Kenalan

Jumaat, September 30, 2011

Dunia Tanpa Sempadan Tanda Keruntuhan Tamadun Insaniah

Globalisasi bermaksud proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebagai sebuah perkampungan yang kecil. Ia merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut Kamus Dewan, istilah 'Global' bermaksud mengenai dunia seluruhnya. Manakala 'Globalisasi' bermaksud fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Implikasi daripada arus globalisasi, dunia tidak lagi mempunyai sempadan sebagaimana yang terpapar dalam peta dunia. Ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat sama ada positif mahupun negatif.

Kesan positif ;
  1. Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
  2. Peluang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.
  3. Komunikasi yang lebih mudah dan murah.
  4. Peluang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi.
  5. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Kesan  negatif ;
  1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot.
  2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi semakin melebar.
  3. Pengabaian keperluan asas hidup dalam kalangan termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan.
  4. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.
  5. Terpengaruh dengan ekonomi ala-barat yang berteraskan kapitalisme.
  6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan nilai-nilai kerohanian

Bagi memastikan peradaban Malaysia ini mampu menangani arus globalisasi, kita harus mengekalkan nilai jati diri berteraskan peradaban Islam dan agama-agama lain yang dianuti oleh kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Hegemoni Membelenggu Minda Umat Islam

Dari segi terminologi hegemoni berasal dari perkataan Yunani 'hegeisthai' (to lead)  yang bermaksud pengaruh dan kekuasaan. Menurut Kamus Dewan  ia bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya.

Ia juga bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok yang lainnya dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar.

Gerakan Hegemoni Barat merupakan bentuk penjajahan baru dunia Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Usaha Barat untuk mengekalkan keunggulan kuasa dalam negara Islam tanpa menggunakan kuasa tentera dan senjata. Mereka berusaha mempromosikan hak asasi manusia, sistem pemerintahan, sistem kewangan dan perbankan di samping demokrasi ala Barat dengan matlamat untuk menjajah minda dan pemikiran umat Islam.

Institusi Kekeluargaan Antara Tamadun

Persamaan
  1. Unit asas pembentukan masyarakat dalam setiap tamadun dan agama.
  2. Setiap individu dikehandaki menghormati ahli keluarga masing-masing.
  3. Setiap anak diwajibkan mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa mereka.
  4. Bapa dan ibu bertanggungjawab mendidik dan membimbing anak mereka.

Perbezaan
  1. Konfucianisme : Pengabaian terhadap keluarga bertentangan dengan keadilan. Pentyingkan hubungan ‘li’: Maharaja dengan rakyat, bapa dengan anak, abang dengan adik, suami dengan isteri, kawan dengan kawan.
  2. Islam : kasih sayang dan hormat menghormati berasaskan hak dan tanggungjawab.

Teologi Antara Tamadun

Persamaan
  1. Semua ada konsep ketuhanan kecuali Budha (falsafah moral)
  2. Ada dokrin dalam kitab suci ; Islam (al-Qur’an), Hindu (Veda), Buddha (Tapitaka), Kristian (New Testament) dan Yahudi (Old Testament)
  3. Konsep Karma : Pembalasan setimpal (Budha - Hindu)

Perbezaan
  1. Manifestasi Ketuhanan : Islam (Tuhan Yang Esa), Kristian (Triniti), Hindu (Politiesme)
  2. Konsep ‘kelahiran semula’ dalam agama Hindu.

Interaksi Tamadun Melayu China

Hubungan China dengan alam melayu wujud sejak Dinasti Han (140 – 117 SM)
 
Pemerintahan Dinasti Tang (618-907M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui jalan laut dari Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya dan Jawa.
 
Hubungan paling gemilang ialah antara Kesultanan Melayu Melaka dengan Dinasti Ming dalam abad ke15.
 
Persahabatan antara Melaka dan China wujud apabila Laksamana Cheng Ho; seorang utusan Maharaja China sampai ke Melaka pada tahun 1405.
 
Hasil Interaksi ;
i. Bahasa dan Kesusasteraan:
bakmi, me, mesua, cincau, taugeh, kekwa, koyok, gincu, loting, pangkin, loceng. Apek, nyonya, taukeh, kongsi dll.


ii. Budaya dan Kesenian;

Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya di Melaka dan komuniti Cina peranakan di Kelantan.

Rabu, September 28, 2011

Matlamat Tamadun Islam

Matlamat Tamadun Islam PISMP/IPTA/PGSR KPLI/IPTS KDPM

Hubungan Manusia Dengan Pencipta

            i.     Pengiktiafan terhadap Maha Pencipta.
            ii.    Pengiktirafan terhadap keagungan pemerintahanNya dan kekuasaanNya.
            iii.   Pengiktirafan terhadap nikmat-nikmatNya.
            iv.   Cintakan Allah dan rasul sebagai matlamat hidup.
            v.    Memelihara akal fikiran.
            vi.   Dizahirkan melalui iktikad dan perbuatan ibadah.

Hubungan Manusia Dengan Manusia

            i.     Memelihara harta benda.
            ii.    Memelihara hak dan kebebasan.
            iii.   Memelihara maruah dan peribadi.
            iv.   Memelihara hak berfikir, beragama dan mengeluarkan pendapat.
            v.    Berlandaskan syariat yang telah ditetapkan.

Hubungan Manusia Dengan Alam

            i.          Perhubungan dalam bidang pengambilan kepentingan pengimarahan alam
sejagat.
            ii.         Perhubungan dengan binatang, laut, air dan  tumbuh-tumbuhan untuk faedah
bersama.
            iii.        Mengambil iktibar dan pengajaran sebagai bukti kebesaran dan kewujudan
Allah SWT.

Sumber Tamadun Islam

Sumber PISMP/IPTA/PGSR KPLI/IPTS KDPM
  1. AL-QUR’AN/ WAHYU
  2.  HADITH/ SUNNAH
  3. Akal/ Pemikiran
  • Penemuan/ Penciptaan Baru
  • Pengubahsuaian/ Penyempurnaan Semula

Prinsip Asas Ketamadunan

Prinsip/ Dasar PISMP/IPTA/PGSR KPLI/IPTS KDPM

·   Tamadun Islam mengambil sikap terbuka tetapi berwaspada supaya tidak mengadaikan prinsip-prinsip asas tamadunnya. [Afifah Abu Yazid, 2003: 32-33.]

·     Asas prinsip umum tamadun Islam merangkumi pengabdian diri kepada Allah, melaksanakan asas akidah, menegakkan keluhuran nilai kemanusiaan, mementingkan nilai kesucian dan keharmonian hidup serta melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. [Editor UM, 2009 : 53-54] 

Hubungan manusia dalam pembinaan tamadun ;
    1. Memelihara Nyawa
    2. Memelihara Akal Fikiran
    3. Maruah dan Keturunan 
    4. Memelihara Harta Benda 
    5. Memelihara Hak Kebebasan
    6. Memelihara Agama

Tamadun Menurut Sarjana Barat

1. Arnold Toynbee
Suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai 4 elemen; iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

2. Edward. B.Taylor (1974)
Suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

3. Will Durant
Peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi 4 elemen; iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

4. J.K. Fiebleman
Kepandaian mengeksplotasi material oleh masyarakat.

5. Max Weber
Kebudayaan kebendaan.

6. Edward Sullivian
Muslim civilization was the product of muslim religion.

7. Oswald Spengler
Tamadun barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.

Tamadun Menurut Sarjana Islam

1. Ibn Khaldun (m.1406)
Kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh  mempertingkatkan kualiti.

2. Sayyid Qutb (1966)
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai murni Islam.

 3. Said Hawa (1989)
Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu manakala Tamadun Jahiliyyah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

4. Umar Audah al-Khatib
Himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi,akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah. 
5. Muhammad Rasyid Redha
Agama adalah asas tamadun. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.
 
6. Muhammad al-Bahiy
Keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang mengambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik kesusasteraan dan lain-lain.

7. Al-Syirazi
Perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban kemajuan industri dan pembangunan ekonomi sesuatu Negara.

Definisi Tamadun

Definisi PISMP/PGSR dan Terminologi Tamadun KDPM
  • Tamadun berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu “tamaddun” yang pertama kali digunakan oleh Dr. Jurji Zaidan (m.1914), seorang sejarawan Arab beragama Kristian melalui bukunya yang berjudul Tarikh al-Tamaddun al-Islami pada tahun 1902M. (Beg 1985;28)
  • Dari segi morfologi Bahasa Melayu, peminjaman bulat-bulat daripada ‘tamaddun’ – dd- namun berlaku perubahan selepas digugurkan d yang kedua. (Munif Zariruddin Fikri Nordin;2003 : 4)
  • Dari segi semantik, perkataan “tamaddun” merupakan kata terbitan “maddana” yang bermaksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan ‘membangun suatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran’. (Ibrahim et al. 1960: 873) Dalam al-Mu’jam al-Wasit – ‘hidup dalam sesuatu suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju’(Ibrahim Mustafa et al. 1989: 859)
  • Manakala dari segi etimologinya, madana menerbitkan perkataan “madani” yang berasal daripada perkataan “deen” yang mengambarkan kehidupan beragama dan terpuji.
  • Penggunaan istilah berbeza namun disesuaikan dengan kefaham para pengkaji dalam usaha memahamkan masyarakat tentang peradaban Islam mengikut perkembangan zaman. [Abdul Rahman Nawas atl 1995 ; 2-3)
  • Antara perkataan lain yang merujuk kepada perkataan tersebut ialah :
  1. Perkataan “madaniyyah, umran dan hadarah”; digunakan oleh oleh Abu Nasir al-Farabi di dalam kitab al-Siyasah al-Madaniyyah pada abad ke-11.
  2. Perkataan “umran” dan “hadarah”; digunakan oleh Ibnu Khaldun (1332 – 1406) di dalam Muqaddimah kitab al-Ibar,,,,,,,,,, pada abad ke-14.  Menurut Marzuki Hj. Mahmood (1994; 49) “hadarah” adalah gambaran bagi kehidupan secara menetap pada tahap maju.
  3.  Perkataan “as-saqafah” yang bermaksud kebudayaan seperti cara hidup, cara berfikir dan cara bertindak sesuatu kelompok manusia.
  4.  Perkataan “civilization”; berasal daripada perkataan “civitas” (bahasa Latin) yang bermaksud bandar (city).M.A.J. Beg (1982). Edward B. Taylor (Britanicca, 1974; 657)
  5.  Perkataan “culture”; berasal daripada perkataan “colere” (bahasa Latin) yang bermaksud segala daya atau aktiviti manusia.
  6.  Perkataan “modern” dan “new and up to date” yang bermaksud baru, mutakhir dan terkini. (The Oxford Dictionary 1995)
  7.  Perkataan ‘madinah’  bermaksud bandar. [Mohd Liki Hamid 2003; 5]

Selasa, September 27, 2011

Aqidah Sebelum Hadirnya Islam

1.         Agama Hanif :
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar "Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2.         Agama Yahudi :
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa a.s. serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3.         Agama Nasrani :
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4.         Agama Wathani :
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5.         Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6.         Agama penyembahan Cekarawala :
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7.         Agama Animisme :
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10.       Kepercayaan Tahyul : 
  • Kepercayaan tangkal azimat 
  • Roh orang mati menjadi burung.
  • Percaya kepada ahli nujum.
  • Percaya kepada ahli sihir.
  • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
  • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
  • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.

11.       Kepercayaan Bangsa China :  
  • Kepercayaan Alam Sekitar :
  • Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.
  • Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :
  • Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.
  • Kepercayaan kepada Anak Syurga :
  • Kepercayaan  kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti  Chou mengamalkan  kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
  • Kepercayaan kepada dewa :
  • Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’.
  • Agama Buddha :
  • Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.
  • Ajaran Confuciusnisme :
  • Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.
  • Ajaran Toisme :
  • Diasaskan oleh Loa Tzi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

  12.       Kepercayaan Hindu :

Tidak dapat dipastikan pengasas yang sebenar. Namun agama Hindu terbentuk daripada falsafah ajarannya yang dikenali sebagai sastra dharma.  Ia digubal oleh manusia suci yang digelar sebagai Rsis yang bermaksud mansia suci atau ulama yang suci yang mendapat cahaya kebenaran.
Hasil daripada diskusi dan berbincangan para Rsis yang dilahirkan semula bersama fakta kebenaran yang dibawa akhirnya mencetuskan ilmu pengetahuan yang dikenali sebagai Sruti. Akhirnya ajaran Sruti dikemaskini dan dijadikan sebagai teks rujukan yang lengkap yang dipanggil sebagai Mantra. Mantra bukanlah buku, namun ia merupakan hasil daripada tulisan sruti dan juga meditasi golongan Rsis yang dinaikkan martabatnya ke taraf Muni ataupun Munnis. Ilmu pengetahuan Rsis dan Munnis seterusnya menempuhi proses tapas dan alokana yang akhirnya membentuk ajaraan hindu yang paling agung yang dikenali sebagai Mahat Bhutam.  Kemudian ilmu pengetahuan ini dihimpunkan sebagai himpunan ilmu pengetahuan dan kitab suci agama hindu yang diabadikan dalam kitab Veda (Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda).
   
Rsis yang masyhur ialah Andi Sanggara yang telah menyusub 72 kepercayaan hindu kepada 5 mazhab utama iaitu ;
  1.  Mazhab Saiva yang memuja Dewa Siva. Nama lainnya Sankara, Radra, mahadeva dan Nadrajah. Tanda penganutnya memiliki garisan abu suci panjang di dahi.
  2. Mazhab Vaisnava yang memuja Dewa Vishnu. Nama lainnya Narayan, Krishna dan Jagannaki@ Jagannatha. Tanda penganutnya memiliki garisan abu suci U di dahi.
  3. Mazhab Sakhta yang memuja Dewa Sakhti. Nama lainnya Kali, Durga dan Meenachi @ Meenadhi.Tertumpu kepada kaum wanita.
  4. Mazhab Ganaphaty yang memuja Dewa Ganapathy @ Ganesa. Berbentuk Gajah.
  5. Mazhab Saura yang memuja Dewa Suria @ Sura. Juga dikenali sebagaai Dewa Aditya. Menyembah matahari. Upacara utamanya ialah Thai Ponggal bererti Anak Dara yang Suci. Menghapuskan dosa melalui bersedekah kepada orang miskin.

13.       Kepercayaan Yunani Kuno :

Tidak dapat dipastikan pengasas yang sebenar. Namun falsafah Yunani berteraskan kepercayaan kepada dewa-dewi seperti Zeus, Apollo, Athena dan lain-lain lagi yang dipercayai menetap di Gunung Olympus. Di situlah mereka tinggal sebagai satu keluarga di bawah seorang dewa utama iaitu Zeus  yang dianggap Bapa dewa-dewa dan manusia. 
Zeus menguasai guruh, kilat dan taufan dan membuat alam bergoncang apabila sahaja rambutnya bergerak. Dewa Poseidon digambarkan sebagai dewa yang berambut biru tua, menguasai laut dan dewa kepada kuda-kuda. Apollo pula berambut perang membawa lyre dan menjadi penaung segala muzik dan desa penyembuh.Ares merupakan dewa peperangan, bergerak pantas dan menakutkan.Athena bermata kelabu tetapi bersinar - dewi segala pertukangan dan kemahiran.