Kenalan

Sabtu, Mac 31, 2012

Kemahiran Buku IQRA' : Siri 3

Sambungan daripada siri 2. Antara kemahiran IQRA' seterusnya yang perlu dikuasai oleh murid yang perlu diberi perhatian oleh guru jQAF adalah sebagaimana berikut ;
 
KEMAHIRAN 21 - 30:

21.  Mad 'Aridh LiSukun ; Ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun (mati), dengan panjang 2, 4, 6 
        harakat - fokus IQRA' 5 : ms 3).
22.  Mad Iwad ; Wakaf pada huruf tanwin di atas, dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang 2 
        harakat - fokus IQRA' 5 : ms 6)
23.  Wakaf Pada Ta' Marbutah ; Apabila diwakaf pada ta' marbutah, ia ditukar menjadi ha' sakinah 
        - fokus IQRA' 5 : ms 7)
24.  Mad Jaiz ; Tanda panjang lebih 2 harakat dan wau yang dianggap tiada pada bacaan  - fokus IQRA' 
        5 : ms 9)
25.  Nun dan Mim Wajibal-Ghunnah ; Nun atau Mim syaddah hendaklah didengung dengan kadar 2 
        harakat - fokus IQRA' 5 : ms 10)
26.  Idgham Maal Ghunnah ; Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan Nun dan Mim Syaddah - fokus 
       IQRA' 5 : ms 11)
27.  Alif Lam Syamsiah ; Apabila dibaca dengan huruf sebelumnya, alif dan lam tiada pada bacaan - 
       fokus IQRA' 5 : ms 12)
28.  Huruf Bertasydid ; Hendaklah ditekankan bacaannya - fokus IQRA' 5 : ms 14)
29.  Ikhfa; Syafawi ; Mim Sakinah bertemu dengan Ba - fokus IQRA' 5 : ms 19)
30.  Bacaan Allah Tebal ; Apabila sebelumnya berbaris fathah atau dhammah hendaklah dibaca tebal - 
       fokus IQRA' 5 : ms 22)
 
[~ bersambung di siri keempat.]
Insy@@llah.. Mog@ Berjay@@@@..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan