Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

iSL2 PIM3104 2011

Tajuk 2:
Jelaskan perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

55 ulasan:

  1. TAUHID RUBUBIYYAH
    - Seseorang yang meyakini Allah shj Tuhan semesta alam.
    - mengEsakan Allah dr sudut perbuatanNya.
    - Konsep: Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam dan tiada Tuhan selainNya.
    - Dialah y menciptakan, menghidupkan, dan mematikan serta segala kekuasaan berada padaNya dan tiada kuasa lain y dpt menegahNya.
    - Firman Allah:
    maksudnya:
    17. Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) Engkau Dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika ia mengenakan (melimpahkan) Engkau Dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    (Surah al-An’am ayat 17)


    TAUHID ULUHIYYAH

    - Seseorang y telah menetapkan bhw segala ibadatnya hanya u Allah dan ikhlas krn Allah semata-mata.
    - MengEsakan Allah dr sudut perbuatan hambaNya y diperintah atau disuruh.
    - Cth: puasa dan sembahyang.
    - Semua ibadat yg dilakukan oleh hambaNya hanya ikhlas krn Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri selain drpd Allah
    - Firman Allah:
    maksudnya:
    162. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al-An’am ayat162)

    Rujukan:
    Muda, Abd. Latif;Rosmawati Ali. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Slam Sdn. Bhd,m.s:7-9
    -nur evarina idayu bt ismail-

    BalasPadam
  2. tQ eva... panjang jwpn tuu..
    yg pertama jwb.. bleh bg markah bonus nihh..

    yg lain2 tlg tulis unit masing.. nanti feninnn ana mau kesan..

    uR LECT.@R@

    BalasPadam
  3. 1. Tauhid Rububiyyah :
    - Mentauhidkan Allah sebagai pencipta alam, pengurus dan pentadbirnya, memiliki, memelihara, menghidup,dan mematikan.

    Untuk mencapai iman dan Islam tauhid ini semata-mata adalah tidak mencukupi kerana Allah SWT telah menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini sebagaimana firmanNya dalam Surah Yunus ayat 10:

    “Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”

    Sudah menjadi fitrah setiap manusia mempercayai bahawa Allah Maha Pencipta. Oleh yang demikian, perbahasan mengenai Tauhid Rububiyyah bukanlah merupakan sasaran utama perbincangan Al-Quran.

    2. Tauhid Uluhiyyah:
    - Ikhlas memberikan kepada Allah, dengan rasa mahabbah(cinta)kepadaNya,khauf(takut)kepadaNya, raja'(pengharapan),tawakal dan raghbah(keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Dengan kata mudah bermaksud seseorang yang menetapkan segala ibadatnya ikhlas zahir dan batin kerana Allah semata-mata.

    Rujukan :
    (21Mac2005).Aqidah Tauhid Tiada Ilah Melainkan Allah.Blog Saifulislam.Com. Diakses pada 29Ogos2011 daripada http://saifulislam.com/?p=341

    Penulis Blog :Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Saifulislam pernah menerbitkan beberapa buah buku seperti Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Syurga dan Murabbi Cinta.

    Daripada :
    Wajihah Bt Abdul Nassir (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  4. ok laa tuu rujukan dr internet. yg penting sekurang-kurangnya kita TAHU SIAPA DIA? TQ.. n selamat berhari raye

    BalasPadam
  5. ISL 2: Jelaskan perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah.

    Fasal 7

    Penjelasan mengenai Rububiyyah

    Pengertian Rububiyyah dan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran/urusan Allah Ta’ala:

    Rububiyyah dengan makna ijmali (makna yang menyeluruh) ialah mengiktiqadkan dengan iktiqad yang jazam, bahawa Allah Ta’ala adalah mentadbir semua benda dan perkara yang ada dialam dunia ini, tiada pentadbir yang lain melainkan Allah Ta’ala Yang Maha Esa dan Maha Kuasa.

    Allah Azza Wajalla yang menjadikan alam ini, dan yang memilikinya adalah pentadbir tunggal tanpa bantuan dari mana-mana jawapan, dan Allah bersendirian menjadikan makhluk, menghidupkan, mematikan, memuliakan, menghinakan, memberi rezeki, memberi nikmat/rahmat, memberi sakit, menasihatkan dan lain-lainnya.

    Fasal 6

    Penjelasan Mengenai Uluhiyyah

    Pengertian Uluhiyyah dan hal-hal yang berkaitan dengan Ketuhanan

    Uluhiyyah menurut pengertian ahli bahasa ialah “ketuhanan”. Dan menurut pengertian ulama’ tauhid ialah mengiktiqadkan dengan iktiqad yang jazam bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan yang berhak disembah, tiada Tuhan yang lain selain daripadaNya, iaitu Allah Ta’ala.

    Rujukan: Haji Sa’id Haji Ibrahim (1998), Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah,Kuala Lumpur;Darul Makrifah,


    NOR SA'ADAH BINTI MOKTER
    PISMP PAI1 SEM2

    BalasPadam
  6. Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezeki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan.
    Manakala Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi.
    Sumber :
    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com

    Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3

    BalasPadam
  7. 1. Tauhid Rububiyyah

    Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezeki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)


    Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

    2. Tauhid Uluhiyyah

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebagai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

    “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)
    (Menurut ulama’ tafsir; yang dimaksudkan dengan Taghut dalam ayat di atas ialah segala yang disembah selain dari Allah sama ada berhala-berhala, Iblis, Syaitan dan sebagainya.

    Rujukan:
    Ahmad Adnan Fadzil, (23 Ogos, 2008), TAUHID RUBUBIYYAH DAN ULUHIYYAH, diakses pada 3 September 2011 dari http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/tauhid-rububiyyah-dan-uluhiyyah.html

    Penulis blog:
    Ustaz Ahmad Adnan Fadzil memiliki Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Beliau telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Kini berkhidmat sepenuh masa dengan HPA sebagai S/U Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA. Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com

    -NOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR (PISMP PAI2)

    BalasPadam
  8. Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    “Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. Al-A’raf: 54)

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    “Katakanlah: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

    “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)
    (Menurut ulama’ tafsir; yang dimaksudkan dengan Taghut dalam ayat di atas ialah segala yang disembah selain dari Allah sama ada berhala-berhala, Iblis, Syaitan dan sebagainya. (Lihat tafsir al-Qurthubi)).

    sumber : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
    Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com

    - Nurul Husna binti Ahmad Yusoff.
    - PISMP PAI3 sem 2

    BalasPadam
  9. tuhid Rububiyyah bermaksud mengaku bahawa Allah Ta’ala adalah tuhan sekalian alam, pencipta, pemilik, pemberi rezeki bagi segala makhluk. Dia Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan. Yang Memberi manfaat dan mudarat, Yang Menerima dan Memakbulkan segala doa bagi semua perkara, segala kebaikan adalah di sisiNya, Yang Berkuasa ke atas semua perkara, yang tidak ada sekutu dan persamaan bagiNya dengan segala sesuatu.
    Dalam erti kata lain, tauhid ini ialah satu pengakuan bahawa Allah ta'ala adalah Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini dan makhluk-makhlukNya, mentadbirnya, mengubahnya, manambahnya, mengurangkannya, menghidupkannya, mematikannya dan sebagainya. Tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan-urusan tersebut.


    Tauhid Uluhiyyat bermaksud mengesakan Allah ta'ala dalam ibadat samada ibadat zahir atau batin. Ibadat zahir bermaksud ibadat yang melibatkan anggota luaran yang boleh dilihat seperti solat, haji, jihad dan seumpamanya. Ibadat batin pula ialah ibadat yang melibatkan hati seperti sabar, tawakkal, takutkan Allah ta'ala dan seumpamanya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

    rujukan :Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah Alam:Access
    Infotech (M) Sdn Bhd.

    Nur Fatin Safiqa Binti Masrial- PISMP PAi3

    BalasPadam
  10. ASSALAMUALAIKUM USTAZ:-

    Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    Manakala tauhid huluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    rujukan:-USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL. PENULIS BLOG:-http://ilmudanulamak.blogspot.com

    NUR AMIRA BT MAT ZAN
    PISMP SEM 2 PAI 1(2011)

    BalasPadam
  11. Tauhid Rububiyyah
    Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.
    Antara pengertian kalimah Rabb ( ) ialah:
    1. As-Sayyid (Tuan)
    2. Al-Malik (Yang Memiliki)
    3. Pencipta
    4. Penguasa
    5. Pendidik
    6. Pengasuh
    7. Penjaga
    8. Penguatkuasa.

    Tauhid al-Uluhiyyah

    Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:

    “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25)

    “Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)

    Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam Rububiyyah.

    Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun.

    Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al-Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al-Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. Firman Allah SWT:

    “Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia.” (Al-A’raf: 191)

    “Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (An-Nahl: 17)

    rujukan:
    Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Ad-Da’wah
    http://hasan98.tripod.com/tauhid.htm

    Mardhiah binti Kursus @ Othman
    PISMP PAI 1 SEM 2 (2011)

    BalasPadam
  12. Jawapan ISL 2
    Jelaskan perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah ?

    Tauhid rububiyah sememangnya berbeza dengan tauhid uluhiyyah kerana tauhid rububiyyah adalah fitrah bagi setiap manusia merasakan mereka mempunyai Tuhan.
    Mereka meyakini adanya Pencipta, Penguasa di sebalik penciptaan alam yang gah ini. Tauhid Rububiyyah bermaksud kita meyakini hanya Allah sahaja yang mencipta alam. Dialah yang berhak mentadbir, mengurus alam, memilik, memlihara, menghidup, mematikan dan lain-lain. Namun begitu, sekiranya seseorang Muslim, tauhid ini masih tidak melengkapi syarat beriman kepada Allah SWT kerana wajiblah juga dia mempercayai dengan Tauhid Uluhiyyah (Abdul Hadi, 2007). Allah SWT telah merakamkan dalam Al-Quran tentang inilah perbezaan di antara orang musyrik yang juga mengakui akan Tauhid Rububiyyah ini dalam Surah Yunus, pada ayat 31, Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?
    Namun, inilah sahaja yang mereka percayai dan yakini yakni orang-orang ini tidak mempunyai keyakinan yang jitu bahawa adanya Tuhan yang Satu yang Mencipta alam ini dengan mengaturnya dengan bijaksana sekali. Inilah perbezaan di antara orang-orang Islam dengan musyrik bahawa setiap Muslim wajib mengimani akan kedua-dua Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah ini dengan mempercayai dari lubuk hati dan ucapan yang terlafaz di bibir hinggakan segala amalan yang terzahir bahawa alam ini ada pun kerana adanya Pencipta Yang Satu, bukan dua apatah lagi banyak tuhan yang perlu disembah. Tauhid Uluhiyyah menyaksikan bahawa kepercayaan inilah yang membezakan antara Muslim dan Kuffar dengan bukti dalil iaitu Surah Al-Ikhlas ayat 1-3, yang bermaksud, ‘Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Dialah (Tuhanku) Allah yang Maha Esa (satu), Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tidak memperanakkan dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.’
    Tauhid uluhiyyah pula bolehlah difahami dengan menyembah Allah dengan penuh ikhlas, mengasihi, takut, berharap, berserah hanyalah kepada Allah SWT. Semuanya dengan ibadat yang ikhlas, zahir dan batin kerana Allah Yang Maha Esa, tiada ada sekutu bagiNya. Tauhid ini hampir dengan kita, malah sehari-harian setiap Muslim membacanya dalam Surah Al-Fatihah ayat 5, ‘Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan’.

    Semoga kita tergolong dalam golongan yang menyembah Allah dengan sebenar-benar pengertian tauhid rububiyyah dan uluhiyyah sepanjang hayat kita. Ameen.
    Rujukan :
    Abdul Hadi Awang (2007). Beriman kepada Allah. Selangor : PTS Islamika.
    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011.

    BalasPadam
  13. Tauhid Uluhiyyah ialah mengesakan atau menunggalkan atau memperuntukkan hanya bagi Allah sahaja macam ibadah yang zahir dan batin yang berupa perkataan dan perbuatan dan meniadakan peribadatab dari segala sesuatu selain Allah, apa yang wujudnya. Allah berfirman yang bermaksud:
    Surah Al-Isra’ : 23
    Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).
    Semua ini sudah terangkum dalam syahadah atau persaksian bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah (Laa ilaaha illlaallah),
    Tauhid rubbuyyah ialah mengakui dengan sungguh-sungguh bahawa allah Ta’ala itu Tuhan bagi segala sesuatu, yang menguasai alam semesta, menciptakannya, menguruskannya, mengaturnya, tiada sekutu bagi-Nya di dalam kekuasaan-Nya, tidak mempunyai penolong untuk menghilangkan kehinaan(kerana Dia tidak dihinggapi kehinaan sama sekali), tiada yang menolak kehendak-Nya, yang mampu menghalangi keputusan-Nya , tiada tandingan-Nya, tidak ada yang menyamai-Nya, sedikit pun dalam makna-makna rububiyyah-Nya dan kandungan nama dan sifat-sifat-Nya. Allah berfirman yang bermaksud :
    Surah Al-An’am : 1
    Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka.


    Tauhid Rububiyyah merupakan asas dari jenis tauhid yang lain, sebab Al-Khalik, al-Malik dan Al-Mudabbir merupakan sesuatu yang patut bagi-Nya, tidak kepada selain-Nya. Setelah ada iktikad kepada sifat-Nya barulah maka perlulah diikuti oleh niat beribadat, khusyuk dan patuh kepada-Nya.
    Melihat kepada maksud Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah ini dapatlah disimpulkan bahawa Tauhid Uluhiyyah ini melengkapi tauhid Rububiyyah dan hanya orang Islam sahaja yang memiliki tauhid. Inilah antara perbezaan yang begitu ketara antara kedua-dua tauhid ini.

    Syeikh Hafizah Hakami, (2007), 200 Soal Jawab Akidah Islam, Selangor : Pustaka Ilmi.

    Siti Norasiah binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  14. Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    “Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. Al-A’raf: 54)

    “..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Jathiyah: 36-37)

    Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    “Katakanlah: ‘Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebagai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

    “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)
    (Menurut ulama’ tafsir; yang dimaksudkan dengan Taghut dalam ayat di atas ialah segala yang disembah selain dari Allah sama ada berhala-berhala, Iblis, Syaitan dan sebagainya. (Lihat tafsir al-Qurthubi)).


    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Kini berkhidmat sepenuh masa dengan HPA sebagai S/U Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA. Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Wan Nur Ashikin Bt Wan Roslan
    Pismp pai2 semester 2

    TAUHID RUBUBIYYAH

    Rububiyyah berasal daripada perkataan Rabb dan dari konteks linguistik, ia mengandungi beberapa maksud seperti berikut:

    1. Pemeliharaan anak atau pemeliharaan kebun. Ia menjaga dari segala kesusahan kerana ia bertugas sebagai pemelihara, penjaga, pengasuh segala urusan yang berhubung dengan anak atau kebun.

    2. Pemimpin atau pembela umat. Apabila ia memerintah ia menjalankan kepimpinan dan hukum; dan ia dianggap sebagai pemimpin masyarakat.

    3. Majikan yang menjaga dan mengawasi rumah atau memilikinya juga digunakan sebagai penternak atau gembala. Ia bererti ada pertaliannya dengan fungsi raja yang memerintah, mendidik dan membela serta mengawasi. Jika perkataan Rabb digunakan untuk Dzat Ilahi, maka hakikatnya Allah merupakan Raja bagi segala makhluk. Ia sebagai Tuhan, sebagai Raja bagi segala raja, yang Maha Agung dan Maha Hakim serta tidak ada yang lebih agung dan hakim selainNya. Dia yang menjadikan alam semesta dengan pengaturan yang rapi, pemeliharaan dan pengendalian pergerakan seluruh alam.


    Dari segi istilah syara”™, Tauhid Rububiyyah bermaksud mentauhidkan Allah pada mencipta alam, mengurus dan mentadbirkannya, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan dan seterusnya, di mana terkandung di dalamnya juga beriman dengan qadar.

    Tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman dan Islam, kerana Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini.

    TAUHID ULUHIYYAH

    Iaitu dengan ikhlas memberikan kepada Allah, dengan mahabbah (cinta) kepadaNya, khauf (takut) kepadaNya, raja”™ (pengharapan), tawakal dan raghbah (keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Bahawa semua itu dibina dengan ibadat yang ikhlas zahir dan batinnya kepada dan kerana Allah. Tidak ada sekutu bagiNya, tidak dijadikan ibadat itu kepada selainNya. Seterusnya menerima segala hukum dengan yakin dan redha.

    sumber: http://saifulislam.com/?p=341 (Bachelor of Sharia & Islamic Studies (Honours) from Mu’tah University (جامعة مؤتة), Jordan.)

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. tauhid Rububiyyah mmbw maksud, seseorang yg meyakini Allah shj Tuhan semesta Alam..dan menurut pengertian lain,ialah mengesakan Allah dari sudut perbuatanNya.Allahlah yg menciptakan,menghidupkan dn mematikan serta segala kekuasaan brada padaNya dan tiada kuasa lain yang dpt menegahNya antara dalilnya ialah surah (al-An'am:17, (surah al-Zukhuruf:9), (al-Fathir:15)

    tauhid uluhiyyah mmbawa maksud seseorang yg telah menetapkan bahawa segala ibadatnya hanya utk Allah dan ikhlas krn Allah semata-mata.mksud dan pengertian lain,tauhid uluhiyyah ialah mengesakan Allah dr sudut perbuatan hambaNya yg diperintah atau disuruh.segala ibadat kita dilakukan ikhlas krn Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud kpd selain drpd Allah.antara Firman Allah yg berkaitan dgn tauhid Uluhiyyah ialah (surah al-An'am:162),(surah al-Zumar:65)

    ustaz Abd.Latif Muda,Dr.Rosmawati ALi,Pengantar Ilmu Tauhid,Kuala Lumpur:Pustaka Salam Sdn.Bhd

    Masniwati Abdullah Sani
    pismp Pai 2

    BalasPadam
  18. Tauhid Rububiyyah

    Tauhid Rububiyyah ialah i’tiqad yang kukuh bahawasanya Allah S.W.T adalah Tuhan (ar-Rabb) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan selain dari-Nya. Dari segi bahasa Arab, perkataan “ar-Rabb” bermakna “yang mengatur”. “Ar-Rabb” mempunyai beberapa erti. Antaranya ialah tuhan(as-Sayyid) pemilik sesuatu, pencipta sesuatu, penguasa sesuatu, yang mendidik dan mengasuh orang lalai, yang menjaga muslihat insan, yang mempunyai kuasa, yang menjadi tuan.
    Tauhid rububiyyah ialah mengakui bahawa sesungguhnya Allah S.W.T pencipta segala makhluk, pemilik segala-galanya, yang menghidup dan mematikan mereka, yang mendatangkan manfaat dan mudharat, yang menyahut doa mereka ketika dalam kesempitan, yang Maha Berkuasa ke atas mereka, yang memberi dan melarang, serta segala ciptaan dan perintah adalah kepunyaannya.
    Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus : 107

    Beriman dengan kekuasaan Allah termasuk dalam jenis tauhid rububiyyah ini. Tauhid rububiyyah merupakan fitrah semula jadi yang kesemua manusia mengakuinya.

    Tauhid Uluhiyyah
    Tauhid Uluhiyyah ialah mengesakan Allah S.W.T dalam segala jenis ibadat. Sesungguhnya kita hanya perlu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sahaja dan tidak selain dariNya.
    Tauhid ini membezakan golongan yang mengesakan Allah S.W.T dan golongan musyrikin serta tauhid ini jugalah para rasul diutuskan bersama kitab-kitab.

    Rujukan: Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad. (2002). Pendidikan Islam - Asas Dinamika Guru : Jilid 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    BalasPadam
  19. Terdapat beberapa perbezaan di antara Tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah iaitu :-
    1. Perbezaan akar kata. Kata Rububiyyah diambil dari salah satu nama Allah, iaitu Rabb manakala kata Uluhiyyah diambil dari akar kata Ilah.
    2. Tauhid Rububiyyah terkait dengan masalah-masalah kauniyah (alam) seperti menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan, mematikan dan sebagainya. Manakala tauhid Uluhiyyah terkait dengan perintah dan larangan seperti wajib, haram, makruh dan lain-lain.
    3. Kaum musyrikin meyakini kebenaran tauhid Rububiyyah tetapi menolak mengakui tauhid Uluhiyyah.seperti firman Allah dalam surah az-Zumar, ayat 3 yang bermaksud:
    Maksudnya :"Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", (az-zumar :3)

    4. Tauhid Rububiyyah bersifat ilmiah (pengetahuan) manakala tauhid Uluhiyyah bersifat amaliah(aplikasi).
    5. Tauhid Uluhiyyah adalah konsekuensi pengakuan terhadap tauhid Rububiyyah. Maksudnya , tauhid Uluhiyah itu berada di luar tauhid Rububiyyah tetapi tauhid Rububiyah tidak dianggap teraplikasi dengan benar kecuali bila dilanjuti dengan tauhid Uluhiyah. Dan bahawa tauhid Uluhiyah sekaligus mengandung pengakuan atas tauhid Rububiyah yang bermaksud tauhid Rububiyah merupakan sebahagian dari tauhid Uluhiyah.
    6. Tidak semua yang beriman pada tauhid Rububiyyah itu automatik menjadi Muslim, tetapi semua yang beriman pada tauhid Uluhiyyah automatik menjadi Muslim.
    7. Tauhid Rububiyah adalah pengesaan Allah dengan perbuatan-perbuatan-Nya sendiri seperti mengesakan Dia sebagai pencipta dan sebagainya. Sedangkan tauhid Uluhiyah ialah pengesaan Allah dengan perbuatan-perbuatan hamba-Nya. Seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya kerana tauhid Uluhiyah sering pula disebut tauhid iradah dan thalah (kemahuan dan permohonan).
    Rujukan:
    Dr.Ibrahim Muhammad bin Abdullah Al-Buraikan ( 2001). PENGANTAR PENGAJIAN AQIDAH ISLAM. SELAGOR : Pustaka Dini Sdn Bhd. m/s 158- 160

    NORAINI BINTI AHMAD
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  20. - Tauhid rububiyyah adalah bererti mengaku dan beri’tiqad bahawa Allah adalah Maha Pencipta, bersifat Esa, Pemelihara dan Tuan sekalian alam.

    - Tauhid Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi. Melakukan segala perbuatan demi kerana Allah semata-mata. Sepertimana yang selalu disebut dalam solat “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah rabb sekalian alam.” Selain itu, ia juga adalah mengesakan Allah Taala dalam setiap ibadat dengan khudu’(tunduk)dan taat secara mutlak kepada Allah,dan tidak menyembah selain daripada Allah yang Maha Esa,dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun jua yang wujud dibumi dan dilangit.

    - Perbezaan antara keduanya adalah Tauhid Rububiyyah terdapat dalam diri setiap individu namun Tauhid Uluhiyyah hanya terdapat dalam diri orang Islam yang Mukmin sahaja.

    Sumber:
    Muhammad Ramli (2007), Sifat 20 Keagungan Sifat & KeesaanNya, Selangor: Al-Falah Publications.
    Tauhid Ar-Rububiyyah Dan Tauhid Al-Uluhiyyah, diakses pada 4 Oktober 2011, daripada http://hasan98.tripod.com/tauhid.htm
    (2006), Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah serta Kepentinganya. diakses pada 4 Oktober 2011, daripada http://alhammasiyy.wordpress.com/2006/10/08/tauhid-uluhiyyah-dan-tauhid-rububiyyah-serta-kepentinganya/

    WAN NUR ‘AISYAH BT WAN OMAR
    PISMP PAI 2 SEMESTER 2

    BalasPadam
  21. MARDIAH IDRS PISMP PA3 Sem 2

    a. Tauhid Rububiyyah (Mengesakan Allah sebagai Tuhan Pencipta)

    Seseorang itu hanya meyakini hanya Allah sahaja Tuhan Semesta Alam. alam kata erti lain, tauhid rububiyyah adalah mengesakan Allah dari sudut perbuatanNya dan konsep yang terkandung dalam tauhid rububiyyah ialah Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam dan tiada tuhan selain Allah.

    Ini kerana, apabila seseorang itu meyakini tauhid rububiyyah ini, mereka akan meletakkan bahawa hidup dan mati ini ada di tangan Allah, Tiada kuasa lain yang setara denganNya. Ramai manusia yang percaya pada tauhid rububiyyah ini termasuklah mereka yang bukan beragama Islam sekalipun . Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 9 mafhumnya:

    9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".


    b. Tauhid Uluhiyyah ( Mengesakan Allah dalam Ibadat)

    Tauhid Uluhiyyah membawa maksud seseorang itu telah menetapkan bahawa segala amal ibadahnya hanya untuk Allah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Ataupun dengan erti kata lainnya adalah mengEsakan Allah dari sudut amal perbuatan hambaNya sepertimana yang telah Dia perintahkan .
    Di sini lahirnya konsep kebergantungan hanya kepada Allah semata-mata dan tidak mensyirikkanNya dalam erti ibadah. Keyakinan yang mendalam ini merupakan kesan daripada keimanan dan tawakkal manusia itu kepada Allah. Berkenaan dengan tauhid uluhiyyah, bukan semua manusia percaya dan melaksanakannya. Hanya mereka yang muslim, mukmin yang menzahirkannya dala kehidupan seharian mereka.
    Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah al-An’am ayat 162 yang berbunyi:

    162. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

    Rujukan:

    1) Rosmawati, A. L. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Petaling Jaya: Pustaka Salam Sdn Bhd. ms. 8-9

    (Rosmawati Ali dan Abdul Latif Muda merupakan antara penulis buku yang terkenal di Malaysia berkenaan pengajian aqidah)

    BalasPadam
  22. Maksud Tauhid Rububiyyah

    Tauhid rububiyyah ialah satu pengakuan bahawa Allah ta'ala adalah Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini dan makhluk-makhlukNya, mentadbirnya, mengubahnya, manambahnya, mengurangkannya, menghidupkannya, mematikannya dan sebagainya. Tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan-urusan tersebut.

    Taihud Uluhiyyah

    Pengertian
    Ertinya: MengEsakan Allah dalam beribadah, tunduk, dan taat secara mutlak. Tidak disembah kecuali Allah swt semata, tidak sesuatu pun di bumi atau di langit disekutukan dengan-Nya.


    KONSEP ULUHIYYAH

    • Mengakui hanya Allah s.w.t yang layak disembah dan ditaati.
    • Paksi utama keimanan kepada tauhid Uluhiyyah ialah kalimah syahadah.
    • Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat

    Tauhid tidak akan terealisasi, kecuali dengan menggabungkan tauhid Uluhiyyah kepada tauhid Rububiyyah. Tauhid rubibiyyah saja tidak cukup

    BalasPadam
  23. TAUHID RUBUBIYYAH

    Maknanya ialah beriktiqad bahawa hanya ALLAH,TUHAN(RABB) KERAJAAN LANGIT DAN KERAJAAN BUMI,dan juga ALLAH IALAH AL-KHAALIQ(PENCIPTA)SEGALA APA JUA YANG TERDAPAT PADA KEDUANYA,Dia jugalah pemilik segala apa yang terdapat diatas alam ini,tiadalah sekutu bagiNya pada kerajaan milikNya,tidaklah ada penghukum keatasNya pada apa yang telah diputuskanya,Dialah hanya tuhan yang maha esa lagi tunggal pemilik sekalian alam,Dialah pemberi rezeki pada setiap yang bernyawa,Dialah juga pentadbir setiap perkara,Dialah hanya yang boleh menundukkan pada setiap yang meninggi,Dialah pemberi pada setiap yang terlarang,Dialah juga yang boleh memberi kemudharatan pada setiap yang memberi manfaat,Dialah juga yang boleh memuliakan pada setiap yang terhina,dan setiap yang selain daripadaNya tidaklah memiliki pada dirinya kemanfaatan walau kemudharatan melainkan dengan izin dan kehendakNyalah jua.

    Inilah antara bahagian tauhid yang tidak boleh dingkari oleh sesiapa pun,tetapi telah dingkari oleh golongan Al-Madiyyun dan Al-Mulhidun yang mana mereka telah mengingkari akan kewujudan Allah ini,begitu juga dengan orang-orang pada zaman dahulu kala yang juga mengingkari kewujudan Allah ini serta sama sahaja dengan orang-orang pada zaman sekarang ini yang kita kenali dengan nama Komunisme.Sebagai contoh golongan Al-Madiyyun(golongan yang mengimani pada wujudnya dua tuhan)yang beriktiqad bahawa sesungguhnya alam yang terbentang ini dipunyai oleh dua jenis tuhan,iaitu Tuhan Cahaya dan Tuhan Kegelapan,manakala golongan Musyrikin seperti bangsa Arab Jahiliyyah pula yang mana kebanyakkan mereka tidaklah mengingkari pada bahagian tauhid ini,bahkan mereka mengetahuinya bahawa wujudnya Allah ini,seperti yang telah dirakamkan didalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat:63

    “Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka:Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air pada bumi sesudah matinya?Tentu mereka akan menjawab:Allah,katakanlah,segala puji bagi Allah ,tetapi kebanyakkan mereka tidaklah memahaminya”(Al-Ankabut:63)

    TAUHID ULUHIYYAH.

    Makna tauhid Al-Uluhiyyah pula ialah MENGESAKAN ALLAH TAALA PADA SETIAP IBADAT DAN KHUDU’(TUNDUK)DAN TAAT SECARA MUTLAK KEPADA ALLAH,DAN TIDAKLAH MENYEMBAH SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA,DAN JUGA TIDAKLAH MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU APA PUN JUA YANG WUJUD DIBUMI DAN DILANGIT,dan tidaklah dapat direalisasikan tauhid itu secara hakiki jika tidak menggabungkan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah bersama,tidaklah mencukupi jika hanya beriktiqad dengan salah satu tauhid sahaja,maka kaum arab Musyrikin juga mengakui pada tauhid ini,tetapi dalam masa yang sama mereka tidaklah memeluk agama islam kerana mereka telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak mempunyai apa-apa keupayaan walau kekuasaan,lalu mereka mengimani pada makhluk lain sebagai tuhan,dengan sangkaan bahawa mereka dapat mendekatkan diri mereka pada Allah Yang Maha Tinggi,ataupun dapat memberikan manfaat kepada mereka disisi Allah Taala.

    Penganut agama Nasrani pula(Kristian)mereka mengingkari bahawa sesungguhnya Allah itu tuhan sekalian langit dan bumi,mereka telah menyekutukan Allah dengan Al-Masih Nabi Isa alaihis salam,mereka telah menjadikan dia sebagai tuhan selain Allah,dan di dalam Al-Quran pula telah menganggap mereka ini semua sebagai Kafir,diharamkan pada mereka syurga Allah dan masuklah mereka semua ke Neraka selama-lamanya.Dan sesungguhnya,sejak zaman berzaman lagi,manusia telah sesat pada bahagian tauhid ini,mereka telah menyembah selain Allah dengan tuhan yang pelbagai jenis,contohnya,tuhan Kaum Nabi Nuh alaihissalam.

    Diekses :

    alhammassy. (2006, 10 08). Retrieved 10 06, 2011, from Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah serta Kepentinganya..: http://alhammasiyy.wordpress.com/2006/10/08/tauhid-uluhiyyah-dan-tauhid-rububiyyah-serta-kepentinganya/

    Penulis telah naqalkan dari Kitab Haqiqat At-Tauhid karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawiy

    BalasPadam
  24. TAUHID RUBUBIYAH

    - mengakui dengan bersungguh-sungguh bahawa Allah Taala itu Tuhan bagi segala sesuatu, yang menguasai alam semesta, menciptakannya, mengaturkannya, mengurusnya, tiada sekutu bagi-Nya di dalam kekuasaanNya, tidak mempunyai penolong untuk menghiangkan kehinaan (kerana Dia tidak mempunyai kehinaan sama sekali), tiada yang mampu menolak kehendak-Nya, yang mampu menghalangi keputusan-Nya, tiada tandingan-Nya, tidak ada yang menyamai-Nya sedikit pun dalam makna Rububiah-Nya(ketuhanan-Nya)dan kandungan nama dan sifat-sifat-Nya.
    firman Allah yang bermaksud:
    " Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah antara kamu yang sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuka dari yang demikian itu? Mha Sucilah Dia dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan" (ar-Rum:40)

    - Lawan kepada tauhid Rububiyah ialah beri'tikad bahawa adanya pelaku bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, dalam mengadakan atau meniadakan sesuatu, menghidupkan atau mematikan, mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan dan makna rububiyah lainnya beri'tikad adanya sesuatu yang menandingi Allah dalam kandungan nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya.

    TAUHID ULUHIYAH

    -Iaitu mengesakan atau menunggalkan atau memperuntukkan hanya bagi Allah segala ibadah yang zahir dan yang batin, yang berupa perkataan dan perbuatan, dan meniadakan peribadatan dari segala sesuatu selain daripada Allah.
    Allah berfirman yang bermaksud:
    "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya jangan kamu menyembah selain Dia..." (al-Isra':23)

    - Lawan kepada Uluhiyah ialah mensyirikkan Allah sama ada syirik kecil atau syirik besar.

    sumber: Syeikh Hafizah Hakami(1999), Soal Jawab Akidah Islam, Pustaka Ilmi, Selangor.

    -NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
    -PISMP PAI 2

    BalasPadam
  25. assalamualaikum...
    Tauhid Rububiyyah
    Maksudnya ialah seseorang yang meyakini bahawa hanya Allah sahaja Tuhan semesta alam. Konsep yang dibawa oleh tauhid ini bahawa Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam, menghidup dan mematikan dan tiada Tuhan selainNya. Allah berfirman di dalam surah al-An'am ayat 17,

    Maksudnya: Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri, dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    Tauhid Uluhiyyah
    Maksudnya bahawa seseorang yang telah menetapkan bahawa segala ibadahnya hanyalah kerana Allah semata-mata. Ini turut membawa maksud menEsakan Allah dari sudut perbuatan hambaNya yang diperintah. ini bermakna hanya kepada Allah sahajalah tempat yang perlu disembah. firman Allah dalam surah al-An'am juga ayat 162.

    Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

    sumber:
    ustaz Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali,Pengantar Ilmu Tauhid,Kuala Lumpur, Pustaka Salam.

    Nornadzirah binti Zinuddin
    PISMP Pai1 sem 2

    BalasPadam
  26. Assalam ustaz..
    Perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah ialah Tauhid Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezeki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    “Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. Al-A’raf: 54)

    “..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Jathiyah: 36-37)

    Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

    Manakala Tauhid Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    “Katakanlah: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya.

    Rujukan :
    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL : Merupakan Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Kini berkhidmat sepenuh masa dengan HPA sebagai S/U Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA. Pengendali laman soal-jawab agama.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.LAMAN SOAL JAWAB AGAMA.(2008). Retrieved 07/10/2011 from http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/tauhid-rububiyyah-dan-uluhiyyah.html

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum ustaz.

    Perbezaan Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyyah.

    Berdasarkan hasil bacaan saya daripada beberapa rujukan ilmiah, saya merumuskan perbezaan antara kedua-dua tauhid di atas dari segi pengertiannya.

    Tauhid Rububiyyah merupakan kepercayaan dan keyakinan yang hadir di dalam hati akan Keesaan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini manakala Tauhid Uluhiyyah pula adalah mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi.

    (Ustaz Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali,Pengantar Ilmu Tauhid,Kuala Lumpur, Pustaka Salam)

    BalasPadam
  28. Tauhid Rububiyyah iaitu mengetahui dan mengakui bahawa Allah S.W.T ialah tuhan segala perkara dan menegaskan –Nya dalam segala Perbuatan-Nya ; bahawa Allah S.W.T pencipta segala makhluk , menghidupkan mereka , mematikan mereka , memilik mereka , memberi manfaat , berkuasa ke atas mereka , memberi sesuatu , menyekat pemberian sesuatu dan segala sesuatu adalah milik-Nya. Tauhid Uluhiyyah atau tauhid ibadat ialah mengesakan Allah S.W.T yang berhak disembah atau diabdikan dalam segala jenis ibadat dan tidak kepada selain dari-Nya. Umat Islam mempercayai kedua –dua tauhid ini iaitu Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Manakala umat manusia termasuk kafir , yahudi dan sebagainya hanya mengakui Tauhid Rububiyyah dalam kehidupan mereka walau pada hakikatnya mereka tidak beriman dengan Allah S.W.T.
    Rujukan :(Ahmad Mohd Salleh , Mohd Farid Hafidz Ahmad .2008 . Siri Pendidikan Guru Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras . Selangor . Oxford Fajar ).
    Siti Syafiqah bt. Salahudin

    BalasPadam
  29. assalammualaikum:


    Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezeki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);
    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)
    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyenkutukanNya.

    Sumber:

    Muda, U. A., & Ali, D. R. Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur.Pustaka Salam. m/s: 7-9

    Daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  30. TAUHID RUBUBIYYAH

    Tauhid Rububiyyah beri’tiqad dan mengaku bahawa Allah s.w.t yang Esa sahaja pencipta sekalian makhluk dan alam ini. Dia memiliki segala makhluk, menghidup dan mematikan sesuatu, memberi mudharat dan manfaat kepada sesuatu. Dia berkuasa memberi rezeki, mentadbir sekalian makhluk dan alam sama ada yang di langit dan di bumi.

    Tauhid Rububiyyah ini diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang islam atau seorang kafir, kecuali golongan mulhid ( atheis) yang tidak percaya adanya Tuhan. Kerana itu kalau seseorang itu hanya mengakui dan beriman dengan tauhid Rububiyyah sahaja tidak disertakan dengan tauhid yang lain, dia tidak boleh dianggap Islam. Untuk menjadi seorang Islam, seseorang itu mestilah mengakui juga tauhid uluhiyah dan tauhid asma’ wa sifat bersama tauhid rububiyyah.

    Orang kafir termasuk orang musyrikin di zaman Rasulullah s.a.w dan sebelumnya seperti Abu Lahab dan lain-lain pengikut mengaku dengan tauhid ini.

    TAUHID ULUHIYYAH

    Tauhid Uluhiyyah yang juga dipanggil tauhid Ibadat ialah mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dengan sebenar dan tidak boleh menyekutui-Nya dengan sesuatu.

    Dia sahaja yang berhak disembah, dikasihi dan ditaati, kepada-Nya tempat bertawakkal, tempat berserah, tempat menaruh harapan, permohonan dan doa. Allah SWT sahaja yang mempunyai kekuasaan dan pemerintahan.

    Kerana itu tidak boleh seseorang itu menyembah atau memuja bulan, bintang, matahari, patung berhala, batu, pokok, kubur atau isme-isme (Fahaman-fahaman ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme, komunisme, liberalism, nationalism, feudalism dsb). Juga tidak boleh menyembah para nabi, wali, malaikat dan lain-lain lagi. Jika seseorang itu menyembah dan memuja perkara lain, maka perkara itu adalah Tuhannya. Jika ini berlaku perbuatan tersebut menyebabkan berlakunya syirik kerana rosaknya pada tauhid uluhiyah.

    Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyah, maka secara automatik dia beriman dengan tauhid rububiyah dan tauhid asma’ wa sifat. Ini kerana tauhid uluhiyah mengandungi di bawahnya tauhid-tauhid lain dan tidak sebaliknya. Sebab itu seseorang yang hanya beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak semestinya dia beriman dengan tauhid uluhiyah. Ada dari mereka (orang kafir) yang beriman dengan tauhid rububiyah; mereka menyembah dan memuja patung-patung, berhala-berhala, bulan, bintang dan seumpamanya tetapi mereka tidak mentaati Allah SWT.


    NAJWA ARIFAH BINTI MOKHTAR
    PISMP PENGAJIAN ISLAM 2 SEMESTER 2 2011

    BalasPadam
  31. Beriman kepada Allah bererti beriman kepada wujudnya Allah, juga mengandungi beriman kepada keEsaan-Nya dari sudut rububiyyah dan uluhiyyah-Nya, atau beriman dengan nama-nama-Nya yang baik dari sifat-sifat-Nya yang mulia, yang darinya lahirnya sifat-sifat kesempurnaan yang layak dan maha suci Allah dari sifat-sifat kekurangan.

    Konsep beriman kepada ini bolehlah di bahagikan kepada dua bahagian :-
    a) Tauhid Uluhiyyah
    b) Tauhid Rububiyyah

    Tauhid Rububiyyah bermaksud satu iktikad (kepercayaan, pegangan) bahawa adanya Tuhan di langit dan di bumi, Dialah pemilik segala urusan alam ini, tiada sekutu bagi-Nya, Dialah Tuhan yang pemberi rezeki kepada sesiapa yang hidup, pentadbir setiap perkara, Dialah yang boleh memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki dan Dialah juga yang boleh mendatangkan kemudharatan dan kebaikan kepada setiap yang hidup, tidak akan berlaku sesuatu di atas muka bumi ini melainkan dengan keizinan-Nya.

    Tauhid Uluhiyyah pula bermaksud mengEsakan Allah dengan konsep ‘ubudiyyah kepada-Nya yang melibatkan hal ibadah, taat sepenuhnya , tunduk patuh kepada-Nya, tidak menyembah kecuali kepada-Nya dan tidak syirik kepada-Nya dengan sesuatu, baik di langit ataupun dibumi.
    Tauhid Uluhiyyah ini tidak tercapai selagimana Tauhid ini tidak disertakan bersama Tauhid Rububiyyah. .

    Jelaslah kepada kita bahawa konsep tauhid ini akan sempurna apabila Tauhid Uluhiyyah ini difahami bersama dengan Tauhid Rububiyyah. Dimana Tauhid Rububiyyah ini tidak akan sempurna untuk mencapai konsep tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu termasuklah baginda Rasulullah sa.w.

    Hal ini kerana, sekadar mengimani dengan tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi, kerana orang-orang Arab musyrikin dan orang kafir yang lainnya juga telah mengakui dan meyakini tentang konsep Tauhid Rububiyyah ini.

    Walaupun demikian, tidaklah mereka ini menjadi muslim disebabkan mereka telah menyekutukan Allah. Sedangkan Allah tidakpun menurunkan dalil yang membenarkannya. Mereka telah mengambil tuhan-tuhan lain bersama Allah dan mereka menyangka bahawa tuhan-tuhan itulah yang boleh menghubungkan mereka dengan Allah sebagai perantaraan (zulfa) dan boleh memberi pertolongan di sisi Allah untuk mereka. .

    Inilah konsep Tauhid yang membezakan antara agama yang sebenarnya iaitu agama Islam berbanding agama samawi yang lain.
    Mengenal Allah s.w.t merupakan tuntutan fardhu Ain ke atas setiap mukallaf dengan mengetahui nama-Nya dan sifat-sifat-Nya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.


    Rujukan : (Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya)


    Dijawab Oleh : Zul Hasanain Bin Hasim
    Unit : PISMP PA/BI/BA 1 Semester 2

    BalasPadam
  32. Tauhid Rububiyyah : keyakinan dalam hati secara mutlak Allah s.w.t. sebagai pentadbir alam. Diimani / dipercayai oleh semua manusia.

    Tauhid Uluhiyyah : keyakinan dalam hati bahawa Allah s.w.t. yang Maha Esa yang layak disembah dan dipatuhi. Diimani / dipercayai oleh orang Islam sahaja.

    Mohd Zin Daud, Safaee Zakaria. (2000). Tasawwur islam - tingkatan 4. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

    NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  33. Hanafi berkata :
    Tauhid Rububiyah
    - Tauhid Rububiyah adalah kata yang dinisbatkan kepada salah satu nama ALLAH iaitu “ROBB”
    - Nama tersebut mempunyai beberapa maksud lain iaitu al-Murabbi(pemelihara), al-Nashir(penolong), al-Malik(pemilik), al-Mushlih(yang memperbaiki), a-Sayyid(tuan) dan al-Wali(wali).
    - Dalam terminologi syariat Islam, istilah tauhid rububiyah bererti : “Percaya bahawa hanya ALLAH-lah satu-satunya Pencipta, Pemili, Pengendali alam raya yang dengan takdir-NYA ia menghidupkan dan mematikan serta mengendalikan alam dengan sunnah-sunnah-NYA.

    Tauhid Uluhiyah
    - Kata uluhiyah diambil dari akar ILAH yang bermaksud : Yang Disembah dan Yang Ditaati.
    - Kata ini digunakan untuk menyebut sembahan yang berhak dan batil.
    - Tauhid Uluhiyah diertikan di dalam terminologi syariat Islam adalah “Mengesekan Allah dalam ibadah dan ketaatan. Atau mengesekan Allah dalam perbuatan seperti shalat, puasa, zakat, haji, nazar, menyembelih sembelihan, rasa takut, rasa harap dan cinta.
    - Maksudnya adalah : kita melaksanakan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA sebagai bukti ketaatan dan semata-mata untuk mencari redha Allah s.w.t.


    Rujukan : Dr. Ibrahim Muhammad bin Abdullah Al-Buraikan(2001), Penghantar Pengajian Aqidah Islam Mazhab Ahlisunnah Wal Jama’ah, Shah Alam : Pustaka Dini Sdn Bhd, m.s : 141-142,152-153.

    Oleh : MOHAMAD HANAFI BIN SUPARMAN
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  34. Menurut Ibn Taymiyyah, Allah S.W.T telah mengutuskan para rasul a.s. bertujuan untuk menyeru manusia kepada tauhid uluhiyyah yang juga dinamakan sebagai tauhid ibadah (tawhid al-`ibadah); tauhid yang mempertunggalkan atau mengesakan Tuhan yang disembah iaitu Allah S.W.T dari segi ibadahya‟, bebeza dengan tauhid rububiyyah yang hanya sekadar beriktikad bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan sekelian alam yang mencipta dan menguruskan alam ini; tauhid yang dikatakan turut dimiliki oleh kaum Musyrikin.

    Prof Madya Dr Mohd Fauzi Hamat(2010),SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN,Akedemi Pengajian Islam,Universiti Malaya.m.s : 5

    dari : Muhammad Hafizillah Bin Ibrahim
    PISMP PAI1 SEM 2

    BalasPadam
  35. Kandungan Tauhid Uluhiyyah:
    • Kasih dan cinta utama dan pertama (Baqarah:165)(Taubah:24)
    • Tauhid dalam doa, tawakkal & pengharapan (Yunus:106)
    • Tauhid dalam takut (Nahl:51)
    • Tauhid dalam ibadat badan dan lisan (Nisa:48)
    • Tauhid dalam menerima peraturan dan ketetapan.


    rujukan : Aqidah Islamiyyah : Dr. Sayyid Sabiq (Mesir)

    Dari : Nur Azyyati Awanis bt Mispan
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  36. Tauhid Rububiyyah:

    Bermaksud seseorang yang meyakini hanya Allah sahaja Tuhan semesta alam. Menurut pengertian lain, Tauhid Rububiyyah beerti mengEsakan Allah dari sudut perbuatan-Nya.

    Lantaran itu, di antara konsep yang dibawa melalui Tauhid Rububiyyah ialah Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam dan tiada Tuhan selain-Nya. Dialah yang menciptakan, menghidupkan, dan mematikan serta segala kekuasaan berada pada-Nya dan tiada kuasa lain yang dapat menegah-Nya. Antara dalilnya ialah :

    dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". ( surah Az-Zukhruf ayat9)

    Tauhid Uluhiyyah :

    Beerti seseorang yang telah menetapkan bahawa segala ibadatnya hanya untuk Allah dan ikhlas kerana Allah semata-mata. Tauhid Uluhiyyah juga bermaksud mengesakan Allah dari sudut perbuatan hamba-Nya yang diperintah atau disuruh.

    Contohnya puasa , zakat dan sembahyang. Semua ibadat tersebut dilakukan oleh hamba-Nya hanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah. Justeru itulah manusia tidak boleh mensyirikkan dan tidak boleh mengharap selain Allah. Anatara dalilnya :

    katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An’am ayat 162)

    Rujukan :

    Rosmawati Bt. Ali @ Mat Zin. Ab. Latif,(1998).Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. m,s:7-10

    Dari :
    Abdul Hafez Hakimi Bin Othman
    PISMP PA/BIBA 1 SEM 2

    BalasPadam
  37. WAN MOHD FAKHRUDDIN BIN W.IBRAHIM
    PISMP PA3


    Apa yang wajib kita fahami ialah sesungguhnya maksud Ar-Rububiyah dan Al-Uluhiyah itu sendiri adalah berkait, tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain. Ini disebabkan tiada pencipta yang lain melainkan Dia ( Allah ). Ia dibuktikan oleh dalil yang qat`ie di dalam Al-Quranul Karim dan Sunnah yang mulia Ia juga membawa maksud tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah Subhanahu Wa Ta`ala. Sesungguhnya Tauhid Ar-Rububiyah dan Tauhid Al-Uluhiyah membawa pengertian yang serupa iaitu memberikan hak penyembahan secara `uruf dan syar`ie; kedua-duanya membawa maksud yang saling berkaitan; jika ia bersangkut dengan Tauhid Ar-Rububiyah maka ia akan turut melibatkan Tauhid Al-Uluhiyah , begitu juga jika sebaliknya


    Tauhid Rububiyyah ertinya beriman bahawa Allah yang mentadbirkan sekelian alam, menetapkan peraturan – peraturan dan undang – undang dan mengurniakan segala apa yang diperlukan oleh makhluknya, khususnya manusia untuk membolehkan mereka hidup dan beribadat kepada Allah. Tetapi ramai di kalangan manusia yang tidak mahu mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah, malah mereka terus lupa terhadap pengurniaan Allah dan mereka menderhaka kepada – Nyadan melakukan perbagai perlanggaran terhadap pentadbiran Allah. Mereka juga meminda peraturan – peraturan yang telah menjadi sunnah Allah yang tidak mungkin dipinda. Akibat dari pindaan itu mereka menghadapi berbagai – bagai kebuntuan di dalam kehidupan mereka.

    Potongan yang kedua واشهد أن محمدا رسول الله ialah mengaku tentang Ubudiyyah ( kehambaan ) dan kerasulan nabi Muhammad saw dan mengaku apa jua yang disampaikan oleh baginda adalah benar kerana para nabi dan rasul mempunyai sifat benar lagi dibenarkan dan tugas mereka menyampaikan wahyu kepada manusia. Firman Allah :
    فان تولوا فلنما عليك البلاغ – آل عمران اية 20
    Maksudnya : “ Dan jika mereka berpaling ( tidak mahu menerima Islam ) maka sesungguhnya kewajipan mu hanya menyampaikan seruan Islam”.

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyenkutukanNya.

    dalam kitab hidayatus sibyan, ms 1 dan 2 karangan abu abdullah husain nasir bin muhamad taib al mas'udi. uluhiyah : Allah tidak berhajat kepada makhluk dan semua makhluk berhajat kepada Allah.

    Muhammad Haji Ismail
    Jabatan Pengajian Al – Quran dan As – Sunnah,
    Fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    BalasPadam
  38. Tauhid Rububiyyah :

    Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    “Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. Al-A’raf: 54)

    “..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Jathiyah: 36-37)

    Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

    Tauhid Uluhiyyah:

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    “Katakanlah: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

    “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)
    (Menurut ulama’ tafsir; yang dimaksudkan dengan Taghut dalam ayat di atas ialah segala yang disembah selain dari Allah sama ada berhala-berhala, Iblis, Syaitan dan sebagainya. (Lihat tafsir al-Qurthubi)).

    Rujukan :
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/tauhid-rububiyyah-dan-uluhiyyah.html
    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).

    Dari :
    MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD
    PISMP PA3 SEM2

    BalasPadam
  39. Tauhid Rububiyyah ialah beriman bahawa hanya Allah sebagai Rabb iaitu pencipta, pemilik dan pemerintah alam ini . Dialah yang memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan makhluk, berkuasa mendatangkan manfaat dan menghilangkan mudarat, serta berkuasa atas segala yang dikehendaki-Nya. Tidak ada diri atau kuasa lain yang boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan sebagai Rabb atau berkongsi kuasa dengan Allah (swt).
    tauhid Uluhiyyah pula bererti beriktikad bahawa hanya Allah (swt) sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan meminta pertolongan. Ia juga bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku di atas petunjuk dan perintah Allah (swt) semata-mata . Ini bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar akan hanya menyembah Allah (swt) semata-mata dan tidak meletakkan objek, perantara atau kuasa lain sebagai sembahan dan pujaannya, atau pihak yang bersekutu dan setaraf dengan Allah (swt).
    Nama:Fatin Masmerra Mat Jali
    Unit:Pai3

    BalasPadam
  40. Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan.

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi.

    rujukan:USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah)
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/tauhid-rububiyyah-dan-uluhiyyah.html

    NURUL NADIAH ZULKIFLI
    PAI 3

    BalasPadam
  41. berkata arif pai 3

    Tauhid ar-Rububiyyah
    Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

    Dalil-Dalil Tauhid ar-Rububiyyah

    Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Antaranya:

    1. Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudah pasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.

    2. Semua benda di alam ini, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb al-’Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini.

    3. Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri.

    Begitulah hebatnya Ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.

    Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .

    Fitrah mengakui Rububiyyah Allah

    Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, namun jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah SWT:

    “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

    “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)

    Tidaklah susah untuk membuktikan Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiap insan adalah buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.

    rujukan:Rujukan: Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Ad-Da’wah.
    dari buku at taarif

    tauhid uluhiyyah

    Tauhid al-Uluhiyyah

    Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:

    “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25)

    “Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)

    “Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun: 23)

    “Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)

    Allah berfirman di dalam Al Qur’an: “Hanya kepada-Mu ya Allah kami menyembah dan hanya kepada-Mu ya Allah kami meminta.” (QS. Al Fatihah: 5)
    Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah membimbing Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu dengan sabda beliau: “Dan apabila kamu minta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu minta tolong maka minta tolonglah kepada Allah.” (HR. Tirmidzi)
    Allah berfirman: “Dan sembahlah Allah dan jangan kalian menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun” (QS. An Nisa: 36)
    Allah berfirman: “Hai sekalian manusia sembahlah Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dan orang-orang sebelum kalian, agar kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (QS. Al Baqarah: 21)

    ensiklopedia bebas

    BalasPadam
  42. Tauhid Rububiyyah : ialah keyakinan atau pandangan bahawa Allah sahajalah yang mempunyai kesanggupan mutlak untuk menciptakan segala sesuatu yang dikehendaki-NYA dengan tidak memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. justeru itulah maka Allah sentiasa disebut "Rabbul A'lamin".

    Tauhid Uluhiyyah : ialah pendirian yang meyakini bahawa Allah itu ESA ( Tunggal ). Keesaan Allah itu dalam semua perkara. sebagai umat Islam wajiblah kita
    : kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al Uluhiyyah

    firman Allah : “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25)


    maka : AR-RAHMAN : Tauhid rububiyyah
    AR-RAHIM : Tauhid uluhiyyah.

    Rujukan : Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad (2008), Islam Agama Rabbani Dasar xnxbhPendidikan Teras . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Nama : Naimah Bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  43. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  44. sambungan :

    Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    “Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. Al-A’raf: 54)

    “..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Jathiyah: 36-37)

    Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    “Katakanlah: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)


    Nama : Naimah bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  45. sambungan :

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

    “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)
    (Menurut ulama’ tafsir; yang dimaksudkan dengan Taghut dalam ayat di atas ialah segala yang disembah selain dari Allah sama ada berhala-berhala, Iblis, Syaitan dan sebagainya. (Lihat tafsir al-Qurthubi)).

    Demikianlah keterangan ringkas tentang Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah yang dapat saya berikan dalam ruangan yang ringkas ini. Harapan saya agar saudara dapat meneroka dengan lebih mendalam ilmu tentang kedua-dua jenis tauhid ini. Keimanan kita kepada Allah tidak akan sempurna melainkan dengan kita memahami dan menghayati dengan sempurna kedua-dua Tauhid tersebut di samping satu lagi Tauhid iaitu Tauhid al-Asma’ Wa as-Sifat iaitu mengesakan Allah dengan meyakini sekelian nama-nama dan sifat-sifatNya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Syarh al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, Imam Abil-Izzi al-Hanafi.
    2. Taisir al-‘Azizil Hamid, Syeikh Sulaiman bin Abdillah.
    3. Haqiqatu at-Tauhid, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
    4. Al-Iman, Dr. Naeem Yasin.
    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:30 AM
    Rujukan : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. ( 2008 ). Laman Soal jawab agama : tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah .
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/tauhid-rububiyyah-dan-uluhiyyah.html

    Nama : Naimah bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  46. auhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.

    Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan

    http://akarimomar.wordpress.com/2009/12/22/tauhid-tiga-serangkai-disyariat-dalam-islam/

    BalasPadam
  47. FARHATUL ALIA ROSLI PAI 3

    Jelaskan perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah ?

    Tauhid uluhiyyah
    Tauhid uluhiyyah (tauhid ibadah) iaitu mengEsakan Allah yang berhak disembah dalam segala jenis ibadat, bukan selain dari-Nya. Tauhid ini merangkumi bahagian tauhid yang lain iaitu tauhid rububiyyah serta tauhid asma’wassifat. Ini bermaksud, mentauhidkan Allah dalam rububiyyah-Nya tidak bermakna seseorang itu telah mentauhidkan-Nya dalam uluhiyyah. Dalam tauhid uluhiyyah ini, seseorang itu telah mengakui bahawa segala nama dan sifat yang mulia dan sempurna hanyalah hak Allah, bukan hak selain dari-Nya. Ini kerana tauhid uluhiyyah merupakan perkara pertama dalam agama. Tauhid uluhiyyah membezakan golongan yang mengEsakan Allah dan golongan musyrikin. Allah yang menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka.
    Tauhid rububiyyah
    Tauhid rububiyyah ialah iktikad yang kukuh bahawsa Allah adalah tuhan (ar-Rab) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan selain dari-Nya. Dari segi bahasa arab, perkataan ar-Rab bermaksud yang mmengatur. Tauhid rububiyyah ialah mengakui bahawa sesungguhnya Allah pencipta segala makhluk, pemilik segala-galanya, yang menghidup dan mematikan mereka, yang mendatangkan manfaat dan mudharat, yang menyahut doa mereka ketika dalam kesempitan, yang maha berkuasa ke atas mereka, yang memberi dan melarang serta segala ciptaan dan perintah adalah kepunyaan-Nya.

    Ahmad Mohd Salleh, M. F. (2008). Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras . Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

    BalasPadam
  48. ~MUHAMAD FAHMI BIN OTHMAN(MFO FAHMI)~

    Tauhid Rububiyyah iaitu satu iktikad (kepercayaan, pegangan) adanya tuhan di langit dan di bumi, Dialah pemilik segala urusan alam ini, tiada sekutu bagiNya, Dialah Tuhan yang memberi rezeki kepada semua makhluk, Dialah pentadbir setiap perkara, Dia jugalah yang boleh memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah juga yang boleh memberi kemudharatan dan kemanfaatan kepada setiap yang hidup ,tidak akan berlaku sesuatu kecuali dengan izin-Nya.
    Tauhid Uluhiyyah pula iaitu mengesakan Allah dengan ibadah, taat dan patuh sepenuhnya kepadaNya, tidak menyembah kecuali kepadaNya dan tidak syirik kepadaNya dengan sesuatu baik di langit atau dibumi. Tauhid Uluhiyyah ini tidak akan tercapai selagi tauhid ini tidak dihimpunkan bersama tauhid Rububiyyah .
    Secara ringkasnya, dapatlah dilihat perbezaan antara kedua-dua tauhid ini yang mana Tauhid Rububiyyah adalah melibatkan kepercayaan atau pegangan seseorang itu, manakala Tauhid Uluhiyyah adalah berkaitan dengan ibadah seseorang itu kepada Tuhannya(Allah). Hubungan antara kedua-dua tauhid ini ialah konsep tauhid ini akan sempurna apabila tauhid Uluhiyyah tersebut difahami bersama dengan tauhid Rububiyyah.

    rujukan:
    http://www.khairaummah.com/khaira1/index.php?option=com_loudmouth&Itemid=43&task=topic&id=301&mode=tree

    BalasPadam
  49. Masih ramai yang keliru, apakah perbezaan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Disini terdapat bebrapa penerangan mengenai perbezaan ini :
    Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb (الرّبّ) bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini, yang memilikinya, yang mengatur perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki kepada makhluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpakan mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak, yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang memberi dan menegah, di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segala urusan, sebagaimana Ia berfirman tentang diriNya (yang bermaksud);

    “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (al-Fatihah: 3)

    “Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala urusan. Maha tinggi Allah, Rabb bagi semesta alam”. Al-A’raf: 54)

    “..maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Jathiyah: 36-37)

    Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

    Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah (الإله) bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Jadi, Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai Ilah, iaitu meyakini bahawa Allahlah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi. Firman Allah (bermaksud);

    “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

    “Katakanlah: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)



    TAUHID ULUHIYYAH

    Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

    “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)
    (Menurut ulama’ tafsir; yang dimaksudkan dengan Taghut dalam ayat di atas ialah segala yang disembah selain dari Allah sama ada berhala-berhala, Iblis, Syaitan dan sebagainya. (Lihat tafsir al-Qurthubi)).


    Rujukan : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/tauhid-rububiyyah-dan-uluhiyyah.html
    DARIPADA :
    SYAFAWATI BT HASHIM
    PAI 3 SEM 2

    BalasPadam
  50. Tauhid Rububiyah: seseorang yang meyakini hanya Allah sahaja Tuhan semesta alam. Menurut pengertian lain, Tauhid Rububiyah ialah mengesakan Allah dari sudut perbuatan-Nya. Lantaran itu, di antara konsepnya ialah Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam dan tiada Tuhan selain-Nya. Dialah yang menciptakan, menghidupkan dan mematikan serta segala kekuasaan berada pada-Nya dan tiada kuasa lain yang dapat menegah-Nya. Antara dalilnya ialah pada surah al-An’am ayat 17, surah al-Zukhruf ayat 9 dan surah fathir ayat 15.


    Tauhid Uluhiyyah: seseorang yang telah menetapkan bahawa segala ibadatnya haya untuk Allah dan ikhlas kerana Allah semata-mata. Maksud dan pengertian lain ialah mengesakan Allah dari sudut perbuatan hamba-Nya yang diperintah atau disuruh. Contohnya puasa, zakat dan solat. Semua ibadat tersebut dilakukan oleh hamba-Nya hanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah. Justeru, manusia tidak boleh mensyirikkan Allah dan tidak boleh mengharap selain Allah. Allah telah berfirman dalam surah al-An’am ayat 162, dan az-Zumar ayat 65 .

    Ab Latif b. Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998), Pengantar Ilmu Tauhid, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

    (FARAH WAHEEDA BT JOHIR)
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  51. nurul faizah umar.
    tauhid rububiyyah = tauhid dimana beriman bahawa Allah yang menjadikan alam ini, allah yang mentadbir segala isi alam ini, mengataurnya, tiada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya.sebagaimana dalam firman Allah surah Al-an'am ayat 1 yang bermaksud : segala puji bagi Allah yang telah m,enciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang".
    manakala tauhid uluhiyyah pula = mengesakan dan menunggalkan Allah iaitu hanya bagi Allah sahajasegala ibadah yang lahir dan batin.
    buku 200 soal jawab akidah islam.syeikh hafizah hakami.pustaka ilmi.

    BalasPadam
  52. rububiyah- pengakuan, bahawa seluruh alam ini baik alam nyata/ghaib diciptakan oleh satu tuhan, Allah. dimiliki oleh semua manusia.
    uluhiyah- bahawa hanya kepada tuhan yang satu itulah kita menyembah, mengEsa, meminta tolong, beribadat dan berzikir. dimiliki hanya beberapa orang manusia yang mengakui adanya tuhan yang menciptakan segala serta menjalankan perintahNya.

    Bey Arifin.(1976).Mengenal Tuhan 1.Singapura:Pustaka Nasional (terlupa nak tengok muka surat.. maaf ya ustaz)

    Nor Fatin Wahida Bt Pisol
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  53. Tauhid Rububiyyah yang diakui oleh kebanyakkan manusia sejak dahulu lagi, dengan mempercayai kudrat Allah, takdirNya dan rezekiNya. Allah menciptakan semua makhlukNya di atas fitrah pengakuan terhadap rububiyah-Nya. Bahkan orang-orang musyrik yang menyekutukan Allah dalam ibadah juga mengakui keesaan rububiyah-Nya. Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ber¬takwa?" Katakanlah: "Siapakah yang di tanganNya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi ti¬dak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Ka¬takanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu di¬tipu?" (Al-Mu'minun: 86-89).
    Ini berbeza dengan dengan tauhid Uluhiyyah yang yang hanya diakui oleh sebilangan manusia yang beriktikad bahawa Allah sahaja yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta. Ini bererti mereka ini meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku di atas petunjuk dan perintah Allah semata-mata. Tauhid Uluhiyyah juga menuntut untuk meyakini kemutlakkan kekuasaan Allah atas segala sesuatu dalam alam semesta ini. Tauhid inilah yang membezakan muslim dengan musyrik. Tanpa tauhid uluhiyyah ini, tauhid pengesaan tidak mungkin tercapai. Contohnya, orang Nasrani tidak mengingkari Tauhid Rububiyyah bahawa Allah itu tuhan seluruh langit dan bumi tetapi mereka menyekutukan Tauhid Uluhiyyah Allah dengan menganggap al-Masih (Isa) sebagai tuhan selain Allah. Ini jelas menunjukkan perbezaan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah.

    Sumber : Ahmad B. Mohd. Salleh,(2001), Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru Jilid 1, penerbit Fajar Bakti sdn bhd.2001,m.s :.265

    Daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA (PAI 1)

    BalasPadam
  54. Assalamualaikum w.b.t

    Jawapan ISL 2

    Pertama tauhid Rububiyyah yang bermaksud keyakinan bahawa Allah SWT sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir seuruh alam ini. Maha berkuasa dan maha bijaksana tanpa ada satu kuasapun yang dapat menandinginya. Tauhid Rububiyyah ialah mengesakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala perbuatanNya,
    dengan meyakini bahwa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Az-Zumar: 62;

    62. Allah menciptakan segala sesuatu dan dia memelihara segala sesuatu.

    Tauhid Uluhiyyah yang bermaksud keyakinan bahawa hanya Allah yang Maha Esa, yang hanya layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Hanya Allah tempat memohon pertolongan, doa dan bertawakkal. Juga, disebut “tauhid ibadah”, kerana ubudiyyah adalah sifat ‘abd (hamba) yang wajib menyembah Allah secara ikhlas, kerana ketergantungan mereka kepadanya.

    Syeikh Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun tidak memiliki bandingan yang dapat dikiaskan, tetapi dari sebahagian segi mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi, di antara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. Kerana, hakikat seorang hamba adalah hati dan rohnya, ia tidak boleh baik, kecuali dengan Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Ia tidak boleh tenang di dunia, kecuali dengan mengingat-Nya. Seandainya hamba memperolehi kenikmatan dan kesenangan tanpa Allah, maka hal itu tidak akan berlangsung lama, tetapi akan berpindah-pindah dari satu macam ke macam yang lain, dari satu orang kepada orang lain. Adapun Tuhannya, maka Dia diperlukan setiap saat dan setiap waktu; di mana pun ia berada, maka Dia selalu bersamanya.”

    Sumber Rujukan
    Abdul Latif, Rosmawati. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

    ::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
    ::PAI 2::

    BalasPadam