Kenalan

Rabu, Disember 11, 2013

Tips 2 Muallim Jawi : UJI vs JIN vs UJIAN

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah.. rasanya tips 1 dulu terlalu formal pula. Biarlah kali ini lebih santai.. lebih mudah dan mesra. Kali ini, MJ akan berdiskusi berkaitan dengan imbuhan pula. Bayangkan.. jika kita ada anak, ataupun adik ataupun murid di sekolah rendah. Lalu kita minta dia eja UJI dalam tulisan jawi, diejanya [alif-wau-jim-ya].Kemudian disuruh lagi mereka mengeja AN, diejanya [alif-nun]. Kitapun suruh mereka mengeja UJIAN.. Bagaimanakah yang mereka mengeja? Adakah [alif-wau-jim-ya-alif-nun] atau [alif-wau-jim-ya-nun] ?
   
Sudah tentu ramai yang mengeja [alif-wau-jim-ya-alif-nun] bukannya [alif-wau-jim-ya-nun]. Kenapa mereka boleh silap mengeja UJIAN. Malah mungkin orang ramai juga akan tersilap. Ini kerana mereka silap memahami konsep imbuhan AN dalam tulisan jawi. Imbuhan AN dalam jawi akan dieja berbeza mengikut kata dasar sebelumnya. Jika kata dasarnya berakhir dengan [ALIF] maka huruf ALIF dalam imbuhan AN akan ditukarkan kepada huruf HAMZAH. Jika kata dasarnya berakhir dengan [WAU] maka huruf ALIF dalam imbuhan AN akan dikekalkan. Jika kata dasarnya berakhir dengan [YA] maka huruf ALIF dalam imbuhan AN akan digugurkan. Juteru, kepada pengguna tulisan ini perlu memahami konsep ini bagi mengelakkan kesilapan ejaan khususnya bagi kata dasar berakhir dengan [ALIF] ataupun [YA]. Cubalah eja ketelitian ? Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan