Kenalan

Rabu, Disember 11, 2013

Tips 1 Muallim Jawi : KVKV-KVKV+Imbuhan



Alhamdulillah, insyaallah ruangan Muallim Jawi akan cuba membincangkan beberapa isu yang sering menjadi kekeliruan dan tanda tanya bagi pengguna dan pendokong tulisan ini. Isu yang ingin disentuh pada kali ini ialah berkaitan dengan kata dasar berganda yang berpola  KVKV dan Vokal terakhirnya huruf alif yang bersambung dengan imbuhan.

Sebagai contoh ejaan [SAMA], [KATA], dan yang seumpamanya apabila diganda dan menerima imbuhan akan dieja dengan pelbagai versi. Situasi sebegini akan mengelirukan  sekiranya kita tidak memahami dan mempelajari sistem ejaan jawi yang terkini.

Perkataan jawi yang berpola KVKV dan Vokal akhir [alif] yang digugurkan akan dikembalikan (disisipkan) apabila menjadi perkataan tersebut berada di tengah-tengah antara imbuhan dan kata ganda kedua ataupun antara imbuhan awalan dengan imbuhan akhiran.

Begitulah tersusunnya sistem pengkaedahan ejaan jawi kini. Sekali dipandang, ia begitu sistematik, menarik dan efisen. Namun bagi murid sekolah rendah, ianya begitu mengelirukan. Bayangkan semata-mata untuk menulis ejaan SAMA sahaja pelbagai versi yang timbul akibat daripada sistem pengkaedahan yang telah ditetapkan. Sekejap ada [alif], sekejap tiada [alif] bagi perkataan yang sama. Mungkin bagi tahap pelajar sekolah menengah ataupun penuntut IPTA, ianya menjadi satu isu yang menarik untuk dibuat kajian. Di sinilah punca kesilapan dalam ejaan jawi. Ramai yang mampu membaca teks jawi namun tidak mampu untuk menulis atau mengeja akibat terkeliru. Alangkah baiknya jika ianya lebih mudah, lebih tetap tak berubah-ubah dan diselaraskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan