Kenalan

Selasa, Ogos 23, 2011

iSL9 PIM3104 2011

Tajuk 9:
Huraikan satu perbezaan antara Rancangan Pengajaran Semester dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Arahan :
1. Setiap pelajar dikehendaki memberikan satu bukti/ hujah sahaja yang yang berbeza.
2. Sila nyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut :
Nama Pengarang (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:X.

Contoh :
Muhammad Bin Abdullah,(2011) Aqidah Nabawiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka Ilmu, m.s.: 3.
Tembual dengan Ust. Ahmad pada 2 Sept. 2011 jam 9.00 pd bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina KDRI. Ust. Ahmad merupakan.... (pastikan sumber drpd blog atau temubual adalah berautoriti) 

38 ulasan:

  1. - Rancangan Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran Semester perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu sesi persekolahan bermula.
    Rancangan pengajaran semester merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan tahunan merangkumi :
    • Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Senarai kemahiran-kemahiran.
    • Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
    • Rujukan sukatan pelajaran.

    - Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
    • Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
    • Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
    • Merancang pengajarannya
    • Menentukan strategi P&P
    • Menyediakan bahan bantu pengajaran
    • Menyediakan penilaian

    Sumber :

    Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, . (n.d.). Retrieved September 5, 2011, from http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/DrHadi&Tan-Binder-RBT3105.pdf

    Farah Azila binti Sulaiman / Pengajian Islam 3.

    BalasPadam
  2. Rancangan Pengajaran semester merupakan sebahagian daripada rancangan pengajaran tahunan. hal ini adalah ianya berdasarkan tempoh waktu selama 6 bulan pada semester pertama dan kedua. perancangannya merupakan perancangan secara umum yang dibentuk oleh guru berdasarkan rancangan pengajaran tahunan bagi sesuatu matapelajaran. kebiasaannya, guru-guru panitia bagi sesuatu matapelajaran akan berbincang dalam membentuk sesuatu perancangan supaya setiap isi kandungan yang perlu diajar berdasarkan sesuatu semester dijalankan selaras. kandungannya lebih umum berbanding Rancangan Pengajaran Harian.

    Rancangan Pengajaran Harian adalah perancangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh seseorang guru secara harian. berbanding dengan rancangan pengajaran semester, ianya lebih terperinci. ianya juga dibentuk oleh setiap guru terhadap sesuatu matapelajaran.

    sumber : Puan Nur Najmah binti Muhd Yusof
    - Guru Matematik SK Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak.

    - Nurul Husna bt Ahmad Yusoff
    - PISMP PAi3 sem2

    BalasPadam
  3. Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan). Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan.

    Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur seperti berikut:
    *Tajuk/bidang pembelajaran
    *Objektif/kemahiran
    *Hasil pembelajaran yang dihasratkan
    *Bilangan minggu
    *Catatan

    rancangan pengajaran harian ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Rancangan pengajaran harian lebih terperinci berbanding rancangan pengajaran tahunan. Ini kerana rancangan pengajaran harian hanya memfokuskan apakah pengajaran yang akan dilakukan mangikut hari.


    rujukan:
    1)http://notapismp.blogspot.com/2010/09/rancangan-kerja-tahunan.html
    2)http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/definisi-rancangan-pengajaran-harian.html

    Mardhiah binti Kursus @ Othman
    PISMP PAI 1 SEM 2 (2011)

    BalasPadam
  4. Rancangan Pengajaran Semester
    Berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukanguru dikehendaki menyusun satu Rancangan Pengajaran selama tempoh minggu mengajar. Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan guru mengaturkannya

    Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan ini mestilah disediakan sehari sebelum mengajar dan perlu dituliskan mengikut format yang disediakan. Setiap mata pelajaran yang akan diajar pada hari berkenaan mestilah dibuat rancangan pengajarannya.

    (n.d.). Retrieved Oktober 4, 2011, from www.usm.my/education/lm/2005/panduan.doc

    -nur evarina idayu bt ismail- pismp pai3

    BalasPadam
  5. siti norasiah binti wahid7 Oktober 2011 pada 6:16 PTG

    Setiap guru perlu membuat rancangan pengajaran semester dengan rancangan pengajaran harian. Kedua-dua rancangan pengajaran ini amat penting bagi setiap guru. Sememangnya rancangan pengajaran semester dan rancangan pengajaran harian ini berbeza kedua-duanya.

    Rancangan pengajaran semester ini merupakan rancangan pengajaran yang dibina daripada rangkaian kerja setahun bagi satu semester atau penggal. Dalam rancangan pengajaran ini mengandungi objektif yang hendak dicapai untuk satu semester atau penggal. Selain itu senarai kemahiran disusun untuk dikuasai oleh murid bagi satu semester. Rancangan penguasaan kemahiran ini mestilah melihat kepada penguasaan dari tahap aras yang mudah ke tahap yang susah, tempoh sesuatu kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid dan prasarana yang sedia ada. Rancangan ulangan untuk kemahiran tertentu bagi semester berikutnya agar pengukuhan penguasaan kemahiran benar-benar dikuasai oleh murid.

    Manakala rancangan pengajaran harian pula, merupakan kerja mingguan kepada harian secara terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif mingguan yang ditentukan. Rancangan pengajaran ini perlu dibuat sebelum guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&)P) di dalam kelas. Melalui rancangan ini menjadikan proses P&P lebih sistematik dan tersusun. Inilah antara perbezaan yang ketera bagi rancangan pengajaran semester dan rancangan pengajaran harian.


    Sumber : Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    Siti Norasiah Binti Wahid
    PAI 2

    BalasPadam
  6. Rancangan Pengajaran Semester
    Rancangan Pengajaran Semester hampir sama dengan rancangan pengajaran tahunan yang mana dalam setahun terdapat 2 semester, jadi, rancangan pengaajaran semester ialah rancangan yang dibuat daripada rancangan pengajaran tahunan. Rancangan ini berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
    Butiran yang perlu ada ialah :
    Matapelajaran, tingkatan, minggu, tajuk/isi, objektif, kemahiran, nilai dan bahan bantuan mengajar.
    Manakala rancangan pengajaran harian pula ialah rancangan yang dibina berdasarkan rancangan tahunan/ semester. rancangan ini lebih terperinci.
    Butiran yang perlu ada ialah :
    Hari dan tarikh, Mata pelajaran dan kelas, masa, bilangan murid, tajuk, kemahiran yang ingin dicapai, pengetahuan sedia ada, hasil pembelajaran, kemahiran berfikir penerapan nilai, bbm dan juga langkah pengajaran beserta aktiviti yang dijalankan dan impak/Refleksi. Rancangan ini dibuat sebagai persediaan guru sebelum mengajar mengikut hari-hari dalam seminggu.

    Rujukan:
    1)Ahmad Mohd Salleh,(2008), Pengajian Agama Islam dan j-QAF, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan,Shah Alam:Oxford Fajar, m.s.:272-277.
    2)Muhamad Kahiri,(2008),Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm, diakses pada 7 Oktober 2011.
    Muhamad Khairi SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

    ADIBAH BINTI IBRAHIM
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  7. Terdapat beberapa perbezaan RPH dan rancangan semester. Rancangan semester adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan semester ini perlu dibuat pada awal semester sebelum persekolahan bermula. Kepentingan rancangan semester ini ialah sebagai panduan guru, untuk mencengah daripada terkeluar dari topic pengajaran, memastikan susunan topik-topik teratur dan sebagai penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester. Manakala rancangan pengajaran harian pula ialah rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangdisediakan untuk beberapa waktu P&P. Antara kepentingannya ialah supaya objektif pengajaran tercapai, merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian serta ia dapat mengelakkan guru daripada penyelewengan daripada topic yang hendak diajar.

    rujukan : Guru,B.P.(2010). MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT 3105,KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH. Retrieved 06.10.2011 from http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/DrHadi&Tan-Binder-RBT3105.pdf

    NURDIYANA ATIQAH BINTI CHE HUSIN
    PISMP PAI1 SEM2

    BalasPadam
  8. assalamualaikum ustaz~~

    Rancangan kerja semester:
    Rancangan kerja semester pula dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.

    Rancangan tahunan mata pelajaran biasanya dijadikan rancangan untuk dua semester tahun pelajaran yang berkenaan. Rancangan semester merujuk kepada rancangan kerjayang disediakan untuk satu-satu semester. Butir-butir dalam rancangan semester termasuk topik-topik yang perlu diajar mengikut setiap minggu sepanjang tahun. Dalammenyediakan rancangan semester, perkara seperti cuti sekolah, cuti am, cuti peristiwasekolah dan aktiviti-aktiviti dalam takwim sekolah perlu diambil kira.

    Dalam menyediakan rancangan semester langkah-langkah berikut perlu diikuti:

    1.membuat pemetaan Sukatan Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah topik dan subtopik yang perlu diajar sepanjang tahun;

    2. agihkan topik dan subtopik yang perlu diajar kepada dua semester;

    3. masukkan topik yang perlu diajar sepanjang semester dengan mengambilkira cutisekolah dan aktiviti-aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah dalam takwimsekolah.

    rancangan harian:
    satu rancangan pengajaran utk sehari yg diperincikan drpd rncgan mingguan.bahagian ini mengandungi maklumat tntg isi,aktiviti dan aspek-aspek lain yg berkaitan dgn pelajaran yg hendk disampaikan oleh seseorg guru pd setiap waktu belajar pada hari berkenaan.

    rujukan:
    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKANMORAL diambil daripada, http://www.scribd.com/doc/6125029/Unit-3-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-PENDIDIKAN-MORAL,retrived 8 Oktober 2011

    Naapie Mat,(2006),Glosari pengajian Melayu,Cerdik Publications Sdn Bhd,n.s 101

    Masniwati Bt Abdullah Sani
    PAI 2

    BalasPadam
  9. 8) Huraikan satu perbezaan antara Rancangan Pengajaran Semester dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

    Rancangan pengajaran semester adalah merupakan rancangan kerja yang dibina daripada rangka kerja setahun satu semester atau penggal. Rancangan ini juga mengandungi:
    a) Objektif yang hendak dicapai dalam satu semester atau penggal.
    b) Senarai kemahiran yang disusun untuk dikuasai oleh pelajar bagi satu semester atau penggal.
    c) Rancangan ulangan untuk kemahiran tertentu bagi semester berikutnya agar pengukuhan penguasaan kemahiran benar-benar dikuasai oleh pelajar.


    Manakala, rancangan Pengajaran Harian ialah pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara lebih terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif pelajaran mingguan yang ditentukan.

    sumber:
    Ahmad Mohd Salleh,(2008), Pengajian Agama Islam dan j-QAF, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan,Shah Alam:Oxford Fajar

    Daripada: Norliza Binti Kamat (PISMP PAI 1)

    BalasPadam
  10. Rancangan pengajaran semester hanya dirancang untuk 2 semester sahaja. Komponen yang terdapat dalam penulisannya ialah semester , minggu , bidang , tajuk , isi pembelajaran , kemahiran , kaedah , bahan bantu mengajar dan catatan. Penulisan rancangan semester berbeza mengikut negeri di Malaysia kerana berlaku perbezaan dari sudut cuti semester di setiap negeri. Manakala penulisan rancangan pengajaran harian memerlukan penulisan setiap kali sebelum proses pengajaran bermula. Selain itu, kaedah penulisan rancangan ini juga berbeza dari sudut penulisannya kerana bergantung keoada penulisan yang ditetapkan oleh jabatan pendiidkan negeri masing-masing. Elemen-elemen yang terkandung dalam penulisan rancangan ini ialah pengetahuan sedia ada , hasil pembelajaran , penerapan nilai , bahan bantu mengajar , kemahiran berfikir , langkah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran harian ini lebih berfokus dan terperinci berbanding rancangan pengajaran semester. Rujukan :(Ahmad Mohd Salleh . 2008. Siri Pendidikan Guru Pengajian Agama Islam & j-Qaf Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor . Oxford Fajar & artikel kuliah Ustaz Asyraf Ridwan B. Ali , Pensyarah Pengajian Islam , IPG KDRI).
    Siti Syafiqah bt. Salahudin
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  11. RANCANGAN PELNGAJARAN SEMESTER/TAHUNAN

    Rancangan tahunan mata pelajaran biasanya dijadikan rancangan untuk dua semester tahun pelajaran yang berkenaan. Rancangan semester merujuk kepada rancangan kerjayang disediakan untuk satu-satu semester. Butir-butir dalam rancangan semester termasuk topik-topik yang perlu diajar mengikut setiap minggu sepanjang tahun. Dalammenyediakan rancangan semester, perkara seperti cuti sekolah, cuti am, cuti peristiwasekolah dan aktiviti-aktiviti dalam takwim sekolah perlu diambil kira. Dalam menyediakan rancangan semester langkah-langkah berikut perlu diikuti:

    1.membuat pemetaan Sukatan Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah topik dan subtopik yang perlu diajar sepanjang tahun;
    2. agihkan topik dan subtopik yang perlu diajar kepada dua semester;
    3. masukkan topik yang perlu diajar sepanjang semester dengan mengambil kira cuti sekolah dan aktiviti-aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah dalam takwim sekolah.

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

    Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.

    Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan.

    Diekses:
    Wah, D. L. (2010, 12 27). ePKhas. Retrieved 10 09, 2011, from Membina Rancangan Pengajaran Harian Untuk Kelas Integrasi Masalah Pembelajaran: http://epkhas.ses.usm.my/content/membina-rancangan-pengajaran-harian

    -Dr. Lee Lay Wah
    Senior Lecturer. Pengerusi Rancangan (Pendidikan Khas). Bidang kepakaran: Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Khas,

    = UMI HIDAYAH BT ABD AZIZ (PISMP PAI 3)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Ustaz:-

    perbezaan antara rancangan pengajaran semester dan rancangan pengajaran harian adalah RPS adalah rancangan kerja yang dibina daripada rangka kerja setahun bagi satu semester atau penggal. manakala rancangan pengajaran harian merupakan pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara terperinci. rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif pelajaran mingguan yang ditentukan.

    rujukan:- kamarul azmi jasmi, Pendidikan Islam kaedah Pengajaran & pembelajaran, 2007, universiti teknologi Malaysia.

    nama: nur amira mat zan
    unit: pai 1 sem 2 pismp

    BalasPadam
  13. Rancangan pengajaran semester merupakan rancangan kerja yang dibina daripada rancangan kerja setahun bagi satu semester atau penggal (Kamarudin dan Siti Hajar, 2003).

    Rancangan pengajaran harian merupakan pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif pelajaran mingguan yang ditentukan.

    Ab. Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. m/s : 222-223.

    NUR NAZMIN SYAMIMI BINTI AB HALIM FAUZI
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  14. Isl 9
    Perbezaan antara rancangan pengajaran harian dengan rancangan pengajaran semester.
    Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :
    • Hari
    • Tarikh
    • Matapelajaran
    • Kelas
    • Masa
    • Tajuk
    • Objektif
    • Kemahiran yang ingin dicapai
    • Aktiviti
    • Refleksi
    Rancangan pengajaran tahunan pula merupakan rujukan dalam membuat rancangan pengajaran harian. Rancangan tahunan ini merangkumi temph 12 bulan. Rancangan pengajaran tahunan merangkumi butir-butir seperti berikut :
    • Tajuk/bidang pembelajaran
    • Objektif/kemahiran
    • Hasil pembelajaran yang dihasratkan
    • Bilangan minggu
    • Catatan
    Selain itu, rancangan pengajaran tahunan memberi gambaran keseluruhan bagi sesuatu subjek yang diajar. Rancangan pengajaran ini penting supaya guru tidak lari daripada garis panduan yang telah ditetapkan dalam kurikulum bagi setiap bulan untuk setahun. Oleh itu, melalui rancangan pengajaran tahunan ini guru dapat menghasilkan satu rancangan pengajaran harian mengikut standard pendidikan yang telah ditetapkan.

    Rujukan
    1. Definisi rancangan pengajaran harian. Copyright © 2011 Scribd Inc.Diakses dari http://www.scribd.com/doc/52632723/Definisi-Rancangan-Pengajaran-Harian
    2. Definisi Rancangan Pengajaran Harian. Sabtu, 13 Ogos 2011. RujukNota. Diakses dari http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/definisi-rancangan-pengajaran-harian.html
    3. 21September 2010.http://notapismp.blogspot.com/2010/09/rancangan-kerja-tahunan.html
    4. Teacher Tips for Creating Yearly and Monthly Plans. Laurie Patsalides.
    22 Januari 2011. Diakses dari http://www.brighthub.com/education/k-12/articles/5490.aspx

    MOHAMAD MUTAWALLI BIN IBRAHIM
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  15. Assalamu'alaikum ustaz.


    Rancangan Pengajaran Semester merupakan rancangan kerja yang dibina daripada rangka kerja setahun bagi satu semester atau penggal (Kamarudin dan Siti Hajar, 2003). Rancangan kerja ini mengandungi:

    1.Objektif yang hendak dicapai untuk satu semester atau penggal.

    2.Senarai kemahiran yang disusun untuk dikuasai oleh pelajar bagi satu semester atau penggal. Rancangan penguasaan kemahiran mestilah melihat kepada penguasaan dari tahap aras yang mudah ke tahap yang susah, tempoh sesuatu kemahiran yang hendak dikuasai oleh pelajar dan prasarana yang sedia ada.

    3.Rancangan ulangan untuk kemahiran tertentu bagi semester berikutnya agar pengukuhan penguasaan kemahiran benar-benar dikuasai oleh pelajar.

    Manakala Rancangan Pengajaran Harian merupakan pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif pelajaran mingguan yang ditentukan.

    Rujukan : Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, (2011) Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor Darul Takzim: Penerbit UTM Press Universiti Teknologi Malaysia, ms 22-223.

    NOR ASHYERAH BINTI MAZLAN
    PISMP PAI 1

    BalasPadam
  16. *ISL 9 PIM3104 2011
    Tajuk 9 :
    Jelaskan perbezaan antara Rancangan Pengajaran Semester dengan Rancangan Pengajaran Harian ?

    Saya jawab,
    Namanya pun Rancangan Pengajaran Semester, itu pun dah menunjukkan perbezaan yang nyata dengan Rancangan Pengajaran Harian.

    Berdasarkan carian saya, saya dapati perbezaan antara kedua-dua Rancangan Pengajaran ini ialah dari segi penulisannya. Dokumen ini (RPS dan RPH) mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan dijalankan oleh guru-guru. Penyediaannya dan pelaksanaannya saling berkait antara satu sama lain.

    Rancangan Pengajaran Semester biasanya akan mula-mula sekali dirancang dan ditulis berbanding Rancangan Pengajaran Harian. Yang mana ia akan dirancangkan oleh Panitia setiap mata pelajaran. Contohnya Panitia Pendidikan Islam, Rancangan Pengajaran Semester ini dibina dengan rapi sebagai memudahkan proses P&P yang ingin diajarkan.

    Dengan adanya Rancangan Pengajaran Semester, barulah penulisan Rancangan Pengajaran Harian boleh dibina. Hal ini disebabkan ia perlu selaras dengan Rancangan Pengajaran Semester yang telah dirancangkan agar ia selaras.
    Rancangan Pengajaran Semester, berperanan sebagai panduan kepada guru-guru untuk membina Rancangan Pengajaran Harian. Rancangan Pengajaran Semester ini sama sahaja Rancangan Pengajaran Tahunan, yang telah dibahagikan kepada 2 semester, iaitu 6 bulan pertama dan 6 bulan kedua. Hal ini, memudahkan guru merancang pembelajaran & pengajaran dengan baik.

    Perbezaan antara kedua-duanya juga ialah dari segi perancangannya tersendiri. Bagi Rancangan Pengajaran Semester perancangan yang dibuat adalah terlalu umum, tanpa ada huraian atau (details).Manakala Rancangan Pengajaran Harian pula ialah perancangan susulan yang lebih terperinci. Di dalam RPH inilah guru merancangkan segala objektif / hasil pembelajaran, strategi dan kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar yang digunakan, dan sebagainya.

    Butiran Rancangan Pengajaran Harian yang perlu ada ialah, antaranya :
    * Hari dan tarikh
    * Mata pelajaran dan tingkatan
    * Masa
    * Tajuk dan Objektif / kemahiran yang
    ingin dicapai
    * Aktiviti yang dijalankan dan Impak
    / Refleksi

    yang mana ia dirancang dan perlu ditulis oleh guru setiap hari dalam setiap mata pelajaran yang diajarkan.

    Sumber Rujukan :
    1 - Berdasarkan perbincangan bersama Ustzh. Faridah dan Ustzh. Noorzafida pada 5 Sept. 2011 yang lalu, jam 9.45 pagi yang bertempat di Bilik Guru Sek. Keb. Seri Perdana, iaitu tempat saya melakukan PBS. Ustzh. Faridah merupakan Ketua Panitia Pend. Islam, manakala Ustzh. Noorzafida ialah Setiausaha Panitia Pend. Islam sekolah tersebut.
    2 - Laman web ini, http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm telah diakses pada 11 Oktober 2011, jam 11.56 malam.
    3 - Ahmad Mohd Salleh, (2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF : Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd, m.s. : 271.

    Dijawab oleh :
    Zul Hasanain bin Hasim
    Pismp PA/BI/BA 1 sem 2

    BalasPadam
  17. Dikemaskini pd 12 Okt.2011. Terima kasih di atas usaha anda mencari ilmu.

    BalasPadam
  18. Perbezaan antara RPH dan RPS :
    Rancangan pengajaran semester adalah merupakan rancangan kerja yang dibina daripada rangka kerja setahun satu semester atau penggal. Rancangan ini juga mengandungi:
    a) Objektif yang hendak dicapai dalam satu semester atau penggal.
    b) Senarai kemahiran yang disusun untuk dikuasai oleh pelajar bagi satu semester atau penggal.
    c) Rancangan ulangan untuk kemahiran tertentu bagi semester berikutnya agar pengukuhan penguasaan kemahiran benar-benar dikuasai oleh pelajar.


    Manakala, Rancangan Pengajaran Harian ialah pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara lebih terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif pelajaran mingguan yang ditentukan. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini mengandungi aktiviti dan perlaksanaan yang akan dilakukan guru semasa P&P di dalam kelas. Rancangan pengajaran harian ini mempunyai hasil pembelajaran dan pengajaran. Manakala rancangan pengajaran semester pula mempunyai cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Rujukan : Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi Dan Pedagogi Pendidikan . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
    Nama : Naimah bt Sulaiman
    Unit : Pai 1

    BalasPadam
  19. Rancangan Semester adalah berdasarkan takwim minggu persekolah. Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran Semester perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu sesi persekolahan bermula.
    Manakala, rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
    melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
    • Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
    • Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
    • Merancang pengajarannya
    • Menentukan strategi P&P
    • Menyediakan bahan bantu pengajaran
    • Menyediakan penilaian
    Nama:Fatin Masmerra Mat Jali
    Unit:Pai3

    BalasPadam
  20. WAN MOHD FAKHRUDDIN BIN W.IBRAHIM
    PISMP PA3

    pada pendapat saya perbezaannya ialah RPH dan RPS ialah yang pertamanya :

    RPH adalah rancangan yang perlu di buat setiap hari dan bertujuan untuk melaksanakn P&P dengan sistematik dan licin. selain itu RPH juga boleh melihat sejauh mana murid dapat menguasai tajuk tajuk yang di ajar dengan membuat penilaian.

    RPS pula adalah satu rekod di mana menceritakan satu semester kita mengajar. ia juga di buat untuk merangka apa yang hendak di ajar dalam setiap semester. RPS lebih ringkas kerana hanya perlu buat satu kali dalm satu semester, berbeza dengn RPH yang perlu di buat setiap hari. :)

    Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :
    • Hari
    • Tarikh
    • Matapelajaran
    • Kelas
    • Masa
    • Tajuk
    • Objektif
    • Kemahiran yang ingin dicapai
    • Aktiviti
    • Refleksi

    Rancangan pengajaran semester pula merupakan rujukan dalam membuat rancangan pengajaran harian. Rancangan tahunan ini merangkumi temph 6 bulan. Rancangan pengajaran tahunan merangkumi butir-butir seperti berikut :
    • Tajuk/bidang pembelajaran
    • Objektif/kemahiran
    • Hasil pembelajaran yang dihasratkan
    • Bilangan minggu
    • Catatan


    http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm

    Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi Dan Pedagogi Pendidikan . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    BalasPadam
  21. Rancangan Pelajaran Semester :

    - Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.
    - Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.

    Butiran yang perlu ada ialah :
    - Mata pelajaran
    - Minggu
    - Tajuk/isi
    - Objektif
    - Kemahiran
    - Nilai dan
    - bahan bantuan mengajar

    Rancangan Pelajaran Harian:

    - Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
    Butiran yang perlu ada ialah :
    - Hari dan tarikh
    - Mata pelajaran dan tingkatan
    - Masa
    - Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
    - Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

    rujukan:Muhamad Khairi. 2008
    SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting,PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
    http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm

    NURUL NADIAH ZULKIFI
    PAI 3

    BalasPadam
  22. Rancangan Pelajaran Tahunan
    Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
    Butiran yang perlu ada ialah :
    Mata pelajaran
    Tingkatan
    Minggu
    Tajuk/isi
    Objektif
    Kemahiran
    Nilai dan
    bahan bantuan mengajar
    Rancangan Pelajaran Harian
    Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
    Butiran yang perlu ada ialah :
    Hari dan tarikh
    Mata pelajaran dan tingkatan
    Masa
    Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
    Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

    Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
    rujukan : http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm
    http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/definisi-rancangan-pengajaran-harian.html
    nama : muna wahida mohd noor pismp pai 1

    BalasPadam
  23. beza rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran semester ialah:

    Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaranpembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
    melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
    • Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
    • Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
    • Merancang pengajarannya
    • Menentukan strategi P&P
    • Menyediakan bahan bantu pengajaran
    • Menyediakan penilaian

    Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. Guru
    perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi
    persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran
    Semester/Tahunan perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu
    sesi persekolahan bermula.

    Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun
    atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan tahunan merangkumi :
    • Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran
    Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Senarai kemahiran-kemahiran.
    • Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
    • Rujukan sukatan pelajaran.

    rujukan:
    http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/DrHadi&Tan-Binder-RBT3105.pdf

    Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi
    Pensyarah,
    Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
    31150 Hulu Kinta,
    Perak Darul Ridzuan.
    haditun@gmail.com
    drhadi@ipip.edu.my

    dan

    En. Tan Beng Tiam
    Pensyarah,
    Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
    31150 Hulu Kinta,
    Perak Darul Ridzuan.

    -nur fatin safiqa binti masrial- pai3

    BalasPadam
  24. ISL 9: Huraikan satu perbezaan antara Rancangan Pengajaran Semester dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
    Satu perbezaan antara Rancangan Pengajaran Semester dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah tempoh bagi mencapai objektif yang hendak dicapai. Rancangan Semester mengandungi objektif yang hendak dicapai untuk tempoh satu semester atau penggal
    Rancangan harian pula merupakan pembahagian rancangan yang dibuat pada setiap hari secara terperinci. Rancangan ini dibuat berdasarkan objektif yang ingin dicapai pada minggu tersebut atau hari tersebut.

    Rujukan: Kamarul Azmi Jasmi, Ab.Halim Tamuri, 2011, Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit UTM Press, Johor Bahru.
    NOR SA’ADAH BINTI MOKTER
    PISMP PAI 1 SEM 2

    BalasPadam
  25. ISL 9 : SITI ZAHIRA BT MAHAT PISMP SEM 2 PAI 3

    RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
    Terdapat 5 ruangan.Bil,tajuk/topik,modul,interaksi model,jum.jam.Diambil mengikut sukatan pelajaran & hsp
    Tidak terdapat sudut ulasan sudut ruangan yang disediakan iaitu terdapat tiga ruangan.Ruangan pertama ialah kelas,masa dan mata pelajaran,ruangan kedua ialah kandungan dan ruangan yang ketiga iaitu impak atau catatan.
    Terdapat ulasan atau sudut impak dalam p&p
    DR.HADI :http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/DrHadi&Tan-Binder-RBT3105.pdf

    BalasPadam
  26. Encik Firdaus

    Rancangan Pelajaran Harian
    Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
    Butiran yang perlu ada ialah :
    Hari dan tarikh
    Mata pelajaran dan tingkatan
    Masa
    Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
    Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

    BalasPadam
  27. Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. Guru
    perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi
    persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran
    Semester/Tahunan perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu
    sesi persekolahan bermula.
    Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun
    atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan tahunan merangkumi :

    • Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran
    Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Senarai kemahiran-kemahiran.
    • Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
    • Rujukan sukatan pelajaran.

    Manakala Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaranpembelajaran
    yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
    melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
    • Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
    • Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
    • Merancang pengajarannya
    • Menentukan strategi P&P
    • Menyediakan bahan bantu pengajaran
    • Menyediakan penilaian
    Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah
    • Menentukan objektif pengajaran tercapai.
    • Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
    • Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
    • Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
    • Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
    • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
    • Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
    • Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn
    dan bersistem.

    rujukan : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    dari : Muhammad Hafizillah Bin Ibrahim
    PISMP PAI1 SEM 2

    BalasPadam
  28. terdapat banyak perbezaan antara rancangan pengajaran semester (RPS) dan rancangan pengajaran harian (RPH)tetapi secara amnya boleh saya perkatakan disini ialah :

    Rancangan pengajaran semester merupakan rancangan kerja yang dihasilkan daripada rancangan kerja setahun bagi satu semester atau penggal. dimana, guru boleh mengetahui apa objektif yg ingin dicapai oleh murid dalam tempoh semester tersebut. manakala,

    Rancangan pengajaran harian merupakan pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian secara terperinci. RPH akan ditulis oleh guru setiap masa pengajarannya,guru perlu mencatat apa aktiviti yang dijalankan di dalam waktu pnp seperti aktiviti yg dijlnkan, nilai yg diperoleh, hasil pmbljaran dan RPH ini akan dikumpul dan disemak oleh guru besar pd setiap minggu...
    sekian trima kasih..

    rujukan :http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish1/page2.html

    daripada :
    SYAFAWATI BT HASHIM
    PAI 3 SEM 2

    BalasPadam
  29. RPS adalah merupakan rancangan kerja yang dibina daripada rangka kerja setahun satu semester atau penggal. Ia mengandungi:

    -Objektif yang hendak dicapai dalam satu semester atau penggal.
    -Senarai kemahiran yang disusun untuk dikuasai oleh pelajar bagi satu semester atau penggal.
    -Rancangan ulangan untuk kemahiran tertentu bagi semester berikutnya agar pengukuhan penguasaan kemahiran benar-benar dikuasai oleh pelajar.


    Manakala, RPH ialah pembahagian rancangan kerja mingguan kepada harian dengan lebih terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari. Antara kandungannya ialah:

    Hari dan tarikh, Mata pelajaran dan kelas, masa, bilangan murid, tajuk, kemahiran yang ingin dicapai, pengetahuan sedia ada, hasil pembelajaran, kemahiran berfikir penerapan nilai, bbm dan juga langkah pengajaran beserta aktiviti yang dijalankan dan impak/refleksi.

    Ahmad Mohd Salleh,(2008), Pengajian Agama Islam dan j-QAF, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan,Shah Alam:Oxford Fajar

    (FARAH WAHEEDA BT JOHIR)
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  30. Rancangan pengajaran semester adalah sebahagian daripada rancangan pengajaran tahunan. Ia dirancang berasingan untuk tempoh setahun iaitu sebanyak 2 kali. RPS ditulis untuk tempoh masa 6 bulan. Dalam rancangan pengajaran ini mengandungi objektif yang hendak dicapai untuk satu semester atau penggal. Perkara yang perlu ada dalam penulisan RPS ialah semester , minggu , bidang , tajuk , isi pembelajaran , kemahiran , kaedah , bahan bantu mengajar dan catatan.
    manakala RPH hanya ditulis untuk tempoh masa sehari sahaja. Biasanya RPH ditulis sehari sebelum guru menjalankan proses P&P. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif mingguan yang ditentukan. Perkara yang terdapat dalam penulisan RPH ialah pengetahuan sedia ada , hasil pembelajaran , aras, penerapan nilai , penggabung jalinan, bahan bantu mengajar, kemahiran berfikir , langkah, isi pengajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
    sumber :
    1- Ahmad Mohd Salleh,(2008), Pengajian Agama Islam dan j-QAF, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Shah Alam:Oxford Fajar.
    2- Ustaz Asyraf Ridwan bin Ali. Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Terengganu.
    3- En. Mohamad Shahril Izwan bin Mustafa
    Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi, Beluran Sabah

    BalasPadam
  31. Rancangan pengajaran semester adalah sebahagian daripada rancangan pengajaran tahunan. Ia dirancang berasingan untuk tempoh setahun iaitu sebanyak 2 kali. RPS ditulis untuk tempoh masa 6 bulan. Dalam rancangan pengajaran ini mengandungi objektif yang hendak dicapai untuk satu semester atau penggal. Perkara yang perlu ada dalam penulisan RPS ialah semester , minggu , bidang , tajuk , isi pembelajaran , kemahiran , kaedah , bahan bantu mengajar dan catatan.
    manakala RPH hanya ditulis untuk tempoh masa sehari sahaja. Biasanya RPH ditulis sehari sebelum guru menjalankan proses P&P. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari dan dibentuk berdasarkan objektif mingguan yang ditentukan. Perkara yang terdapat dalam penulisan RPH ialah pengetahuan sedia ada , hasil pembelajaran , aras, penerapan nilai , penggabung jalinan, bahan bantu mengajar, kemahiran berfikir , langkah, isi pengajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
    sumber :
    1- Ahmad Mohd Salleh,(2008), Pengajian Agama Islam dan j-QAF, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Shah Alam:Oxford Fajar.
    2- Ustaz Asyraf Ridwan bin Ali. Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Terengganu.
    3- En. Mohamad Shahril Izwan bin Mustafa
    Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi, Beluran Sabah
    NORAINI BINTI AHMAD
    PISMP PAI 2 SEM 2

    BalasPadam
  32. nurul faizah umar.

    Rancangan Kerja Tahunan

    Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan). Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan.

    Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.



