Kenalan

Sabtu, Mac 31, 2012

TAJUK 4 PIM3104 PPG KDRI

Tajuk 4 ; Aplikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Akidah Tahun 1 hingga 6 .


4.0 SINOPSIS


Dalam bahagian ini akan mengaplikasi strategi dan kaedah yang akan digunakan dalam Pendidikan Akidah Sekolah Rendah (PIM3104).


4.1 HASIL PEMBELAJARAN


Melalui pengajian bahagian ini, diharapkan para pelajar akan dapat menguasai beberapa perkara seperti berikut ;
  1. Menguasai strategi dan kaedah yang digunakan dalam Pendidikan Akidah Sekolah Rendah. 
  2. Menyenarai dan menghuraikan strategi dan kaedah yang sesuai.
  3. Merancang dan membina langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan kaedah yang dipilih..


4.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK


Merancang, menganalisis dan menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang ingin digunakan.



Kaedah ; 

Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif penyampaian yang tersusun.
  1. Menurut Mok Song Sang: Satu ciri tindakan yang sistematik dengan tujuan 
    mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.
  2. Kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.
  3. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif P & P.
  4. Hassan Langgulung: Kaedah bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.
     
 




Antara kaedah yang biasa digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran Aqidah sebagaimana berikut ;






Contoh aplikasi kaedah Bercerita :
  1. Wujudkan suasana yang sesuai
  2. Bahan-bahan bantu seperti gambar, kad, cd dan lain-lain boleh digunakan sebagai bahan sokongan untuk menyeronokkan murid
  3. Pilih tajuk cerita yang sesuai dengan minat serta kemampuan akal murid
  4. Cuba ingat isi cerita
  5. Semasa bercerita pastikan keadaan tubuh badan dalam kedudukan tenang
  6. Adakan suara dan gerak-geri yang sesuai
  7. Semasa bercerita, pandang ke arah murid secara bergilir-gilir
  8. Adakan variasi rangsangan dan bersoal jawab untuk mengekalkan minat murid
  9. Benarkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dari semasa ke semasa


 Contoh aplikasi kaedah Penyelesaian Masalah :

  1. Dedahkan murid kepada beberapa masalah yang hampir sama
  2. Pastikan aras kesukaran masalah yang seterusnya sesuai dengan kemahiran dan kebolehan murid
  3. Masalah itu perlu dianggap penting oleh murid
  4. Guru membantu murid mengenali sesuatu masalah
  5. Tentukan bahan rujukan mencukupi bagi kegunaan murid


~ SeMoGa BeRjAyA ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan