqwa, ketahuilah bahawa daging ulama yang diracun (difitnah) dan Allah akan membalasnya, barangsiapa menyandarkan keatas ulama Islam pendustaan maka Allah akan menimpakan kepadanya bala yang besar ketika dia mati dengan mematikan hatinya”.T

    Dimaklumkan bahawa ulama Al-Azhar As-Syarif merupakan tempat kautan ilmu dan agama seperti terdapat dalam sejarah Islam yang tidak boleh dinafikan lagi, dan Al-Azhar tetap secara jelas dengan pegangan ini menyampaikan seperti ulama selepas kurun pertama yang mulia, Allah menjaga agamaNya daripada segala penentangan dan peragu, maka sesiapa menentang akidah ini adalah bahaya yang amat besar dan mereka yang menentang akidah ini ( Allah Wujud Tanpa Bertempa) adalah golongan Khawarij dan golongan Murjifah yang Allah telah menceritakan keburukan mereka.

    Rujukan:

    Sang Pencinta (04 Oktober, 2007) Halaqah : Allah Wujud Tanpa Tempat: Fatwa Rasmi Ulama Mesir&Al-Azhar diakses pada 7/10/2011 dari laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2168.0

    assiddiq, ( 05 Oktober, 2009), Halaqah: Di Mana Allah? Diakses pada 7/10/2011 dari lamn web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7717.0


    Siti Norasiah Binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  5. Tuduhan ke atas tokoh ulama Ahli Sunnah sebagai mujassimah dan musyabbihah bukanlah suatu yang baru kerana ia telah berlaku sejak dari dulu lagi ketika kemunculan aliran-aliran pemikiran yang sesat . Justeru segala tuduhan yang dilemparkan oleh Al-Ghari ke atas Ibn Taimiyyah dan Ibn Al-Qayyim mestilah dinilai dan dipastikan kebenarannya terlebih dahulu, kerana seseorang yang sanggup berbohong ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan tergamak mengecam para Sahabat radhiallahu 'anhum akan lebih tergamak untuk berbohong dan mengecam para ulama selain mereka.

    Bila dirujuk kepada kitab Al-’Aqidah Al-Wasitiyyah dari awal sehingga akhir, maka didapati Ibn Taimiyyah (ulama’ sunni), beliau langsung tidak menyebut ungkapan yang menunjukkan bahawa beliau berpegang dengan fahaman tajsim atautasybih, sebaliknya keseluruhan kenyataan beliau berkenaan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala menjurus kepada penolakan terhadap dua jenis fahaman sesat, iaitu tajsim (menjisimkan Allah Subhanahu wa Ta’ala atautasybih) dan ta’til (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala). Bahkan, Ibn Taimiyyah sebenarnya langsung tidak menyebut perkataan takwil dalam kitabnya Al-Aqidah Al-Wasitiyyah seperti yang didakwa oleh Al-Ghari itu. Kata Ibn Taimiyyah:
    فهذا اعتقاد الفرقة الناجية المنصورة إلى قيام الساعة، أهل السنة والجماعة وهو الإيمان بالله...ومن الإيمان بالله الإيمان بما وصف به نفسه في كتابه وبما وصفه به رسوله محمد صلى الله عليه وسلم من غير تحريف ولا تعطيل ومن غير تكييف ولا ثمثيل بل يوءمنون بأن الله سبحانه ليس كمثله شيء وهو السميع البصير فلا ينفون عنه ما وصف به نفسه ولا يحرّفون الكلم عن مواضعه ولا يلحدون في أسماء الله وآياته ولا يكيّفون ولا يمثّلون صفاته بصفات خلقه لأنه سبحانه لا سميّ له ولا كفو له ولا ند له ولا يقاس بخلقه سبحانه وتعالى...
    Maksudnya: “Maka ini adalah i’tiqad firqah najiah (puak yang selamat)Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beroleh pertolongan sehingga hari Kiamat, iaitu beriman dengan Allah… Dan di antara (cara) beriman dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya dalam kitabNya dan dengan apa yang telah RasulNya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam menyifatkanNya dengannya, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna) , tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil(mengumpamakan makna dengan sesuatu).

    Bahkan, mereka (Ahli As-Sunnah Wal Jamaah) beriman sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak sebanding (Zat, Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya dengan sesuatu apapun, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat . Mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak menafikan dariNya apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya, mereka tidak mentahrifkan perkataan dari tempat-tempat (atau maksud)nya yang sebenar, mereka tidak mengilhadkan (menolak secara anti) nama-nama Allah serta ayat-ayatNya, mereka tidak membentukkan rupa makna dan mereka tidak mengumpamakan sifat-sifatNya dengan sifat-sifat makhlukNya, kerana sesungguhnya (Allah) Subhanahu wa Ta’ala tidak ada yang menyamai namaNya, tidak ada yang menyetaraiNya, tidak ada yang menyekutuinya dan tidak boleh dikiaskanNya dengan makhlukNya, Subhanahu Wa Ta’ala…” .

    Berdasarkan kata-kata di atas, ternyata bahawa Ibn Taimiyyah berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memahami nas-nas Sifat, iaitu tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala), tanpa takyif(menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu). Ini jauh berbeza dengan golongan Al-Mujassimah dan Al-Musyabbihah yang berpegang dengan fahaman tajsim dan tasybih kerana mereka menyamakan kaifiyyat (bentuk dan ciri) sifat-sifat AllahSubhanahu wa Ta’ala dengan makhluknya. Dalam kata-katanya itu, Ibn Taimiyyah cuba menjelaskan kesederhanaan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada antara dua jenis fahaman sesat yang melampau, iaitu fahaman tajsim (atau tasybih) dan fahaman ta’til .

    BalasPadam
  6. sambungan...

    Dan perbahasan tentang Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala sama halnya seperti perbahasan berkenaan Zat Allah Subhanahu wa Ta’ala . Jika Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki Zat yang tidak menyerupai zat makhluk, maka demikian juga sifat dan perbuatanNya mesti difahami dalam konteks yang tidak menyerupai sifat dan perbuatan makhluk.

    Oleh itu, berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Ulama’ Sunni berpegang dengan akidah bahawa Allah Ta’ala berZAT dan berSIFAT dengan sifat dan zat kesempurnaanNya yang sama sekali berbeza dengan makhluk ciptaanNya. Wallahu’alam.
    Oleh : Dr. Azwira Abdul Aziz, berjudul Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?: Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya

    Sumber :
    Blog Hafiz Firdaus Abdullah.e-book : Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar. Diakses pada 7 October 2011 daripada www.hafizfirdaus.com

    Daripada : Wajihah Bt Abdul Nassir (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  7. MATAN
    WUJUD Ertinya ada dimaknakan dengan tetap, benar dan sungguh, yang wajib bagi zat ALLAH Taala yang tiada dikeranakan dengan suatu kerana.
    Maka wujud itu di sisi Imam Fakhrurrazi dan Imam Abu Mansur Al Maturidi bukan ia ain maujud dan bukan lain daripada ain maujud maka atas khaul ini adalah wujud itu Haliah (yang menepati antara ada dengan tiada) tetapi pada pendapat Imam Abu Al Hassan Al Ashaari, wujud itu ainul maujud yakni wujud itulah zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat.
    Barang diingat tentang percayakan wujud Tuhan (Tuhan itu ada) bukan sahaja di sisi agama Islam bahkan semua agama di dalam dunia ini mengaku mengatakan Tuhan itu ada sebagaimana firman Tuhan:

    Ertinya: Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu ALLAH yang menjadikan (Luqman: 25)

    Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
    Sebenarnya, walaupun adanya alam ini, adanya makhluk dan adanya segala yang baharu ini kerana ada sebab-sebabnya, tetapi sebab-sebab kejadian itu bukanlah yang membawa kepada akibat. Atau dalam perkataan lain, walaupun ada sebab-sebabnya tetapi sebab-sebab itu tidak boleh memberi bekas. Bukan sebab itu yang memberi bekas tetapi yang memberi bekas atau yang mendatangkan akibat adalah ALLAH SWT. Inilah fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. ALLAH SWT ada berfirman:

    Terjemahannya: Kami datangkan bagi setiap sesuatu dengan adanya sebab. (Al Kahfi: 84)
    Sebab tidak Memberi Bekas
    ALLAH sendiri menegaskan bahawa sememangnya ALLAH yang menjadikan semuanya dengan bersebab tetapi bukanlah sebab-sebab itu yang membawa akibat. Tetapi yang menjadikan sebab-sebab itu membawa akibat adalah kerana ALLAH SWT menghendaki demikian. Kalau begitu, sememangnya berkahwin itu adalah sebab yang mengakibatkan lahir zuriat tetapi bukanlah berkahwin itu yang sebenarnya mengakibatkan zuriat.
    Hakikatnya ialah ALLAH SWT. Begitu jugalah dengan kenyang yang diakibatkan oleh makan. Sungguhpun makan itu yang menyebabkan kenyang tetapi hakikatnya ALLAH SWT yang menyebabkannya. Makan itu sendiri tidak boleh membawa akibat.
    Jadi, setiap sebab itu tidak boleh membawa akibat dengan sendirinya tetapi yang boleh membawa akibat ialah ALLAH SWT Tetapi oleh kerana sudah memang ALLAH kehendaki yang setiap akibat mesti ada sebab sebabnya, maka kenalah kita lahirkan sebab-sebab. Inilah yang dikatakan Sunnatullah atau peraturan ALLAH.
    Sunnatullah
    Kita sebagai makhluk yang dijadikan oleh ALLAH mesti sentiasa memerhatikan Sunnatullah atau peraturan ALLAH ini kerana Sunnatullah itulah yang menjadi panduan hidup kita. Ertinya, kalau sudah ALLAH Sunnahkan yang satu-satu kejadian itu akan terjadi sedemikian rupa, maka itulah yang mesti kita ikuti. Dan Allah tidak sekali-kali akan menukar peraturannya itu.
    Bererti, kalau kita mengikut jalan-jalan selain daripada yang disunnahkan, maka akibatnya bukanlah sepertimana yang ALLAH kehendaki berlaku.
    Firman ALLAH :

    Terjemahannya: Kamu tidak akan mendapati yang Sunnatullah itu bertukar ganti. (Al Ahzab: 62)
    Dan di dalam ayat lain ALLAH berfirman:

    Terjemahannya: Sekali-kali kamu tidak akan mendapati yang Sunnatullah itu berubah-ubah. (Al Fatir: 43)
    Ertinya, kalau memang sudah ALLAH tetapkan satu-satu peraturan itu akan berlaku sedemikian rupa, seperti tiap-tiap sebab itu membawa akibat, maka peraturan itu tetap tidak akan berubah. Misalnya, perkahwinanlah yang mengakibatkan adanya zuriat, atau makanlah yang mengakibatkan kenyang, atau belajar bersungguh-sungguhlah yang mengakibatkan pandai. Maka peraturan itu tetap akan terjadi demikian kerana memang ALLAH yang menghendaki terjadinya demikian. Tidak ada siapa yang boleh mengubah peraturan itu.
    Sang Pencinta (04 Oktober, 2007) Halaqah : Allah Wujud Tanpa Tempat: Fatwa Rasmi Ulama Mesir&Al-Azhar diakses pada 7/10/2011 dari laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2168.0
    kawansejati.ee.itb.ac.id › Aqidah Mukmin Siri 1

    Nama : NAimah bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  8. Ulama Sunni berpendapat bahawa golongan ini adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah. Begitu juga sesiapa yang mengingkari atau menafikan adanya sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum telah kufur atau zindik menurut hukum syara. Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat atau keyakinan golongan ini sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:
    سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
    "Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka (sifatkan) katakan". As-Safat, 37:180.
    Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil dan membawa kepada kekufuran. Kerana pada hakikatnya Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menetapkan sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Oleh itu ia wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.

    Rujukan :
    نْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى Jld. 1. Hlm. 42. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.

    Farah Azila binti Sulaiman/Pengajian Islam 3.

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum...

    Terdapat segolongan besar masyarakat Islam yang masih menyerupakan, menyetarakan atau mensekufukan hakikat zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah dengan makhlukNya, sama disedari oleh mereka atau tidak disedari. Antara perbuatan mungkar mereka yang paling jelas untuk dijadikan contoh dalam memperkatakan persoalan ini ialah: “Mereka menyamakan keadaan dan keberadaan (tempat) Allah dengan makhlukNya sehingga meyakini dan mengatakan bahawa Allah berada “di mana-mana” yang meliputi semua benda yang ada”. Inilah jawapan dan pengakuan golongan yang sesat ini apabila ditanyakan kepada mereka: "Di mana Allah?".
    Jelasnya pendapat golongan seperti ini adalah tidak benar dan bersalahan sama sekali dan ia perlu dirujuk dengan mereka yang benar-benar berpegang kepada al-Quran dan hadis. Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih ( هيبشت ) atau tajsim ( ميسجت ) bagi Allah, mereka juga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:

    “Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya.”

    Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
    “Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali.”
    (Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)

    sumber:

    1)http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_lima.htm
    2)http://www.alazim.com/masjid/seminar/pemantapan_aqidah/Ancaman%20Dan%20Penentangan%20Terhadap%20Aqidah%20Ahli%20Sunnah%20Wal%20Jama'ah.pdf

    daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  10. FARHATUL ALIA ROSLI PAI3

    2. Siapakah sebenarnya muattilah?
    معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء
    Mu’attilah mereka itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah
    3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah.
    5. Pada pandangan mereka, jika bagi Allah adanya sifat maka bertembung dua qadim. Pertama sifat yang qadim dan kedua zat yang qadim. Maka ini bercanggah dengan konsep falsafah yang dipegang oleh mereka. Oleh sebab itu mereka menafikan adanya sifat bagi Allah.
    6. Adapun mazhab ahlissunnah yang dipelopori oleh Al-Imam Abu Hassan Al-‘Asyaari Rahimahullah dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi Rahimahullah mendahulukan nas di atas konsep falsafah dengan mengisbatkan sifat bagi Allah dengan sekalian banyak ayat yang menunjukkan bagi Allah adanya sifat. Ayat-ayat yang menyatakan Allah bersifat, ditakwilkan oleh muktazilah kepada makna yang lain. Inilah takwil yang dicela oleh syara’ kerana bercanggah dengan dalil naqli yang qaati’ dan dalil ‘aqli yang qaati’.
    7. Oleh sebab yang demikian, kita akan dapati di dalam pengajian sifat 20, kedua-dua Imam ini mengisbatkan sifat bagi Allah yang diistilahkan sebagai sifat ma’aani. Jadi bagaimana wahabi boleh menyamakan mazhab ahli sunnah dengan muktazilah atau mu’attilah?
    8. Golongan mu’attilah atau muktazilah menafikan sifat bagi Allah secara asal. Dengan perkataan yang lain. Sifat itu sendiri tidak ada bagi Allah. Yang ada hanya zat sahaja. Boleh rujuk kitab maqaalat islamiyyin wakhtilafil musollin karangan imam Abu Hassan Al-‘Ashaari sendiri yang menjelaskan fahaman muktazilah dengan perbahasan yang panjang di bawah tajuk wa haaza syarhu qaulil muktazilah fi at-tauhid wa ghairihi,
    9. Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari R.H yang masyhur di dalam sejarahnya menentang fahaman muktazilah dan menjadi benteng akidah ahli sunnah wal jamaah tiba-tiba dikatakan golongan mu’attilah atau muktazilah oleh golongan wahhabi.
    10. Sebagai bukti beliau menolak fahaman muktazilah dapat dilihat di dalam salah satu kitab yang dikarang oleh beliau bernama Risalah Ahli at-Thaghri. Kitab ini dikarang oleh beliau apabila diminta oleh orang ramai supaya menyebut tentang perkara-perkara usul yang menjadi pegangan ahli sunnah wal jamaah. Justeru, beliau telah menjawab persoalan mereka dengan menulis risalah ini pada tahun 297 H. Kitab ini menerangkan tentang kefasadan mazhab muktazilah, menolak fahaman mereka dan menyifatkan mereka sebagai golongan bidaah dan sesat.
    http://al-amindaud.blogspot.com/2009/09/siapa-muattilah.html

    BalasPadam
  11. hukum Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang telah diijmakkan seperti sifat Maha Mengetahui segalanya adalah jatuh murtad...

    Tiga perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti yang telah diterangkan oleh para ulama di kalangan empat mazhab, iaitu: kufur i^tiqadiyy, kufur fi^liyy, kufur qawliyy.
    Kufur I^tiqadiyy
    Kufur i^tiqadiyy ialah kekufuran dengan sebab niat, pegangan, kepercayaan atau keyakinan dalam hati. kufur ini termasuklah apabila menafikan sifat-sifat ALLAH.


    Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan Sifat-sifatNya.

    Allah dan Rasul telah mensabitkan baginya beberapa nama dan sifat dan menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan yang demikian itu, maka dia menjadi kafir.

    Mengkafirkan sifat-sifat Asma Allah itu dengan dua cara iaitu kafir Nafi dan kafir Isbat

    Kafir Nafi itu ialah menidakkan mana-mana sifat Allah atau mentakwilkan dengan takwil yang kurang atau menghadkan kesempurnaan Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk.

    Kafir Isbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat mustahil bagi Allah seperti Allah ada anak, isteri, Dia tidur, mati dan lain-lain.

    RUJUKAN :
    http://salafy-tobat.blogspot.com/2011/09/perkara-perkara-yang-membatalkan-dua.html

    disusun oleh al-Faqir ilaLlah Abu Nur al-Dununiyy
    al-Muwariyy al-Ash^ariyy al-Shafi^iyy pada 1 Rabi^ul-Thani 1431 H (secara hisab tanpa ru’yah) bersamaan 17 Mac 2010 R di daerah Dungun, Terengganu Darul Iman.
    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين
    والحمد لله ربّ العالمين
    http://al-masabihul-munawwirah.blogspot.com/

    http://amirulasril.com/perkara-perkara-yang-membatalkan-iman/


    nur fatin safiqa binti masrial- pai3

    BalasPadam
  12. Allah tidak mempunyai sifat:

    Pada mereka ( golongan yang dimaksudkan )Tuhan hanyalah mempunyai zat-Nya sahaja, Maknanya: Tuhan itu melihat dengan zat-Nya clan berkata-kata juga dengan zat-Nya. Kata mereka: KalauTuhan itu ada sifat bermaknaTuhan itu dua. Satu Tuhan zat dan yang satu lagi ialah Tuhan sifat. Inilah bersalahan dengan konsep Tauhid.

    Pendapat ini bertentangan dengan Ahli Sunnah. Bagi Ahli Sunnah, Tuhan tetap mempunyai sifat, Bukan satu atau dua tetapi banyak. Ada sifat yang wajib, ada yang mustahil dan ada yang harus.

    Contohnya: Seperti kertas yang ada pada kita. Kertas itu bersifat dengan putih, Putih pada kertas itu tidak boleh dipisahkan. Tidak ada dalam dunia ini orang yang mengatakan bahawa kertas itu satu dan putih itu pula satu, jadi dua semuanya. Apa yang sebenarnya ialah kertas dan putih itu adalah satu dan tidak bercerai-cerai,

    sumber : http://www.faziliaton.com/iqra'/buku7/index.php?section=4&page=273

    daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA
    PAI 1

    BalasPadam
  13. Menurut Ahl-Sunnah daripada kalangan ulama Salaf, mereka beriman dan berpegang dengan akidah sebagaimana yang Allah sifatkan diri-Nya di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ulama Salaf berhujah bahawa kita wajib beriman dengan segala sifat Allah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran dan sebagainama yang dinyatakan oleh Rasulullah di dalam sunnahnya. Oleh itu golongan Ahl-Sunnah daripada kalangan ulama Salaf menolak konsep yang menafikan sifat-sifat Allah. Kesimpulannya, ulama sunni ini meyakini bahawa Allah itu bersifat tetapi sifat Allah sama sekali tidak sama dengan sifat-sifat makhluk.

