Kenalan

Jumaat, Mac 30, 2012

Fahaman Qadariah Muncul Kerana Salah Faham Konsep Beriman Dengan Qada' dan Qadar



Fahaman Qadariah lahir berteraskan kepada fahaman mengenai sifat Qudrat. Golongan ini mempercayai bahawa segala segala perbuatan manusia sama ada baik mahupun buruk lahir daripada usaha manusia itu sendiri tanpa sedikit pun campur tangan dan kaitan dengan Allah Taala.

Ma'abad bin Khalid al-Juhani dianggap orang yang pertama menyebarkan fahaman ini. Beliau merupakan seorang tabi'in yang dipercayai, namun akhirnya terpesong kerana terlalu banyak membicarakan persoalan mengenai qada' dan qadar. 

Antara kepercayaan Qadariah ;
  1. Fahaman Qadariah al-Khatibiah mempercayai alam ini diciptakan oleh Allah dan Rahmatullah (Nabi Isa a.s.).
  2. Setiap umat ada rasul masing-masing daripada kalangan mereka.
  3. Mempercayai tanasukh arwah iaitu perpindahan roh kepada jasad lain.
  4. Bertuhankan Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan