Rabu, Disember 25, 2013
Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2014
Alam persekolahan bagi Tahun 2014 bakal menjelang.. guru-guru mula sibuk bermesyuarat bagi perancangan tahun hadapan.. ada yang sehari suntuk, namun ada yang berhari-hari.. Alhamdulillah anak kedua ambe pon akan memulakan Tahun 1 pada bulan Januari nanti..
Kepada yang memerlukan, kat sini ambe pamerkan Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2014.. Cuti dah habisss... Selamat menyambungkan tugas demi negara dan anak bangsa tercinta..
Kepada yang memerlukan, kat sini ambe pamerkan Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2014.. Cuti dah habisss... Selamat menyambungkan tugas demi negara dan anak bangsa tercinta..
Rabu, Disember 18, 2013
Kaedah Pengejaan Tulisan Jawi PUEJBM
Sebelum
ini MJ telah memaparkan kaedah pengajaran Jawi yang sering dialpakan
oleh segelintir pengamalnya ketika mengajar bidang ini. Mereka lebih
seronok dan menekankan kaedah-kaedah lain yang diketahui. Kali ini pula
MJ ingin mengetengahkan kaedah pengejaan tulisan jawi berdasarkan
Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM).
Berdasarkan
Buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2008)
telah diterbitkan dengan mengetengahkan beberapa kategori kaedah utama
ejaan jawi iaitu ejaan lazim, ejaan tradisi, ejaan mengikut hukum, ejaan
lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Kaedah pelengkap ejaan
juga diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran, penggunaan
huruf hamzah dan ejaan imbuhan.
- Kaedah Tradisi ; Kaedah pengejaan yang masih mengekalkan sistem baris sekurang-kurangnya pasa satu suku kata yang dilambangkan sebagai vokal yang tidak mengikut pengkaedahan Lazim ataupun Hukum. Contoh : Perkataan ADA, TIADA, PADA, LIMA dan sebagainya.
- Kaedah Lazim ; Kaedah pengejaan yang menggunakan sistem vokal kecuali e Pepet, Homograf, dan bunyi [aa] pada satu suku kata yang bermula dengan [wau] seperti wang.
- Kaedah Mengikut Hukum ; Kaedah pengejaan yang mengikut Hukum yang telah ditetapkan seperti Hukum DARLUNG, Hukum KA dan GA, Hukum -RAMA, dan Hukum HA & AHA.
- Kaedah Lampau Hukum ; Kaedah pengejaan yang tidak mengikut dan terkeluar daripada hukum-hukum di atas seperti perkataan [PEHA] dan [MAHA].
- Kaedah Ejaan Pinjaman ;
- Kaedah Serapan ;
- Kaedah Akronim ;
[bersambung.. akan dikupaskan lagi..]
Ahad, Disember 15, 2013
Tips 7 Jawi Muallim : Isu Serapan - BA vs BI
Tulisan jawi sebagaimana Bahasa Melayu tidak dapat tidak turut dipengaruhi oleh perkataan serapan Bahasa Inggeris/ Asing dan Bahasa Arab. Walau bagaimanapun tidak semua yang mengetahui semua perkataan serapan tersebut dan asal-usulnya. Pengecaman perkataan serapan ini sering dilakukan secara mengecam huruf-huruf indentiti kedua-dua bahasa tersebut. Lihatlah perkataan serapan yang MJ bawakan kali ini..
Sabtu, Disember 14, 2013
Tips 6 Muallim Jawi : Imbuhan Ke.., Se.., & Di...
Alhamdulillah.. Isu yang cuba MJ ketengahkan pada kali ini ialah isu imbuhan [se, ke, & di]. Kaedah pengejaan imbuhan awalan ini cukup mudah iaitu perlu diletakkan huruf HAMZAH di atas huruf ALIF. Sekilas pandang, cukup mudah. Namun jika kita tidak peka atau tersilap langkah, maka kita akan tersalah mengeja. Konsep huruf HAMZAH di atas huruf ALIF ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh pada ketiga-tiga imbuhan tersebut walaupun kata dasarnya tidak berbunyi [aaa].
Di sinilah punca kesilapan ejaan sering terjadi. Bagi mengeja perkataan [KE ATAS, SEUTAS, DI ATAS] dan seumpamanya, tidaklah menjadi satu permasalahan yang besar untuk dieja jawi. Namun jika ejaan yang melibatkan bunyi [iii]pun perlu diletakkan huruf HAMZAH di atas huruf ALIF akan cukup mengelirukan pengguna tulisan ini. Justeru kita perlu jelas dan memahami hukum ini sebaik-baiknya. Bagaimanakah pelajar akan membaca perkataan tersebut? Keinginan atau keainginan.. Seikat atau seaikat.. Mungkin matlamat menghalalkan cara bagi menyeragam kaedah yang sistematik ini. Namun ia cukup terkesan, pelik dan penuh tanda tanya. Moga ianya tidak mengelirukan pelajar terutama murid di sekolah rendah.
Tips 5 Muallim Jawi : Implikasi Imbuhan Akhiran Pada Bunyi [aa], [ii], & [uu]
Bersua lagi... Kali ini MJ ingin membangkitkan isu huruf [ALIF, WAU dan YA] yang berperanan bunyi (aa, ii, uu) pada hujung perkataan yang bersambung dengan Imbuhan Akhiran.
Apabila kata dasar bersambung dengan imbuhan akhiran, maka huruf yang 'hilang' akan dikembalikan semula.
Sebagai contoh; perkataan [ADANYA], [APAKAH] dan lain-lain dikembalikan huruf ALIF sebelum imbuhan akhiran; perkataan [ITUKAH] juga dikembalikan huruf WAU sebelum imbuhan akhiran; dan perkataan [INILAH] juga dikembalikan huruf YA sebelum imbuhan akhiran. Begitulah keadaannya KECUALI bagi ejaan [KEPADA, DARIPADA, PADA] yang tetap kekal tidak mengalami perubahan ejaan walaupun berlaku penambahan imbuhan akhiran. Selamat meneroka..
Sebagai contoh; perkataan [ADANYA], [APAKAH] dan lain-lain dikembalikan huruf ALIF sebelum imbuhan akhiran; perkataan [ITUKAH] juga dikembalikan huruf WAU sebelum imbuhan akhiran; dan perkataan [INILAH] juga dikembalikan huruf YA sebelum imbuhan akhiran. Begitulah keadaannya KECUALI bagi ejaan [KEPADA, DARIPADA, PADA] yang tetap kekal tidak mengalami perubahan ejaan walaupun berlaku penambahan imbuhan akhiran. Selamat meneroka..
Tips 4 Muallim Jawi : Hamzah di bawah Alif [ إ ]
Assalamualaikum wbt.. kali ini MJ ingin membawa para pembaca melihat isu HAMZAH di bawah ALIF. Bagaimana kita mengeja perkataan IBU, INGIN, IKAN dan sebagainya ? Kalau dahulu sebarang perkataan yang berbunyi i (eee), kita akan mengejanya dengan cara HAMZAH di bawah ALIF. Namun kini tidak lagi..
Berdasarkan sistem ejaan jawi yang dikeluarkan oleh DBP sama ada PEJYD ataupun PUEJBM, hanya 3 situasi sahaja membenarkan kita menggunakan HAMZAH di bawah ALIF. Pertama; mengeja perkataan ISLAM, Kedua; Eh!, dan Ketiga; [e- ......]seperti e-DAGANG, e-EKONOMI, dan lain-lain. Selain daripada itu, ejaan [i.....] tidak diletakkan hamzah di bawah alif. Contohnya perkataan ikan, ibu, dan sebagainya.
Jumaat, Disember 13, 2013
Tips 3 Muallim Jawi : Imbuhan BER (Berikut)
Kali ini MJ ingin mengajak para pembaca terutamanya penguna rutin tulisan jawi khususnya bagi guru agama ataupun bakal guru bagaimana ingin menulis perkataan BERIKUT. Ramai daripada kalangan kita yang tersilap ketika mengeja perkataan tersebut dalam tulisan jawi. Kebanyakan daripada mereka mengeja BERI-KUT, sedangkan yang sepatutnya dieja ialah BER-IKUT. Perlu diingat ketika menambah imbuhan awalan BER pada kata dasar, mereka perlu mengeja kata dasar dahulu barulah dieja imbuhan. Bukan terus mengeja perkataan tersebut berdasarkan sebutan semata-mata. Cuba eja TERIKAT. Acu try test yaa...
Ikhlaskah solatku?
"Hari ini ustazah nak tanya, siapa solat subuh pagi tadi?" Tanya ustazah Fatimah sambil memandang murid-muridnya. Sebahagian besar murid mengangkat tangan. Yang tak mengangkat tersenggeh-senggeh sambil menunduk kepala. Malu.., mungkin. Atau terlupa masa pertama hari ni masa ustazah, bisik hati kecil.
Tiba-tiba Sabri bersuara, "ustazah.. kalu saya solat kerana ustazah suruh tentu tak ikhlas. Solat tak ikhlas, Allah tak terima..". Ustazah Fatimah memandang Sabri sambil tersenyum. Si Sabri.. memang suka menjawab.. nakal dari duluu tak habis-habis.
Tanya ustazah Fatimah lagi, "habis tuu.. tak payah solatlah? Kena tunggu ikhlas duluu yaa Sabri?. Usik ustazah.. Sabri menepuk dahi sambil bisik hatinya, "terkena aku kali ni...". Rakan-rakan lain tergelakk kecil...
"Ustazah nak tanya lagi.. macam mana nak tau solat kita ikhlas atau tidak?"
"Siapa dapat jawab, ustazah belanja hari ini.." Semua diam beribu bahasa. Masing-masing termenung. Ada yang memandang ke atas, merenung ke luar tingkap.. susah benar soalan KBKK ustazah kali ini. Benar-benar menjana idea..
Ustazah Fatimah tersenyum sambil berkata, "tak blehh jawab ker? Haa.. tu tandanya selama ni solat kamu tak ikhlas.."
"Macam mana nak tahu solat kita ikhlas ke tak ustazah?" tiba-tiba tanya Aminah.
Ustazah Fatimah pun bertanya lagi.."ustazah nak tanya. Apa perbuatan kamu, perbuatan kita semua yang paling ikhlas? semua orang buat dengan ikhlas.. tiada orangpun buat aktiviti ni taak ikhlas.. mesti ikhlass."
Aminah menjawab, "senyum ustazah".
Abu yang tembam menjawah, "makan ustazah". Riuh-rendah kelas seketika. Semua tahu Abu memang kuat makan.
"Tiduurrr..."
"Tolong ustazahhhh..."
"Mancingggg.."
"Beraakkkk..", tiba-tiba Sabri bersuara dengan kuat. Sekali lagi kelas gamat dengan ketawa. Riuh-rendah jadinyaaa.. Masing-masing gelakkan si Sabri yang nakal tuu..
Ustazah Fatimahpun menyampukk "Betul tuu.. Sabri". Jawapan yang menghentikan ketawa mereka semua. Itu jawapannnya, tiada jawapan lain ker, bisik hati kecil merekaa. Ustazah ni nak kenakan kita lagi laa tuu.. Ustazah Fatimahpun bertanya lagi, "ada yang taak ikhlas membuang air?" Semua menggeleng kepala.
Itulah antara perbuatan kita yang ikhlas. Ada lagi yang lain seperti meludah.. Semua orang buat dengan habis ikhlas bukan. Tiada simpan separuh-separuh atau sikitt sikit. Apa perasaan kita bila dah selesai buat #x&*%? Puasss hatii bukan? Legaa.. Itulah rasanyaa ikhlass.. Tak macam kita derma duit kita. Ada RM100 kita derma RM10 ajerr bukan.. Silap-silap rasa menyesall pulakk..
Itulah hebat dan bijaksanaNYA Allah Taala. Dia telah memberikan contoh yang jelas kepada kita. Benda kotor, jijik, yang tak suka.. kita boleh buat dengan ikhlas, kenapa pula solat kita tak boleh buat dengan ikhlas? Solat itukan kerja yang mulia, suci... Kalau perbuatan yang jijik kita boleh buat dengan ikhlas, sepatutnya solat yang mulia itu berganda-ganda kita boleh buat dengan ikhlas..
"Lepas ni.. tau nak solat dengan ikhlas macama mana?" tanya ustazah. Murid-murid menggangguk kepala.. Ustazah Fatimah tersenyum bangga. Sekurang-kurangnya pelajarnya faham..
"Ikhlaskah solatku? Hmmmm... Ustazah memang besstttt...", bisik hati kecil murid-muridnya.
Rabu, Disember 11, 2013
Tips 2 Muallim Jawi : UJI vs JIN vs UJIAN
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah.. rasanya tips 1 dulu terlalu formal pula. Biarlah kali ini lebih santai.. lebih mudah dan mesra. Kali ini, MJ akan berdiskusi berkaitan dengan imbuhan pula. Bayangkan.. jika kita ada anak, ataupun adik ataupun murid di sekolah rendah. Lalu kita minta dia eja UJI dalam tulisan jawi, diejanya [alif-wau-jim-ya].Kemudian disuruh lagi mereka mengeja AN, diejanya [alif-nun]. Kitapun suruh mereka mengeja UJIAN.. Bagaimanakah yang mereka mengeja? Adakah [alif-wau-jim-ya-alif-nun] atau [alif-wau-jim-ya-nun] ?
Sudah tentu ramai yang mengeja [alif-wau-jim-ya-alif-nun] bukannya [alif-wau-jim-ya-nun]. Kenapa mereka boleh silap mengeja UJIAN. Malah mungkin orang ramai juga akan tersilap. Ini kerana mereka silap memahami konsep imbuhan AN dalam tulisan jawi. Imbuhan AN dalam jawi akan dieja berbeza mengikut kata dasar sebelumnya. Jika kata dasarnya berakhir dengan [ALIF] maka huruf ALIF dalam imbuhan AN akan ditukarkan kepada huruf HAMZAH. Jika kata dasarnya berakhir dengan [WAU] maka huruf ALIF dalam imbuhan AN akan dikekalkan. Jika kata dasarnya berakhir dengan [YA] maka huruf ALIF dalam imbuhan AN akan digugurkan. Juteru, kepada pengguna tulisan ini perlu memahami konsep ini bagi mengelakkan kesilapan ejaan khususnya bagi kata dasar berakhir dengan [ALIF] ataupun [YA]. Cubalah eja ketelitian ? Selamat mencuba.
Pengajaran Jawi Memiliki Kaedah Yang Khusus dan Tersendiri
Pengajaran Jawi mempunyai kaedah pengajaran yang khusus dan tersendiri. Namun ramai yang beranggapan kaedah mengajar jawi sama seperti kaedah pengajaran mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Tanggapan sebegitu kurang tepat. Kaedah pengajaran jawi yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah diberi pendedahan secara khusus kepada bakal-bakal guru Pendidikan Islam dan j-QAF (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006). Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah pandang sebut, kaedah huruf (abjad), kaedah bunyi (fonetik), kaedah mengeja/ membatang, kaedah imlak, kaedah latih tubi, kaedah permainan dan kaedah nyanyian.
Bil.
|
Kaedah
|
Huraian
|
1.
|
Pandang Sebut
|
· Membunyikan
perkataan atau suku kata berdasarkan gambar.
· Membunyikan ayat
berdasarkan gambar yang ada cerita.
· Tidak
memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf dan tidak mengeja.
· Kaedah paling
popular dalam pengajaran jawi dan menjimatkan masa guru.
|
2.
|
Kaedah Huruf (Abjad)
|
· Asas bacaan
ialah bunyi pada setiap huruf yang membentuk perkataan.
· Memperkenalkan
kesemua 37 huruf jawi, huruf vokal dan huruf konsonan.
· Cantuman huruf
konsonan vokal membentuk bunyi dalam suku kata seterusnya membentuk
perkataan.
· Membolehkan
murid dapat mengeja dan membaca semua perkataan.
· Mengambil masa
yang lama untuk mengeja setiap perkataan.
· Kaedah asas
yang paling tua digunakan.
|
3.
|
Kaedah Bunyi (Fonetik)
|
· Asas bacaan
yang menekankan hubungan simbol dan bunyi.
· Banyak
menggunakan teknik asiosasi bunyi dan asiosasi gambar seperti bunyi ‘eee’
bagi jijik dan ‘aa’ bagi pedas/ panas.
· Memperkenalkan
bunyi-bunyi asas dahulu sebelum memperkenalkan semua bunyi.
· Amat sesuai
diajar kepada kanak-kanak yang baru mengenali huruf jawi.
|
4.
|
Mengeja/ Membatang
|
· Mengeja dengan
menyebut satu demi satu huruf yang membentuk suku kata.
· Mengeja dan
membunyikan huruf secara individu, kumpulan dan kelas.
· Menggabungkan
suku kata dieja dan membentuk perkataan.
· Mengeja dan
menulis perkataan yang dibentuk.
|
5.
|
Imlak
|
· Melibatkan
kemahiran mendengar dan menulis secara mekanisme.
· Menyalin unit
bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat ataupun wacana.
· Membaca dengan
suara yang lantang sumber yang ditulis.
· Menggunakan
kemahiran mendengar dengan jelas dan melatih kemahiran menyebut dengan
intonasi yang betul.
|
6.
|
Latih-tubi
|
· Juga dikenali
dengan kaedah ulangan, tikrar dan amat hampir dengan kaedah hafazan.
· Aktiviti
mengulangi fakta dan kecekapan kemahiran yang dipelajari.
· Mampu mencapai
taraf penguasaan kemahiran dan mengekalkannya.
|
7.
|
Permainan
|
· Satu kaedah
melatih murid dengan menarik dan praktis.
· Dapat
mengembangkan banyak kemahiran murid-murid.
· Amat sesuai
dengan murid-murid peringkat rendah.
· Amat berkesan
dalam memupuk minat, tujuan dan impak pengajaran.
|
8.
|
Nyanyian/ Nasyid
|
· Selari dengan
minat dan tahap murid sekolah rendah yang sangat suka menyanyi/ bernasyid.
· Perlu
disesuaikan dengan isi kandungan pengajaran seperti lagu ‘aa, ba, ta’ dan
‘Rasa Sayang Jawi’.
· Amat berkesan
dalam membantu murid-murid mengingati, huruf-huruf jawi dan mengeja
perkataan.
|
Walaupun
guru diminta memilih pendekatan dan kaedah yang paling sesuai bagi proses pengajaran
dan pembelajaran mereka. Tidaklah bererti mereka hanya perlu menggunakan
satu-satunya kaedah yang difikirkan terbaik dalam setiap pengajaran dan
pembelajaran. Bahkan pengajaran dan pembelajaran yang baik akan mempelbagaikan
penggunaan kaedah dalam setiap langkah pengajaran. Justeru pemahaman guru
terhadap setiap pendekatan dan kaedah yang digunakan perlu jelas, betul dan
mantap.
Bagi
menjamin keberkesanan Model Kelas Pemulihan Jawi pula, guru-guru jQAF amat
digalakkan menggunakan kaedah permainan dan nyanyian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka. Justeru itulah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
membekalkan berbagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada guru-guru j-QAF untuk
diaplikasikan di dalam kelas Pemulihan Jawi. Antara bahan permainan yang
dibekalkan ialah permainan Boling, Tenteng, Kad Huruf, Kereta Api, Pancing
Ikan, Rumah Merpati dan Senawi atau Sahibba (Kementerian Pelajaran Malaysia
2006).
[Rujukan : Asyraf Ridwan 2013 - Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013]
Tips 1 Muallim Jawi : KVKV-KVKV+Imbuhan
Alhamdulillah, insyaallah ruangan Muallim Jawi akan cuba membincangkan
beberapa isu yang sering menjadi kekeliruan dan tanda tanya bagi
pengguna dan pendokong tulisan ini. Isu yang ingin disentuh pada kali ini ialah berkaitan dengan kata dasar berganda yang berpola KVKV dan Vokal terakhirnya huruf alif yang bersambung dengan imbuhan.
Sebagai contoh ejaan [SAMA], [KATA], dan yang seumpamanya apabila diganda dan menerima imbuhan akan dieja dengan pelbagai versi. Situasi sebegini akan mengelirukan sekiranya kita tidak memahami dan mempelajari sistem ejaan jawi yang terkini.
Perkataan jawi yang berpola KVKV dan Vokal akhir [alif] yang digugurkan akan dikembalikan (disisipkan) apabila menjadi perkataan tersebut berada di tengah-tengah antara imbuhan dan kata ganda kedua ataupun antara imbuhan awalan dengan imbuhan akhiran.
Begitulah tersusunnya sistem pengkaedahan ejaan jawi kini. Sekali dipandang, ia begitu sistematik, menarik dan efisen. Namun bagi murid sekolah rendah, ianya begitu mengelirukan. Bayangkan semata-mata untuk menulis ejaan SAMA sahaja pelbagai versi yang timbul akibat daripada sistem pengkaedahan yang telah ditetapkan. Sekejap ada [alif], sekejap tiada [alif] bagi perkataan yang sama. Mungkin bagi tahap pelajar sekolah menengah ataupun penuntut IPTA, ianya menjadi satu isu yang menarik untuk dibuat kajian. Di sinilah punca kesilapan dalam ejaan jawi. Ramai yang mampu membaca teks jawi namun tidak mampu untuk menulis atau mengeja akibat terkeliru. Alangkah baiknya jika ianya lebih mudah, lebih tetap tak berubah-ubah dan diselaraskan.
Begitulah tersusunnya sistem pengkaedahan ejaan jawi kini. Sekali dipandang, ia begitu sistematik, menarik dan efisen. Namun bagi murid sekolah rendah, ianya begitu mengelirukan. Bayangkan semata-mata untuk menulis ejaan SAMA sahaja pelbagai versi yang timbul akibat daripada sistem pengkaedahan yang telah ditetapkan. Sekejap ada [alif], sekejap tiada [alif] bagi perkataan yang sama. Mungkin bagi tahap pelajar sekolah menengah ataupun penuntut IPTA, ianya menjadi satu isu yang menarik untuk dibuat kajian. Di sinilah punca kesilapan dalam ejaan jawi. Ramai yang mampu membaca teks jawi namun tidak mampu untuk menulis atau mengeja akibat terkeliru. Alangkah baiknya jika ianya lebih mudah, lebih tetap tak berubah-ubah dan diselaraskan.
Langgan:
Catatan (Atom)