Kenalan

Sabtu, September 10, 2011

Sang Yakin vs Si Percaya

Pada suatu hari, dua kembar seiras Sang Yakin dan Si Percaya berjalan-jalan mengelilingi kota. Lalu ramai yang menegur mereka seraya berkata; "kamu ni sama sahaja.. tak ada beza.."

Sang Yakin membalas teguran dan bisikan tersebut dengan tersenyum. Si Percaya diam seribu bahasa sambil berfikir di dalam hati; "Benarkah kami berdua berdua serupa tiada bezanya..?"

Akhirnya setelah penat berjalan-jalan, merekapun berhenti rehat di bawah sebatang pokok. Tiupan angin yang menyapa, mengamankan suasana. Tiba-tiba perut Sang Yakin berbunyi. Lantas Si Percaya ketawa mengejekk.. "tu laaa.. perut kamu tak reti diam.. asyik minta upah ajee... lapar sangatlah tuu.."
Sang Yakin diam seribu bahasa. 

"Pedulikan!!", bisik hati kecilnya. Sambil anak matanya mengekori setiap tubuh dahan batang pokok yang disandarnya.
"Ahh! itu dia.", katanya. Terpingga-pingga Si Percaya sambil menggosokkan mata yang hampir terlelap.
 Lalu Sang Yakin mengambil panahnya dan memanah tepat ke sasaran. Tepat mengenai sasaran. Sebiji mempelan yang ranum masak jatuh hampir ke atas kepala Si Percaya. Lantas Si Percaya bangkit, lalu melontar sebilah pisau ke arah Sang Yakin. Nasib baik sempat dielak..

Tika Sang Yakin mengupas kulit mempelam, Si Percaya bertanya,"Yakin, antara Yakin dan Percaya ada bezakah?"
Lalu Sang Yakin menjawab, "tentulah beza, aku abang, engkaukan adik", jawabnya. "Janganlah main-main", marah Si Percaya.. Lalu Sang Yakinpun diam sejenak.. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Sang Yakinpun bertanya, "Percaya! Kau percaya tak aku dapat panah buah mempelam ni dengan tepat?"
"Tentulah, baru tadi kau buktikan. Kaukan pemanah paling hebat dalam negeri ini..", Si Percaya menjawab.
"Betullll... kau percaya??" tanya Sang Yakin sekali lagi.
"Betullll.. betulll... betulllll...", jawab Si Percaya sambil mengaanggukkk kepala berkalii-kali.
Lalu sang Yakin meminta Si Percaya berdiri di seberang pokok sana, kira-kira 30 meter dari tempat dia berada. "Kau letak buah mempelam tu atas kepala", arah Sang Yakin.
"Kau nak buat apa?", tanya Si Percaya.
"Kau letak ajeeelahh...", jerit Sang Yakin."Jangan bergerakkk tauuu...", bagitaunya lagi. Lalu disasarkan anak panahnya ke arah buah mempelam betul-betul tepat di atas kepala Si Percaya. Tubuh Si Percaya menggigil. Mukanya pusa lesii.. Lantas Si Percaya menjeritt, "biar betulll ni.." Katanya ketakutan

"Diam!! Jangan bergerakkk..", Lalu dilepaskan anak panah daripada busurnya. "Zassss...!! ", bunyinya mendearu jantung yang bergolak. Tepat ke sasaran. Sebiji mempelam terpacah di batang pokok.. "Aikkkk.. di mana kau percaya??" 
Tiba-tiba muncul Si Percaya dari belakang semak sambil ketawa lesi. Gembira, kagum dan takut tak terkata.
"Kenapa kau lari?", tanya Sang Yakin. Lalu Si Percaya menjawab, "AKU PERCAYA KAU KAU DAPAT  PANAH DENGAN TEPAT. KAU PEMANAH NO. 1..  TAPIII.. AKU TAK YAKINLAHH.."

Lantas Sang Yakinpun menjawab, "Itulah bezanya antara Yakin dan Percaya. Sebab itu apabila kita cakap kita percaya kepada Allah sebagai Pencipta perlulah disertai dengan keyakinan. Percaya saja tidak mencukupii.. kenalah yakin. Itulah keimanan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. ", nasihat Sang Yakin. Si Percaya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju sambil menelan buah mempelam yang manis ituu.... 

~ara@ipgmkdri.edu.my~

1 ulasan:

  1. percaya ini adalah iman.tetapi yakin adalah satu satu berfikirlah wahai para ulamak jangan canggah yang menyebabkan bala ditimpakan,berfikirlah dengan hati yang terbuka.Wahai umat manusia Jangan jangan ikut iblis dan sekutunya.wasalam.

    BalasPadam