    Rancangan Pelajaran Harian
    Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
    Butiran yang perlu ada ialah :
    Hari dan tarikh
    Mata pelajaran dan tingkatan
    Masa
    Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
    Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi.

    sumber :http://notapismp.blogspot.com/2010/09/rancangan-kerja-tahunan.html/6:04
    http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm/6:04

    BalasPadam
  33. Satu perbezaan: kandungan yang terdapat pada jadual paksi melintang dan paksi menegak.
    - Bagi Rancangan Pengajaran Semester
    Pada paksi melintang:
    1. Bidang/tajuk
    2. Isi pembelajaran
    3. Hasil pembelajaran
    4. Cadangan pengalaman pembelajaran
    Pada paksi menegak:
    1. Minggu

    - Bagi Rancangan Pengajaran Harian
    Pada paksi melintang:
    1. Penulisan isi
    2. aktiviti pengajaran dan pembelajaran
    3. catatan/alatan.
    Pada paksi menegak:
    1. kemahiran menulis pendahuluan
    2. set induksi
    3. langkah-langkah
    4. penutup

    rujukan:

    Ahmad Mohd Salleh,(2008), Pengajian Agama Islam dan j-QAF, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Shah Alam:Oxford Fajar.

    NURUL HUSNA BINTI ABDUL MUTALIB
    PAI2

    BalasPadam
  34. Rancangan Pengajaran Semester
    1) Rancangan pengajaran semester merupakan rancangan kerja yang dibina daripada rancangan kerja setahun bagi satu semester.
    2) Senarai kemahiran yang disusun adalah untuk dikuasai oleh murid bagi satu semester.

    Rancangan Pengajaran Harian
    1) Rancangan pengajaran harian merupakan rancangan kerja mingguan kepada harian secara terperinci.
    2) Senarai kemahiran yang disusun adalah untuk dikuasai oleh murid pada hari pengajaran tersebut.

    Rujukan:
    Ab, Halim Tamuri, Kamarul Azmi Jasmi, (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, m.s.: 222-223

    NOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR
    PISMP PAI 2

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum w.b.t

    Jawapan ISL 9

    • Rancangan Pelajaran Semester
    o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
    o Butiran yang perlu ada ialah :
    Mata pelajaran
    Tingkatan
    Minggu
    Tajuk/isi
    Objektif
    Kemahiran
    Nilai dan
    bahan bantuan mengajar

    • Rancangan Pelajaran Harian
    o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
    Hari dan tarikh
    Mata pelajaran dan tingkatan
    Masa
    Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
    Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

    Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematiK membolehkan guru :
    a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
    dirancang
    b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
    yang diperuntukkan
    c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar
    d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu
    e. Merancang aktiviti murid-murid
    f. Mengawal bilik darjah dengan baik
    g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
    h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
    i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
    j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
    dengan teratur
    k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
    pengajaran
    l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
    pembelajaran
    m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
    dan pembelajaran
    Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.


    Sumber rujukan

    Mohd, Ali. Persediaan Mengajar, Pengajaran Makro dan Mikro. Didapatkan dari Scribd: http://www.scribd.com/doc/12404620/RANCANGAN-PENGAJARAN-HARIAN-MAKRO-DAN- MIKRO

    ::NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB::
    ::PAI 2::

    BalasPadam
  36. Rancangan tahunan mata pelajaran biasanya dijadikan rancangan untuk dua semester tahun pelajaran yang berkenaan. Rancangan semester merujuk kepada rancangan kerja yang disediakan untuk satu-satu semester. Butir-butir dalam rancangan semester termasuk topik-topik yang perlu diajar mengikut setiap minggu sepanjang tahun. Dalam menyediakan rancangan semester, perkara seperti cuti sekolah, cuti am, cuti peristiwa sekolah dan aktiviti-aktiviti dalam takwim sekolah perlu diambil kira. Dalam menyediakan rancangan semester langkah-langkah berikut perlu diikuti:
    1.membuat draf Sukatan Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah topik dan subtopik yang perlu diajar sepanjang tahun.
    2. agihkan topik dan subtopik yang perlu diajar kepada dua semester;
    3. masukkan topik yang perlu diajar sepanjang semester dengan mengambil kira cuti sekolah dan aktiviti-aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah dalam takwim sekolah

    Rancangan pengajaran harian (RPH)
    adalah rancangan yang menerangkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran mengikut subjek yg diajar berpandukan RPS dan HSP yang telah ditetapkan dan diselaraskan...

    Farah Diana bt Abu Bakar pai 2

    BalasPadam
  37. Rancangan Pengajaran Semester
    Berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan,guru dikehendaki menyusun satu Rancangan Pengajaran selama tempoh minggu Latihan Mengajar. Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan guru mengaturkannya.

    Persediaan Mengajar Harian
    Rancangan ini mestilah disediakan sehari sebelum mengajar dan perlu dituliskan mengikut format yang disediakan. Setiap mata pelajaran yang akan diajar pada hari berkenaan mestilah dibuat rancangan pengajarannya. Jika guru merancang untuk mengadakan ujian pada waktu berkenaan, ruangan ini perlu juga dituliskan. Sebagai panduan bagi menulis persediaan pengajaran harian mengikut subjek-subjek tertentu

    Sumber : www.usm.my/education/lm/2005/panduan.doc

    Daripada : SITI KHADIJAH BT MAT ESA ( PAI 1 )

    BalasPadam