Kenalan

Sabtu, Disember 14, 2013

Tips 5 Muallim Jawi : Implikasi Imbuhan Akhiran Pada Bunyi [aa], [ii], & [uu]

Bersua lagi...  Kali ini MJ ingin membangkitkan isu huruf [ALIF, WAU dan YA] yang berperanan bunyi (aa, ii, uu) pada hujung perkataan yang bersambung dengan Imbuhan Akhiran. 

Apabila kata dasar bersambung dengan imbuhan akhiran, maka huruf yang 'hilang' akan dikembalikan semula.


Sebagai contoh; perkataan [ADANYA], [APAKAH] dan lain-lain dikembalikan huruf ALIF sebelum imbuhan akhiran; perkataan [ITUKAH] juga dikembalikan huruf WAU sebelum imbuhan akhiran; dan perkataan [INILAH] juga dikembalikan huruf YA sebelum imbuhan akhiran. Begitulah keadaannya KECUALI bagi ejaan [KEPADA, DARIPADA, PADA] yang tetap kekal tidak mengalami perubahan ejaan walaupun berlaku penambahan imbuhan akhiran. Selamat meneroka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan