Kenalan

Jumaat, September 30, 2011

Hegemoni Membelenggu Minda Umat Islam

Dari segi terminologi hegemoni berasal dari perkataan Yunani 'hegeisthai' (to lead)  yang bermaksud pengaruh dan kekuasaan. Menurut Kamus Dewan  ia bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya.

Ia juga bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok yang lainnya dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar.

Gerakan Hegemoni Barat merupakan bentuk penjajahan baru dunia Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Usaha Barat untuk mengekalkan keunggulan kuasa dalam negara Islam tanpa menggunakan kuasa tentera dan senjata. Mereka berusaha mempromosikan hak asasi manusia, sistem pemerintahan, sistem kewangan dan perbankan di samping demokrasi ala Barat dengan matlamat untuk menjajah minda dan pemikiran umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan