Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

ISL1 PIM3104 2011

Tajuk 1:

Apakah maksud akidah dari segi bahasa dan istilah ?

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.

59 ulasan:

  1. bahasa:
    akidah diambil drpd perkataan arab iaitu 'aqada' yg bererti menyimpulkan sama ada hissi dan maknawi. oleh itu,akidah islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi.

    istilah:
    para ulama bersepakat; suatu pegangan y benar.
    antara ulama:

    Ibn Taimiah: akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya sertatidak bercampur dgn sbarang keraguan.

    al-Ghazali:suatu pegangan& membenarkan di dlm hati secara yakin dan pasti tanpa sbarang keraguan dan syak.
    kesimpulannya, akidah ialah kepercayaan y kuat dlm hati thdp sesuatu y benar dan hak. akidah juga merupakan asas dan dasar dlm Islam..

    -Nur Evarina Idayu bt Ismail-

    BalasPadam
  2. rujukan:

    Saleh, Ahmad Mohd;Mohd Farid Hafidz Ahmad. (2008). Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd,m.s:29

    -nur evarina idayu bt ismail-

    BalasPadam
  3. Terima kasih krn mnjadi org pertama mjwb soklan nihhh... nama nyee.. Ahmad Mohd Salleh.. tQ n tahniah.

    BalasPadam
  4. Maksud akidah dari segi :
    1.Bahasa :
    - Ikatan atau simpulan yang berasal dr kata kerja 'aqada.Selain itu, turut bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian('aqada al-'ahd)yang sering digunakan dalam al-Qur'an seperti dalam surah An-Nisa':33

    2. Istilah :
    - Menurut Imam al-Ghazali : Pegangan dan keyakinan yang kuat di dalam hati tanpa syak dan ragu.

    Kesimpulan :
    Akidah merupakan perkara asas dan dasar dalam Islam. Tanpa akidah sebenar, seseorang itu belum layak digelar sebagai seorang Muslim.

    Rujukan :
    Abd. Latif Muda;Rosmawati Ahmad.(1998).Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur.Pustaka Slam Sdn Bhd,m.s:18-20

    Drpd :
    Wajihah Bt Abdul Nassir (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  5. Aqidah adalah perkataan bahasa Arab yang terbentuk daripaa perkataan (‘Aqada- عَقَدَ ). Dari sudut etimologi (bahasa), aqidah seerti dengan (رَبَطَ) iaitu ikatan dan (أَبْرَم) atau (أَحْكَمَ) yang bermaksud simpulan (Kamus Al-Mawrid, 1995). Oleh itu, (عَقَدَ) secara umumnya dapatlah difahami sebagai ikatan atau simpulan. (عَقَدَ) juga didefinisikan sebagai al-yakin iaitu keyakinan dan al-jazam iaitu penetapan(Definisi Aqidah, 2007).

    Dari sudut terminologi (istilah) pula, aqidah bermaksud wajid dibenarkan oleh hati dan secara fitrahnya hati manusia menjadi tenteram kerananya sehingga perasaan itu menjadi suatu pegangan yang kukuh dan padu dalam kehidupan(Definisi Aqidah, 2007). Menurut Kamus Al-Wasit Maktabah Syamilah, 1995, aqidah ialah apa yang menjadi pegangan seseorang dan dipeganginya di dalam ikatan hati dan tidak dilihat secara zahir. Ini dapat difahami bahawa aqidah ialah keimanan yang padu yang tidak mengandungi sebarang keraguan terhadap apa yang dipeganginya.
    Aqidah menurut istilah syarak pula didefinisikan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada nilai-nilai dan hakikat-hakikat mutlak yang pasti dan tetap iaitu beriman kepada Allah, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam, dan perkara-perkara ghaib(Pendidikan Aqidah, 1998). Seterusnya, aqidah adalah seerti juga dengan tauhid yang membawa maksud mengetahui, berikrar, mengakui, dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah hanyalah Allah SWT semata-mata(Azman Musa, 2009).

    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011.

    ps, ok tak jawapan mcm ni?

    BalasPadam
  6. Diyana.. tak berapa oK.. sumber/ rujukannya x kemas.. kalu bleh update notakaki tuhhh.. maklumat tiada masalah..

    Wajihah.. betulll ker nama Rosmawati tuu binti Ahmad... he he he.. isteri Ust. Abdul Latif Muda tuuu... tutor ust kat UM duluuu.. namanya Rosmawati binti Ali @ Mat Zin... mereka suami isterii bykk tulus bukuuu.. now jd lecture di Selangor..

    BalasPadam
  7. ok la ust. nanti sy repair mane yang patut. tu jawapan esaimen sbnarnye. syukran~

    BalasPadam
  8. Aqidah secara bahasa berarti :

    sesuatu yang mengikat. Pada keyakinan manusia adalah suatu keyakinan yang mengikat hatinya dari segala keraguan.

    Aqidah menurut terminologi syara' (agama):

    keimanan kepada Allah, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Para Rasul, Hari Akherat, dan keimanan kepada takdir Allah baik dan buruknya. Ini disebut Rukun Iman.

    sumber:

    http://uismail.blogspot.com

    oleh Ustaz Ismail Bin Yusof

    Tajuk:(Aqidah Islamiyyah - Peranannya Dalam Kehidupan)

    Beliau merupakan Mantan Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato Razali Ismail.


    (Wan Nur Ashikin Bt Wan Roslan/Pai 2 Semester 2)

    BalasPadam
  9. Akidah dari segi bahasa arab berasal dari perkataan “aqada” yang bermaksud ikatan manakala dri sudut istilah, akidah adalah perbuatan yang dipercayai se[enuhnya dengan hati, menenangkan jiwa dan sentiasa yakin dalam melakukan amalan tanpa rasa syak. Akidah ditakrifkan sebagai kepercayaan dan keyakinan tentang wujudnya Allah Yang Maha Esa dan suci daripada sifat-sifat kemakhlukan. Menurut Kamus Dewan, akidah adalah kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat dengan dalil-dalil yaqiniyyah yang ‘aqliyyah dan naqliyyah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada di dalam hati seorang manusia.

    Imam Sayyid Sabiq pula mendefinisikan akidah menurut pengertiannya sendiri dengan meletakkannya kepada enam perkara utama iaitu berdasarkan ma’rifah kepada Allah s.w.t dengan mengetahui nama-namanya yang mulia dan sifat-sifatnya yang tinggi serta ma’rifah tentang bukti kewujudannya di dalam alam semesta ini.

    Kedua, ma’rifah dengan alam yang ada selain alam dunia ini iaitu kepercayaan tentang perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata terutama tentang kewujudan malaikat, jin, roh, syaitan dan sebagainya.

    Ketiga, ma’rifah dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada rasul-rasul yang diutuskanNya yang bertujuan untuk menerangkan hak dan batil, halal dan haram serta baik dan buruk setiap perlakuan hambaNya.
    Keempat, ma’rifah dengan Nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan Allah s.w.t yang merupakan petunjuk serta pembimbing kea rah kebaikan dan kebenaran.

    Kelima, ma’rifah dengan Hari Qiyamat dan semua peristiwa yang akan berlaku d saat kebangkitan semula manusia, seksaan api neraka, balasan pahala dan dosa serta syurga dan neraka.

    Manakala yang keenam pula ialah ma’rifah kepada semua Qada’ dan Qadar iaitu takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t dan segala ketentuan yang ditetapkan sama ada baik atau buruk.

    Secara kesimpulannya, semua pengertian ini dirangkumkan dalam satu rukun iman yang dipercayai serta diimani semua umat Islam. Jika salah satu dari rukun pincang maka akan berlaku pemesongan kepercayaan dan iktikad seseorang muslim kepada penciptaNya.

    Rujukan: (2005), Jurnal Intelek, Ilyana Bt Mohd.Jamaluddin, Masalah Akidah Di Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Sesi 2004/2005.

    -ustaz, kalau rujukan daripada buku koleksi jurnal macam mana ye..? macam maklumat di atas ini...

    BalasPadam
  10. Nama:NOR SA'ADAH BINTI MOKTER
    Unit:PISMP PAI1 SEM2
    Ambilan: JANUARI 2011

    BalasPadam
  11. Aqidah menurut bahasa berasal dari kata al-Aqdu yang bererti ikatan, at-Tautsiqu yang bererti kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-Ihkamu artinya mengukuhkan/ menetapkan, dan ar-rabthu biquwwah yang bererti mengikat dengan kuat.
    Menurut istilah pula akidah adalah iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikitpun bagi orang yang meyakininya.
    Sumber :
    Kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa, Cetakan Pertama Jumadil Akhir 1425H / Ogos 2004M.
    Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3.

    BalasPadam
  12. 1. Dari segi bahasa (etimologi):
    Perkataan akidah berasal daripada kata kerja, 'Aqada (عقد) yang bermaksud simpul atau ikat.

    2. Dari segi istilah (terminologi):
    Menurut al-Firuz Abadi (1329-1415M), akidah ialah sesuatu yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan.

    Oleh itu, akidah merupakan satu pegangan yang berbentuk keagamaan. Pegangan ini mestilah pegangan yang benar dan tidak menyeleweng. Sesuatu yang sebati di dalam hati dan jiwa merupakan akidah atau pegangan agama seseorang.

    Rujukan:
    Abd. Latif Muda, Rosmawati binti Ali @ Mat Zin,(1998),Pengantar Ilmu Tauhid,Kuala Lumpur:Pustaka Salam Sdn Bhd,m.s:18-19.

    - NOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR
    - PISMP PAI2 SEM2

    BalasPadam
  13. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.

    Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

    Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

    Pengertian Akidah

    Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
    Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt.
    Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah.

    Rujukan: JAKIM (2011).akidah.http://islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php.diakses pada 6/9/2011

    - NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
    - PISMP PAI2 SEM2

    BalasPadam
  14. Pengertian perkataan akidah dapat dikategorikan kepada dua pengertian. Dari segi bahasa, akidah diambil dari perkataan Arab iaitu ‘aqada’ yang bermaksud menyimpulkan samada simpulan yang berbentuk hissi mahupun maknawi. Justeru, akidah Islam diertikan dengan satu bentuk simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi .


    Manakala pengertian akidah dari segi istilah ialah merupakan satu bentuk pegangan yang benar. Dalam menafsirkan pengertian sebenar tetang definisi akidah, terdapat beberapa ulama’ yang telah menyatakan pendapat masing-masing. Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa akidah ialah suatu bentuk perkara yang dibenarkan oleh jiwa, memperolehi ketenangan hati dan jiwa, memperolehi satu bentuk keyakinan dalam kalangan ahlinya, serta tidak terdedah dengan sebarang keraguan.
    Al-Fairuz pula berpendapat bahawa akidah ialah satu yang diikat, disimpulkan didalam hati dan jiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai suatu agama dengan pegangan yang benar dan selamat daripada sebarang keraguan.
    Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa akidah ialah satu pegangan dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. Al-Murtadha Az-Zabidi mendefinisikan akidah sebagai apa-apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa.
    Menurut Abdul Aziz, akidah dari aspek keislaman adalah merupakan suatu simpulan kepercayaan yang teguh dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti yang terdapat di dalam wahyu Allah, Al-Quran dan as-Sunnah tanpa sebarang keraguan.

    sumber :
    Ahmad Mohd Salleh, M. F. (2008). Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Selangor DE: Oxford Fajar Sdn Bhd.Ms 29

    - Nurul Husna binti Ahmad Yusoff
    - PISMP PAI3 sem.2 2011

    BalasPadam
  15. Ramainya dh jwb..
    Akidah dari segi bahasa: berasal dari kata kerja, 'Aqada yang bermaksud simpul atau ikat.

    rujukan: Ab.Latif Muda, Rosmawati Ali@Mat Zin, (1998), Pengantar Ilmu Tauhdid, kuala Lumpur :Pustaka Slam Sdn.Bhd.

    -Menurut Kamus Perdana KBSM , akidah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan keyakinan atau kepercayaan tentang wujudnya tuhan Yang Maha Esa, yang tidak bersekutu, mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran. Perkataan akidah mempunyai nama-nama yang lain seperti ilmu tauhid , ilmu usuluddin, ilmu makrifah, ilmu kalam, dan ilmu aqaid. Akidah Islam tersimpul dalam dua kalimah syahadah di dalam hati seseorang Muslim dan menjadi permulaan dan penyudahnya. Sebagai pernyataan Islam dan iman seseorang itu ialah dengan mengucap dua kalimah syahadah yang bermaksud, “ tiada tuhan yang disembah melainkan allah dan Muhammad itu pesuruhNya.”

    Yusuff Mohd, (2001), Kamus Perdana KBSM Pendidikan Islam, Selangor : Info Didik Sdn. Bhd. H.20

    Nur fatin safiqa binti masrial- PISMP pai3

    BalasPadam
  16. Aqidah adalah perkataan bahasa Arab yang terbentuk daripaa perkataan (‘Aqada- عَقَدَ ). Dari sudut etimologi (bahasa), aqidah seerti dengan (رَبَطَ) iaitu ikatan dan (أَبْرَم) atau (أَحْكَمَ) yang bermaksud simpulan (Kamus Al-Mawrid, 1995). Oleh itu, (عَقَدَ) secara umumnya dapatlah difahami sebagai ikatan atau simpulan. (عَقَدَ) juga didefinisikan sebagai al-yakin iaitu keyakinan dan al-jazam iaitu penetapan(Definisi Aqidah, 2010).
    Dari sudut terminologi (istilah) pula, aqidah bermaksud wajid dibenarkan oleh hati dan secara fitrahnya hati manusia menjadi tenteram kerananya sehingga perasaan itu menjadi suatu pegangan yang kukuh dan padu dalam kehidupan(Definisi Aqidah, 2007). Menurut Kamus Al-Wasit Maktabah Syamilah, 2004, aqidah ialah apa yang menjadi pegangan seseorang dan dipeganginya di dalam ikatan hati dan tidak dilihat secara zahir. Ini dapat difahami bahawa aqidah ialah keimanan yang padu yang tidak mengandungi sebarang keraguan terhadap apa yang dipeganginya.
    Aqidah menurut istilah syarak pula didefinisikan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada nilai-nilai dan hakikat-hakikat mutlak yang pasti dan tetap iaitu beriman kepada Allah, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam, dan perkara-perkara ghaib(Pendidikan Aqidah, 1998). Seterusnya, aqidah adalah seerti juga dengan tauhid yang membawa maksud mengetahui, berikrar, mengakui, dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah hanyalah Allah SWT semata-mata(Azman Musa, 2009).
    Rujukan :
    1. Ruhi Al-Baklabki (Dr.) (1995). Kamus Al-Mawrid. Lubnan : Darul Ilmu
    2. Arif Luqman (2010). Definisi Aqidah. Diakses Ogos, 16, 2011, daripada http://pasyabrilian.blogspot.com/2010/04/definisi-aqidah.html
    3. Kamus Al-Wasit Maktabah Syamilah (2004). Mesir : Maktabah Syuruk Ad-Dauliah.
    4. Azman Musa (2009). Tauhid Rubbubiyah dan Tauhid Uluhiyyah. Diakses Ogos 13, 2011, daripada http://my.opera.com/azmanuhaa/blog/show.dml/4482731

    - Nur Diyana binti Shaiful Bahri.
    - PISMP PAI 2 SEM 2 Ambilan Januari 2011.

    BalasPadam
  17. Aqidah menurut bahasa berasal dari kata al-Aqdu yang bererti ikatan, at-Tautsiqu yang bererti kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-Ihkamu ertinya menetapkan, dan ar-rabthu biquwwah yang berarti mengikat dengan kuat.
    Sedangkan menurut istilah adalah iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikitpun bagi orang yang meyakininya.
    Dari segi istilah, para ulama bersepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang benar.
    Antaranya :-
    - Ibnu Taimiah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa , hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
    - Al-Fairuz pula menjelaskan akidah ialah suatu yang diikat , disimpulkan di dalam hati dan jiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai suatu agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan dan syak.
    - Al-Murtadza Az-Zabidi mendefinisikan akidah sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa.

    rujukan:
    1)http://forum.dudung.net/index.php?topic=15.0 oleh Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
    2)Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad,2008,Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras,Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd

    masniwati bt abdullah sani
    pismp pai 2

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Ustaz:-

    Pengertian Aqidah Secara Bahasa (Etimologi) :

    Kata “‘aqidah” diambil dari kata dasar “al-‘aqdu” yaitu ar-rabth(ikatan), al-Ibraam (pengesahan), al-ihkam(penguatan), at-tawatstsuq(menjadi kokoh, kuat), asy-syaddu biquwwah(pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk(pengokohan) dan al-itsbaatu(penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin(keyakinan) dan al-jazmu(penetapan).

    “Al-‘Aqdu” (ikatan) lawan kata dari al-hallu(penguraian, pelepasan). Dan kata tersebut diambil dari kata kerja: ” ‘Aqadahu” “Ya’qiduhu” (mengikatnya), ” ‘Aqdan” (ikatan sumpah), dan ” ‘Uqdatun Nikah” (ikatan menikah). Allah Ta’ala berfirman, “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja …” (Al-Maa-idah : 89).

    Aqidah artinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id. (Lihat kamus bahasa: Lisaanul ‘Arab, al-Qaamuusul Muhiith dan al-Mu’jamul Wasiith: (bab: ‘Aqada).

    Jadi kesimpulannya, apa yang telah menjadi ketetapan hati seorang secara pasti adalah aqidah; baik itu benar ataupun salah.

    Pengertian Aqidah Secara Istilah (Terminologi)

    Yaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram karenanya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kokoh, yang tidka tercampuri oleh keraguan dan kebimbangan.

    Dengan kata lain, keimanan yang pasti tidak terkandung suatu keraguan apapun pada orang yang menyakininya. Dan harus sesuai dengan kenyataannya; yang tidak menerima keraguan atau prasangka. Jika hal tersebut tidak sampai pada singkat keyakinan yang kokoh, maka tidak dinamakan aqidah. Dinamakan aqidah, karena orang itu mengikat hatinya diatas hal tersebut.

    Aqidah Islamiyyah:

    Maknanya adalah keimanan yang pasti teguh dengan Rububiyyah Allah Ta’ala, Uluhiyyah-Nya, para Rasul-Nya, hari Kiamat, takdir baik maupun buruk, semua yang terdapat dalam masalah yang ghaib, pokok-pokok agama dan apa yang sudah disepakati oleh Salafush Shalih dengan ketundukkan yang bulat kepada Allah Ta’ala baik dalam perintah-Nya, hukum-Nya maupun ketaatan kepada-Nya serta meneladani Rasulullah SAW.

    Aqidah Islamiyyah:

    Jika disebutkan secara mutlak, maka yang dimaksud adalah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, karena itulah pemahaman Islam yang telah diridhai oleh Allah sebagai agama bagi hamba-Nya. Aqidah Islamiyyh adalah aqidah tiga generasi pertama yang dimuliakan yaitu generasi sahabat, Tabi’in dan orang yang mengikuti mereka dengan baik.

    rujukan:-http://abuamincepu.wordpress.com/2008/02/19/pengertian-akidah/

    NUR AMIRA BT MAT ZAN
    PISMP SEM 2 PAI 1(2011)

    BalasPadam
  19. Kata “‘aqidah” diambil dari kata dasar “al-‘aqdu” yaitu ar-rabth(ikatan), al-Ibraam (pengesahan), al-ihkam(penguatan), at-tawatstsuq(menjadi kukuh, kuat), asy-syaddu biquwwah(pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk(pengukuhan) dan al-itsbaatu(penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin(keyakinan) dan al-jazmu(penetapan)1

    Menurut Imam Hassan Al-Banna dalam bukunya, Aqidah Islamiyah mendefinisikan aqidah sebagai hal-hal yang berhubungan dengan kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sehingga hati dan jiwa itu menjadi tenteram tidak ragu dan tidak bimbang, bersih dan murni dari segala was-was syak wasngka, suatu keyakinan yang kuat dan teguh menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadah kepda satu Zat yang Maha Kuasa (Albanna, 1981)2 .


    Rujukan

    1) Dodol, U. (2010, Februari 2). Definisi Aqidah. Retrieved September 2, 2011, from Sribd.com: http://www.scribd.com/doc/38051148/aqidah1

    2)Albanna, H. (1981). Aqidah Islamiyah. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum w.b.t ustaz...

    akidah dari segi bahasa:

    Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.

    Akidah dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.
    Akidah menurut istilah syara' pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara' iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.

    Rujukan:
    http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm oleh Wan Mohd Hujjatullah Ghazali

    ADIBAH BINTI IBRAHIM
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  21. Akidah dari segi bahasa :
    - bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
    - (العقيدة) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (عَقَدَ) yang bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu

    Akidah dari sudut istilah :
    - kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
    - bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.

    rujukan :
    *http://islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php
    *http://ms.wikipedia.org/wiki/Aqidah

    Mardhiah binti Kursus @ Othman
    PISMP PAI 1 SEM 2 (2011)

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum ustaz,

    Maksud Akidah;

    Pertama:

    Akidah dari sudut bahasa- Berasal dari perkataan Arab iaitu 'aqada' yang bermaksud menyimpulkan (sama ada hissi dan maknawi) atau simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi.

    Dari sudut Istilah- Akidah ialah kepercayaan yang kuat dalam hati terhadap sesuatu yang benar dan hak dan ia merupakan asas dan dasar dalam Islam. ia berupa keimanan dan keyakinan seseorang MUSLIM terhadap nilai-nilai yang murni dan mutlak yang terikat kukuh dan tidak akan terurai dengan paksaanmanusia, pertukaran masa dan tempat kecuali atas kehendak sendiri dan izin Allah.

    Menurut Ibnu Tamiah,akidah ialah suatu perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan keraguan.

    Kedua:

    Akidah dari sudut bahasa- 'ikatan kemas' atau 'simpulan mati' yang melambangkan unsur-unsur makna kekuatan dan keyakinan.

    Dari sudut istilah- Akidah ialah kepercayan dan keyakinan yang cukup pasti terhadap sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan keraguan.Dari perspektif Islam, akidah atau iman yang tulen bukan hanya tertumpu lidah,anggota badan dan mental seseorang tetapi ia juga merujuk kepada suatu pelaksanaan yang bermula pada peringkat dalaman seseorang manusia sehingga ia dapat menguasai seluruh kesedaran, kemahuan dan perasaan.

    Menurut Tuan Guru Haji Hadi Awang,iman dengan makna tasdiq adalah dinamakan juga sebagai akidah, di mana rahsianya tidak diketahui oleh sesiapun melainkan Allah SWT.

    Sumber rujukan:

    Zakaria Stapa,(1999)Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim,Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd,m.s.:2-3

    Abdul Hadi Awang Muhammad,(2006)Muqaddimah Aqidah Muslimin, Kuala Lumpur:Sarjana Media,m.s:42

    ::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
    ::PISMP PAI 2 SEM 2::

    BalasPadam
  24. Terdapat dua definisi akidah iaitu dari segi bahasa dan juga istilah. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. Selain itu, terdapat beberapa maksud lain yang berkaitan dengan akidah iaitu:

    •Perkataan Akidah adalah berasal daripada kata kerja iaitu ‘Aqada ( عقد) yang bermaksud simpul atau ikat.
    Selain itu, pengertian akidah dari segi istilah terdapat pelbagai takrif. Antaranya ialah :
    •Al-Fairuz Abadi
    Menurut Al-Fairuz Abadi, akida adalah sesuatu yang diikat dan disimpula di dalam hati dan jiwa serta setiap yang dipegang oleh seseorang sebagi agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan.

    Melalui pengertian ini, akidah merupakan satu pegangan yang berbentuk keagamaan. Pegangan ini mestilah pegangan yang benar dan tidak menyeleweng. Sesuatu yang sebati di dalam hati dan jiwa merupakan akidah atau pegangan agama seseorang.

    •Imam Al-Ghazali
    Menurut Imam Al-Ghazali akidah ialah berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. Melalui ini jelaslah akidah mestilah bersumberkan dalil yang pasti dan meyakinkan. Ianya datang daripada Allah dan atas dasar inilah terangkum di dalamnya beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh setiap muslim.

    Kepercayaan kepada Allah merupakan asas di dalam akidah Islamiyyah. Inilah titik tolak lahirnya kepercayaan kepada Rasul-rasulnya, Kitab-kitab, para Malaikat, hari akhirat serta Qada’ dan Qadar. Perkara-perkara ini wajib wajib diyakini dan dijadikan pegangan di dalam hati setiap orang Islam.

    Al-Murtada Al-Zabidi
    Menurut beliau akidah ialah setiap apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya bersemi di dalam hati dan jiwa. Takrif ini dikemukan oleh Murtada Al-Zabidi ini hampir sama dengan takrif yang dikemukakan oleh Fairuz Abadi dan cuma berbeza daripada sudut Al-Zabidi tidak menyebut akidah itu tidak dicampuri oleh unsur-unsur yang meragukan. Namum begitu, keyakinan yang dimaksudkan ialah keyakinan yang tidak bercampur dengan unsur-unsur keraguan kerana tidak dikatakan yakin jika ada keraguan. Secara umumnya Al-Zabidi mengeaskan bahawa akidah itu sesuatu yang bersemadi di dalam jiwa dengan penuh keyakinan dan kepastian kepada Allah yang Maha Pencipta mutlak.

    Kesimpulan akidah dari aspek keislaman ialah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti yang terdapat di dalam wahyu Allah iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah tanpa sebarang keraguan. Akidah merupakan keyakinan yang kuat dalam hati terhadap sesuatu yang benar dan hak. Akidah merupakan asas dan dasar dalam Islam.

    Sumber : Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad, (2008), Islam Agama Rabbani : Dasar Pendidikan Islam terus untuk KPLI & PPISMP, Selangor : Oxford Fajar Sdn . Bhd.

    Siti Norasiah binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  25. Pengertian Aqidah Secara Bahasa (Etimologi) :

    Kata “‘aqidah” diambil dari kata dasar “al-‘aqdu” yaitu ar-rabth(ikatan), al-Ibraam (pengesahan), al-ihkam(penguatan), at-tawatstsuq(menjadi kokoh, kuat), asy-syaddu biquwwah(pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk(pengokohan) dan al-itsbaatu(penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin(keyakinan) dan al-jazmu(penetapan).

    “Al-‘Aqdu” (ikatan) lawan kata dari al-hallu(penguraian, pelepasan). Dan kata tersebut diambil dari kata kerja: ” ‘Aqadahu” “Ya’qiduhu” (mengikatnya), ” ‘Aqdan” (ikatan sumpah), dan ” ‘Uqdatun Nikah” (ikatan menikah). Allah Ta’ala berfirman, “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja …” (Al-Maa-idah : 89).

    Aqidah artinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id. (Lihat kamus bahasa: Lisaanul ‘Arab, al-Qaamuusul Muhiith dan al-Mu’jamul Wasiith: (bab: ‘Aqada).

    Jadi kesimpulannya, apa yang telah menjadi ketetapan hati seorang secara pasti adalah aqidah; baik itu benar ataupun salah.

    Pengertian Aqidah Secara Istilah (Terminologi)

    Yaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram karenanya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kokoh, yang tidka tercampuri oleh keraguan dan kebimbangan.

    Dengan kata lain, keimanan yang pasti tidak terkandung suatu keraguan apapun pada orang yang menyakininya. Dan harus sesuai dengan kenyataannya; yang tidak menerima keraguan atau prasangka. Jika hal tersebut tidak sampai pada singkat keyakinan yang kokoh, maka tidak dinamakan aqidah. Dinamakan aqidah, karena orang itu mengikat hatinya diatas hal tersebut.

    Al-Atsari, A. b. (2008, 2 19). Definisi Aqidah. Retrieved 10 2, 2011, from abuamincepu.wordpress: http://abuamincepu.wordpress.com/2008/02/19/pengertian-akidah/

    -Nur Izzati Esnan pai3-

    BalasPadam
  26. - Dari segi bahasa, akidah bermaksud suatu ikatan yang kuat dan teguh.

    -Dari segi istilah pula adalah suatu ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan, dan sami’yyat dengan dalil-dalil aqli dan naqli yang mana ianya boleh menghilangkan segala keraguan yang ada dalam hati manusia.

    -Ini bererti aqidah itu adalah suatu pegangan yang kuat dalam diri setiap individu muslim, terhadap keimanan kepada Allah secara syumuliah. Iaitu beriman dengan segala yang diturunkan oleh Allah berupa kitab Al-Quran dan As-Sunnah Nabawiyyah tanpa ada keraguan.

    Sumber:
    Said Ibrahim. (1996). Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.

    WAN NUR ‘AISYAH BT WAN OMAR
    PISMP PAI 2 SEMESTER 2

    BalasPadam
  27. salam ustaz...
    akidah dari segi bahasa

    BalasPadam
  28. AKIDAH (BAHASA)
    Kata “aqidah” diambil dari kata al-‘aqdu, yakni ikatan dan tarikan yang kuat. Ia juga bererti pemantapan, penetapan, kait-mengait, tempel-menempel, dan penguatan.

    Perjanjian dan penegasan sumpah juga disebut ‘aqdu. Jual-beli pun disebut ‘aqdu, kerana ada keterikatan antara penjual dan pembeli dengan ‘aqdu (transaksi) yang mengikat. Termasuk juga sebutan ‘aqdu untuk kedua hujung baju, kerana keduanya saling terikat. Juga termasuk sebutan ‘aqdu untuk ikatan kain sarung, kerana diikat dengan mantap.

    AKIDAH (ISTILAH)
    Istilah “aqidah” di dalam istilah umum dipakai untuk menyebut keputusan fikiran yang mantap, benar maupun salah.

    Jika keputusan fikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka itulah yang disebut aqidah yang batil, seperti keyakinan umat Nasrani bahawa Allah adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas).

    Istilah “aqidah” juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan tegas yang tidak boleh dihinggapi kebimbangan. Iaitu apa-apa yang dipercayai oleh seseorang, diikat kuat oleh sanubarinya, dan dijadikannya sebagai mazhab atau agama yang dianutnya, tanpa melihat benar atau tidaknya.

    Diakses :

    Maktabah Abu Salma. (n.d.). Retrieved 10 06, 2011, from Akidah Islamiyah Dan Keistimewaannya: http://www.oocities.org/abu_amman/aqidah.htm

    Dialihbahasakan dari Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah : Mafhumuha Khashaishuha wa Khashaishu Ahliha karya Fadhilatus Syaikh Muhammad Ibrahim al-Hamd dan ditaqdim oleh al-Allamah Ibnu Bazz rahimahullahu.

    BalasPadam
  29. assalamualaikum...
    akidah dari sudut bahasa ialah simpulan iman atau pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat...

    dari sudut istilah pula, akidah bermaksud kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad, tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

    Kesimpulannya:
    1) akidah merupakan ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
    2) setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah.
    3)Akidah sebenar ialah akidah yang berdasarkan al-Qur'an dan Sunnah.

    rujukan: islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah/php (6.10.2011-10.48 malam)

    Nornadzirah binti Zinuddin
    PISMP Pai1 sem 2

    BalasPadam
  30. PERTAMA :
    Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya

    Pengertian Akidah ialah ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya. Setiapumat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawakepadapenyelewenganakidahkepada Allah swt.Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

    KEDUA:
    Dari segi bahasa, akidah diambil dari perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti menyimpulkan sama ada hissi atau maknawi. Justeru, akidah Islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan atau kepercayaan maknawi.

    Dari segi istilah pula, para ulama bersepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang kuat. Antaranya Ibnu Taimiah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Al-Fairuz pula menjelaskan akidah ialah suatu yang diikat, disimpulkan di dalam hati dan jiwa serta menjadi pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan. Imam Al-Ghazali berpendapat akidah ialah suatu pegangan dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.

    RUJUKAN :
    Ahmad MohdSalleh, M. F. (2008). Islam Agama RabbaniDasarPendidikan Islam Teras. Selangor: Oxford FajarSdn.Bhd.m/s 29.

    Islam GRID Obor yang menyinariAlam(2009).AKIDAH.Diaksespada 4.Oktober.2011 darilaman web http://islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php.

    NORAINI BINTI AHMAD
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum ustaz..
    Maksud akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. Manakala akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat yang tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya. Ini bermaksud akidah Islam pula ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilahi serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

    rujukan
    Islam GRID Obor yang Menyinari Alam. (2009).Akidah. Retrieved 07/10/2011 from http://islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php

    NURDIYANA ATIQAH BINTI CHE HUSIN
    PISMP PAI 1 SEM2

    BalasPadam
  32. Dari segi bahasa, akidah bermaksud suatu ikatan yang kuat dan teguh.
    Akidah dari segi istilah pula ialah istilah pula adalah suatu ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan, dan sami’yyat dengan dalil-dalil aqli dan naqli yang mana ianya boleh menghilangkan segala keraguan yang ada dalam hati manusia.
    Ini bererti aqidah itu adalah suatu pegangan yang kuat dalam diri setiap individu muslim, terhadap keimanan kepada Allah secara syumuliah. Iaitu beriman dengan segala yang diturunkan oleh Allah berupa kitab Al-Quran dan As-Sunnah Nabawiyyah tanpa ada keraguan.

    (Said Ibrahim. (1996). Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.)

    Saidatul Radziah binti Hj Zulkefli

    BalasPadam
  33. Dari segi bahasa , akidah diambil dari perkataan Arab iaitu aqada yang bermaksud menyimpulkan ( sama ada hissi dan maknawi). Perkataan “aqada” sering diakaitkan dengan aktiviti jual beli (aqdul bai’) , ikatan perkahwinan (aqdun nikah) serta ikatan perjanjian (aqdulahdi). Manakala dari segi istilah , para ulama bersepakat dalam memberikan definisi sebagai suatu pegangan yang benar. Imam al-Ghazali berpendapat akidah ialah suatu pegangan dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang syak dan keraguan. Al- Murtadha Az-Zabidi mendefinisikan akidah sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa. Kesimpulannya , akidah dari aspek keislaman ialah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah tanpa sebarang keraguan. (Ahmad Mohd Salleh , Mohd Farid Hafidz Ahmad .2008 . Siri Pendidikan Guru Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras . Selangor . Oxford Fajar ).
    Siti Syafiqah bt Salahudin.

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. 1- Maksud akidah dari segi bahasa dan istilah :
    a) Bahasa : akidah diambil dari perkataan arab iaitu “aqada” yang bererti menyimpulkan (sama ada hissi atau maknawi) oleh itu akidah Islam adalah simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi.
    b) Ia juga pernah dikaitkan dengan jual beli, contohnya: aqada al-bay( عقد البيع ) yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli.
    c) Ia juga pernah dikaitkan dengan perjanjian contohnya : aqada al-‘ahd ( العهد عقد) bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian. Al-Qur’an kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud-maksud di atas seperti firman Allah dalam yang bermaksud
    “Dan di mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka ( untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan)…’
    surah an-nisa’ ayat 33) )
    Istilah : para ulama’ telah bersepakat untuk mendefinisikan akidah sebagai suatu pegangan yang benar. Antaranya :
    1) Ibnu Thaimiyah(1263M) : akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati akan menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
    2) Al-Fairuz (1329-1415M) : akidah ialah suatu yang diikat, disimpul di dalam hati dan jiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai suatu agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang gangguan.
    3) Al-Ghazali (1058-1111M) : akidah ialah suatu pegangan dan membenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.
    4) Al-Murtadha Az-Zabidi ( 1732-1791M) : akidah sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa.
    Sebagai kesimpulannya akidah dari aspek keislamannya adalah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti yang terdapat di dalam wahyu Allah, Al-Qur’an dan as-Sunnah tanpa sebarang keraguan. Akidah ialah kepercayaan yang kuat dalam hati seseorang terhadap sesuatu yang benar dan hak.akidah merupakan asas dan dasar dalam Islam. Ia merupakan keimanan dan keyakinan seseorang muslim terhadap nilai-nilai murni dan mutlak yang terikat kukuh dalam sanubari seseorang dan tidak mungkin terurai dengan paksaan manusia,pertukaran masa dan tempat kecuali atas kehendak dan izin Allah SWT.
    Rujukan : Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad (2008), Islam Agama Rabbani Dasar xnxbhPendidikan Teras . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Nama : Naimah binti sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  37. Asslaammualaikum.


    Pengertian Aqidah Secara Bahasa (Etimologi) :

    Kata "‘aqidah" diambil dari kata dasar "al-‘aqdu" yaitu ar-rabth(ikatan), al-Ibraam (pengesahan), al-ihkam(penguatan), at-tawatstsuq(menjadi kokoh, kuat), asy-syaddu biquwwah(pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk(pengokohan) dan al-itsbaatu(penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin(keyakinan) dan al-jazmu(penetapan).
    "Al-‘Aqdu" (ikatan) lawan kata dari al-hallu(penguraian, pelepasan). Dan kata tersebut diambil dari kata kerja: " ‘Aqadahu" "Ya'qiduhu" (mengikatnya), " ‘Aqdan" (ikatan sumpah), dan " ‘Uqdatun Nikah" (ikatan menikah). Allah Ta'ala berfirman, "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja ..." (Al-Maa-idah : 89).

    Aqidah ertinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id.
    Jadi kesimpulannya, apa yang telah menjadi ketetapan hati seorang secara pasti adalah aqidah; baik itu benar ataupun salah.

    Pengertian Aqidah Secara Istilah (Terminologi)

    Yaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kukuh, yang tidak tercampuri oleh keraguan dan kebimbangan.

    Dengan kata lain, keimanan yang pasti tidak terkandung suatu keraguan apapun pada orang yang menyakininya. Dan harus sesuai dengan kenyataannya; yang tidak menerima keraguan atau prasangka. Jika hal tersebut tidak sampai pada singkat keyakinan yang kukuh, maka tidak dinamakan aqidah.

    Sumber:
    http://pasyabrilian.blogspot.com/2010/04/definisi-aqidah.html

    Daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  38. Dari segi bahasa perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab aqada yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.

    Dari segi istilah akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.

    Hasrol bin Abdul Hamid, Noor Syahrizam bin Bakri. Tamadun Islam: Akidah sebagai benteng masyarakat mencapai kemajuan yang luhur. http://www.scribd.com/doc/30676570/Pengertian-Dan-Maksud-ISLAM. Diakses pada 1 Oktober 2011.

    NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  39. 1.bahasa
    Akidah menurut bahasa dapat dibahagikan kepada beberapa maksud:
    a)Perkataan akidah berasal daripada kata kerja, ‘Aqada yang bermaksud simpul atau ikat.

    b)Ia juga sering dikaitkan dengan jual beli, contohnya ‘Aqada al-Bay yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli.

    c)Ia pernah juga dikaitkan dengan perjanjian, contohnya ‘Aqada al-‘Ahd bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian. Al-Quran kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud-maksud di atas seperti firman Allah. (an-Nisa’:33)

    2.Pengertian istilah Akidah menurut pengertian istilah ia ditakrifkan dengan berbagai-bagai takrif antaranya ialah:

    a)Ibn Taimiyah mentakrifkan akidah ialah: Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.

    Takrif ini membawa maksud yang akidah ini berbeza dengan syariat. Dimana syariat merupakan bebanan kewajipan yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala akidah merupakan amalan hati yang berbentuk yakin. Untuk itu, akidah bukan amalan yang bersifat praktik, ia hanyalah perkara-perkara yang bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim mempercayainya manakala syariat merangkumi ibadat dan muamalat. Namun begitu, kedua-dua ini tidak dapat dipisahkan kerana Islam itu ialah akidah dan syariat.


    b)Menurut al-Firuz Abadi ialah: Akidah merupakan sesuatu yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan.


    Daripada takrif ini, akidah merupakan satu pegangan yang berbentuk keagamaan. Pegangan ini mestilah pegangan yang benar dan tidak menyeleweng. Sesuatu yang sebati di dalam hati dan jiwa merupakan akidah atau pegangan agama seseorang.

    c)Menurut Imam Ghazali pula akidah ialah berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.


    Daripada takrif ini, akidah itu mestilah bersumberkan dalil yang pasti dan meyakinkan. Ianya datang daripada Allah dan atas dasar inilah terangkum di dalamnya beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh setiap muslim. Kepercayaan kepada Allah merupakan pokok yang menjadi asas dalam akidah Islamiyah. Bertitik tolak kepada kepercayaan asas inilah, lahirnya kepercayaan kepada rasul-rasul, kitab-kitab, para malaikat, hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar. Perkara-perkara ini merupakan sesuatu yang bersifat ilmi, wajib diyakini, dijadikan pegangan dalam hati setiap muslim kerana ianya telah sabit dalam al-Quran dan hadis Rasulullah.

    d)Menurut al-Murtada al-Zabidi, akidah ialah Apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya bersemi di dalam hati dan jiwa.


    Takrif ini hampir sama dengan takrif yang dikemukan oleh al-Firuz Abadi cuma apa yang berbeza ialah al-Zabidi tidak menyebut akidah itu tidak dicampuri oleh unsur-unsur yang meragukan. Namun begitu, keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan yang tidak bercampur dengan unsur-unsur keraguan kerana tidak dikatakan yakin andai ada keraguan. Secara umumnya al-Zabidi menegaskan bahawa akidah itu adalah sesuatu yang bersemadi dalam jiwa dengan penuh keyakinan dan kepastian kepada Allah.

    Ab Latif b. Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998), Pengantar Ilmu Tauhid, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.


    (FARAH WAHEEDA BT JOHIR)
    PISMP PAI 2 SEM 2/2011

    BalasPadam
  40. عقيدة منوروت بهاس اياله سمفولن ايمان اتاو ساتو كيقينن يغ منجادي فضغن يغ كوات. منوروت اصطلاح, عقيدة اياله كفرخايأن يغ فستي دان تيدق تمبول كراضوان فد سسؤرغ يغ برعقيدة سمادا عقيدة يغ دفضغ ترسبوت بتول اتاو سبليقث. عقيدة اسلام اياله كفرخايأن دان كيقينن ترهادف الله سباضاي فنخفتا عالم سرتا برإيمان دان سضالا ناماث دان صفة الله. عقيدة اسلام توروت مرغكومي كونسيف كفرخايأن كفد رسول الله, كفرخايأن كفد ملائكة, هاري قيامة, كتاب دان كفرخايأن كفد قضاء دان قدر. سموا كونسيف يغ دثاتاكن دالم غقيدة اسلام هاروسله دعملكن دالم هيدوف ستياف مسلم. منوروت زكريا ستافا, عقيدة دري فنداغن اسلام اياله كفرخايأن دان كيقينن يغ خوكوف فستي ترهادف سسواتو,تنفا سبارغ شك دان كراضوان.دالم اسلام, اصطلاح عقيدة اين تيدق خوكوف اونتوق دتريما سكيراث اي هاث ترأوغكف ملالوءي مولوت سهاج. حال اين كران, راماي اورغ منافق يغ مغاكو بهاوا مريك برايمان سدغكن دهاتي مريك تيدق وجود والاو سكيت. علمو عقيدة اياله علمو يغ ممبيخاراكن فركارا – فركارا يغ بركأيتن كيقينن ترهادف الله دان صفة – صفة كسمفورنأنث

    Al-Buraikan, D. I. (2001). Aqidah Islam. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Dini Sdn.Bhd.
    Awang, H. A. (2002). Muqaddimah Aqidah Muslimin. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.Bhd.
    Ibrahim, M. J. (2003). Bimbingan Aqidah Mukmin. Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise.

    Nama : muna wahida mohd noor
    pismp pai 1 sem 2

    BalasPadam
  41. Hanafi berkata :
    Pengertian Aqidah menurut bahasa :
    - berasal dari kata “Aqada” yang bermakna “Ma’qudah” yang bererti : yang terikat: ( عقد الحبل ) ertinya : Tambang terikat : ( عقد البيع ) ertinya : melakukan ikatan kontrak jual beli : (عقد العهد )ertinya : Mempereratkan ikatan perjanjian.
    -Maka Aqidah bagaikan ikatan perjanjian yang teguh dan kuat. Hal itu disebabkan kerana ia terpatri di dalam hati dan tertanam dalam lembah hati yang paling dalam.

    Pergertian Aqidah menurut istilah :
    - Iaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kokoh, yang tidak tercampuri oleh keraguan dan kebimbangan.
    - Dengan kata lain, keimanan yang pasti tidak terkandung suatu keraguan apapun pada orang yang menyakininya. Dan harus sesuai dengan kenyataannya; yang tidak menerima keraguan atau prasangka. Jika hal tersebut tidak sampai pada singkat keyakinan yang kokoh, maka tidak dinamakan aqidah. Dinamakan aqidah, karena orang itu mengikat hatinya diatas hal tersebut

    Rujukan :
    - Al-Syadid Dr. Abdullah Yusuf Azzam, Ahmad Nuryadi Asmawi(penterjemah)(2006), Aqidah Asas Wawasan Ummah, Batu Caves Selangor : Pustaka Ilmi, m.s : 1 .
    - Definisi Akidah, tarikh diakses pada Ogos 16 2011, http://abuamincepu.wordpress.com/2008/02/19/pengertian-akidah/.

    Oleh : MOHAMAD HANAFI BIN SUPARMAN
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  42. Pengertian Akidah :

    Dari segi bahasa, akidah diambil dari perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti menyimpulkan (sama ada hissi dan maknawi). Justeru , akidah Islam beerti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi.

    Dari segi istilah, para ulamak bersepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang benar. Antaranya :
    - Ibnu Taimiyah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang , beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
    - Al- Fairuz menjelaskan akidah ialah suatu yang diikat, disimpulkan di dalam hati dan jiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai suatu agama dengan pegangan benar dan selamat dari sebarang keraguan .

    Sebagai kesimpulannya, akidah dari aspek keislaman ialah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti yang terdapat dalam wahyu Al-Quran dan as-Sunnah tanpa sebarang keraguan.

    Rujukan :
    Ahmad Mohd Salleh,Mohd Farid Hafidz Ahmad,(2008). Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd,m.s:29

    Dari :
    Abdul Hafez Hakimi Bin Othman
    PISMP PA/BIBA 1 SEM 2

    BalasPadam
  43. Pengertian Aqidah Secara Bahasa (Etimologi) :
    Kata "‘aqidah" diambil dari kata dasar "al-‘aqdu" yaitu ar-rabth(ikatan), al-Ibraam (pengesahan), al-ihkam(penguatan), at-tawatstsuq(menjadi kokoh, kuat), asy-syaddu biquwwah(pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk(pengokohan) dan al-itsbaatu(penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin(keyakinan) dan al-jazmu(penetapan).
    "Al-‘Aqdu" (ikatan) lawan kata dari al-hallu(penguraian, pelepasan). Dan kata tersebut diambil dari kata kerja: " ‘Aqadahu" "Ya'qiduhu" (mengikatnya), " ‘Aqdan" (ikatan sumpah), dan " ‘Uqdatun Nikah" (ikatan menikah). Allah Ta'ala berfirman, "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja ..." (Al-Maa-idah : 89).

    Aqidah artinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id. (Lihat kamus bahasa: Lisaanul ‘Arab, al-Qaamuusul Muhiith dan al-Mu'jamul Wasiith: (bab: ‘Aqada).
    Jadi kesimpulannya, apa yang telah menjadi ketetapan hati seorang secara pasti adalah aqidah; baik itu benar ataupun salah.
    Pengertian Aqidah Secara Istilah (Terminologi)
    Yaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram karenanya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kokoh, yang tidka tercampuri oleh keraguan dan kebimbangan.
    Dengan kata lain, keimanan yang pasti tidak terkandung suatu keraguan apapun pada orang yang menyakininya. Dan harus sesuai dengan kenyataannya; yang tidak menerima keraguan atau prasangka. Jika hal tersebut tidak sampai pada singkat keyakinan yang kokoh, maka tidak dinamakan aqidah. Dinamakan aqidah, karena orang itu mengikat hatinya diatas hal tersebut.

    Aqidah Islamiyyah:
    Maknanya adalah keimanan yang pasti teguh dengan Rububiyyah Allah Ta'ala, Uluhiyyah-Nya, para Rasul-Nya, hari Kiamat, takdir baik maupun buruk, semua yang terdapat dalam masalah yang ghaib, pokok-pokok agama dan apa yang sudah disepakati oleh Salafush Shalih dengan ketundukkan yang bulat kepada Allah Ta'ala baik dalam perintah-Nya, hukum-Nya maupun ketaatan kepada-Nya serta meneladani Rasulullah SAW.

    Aqidah Islamiyyah:
    Jika disebutkan secara mutlak, maka yang dimaksud adalah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah, karena itulah pemahaman Islam yang telah diridhai oleh Allah sebagai agama bagi hamba-Nya. Aqidah Islamiyyh adalah aqidah tiga generasi pertama yang dimuliakan yaitu generasi sahabat, Tabi'in dan orang yang mengikuti mereka dengan baik.

    Nama lain Aqidah Islamiyyah:
    Menurut Ahlus Sunnah wal Jama'ah, sinonimnya aqidah Islamiyyah mempunyai nama lain, di antaranya, at-Tauhid, as-Sunnah, Ushuluddiin, al-Fiqbul Akbar, Asy-Syari'iah dan al-Iman.
    Nama-nama itulah yang terkenal menurut Ahli Sunnah dalam ilmu ‘aqidah.

    Rujukan:

    Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari,Intisari Aqidah Ahlus Sunah wal Jama'ah, terj.

    Farid bin Muhammad Bathathy,Pustaka Imam Syafi'i, cet.I, hlm. 33-35.

    Dari :
    Muhammad Hafizillah Bin Ibrahim
    PISMP PA/BI/BA 1 SEM 2

    BalasPadam
  44. Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Akidah menurut istilah syara" pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.

    Rujukan:
    http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm Oleh Wan Mohd Hujjatullah Ghazali

    Dari :
    Nur Azyyati Awanis binti Mispan
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  45. Pengertian Akidah Menurut Pandangan Islam.
    Dari segi bahasa, akidah merupakan satu perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Makna literalnya merujuk kepada ‘ikatan kemas’ atau ‘simpulan mati’ yang melambangkan adanya unsur-unsur makna semacam kekuatan dan keyakinan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

    “ Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh…”
    (Al-Ma’idah: 89)

    Ungkapan “sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh” al-yamin al-mu’aqqadah dalam ayat di atas merujuk kepada perlakuan yang berasaskan persetujuan dan keyakinan yang disertakan dengan kasad, azam dan niat. Dalam pembicaraan di sini makna perkataan al-mu’aqqadah yang menjadi sifat kepada al-yamin (sumpah) itulah yang ada hubungan dengan akidah, iaitu kedua-duanya merupakan kata terbitan yang berpunca atau berasal daripada akar kata yang sama iaitu ‘aqd dan kedua-duanya juga mempunyai unsur makna ‘keyakinan’.
    Dari segi istilah, apabila akidah diangkat menjadi istilah khusus atau teknikal, maka ia secara umumnya merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan yang cukup pasti terhadap sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan keraguan. Oleh itu, dalam perspektif Islam, istilah akidah atau iman dalam konteks teknikal ini tidak cukup untuk diterima sekiranya ia hanya terungkap dalam pengisytiharan verbal semata-mat, keran dalam kehidupan biasa cukup ramai golongan munafik yang hipokrit mengisytiharkan bahawa mereka beriman, sedangkan di hati mereka tidak pun wujud walau sekelumit iman.

    Hal seumpama ini terungkap dengan jelas dalam firman Allah S.W.T, mafhumnya:
    “ Di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri, sedang mereka tiada sedar.”
    (Al-Baqarah: 8-9)
    Istilah akidah atau iman yang tulen itu, dalam perundangan Islam tidak juga hanya merujuk kepada penunaian serta pelaksanaan tugas-tugas atau syiar tertentu seperti yang selayaknya dilaksanakan oleh kalangan orang yang memiliki akidah. Kerana terdapat ramai kalangan dajal yang hanya bermuka-muka dan menunjuk-nunjuk melakukan kebaikan, sedangkan hati penuh dengan kedurjanaan dan tidak ikhlas kepada Allah S.W.T. Perkara seumpama inilah yang dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam firmanNya dalam Surah An-Nisa’ ayat 142 yang bermaksud:
    “ Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud riak (dengan sembahyang tersebut) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut (mengingati) Allah kecuali sedikit sekali.”
    Demikian pula halnya istilah akidah yang sejati dalam perspektif Islam itu tidak hanya bermaksud kefahaman mental yang jelas dimiliki oleh seseorang mengenai hakikat akidah atau iman, kerana banyak golongan yang memahami dengan baik sekali hakikat iman atau akidah namun mereka tetap juga tidak mempercayai akidah berkenaan. Kalangan inilah yang diungkap oleh Allah S.W.T. Mafhumnya:

    “ Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka), padahal hati mereka meyakini (kebenarannya). Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang berbuat kebinasaan.”
    (An-Naml: 14)
    Rujukan: Zakaria Stapa, (2001) Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

    NOR ASHYERAH BINTI MAZLAN
    PISMP SEM 2 PAI 1

    BalasPadam
  46. Sebelum kita mempelajari subjek Aqidah dengan lebih mendalam, perlulah kita mengetahui apa yang diertikan dengan Aqidah Dalam bahasa Arab aqidah berasal dari kata al-'aqdu (الْعَقْدُ) yang berarti ikatan, at-tautsiiqu (التَّوْثِيْقُ) yang berarti kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-ihkaamu (اْلإِحْكَامُ) yang artinya mengokohkan (menetapkan), dan ar-rabthu biquw-wah (الرَّبْطُ بِقُوَّةٍ) yang berarti mengikat dengan kuat.

    Sedangkan menurut istilah (terminologi): 'aqidah adalah iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikit pun bagi orang yang meyakininya.

    Aqidah adalah bentuk jamak dari kata Aqaid yang merupakan beberapa perkara yang wajib diyakini kebenarannya oleh hati, mendatangkan ketentraman jiwa dan menjadi keyakinan yang tidak tercampur sedikitpun dengan keragu-raguan. Aqidah juga merupakan sejumlah kebenaran yang dapat diterima secara mudah oleh manusia berdasarkan akal, hati dan fitrah sebagai manusia. Kebenaran itu dipaku di dalam hati. Hal ini menyebabkan ditolaknya segala sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran itu.
    Aqidah dalam Al-Qur’an dijabarkan dalam surat (Al-Maidah, 5:15-16) yang artinya,
    “Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan dengan kitab itu pula Allah mengeluar-kan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus”.

    “Dan agar orang-orang yg telah diberi ilmu meyakini bahwasannya Al-Qur’an itulah yg hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepada-nya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yg beriman kepada jalan yang lurus.” (Al-Haj 22:54)
    Syafawati bt hashim
    Pai3 sem 2

    BalasPadam
  47. syafiq berkata;

    Kalimah aqidah berasal daripada Bahasa Arab yang berakar umbi daripada kalimah:
    عقد ، يعقد ، عقدا وعقيدة yang bermakna ikat (dengan ketat), mengikat dan ikatan yang kukuh, juga bermakna perjanjian.

    Di sudut istilah, Aqidah Islamiyyah telah diberi beberapa takrif oleh beberapa orang sarjana Islam. Namun boleh dikatakan kesemua takrif itu menjurus kepada satu asas iaitu:
    membenarkan dan mengiktiraf dengan sepenuh hati tanpa sebarang pengubahsuaian atau kompromi terhadap Allah dan rasul-Nya yang tersemat erat di dalam hati sanubari.

    rujukan ; http://biroagamakubi.blogspot.com/2009/06/apa-itu-aqidah.html oleh Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia.

    Dari: Mohamad Syafiq bin Che Ahmad
    PISMP PA 3 SEM 2

    BalasPadam
  48. WAN MOHD FAKHRUDDIN BIN W.IBRAHIM
    PISMP PA 3

    Bahasa : berasal darpda kata dasar aqad bereti ikat yang kuat (ikatan hissi dan ma’nawi)

    Syara’ : - keimanan yang jazam (tetap) yang tidak menerima syak kepada penganutnya
    - Keimanan terhadap Allah (mentauhidkan) mentaaatinya, malaikat, kitab, rasulnya, hari akhirat, qadar dan perkara sam’iyat.
    - Fitrah semula jadi
    ISTILAH : AL MURTADHA AZ ZABIDI { apa yang di pegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam jiwa dan hati.
    HASSAN AL BANNA { suatu yang mengharuskan hati anda membenarkannya, yang membuat jiwa anda akan tenang tenteram kepadanya dan akan menjadi kepercayaan anda yang bersih dari kebimbingan dan keraguan }

    Abd. Latif Muda;Rosmawati Ahmad.(1998).Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur.Pustaka Slam Sdn Bhd,m.s:18-20

    BalasPadam
  49. dari arif
    berkata:

    Akidah dari segi bahasa arab berasal dari perkataan “aqada” yang bermaksud ikatan manakala dri sudut istilah, akidah adalah perbuatan yang dipercayai se[enuhnya dengan hati, menenangkan jiwa dan sentiasa yakin dalam melakukan amalan tanpa rasa syak. Akidah ditakrifkan sebagai kepercayaan dan keyakinan tentang wujudnya Allah Yang Maha Esa dan suci daripada sifat-sifat kemakhlukan. Menurut Kamus Dewan, akidah adalah kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat dengan dalil-dalil yaqiniyyah yang ‘aqliyyah dan naqliyyah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada di dalam hati seorang manusia.

    Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya

    -Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

    -pengertian Akidah

    Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.

    -Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt

    -Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

    http://islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php

    BalasPadam
  50. Akidah menurut pengertian bahasa dapat diberikan di dalam beberapa maksud, antaranya ialah:
    a)Perkataan Akidah adalah berasal daripada kata kerja, ‘Aqada yang bermaksud simpul atau ikat .
    b)Ia juga sering dikaitkan dengan jual beli, contohnya: ‘Aqada al-Bay‘ yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli .
    c)Ia pernah juga dikaitkan dengan perjanjian, contohnya: ‘Aqada al-‘Ahd bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian.
    Perkataan akidah tidak terdapat secara langsung penggunaannya di dalam al-Qur’an. Walau bagaimanapun terdapat tujuh perkataan yang berakarkan perkataan “aqada” yang bererti simpulan tali, perjanjian dan lain-lain yang digunakan di dalam al-Qur’an. Sebaliknya, al-Qur’an lebih popular menggunakan perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman dan juga kata kerja (kata nama iman ada 45 tempat, manakala kata kerja terdapat lebih dari 515 kali). Oleh itu, perkataan akidah selalunya dikaitkan dengan perkataan iman seperti “aqaidul iman” yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau kepercayaan.

    Akidah menurut pengertian istilah pula ditakrifkan dengan berbagai-bagai takrif, antaranya ialah:
    a)Ibn Taimiyah yang meninggal dunia pada tahun 1263M, mentakrifkan akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan .
    b)Pengertian menurut al-Firuz Abadi (1329-1415M), akidah ialah sesuatu yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan.
    c)Menurut Imam al-Ghazali (1058-1111M), akidah ialah berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.
    d)Menurut al-Murtada al-Zabidi (1732-1791M), akidah ialah apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya bersemi di dalam hati dan jiwa.
    Dari segi istilah, apabila akidah diangkat menjadi istilah khusus atau teknikal, maka ia secara umumnya merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan yang cukup pasti terhadap sesuatu, tanpa sebarang syak dan keraguan . Oleh itu, dalam perspektif Islam, istilah akidah dalam konteks teknikal ini tidak cukup untuk menjadi boleh diterima sekiranya ia sekadar hanya terungkap dalam pengisytiharan lisan semata-mata, kerana dalam kehidupan biasa cukup ramai sekali kalangan orang munafik yang hipokrit mengisytiharkan secara lisan bahawa mereka beriman, sedangkan di hati mereka tidak pun wujud walau sekelumit iman.

    BalasPadam
  51. Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan atau ikatan pada
    suatu benda, iaitu seperti tali yang disimpulkan supaya
    menjadi kemas dan kuat. Aqidah ialah Iman, Iman ialah
    tasdiq ( membenarkan dengan hati) yang pasti dan
    menepati kenyataan yang lahir daripada dalil.

    Dari sudut istilah ialah keimanan yang teguh dalam hati yang tidak mungkin terurai. Ia juga bermaksud percaya bersungguh-sungguh dan berpegang kepada Alquran dan Assunnah dan mengamalkannya dalam kehidupan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu Al-‘Alaq, menjelaskan aqidah yang sempurna

    rujukan:http://rasyadah.blogspot.com/2008/02/q-i-d-h.html

    NURUL NADIAH ZULKIFLI
    PAI 3

    BalasPadam
  52. 1. Pengertian bahasa
    Akidah menurut pengertian bahasa dapat diberikan dalam beberapa maksud iaitu:
    a. Perkataan akidah yang berasal daripada kata kerja ‘Aqada (عقد) yang bermaksud simpul atau ikatan.
    b. Perkataan akidah sering juga dikaitkan dengan jual beli sebagai contoh, ‘Aqada al-Bay (عقد البيع) yang bermaksud melakukan kontrak jual beli.
    c. Perkataan akidah juga dikaitkan dengan perjanjian, contohnya ‘Aqada al-‘ahd (عقد العهد) yang bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian. Al-Quran kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud-maksud di atas seperti firman Allah:
       
    “Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan)”
    (An-Nisa :33)


    2. Pengertian Istilah
    Akidah menurut pengertian istilah dapat ditakrifkan dengan berbagai takrifan iaitu:
    a. Ibn Taimiyah mentakrifkan akidah:
    Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang dengannya, beroleh keyakinan dalam kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
    Takrif ini membawa erti akidah berbeza dengan syariat di mana syariat merupakan bebanan kewajiban yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala akidah merupakan amalan hati yang berbentuk keyakinan. Maka, akidah bukan amalan yang praktikal kerana akidah adalah perkara-perkara yang bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim untuk mempercayainya. Syariat pula merangkumi ibadat dan muamalat. Namun begitu kedua-dua ini tidak dapat dipisahkan kerana Islam itu adalah akidah dan syariat.
    b. Pengertian akidah menurut Al-Firuz Abadi adalah:
    Akidah adalah sesuatu yang diikat dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan.
    Berdasarkan takrif ini, akidah merupakan satu pegangan yang berbentuk keagamaan. Pegangan ini mestilah pegangan yang benar dan tidak menyeleweng. Sesuatu yang sebati dalam hati dan jiwa merupakan akidah atau pegengan agama seseorang.

    c. Menurut Imam Al-Ghazzali akidah adalah:
    Berpegang dan membenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.
    Berdasarkan takrif yang dikemukan ini, jelaslah kepada kita bahawa akidah itu mestilah bersumberkan dalil yang pasti dan meyakinkan. Dalil-dalilnya tentulah datang daripada Allah dan atas dasar inilah terangkum di dalamnya beberppa persoalan akidah yang wajib diimani oleh setiap muslim. Kepercayaan kepada Allah merupakan pokok yang menjadi asas dalam akidah Islam. Bertitik tolak daripada inilah lahirnya kepercayaan kepada Rasulu-Rasul, Kitab-Kitab, Para Malaikat, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar. Pperkara-perkara ini merupakan sesuatu yang bersifat ilmi serta wajib diyakini dan dijadikan pegangan dalam hati pada setiap diri orang Islam kerana ianya tekah termaktub dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW.

    Rosmawati Ali.Dr, Pengantar Ilmu Tauhid , Kuala Lumpur, Pustaka Salam Sdn.bhd

    BalasPadam
  53. ISL 1: SITI ZAHIRA BT MAHAT PISMP SEM 2 PAI 3

    MAKSUD AKIDAH,

    Bahasa: berasal dari kata kerja ((عقد yang bermaksud simpul atau ikat (an-nisa:33)
    Istilah: menurut Ibn Taimiyah,aqidah ialah berpegang dan membenarkan di dalam hati tanpa keraguan.Menurut al-Murtada Zabidi,akidah ialah apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama.

    rujukan:
    Abd. Latif Muda.Rosmawati Ali ,Pengantar Ilmu Tauhid,K.Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd,m.s : 19

    BalasPadam
  54. ~MUHAMAD FAHMI BIN OTHMAN(MFO FAHMI)~

    Pengertian Aqidah Secara Bahasa:
    Kata "‘aqidah" diambil dari kata dasar "al-‘aqdu" yaitu ar-rabth(ikatan), al-Ibraam (pengesahan), al-ihkam(penguatan), at-tawatstsuq(menjadi kokoh, kuat), asy-syaddu biquwwah(pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk(pengokohan) dan al-itsbaatu(penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin(keyakinan) dan al-jazmu(penetapan).
    "Al-‘Aqdu" (ikatan) lawan kata dari al-hallu(penguraian, pelepasan). Dan kata tersebut diambil dari kata kerja: " ‘Aqadahu" "Ya'qiduhu" (mengikatnya), " ‘Aqdan" (ikatan sumpah), dan " ‘Uqdatun Nikah" (ikatan menikah). Allah Ta'ala berfirman, "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja ..." (Al-Maa-idah : 89).
    Dengan ini, dapatlah diketahui bahwa aqidah bermaksud suatu ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang membuat keputusan. Manakala pengertian aqidah dalam agama pula bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya para Rasul.
    Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa setiap apa yang telah menjadi ketetapan hati seorang secara pasti adalah aqidah sama ada ketetapan itu benar mahupun salah.
    Pengertian Aqidah Secara Istilah
    Melihat dari sudut istilahnya pula, akidah merupakan suatu perkara wajib dibenarkan oleh hati, dan jiwa menjadi tenteram kerananya yang mana tiada lagi keraguan dan perasaan bimbang akan sesuatu kenyataan berkaitan agama apabila adanya akidah tersebut.
    Secara ringkasnya, dapatlah difahami bahawa akidah itu merupakan keimanan yang pasti dan kukuh serta tidak mengandungi suatu keraguan pun pada sesiapa yang meyakininya.

    rujukan:
    http://alislamu.com/aqidah/683-definisi-aqidah.html

    BalasPadam
  55. FARHATUL ALIA ROSLI PAI 3

    Apakah maksud akidah dari segi bahasa dan istilah ?

    Dari segi bahasa, akidah berasal dari perkataan arab ‘aqada’ yang bermaksud menyimpulkan (sama ada hissi atau maknawi). Oleh itu, akidah Islam beerti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi. Perkataan aqada sering dikaitkan dengan aktiviti jual beli seperti ‘aqadul bai’ (ikatan kontrak jual beli), ‘aqadun nikah’ (ikatan nikah kahwin) dan ‘aqdulahdi’ (perjanjian).

    Dari segi istilah pula, para ulama telah bersepakat memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang benar. Antaranya, Ibnu Taimiah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang dibenarkan jiwa, hati menjadi tenang dan beroleh keyakinan dikalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Al-Fairuz menjelaskan akidah ialah sesuatu yang diikat, disimpulkan di dalam hati dan jiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai pegangan agama yang benar dan selamat daripada sebarang keraguan.
    Imam al-Ghazali berpendapat akidah adalah suatu pegangan dan membenarkan di dalam hati secara yakin serta pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. Al-Murtadha az-Zabidi mendefinisikan akidah sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa.

    Kesimpulannya, akidah dari aspek keIslaman ialah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun keimanan seperti yang terdapat di dalam wahyu Allah, al-Quran dan as-Sunnah tanpa sebarang keraguan.

    Ahmad Mohd Salleh, M. F. (2008). Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras . Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

    BalasPadam
  56. nurul faizah umar :
    akidah dari sudut bahasa adalah simpulan atau ikatan. manakala dari sudut istilah adalah satu ilmu yang mengkaji di dalamnya mengenai penetapan kesimpulan-kesimpulan keagamaan dengan dalil dan bukti yang yaqin berdasarkan aqal dan naqli daripada Quran karim, sunnatullah.
    buku asas aqidah mengesahkan ibadah. cetakan petama 1997.hj Muhammad Shadid Thalib. pustaka ilmi.

    BalasPadam
  57. Definisi Aqidah Menurut Bahasa :
    Kata “aqidah” diambil dari kata al-‘aqdu, yakni ikatan dan tarikan yang kuat. Ia juga bererti pemantapan, penetapan, kait-mengait, tempel-menempel, dan penguatan.
    Perjanjian dan penegasan sumpah juga disebut ‘aqdu. Jual-beli pun disebut ‘aqdu, kerana ada keterikatan antara penjual dan pembeli dengan ‘aqdu (transaksi) yang mengikat. [Lihat Mu’jam Maqayis Al-Lughah, Ibnu Faris, 4/86-90, materi ‘aqada; Lisanul Arab; 3/296-300, dan Al-Qamus Al-Muhith, 383-384]

    Definisi Aqidah Menurut Istilah Umum :
    Istilah “aqidah” di dalam istilah umum dipakai untuk menyebut keputusan fikiran yang mantap, benar mahupun salah.
    Jika keputusan fikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka itulah yang disebut aqidah yang batil, seperti keyakinan umat Nasrani bahawa Allah adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas).
    Istilah “aqidah” juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan tegas yang tidak dihinggapi kebimbangan. Iaitu apa-apa yang dipercayai oleh seseorang, diikat kuat oleh sanubarinya, dan dijadikannya sebagai mazhab atau agama yang dianutnya, tanpa melihat benar atau tidaknya. [Lihat Mabahits fi Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah, Syaikh DR. Nashir Al-Aql, hal. 9]
    Definisi Aqidah Menurut Istilah Khusus (Syariat:
    Iaitu, kepercayaan yang mantap kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab suci-Nya, para Rasul-Nya, hari Akhirat, qadar yang baik dan yang buruk, serta seluruh isi kandungan Al-Qur’an Al-Karim dan As-Sunnah Ash-Shahihah merupakan pokok-pokok agama, perintah-perintah dan berita-beritanya, serta apa saja yang disepakati oleh generasi Salafush Shalih (ijma’), dan kepasrahan dan keredhaan kepada Allah Ta’ala dalam hal keputusan hukum, perintah, takdir, dan syara’, serta ketundukan kepada Rasulullah dengan cara mematuhinya, menerima keputusan hukumnya dan mengikutinya.

    sumber : http://pustakasunnah.wordpress.com/2010/06/13/arti-aqidah/

    daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA
    PAI 1

    BalasPadam
  58. ديفينيسي عقيدة
    منوروت فضيل محمد نور(2003) منديفينيسيكن عقيدة دري سضي بهاس برأرتي ساتو إكاتن يغ مغيكت سسواتو كفد سسواتو يغ لإين. فركاتأن عَقَدَ، دالم بهاس عرب برأرتي مغيكت. عقيدة أدالة مروفاكن ساتو إكاتن كياقينن يغ مغيكت ديري سسأورغ، فميكيرن سسأورغ، هتي سسأورغ دغن ساتو كياقينن دان دغن إيت كهيدوفنث منجادي ساتو كهيدوفن يغ ترأرة دان ترفيمفين. سبب إيتلة، روكون-روكون كياقينن، يغ دتنتوكن أوليه إسلام دفغضيل عقيدة كران إيا تلة مغيكت سسأورغ مسلم إيت هيدوف برأساسكن كفد داسر-داسر كياقينن، يغ دسبوت جوضا سباضاي "أيمان" إياءيت كفرخيأن.

    درفد تعريف إين، ساي دافت مثيمفولكن بهاوا عقيدة مروفاكن ساتو إكاتن يغ كوكوه ددسار هاتي. إين ممبوكتيكن كياقينن برسمي ددسار هاتي دان بوكنث سكادر أوخافن دليدة. كإيمانن يغ سبنر تيدق أكن دثماري أوليه أونسور2 كراضوان تنتغ كبسارن الله دان صفة-صفتث.

    فضيل محمد نور (2003) عقيده دان فرجواغن، ديوان فوستكا فجر؛ كوالا لومفور.

    Farah Diana

    BalasPadam