    rujukan:
    Abd.Latif Muda,Rosmawati ALi,Pengantar Ilmu Tauhid,Kuala Lumpur:Pustaka Salam Sdn.Bhd

    -NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
    -PISMP PAI 2

    BalasPadam
  14. Saya hanya ingin memetik dari satu hadis iaitu :

    "Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang zatnya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya"

    Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Ahyah dan Al-Asbahani meriwayatkan di dalam Al-Targhib.

    Justeru:
    seharusnya kita berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah bukan memikirkan ZatNya..


    Fathi Yakan (2008), Apa Ertinya Saya Menganut Islam ; Shah Alam, Dewan Pustaka Fajar, m/s 20

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum w.b.t

    Jawapan ISL 4

    Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah tentang sifat-sifat Allah membenarkan tanpa mempersoalkan bentuknya dan mensucikan-Nya tanpa mengingkari-Nya.
    Termasuk beriman kepada Allah mengimani sifat-sifat yg ditetapkan Allah bagi diri-Nya di dalam kitab-Nya dan yg disebutkan oleh Rasulullah tanpa penyimpangan dan pengingkaran tanpa menyerupakan-Nya dan menggambarkan-Nya dgn perkara-perkara lain. Akan tetapi mereka mengimani bahwa tidak ada sesuatu pun yg menyerupai-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Ahli Sunnah wal Jamaah tidak menafikan apa-apa yg telah disifati Allah bagi diri-Nya tidak menyimpangkan kalimat dari sebenarnya . Mereka juga tidak mengingkari asma-ama Allah dan ayat-ayat-Nya tidak memvisualisasikan dan menyerupakan sifat-sifat-Nya dgn sifat-sifat makhluk-Nya sebab Allah tidak pantas utk divisualisasikan dan disamakan dgn makhluk-Nya dan tidak patut di qiyaskan dgn ciptaan-Nya Dia Maha Suci. Allah lebih mengetahui akan diri-Nya dan di luar diri-Nya yg paling benar perkataan-Nya dan lebih bagus firman-Nya dari pada makhluk-Nya. Para rasul Allah yang benar dan dibenarkan perkataannya berbeza dgn orang yg mengatakan tentang-Nya tanpa berdasarkan pengetahuan.

    Allah berfirman yangg bermaksud “Maha Suci Rabbamu yg mempunyai keperkasaan dari apa yg mereka sifatkan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.” Allah SWT menyucikan diri-Nya dari sifat-sifat rekaan orang-orang yg menentang para Rasul. Dia memberi salam kepada para rasul keran a kebersihan dan kejujuran perkataan mereka yg bebas dari kekurangan dan cacat. Allah telah menghimpun di dalam kitab-Nya apa-apa yg mesti ditolak dan mesti diterapkan mengenai sifat-sifat-Nya. Oleh sebab itu pantang bagi Ahli Sunnah wal Jamaah utk menyimpangkan segala sesuatu yg dibawa para Rasul kerana hal itulah jalan yg lurus jalan orang-orang yg yg telah diberi keni’matan oleh Allah jalan yang ditempuh para nabi sidiqun syuhada dan orang-orang soleh.
    Sumber Rujukan

    Prinsip-Prinsip yang Disepakati Ahli Sunnah wal Jamaah. (n.d.). diakses pada Oktober 15, 2011, from Rahmat Blog: http://blog.re.or.id/prinsip-prinsip-yang-disepakati-ahli-sunnah-wal-jamaah.htm

    ::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
    ::PAI 2::

    BalasPadam