Kenalan

Isnin, Mac 05, 2012

Kemahiran Buku IQRA' : Siri 2

Sambungan daripada siri 1. Antara kemahiran IQRA' seterusnya yang perlu dikuasai oleh murid yang perlu diberi perhatian oleh guru jQAF adalah sebagaimana berikut ;
 
KEMAHIRAN 11 - 20:

11.  Alif Tidak Dibaca (huruf alif yang tidak dibunyikan pada bacaan - fokus IQRA' 3 : ms 18).
12.  Bacaan Panjang Pada huruf Ha' Dhammah (bezakan bunyi dengan sebutan makhraj yang betul -
       fokus IQRA' 3 : ms 19).
13.  Tanwin/ Berbaris Dua Diatas (hendaklah dibaca pendek dan alif dianggap tidak ada -
       fokus IQRA' 4 : ms 1).
14.  Tanwin Penuh/ Baris Dua Dibawah  (dibunyikan tanwin dengan sepenuhnya -  fokus IQRA' 4 :
       ms 3).
15.  Baris Dua Dihadapan (dibunyikan tanwin dengan sepenuhnya -  fokus IQRA' 4 : ms 4).
16.  Bunyi Mim Sukun (dibaca dengan mematikan sebutan huruf mim seraya menutup mulut melalui
       kaedah musyafahah -  fokus IQRA' 4 : ms 11).
17.  Nun Sukun/ Izhar Halqi (dibaca tanpa dengung - fokus IQRA' 4 : ms 14).
18.  Huruf Qalqalah (memperdengarkan bacaan huruf qalqalah dengan bunyi detakan yang kuat -
       fokus IQRA' 4 : ms 16).
19.  Bunyi Makhraj dan Sifat Huruf (membezakan bunyi huruf yang sama sifat dan makhraj - fokus
       IQRA' 4 : ms 21).
20.  Alif Lam Qamariah (bacaan dengan mematikan huruf Lam dan tidak dibunyikan huruf alif      
       sebelum Lam [bacaan alif tidak berfungsi apabila dibaca wasal] -  fokus IQRA' 5 : ms 1).


[~ bersambung di siri ketiga.]
Insy@@llah.. Mog@ Berjay@@@@..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan