Kenalan

Rabu, Disember 18, 2013

Kaedah Pengejaan Tulisan Jawi PUEJBM

Sebelum ini MJ telah memaparkan kaedah pengajaran Jawi yang sering dialpakan oleh segelintir pengamalnya ketika mengajar bidang ini. Mereka lebih seronok dan menekankan kaedah-kaedah lain yang diketahui. Kali ini  pula MJ ingin mengetengahkan kaedah pengejaan tulisan jawi berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM).

Berdasarkan Buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2008) telah diterbitkan dengan mengetengahkan beberapa kategori kaedah utama ejaan jawi iaitu ejaan lazim, ejaan tradisi, ejaan mengikut hukum, ejaan lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Kaedah pelengkap ejaan juga diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran, penggunaan huruf hamzah dan ejaan imbuhan.

  1. Kaedah Tradisi ; Kaedah pengejaan yang masih mengekalkan sistem baris sekurang-kurangnya pasa satu suku kata yang dilambangkan sebagai vokal yang tidak mengikut pengkaedahan Lazim ataupun Hukum. Contoh : Perkataan ADA, TIADA, PADA, LIMA dan sebagainya.
  2. Kaedah Lazim ; Kaedah pengejaan yang menggunakan sistem vokal kecuali e Pepet, Homograf, dan bunyi [aa] pada satu suku kata yang bermula dengan [wau] seperti wang.
  3. Kaedah Mengikut Hukum ; Kaedah pengejaan yang mengikut Hukum yang telah ditetapkan seperti Hukum DARLUNG, Hukum KA dan GA, Hukum -RAMA, dan Hukum HA & AHA.
  4. Kaedah Lampau Hukum ; Kaedah pengejaan yang tidak mengikut dan terkeluar daripada hukum-hukum di atas seperti perkataan [PEHA] dan [MAHA].
  5. Kaedah Ejaan Pinjaman ;
  6. Kaedah Serapan ;
  7. Kaedah Akronim ;
[bersambung.. akan dikupaskan lagi..]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan