Kenalan

Rabu, September 28, 2011

Definisi Tamadun

Definisi PISMP/PGSR dan Terminologi Tamadun KDPM
  • Tamadun berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu “tamaddun” yang pertama kali digunakan oleh Dr. Jurji Zaidan (m.1914), seorang sejarawan Arab beragama Kristian melalui bukunya yang berjudul Tarikh al-Tamaddun al-Islami pada tahun 1902M. (Beg 1985;28)
  • Dari segi morfologi Bahasa Melayu, peminjaman bulat-bulat daripada ‘tamaddun’ – dd- namun berlaku perubahan selepas digugurkan d yang kedua. (Munif Zariruddin Fikri Nordin;2003 : 4)
  • Dari segi semantik, perkataan “tamaddun” merupakan kata terbitan “maddana” yang bermaksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan ‘membangun suatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran’. (Ibrahim et al. 1960: 873) Dalam al-Mu’jam al-Wasit – ‘hidup dalam sesuatu suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju’(Ibrahim Mustafa et al. 1989: 859)
  • Manakala dari segi etimologinya, madana menerbitkan perkataan “madani” yang berasal daripada perkataan “deen” yang mengambarkan kehidupan beragama dan terpuji.
  • Penggunaan istilah berbeza namun disesuaikan dengan kefaham para pengkaji dalam usaha memahamkan masyarakat tentang peradaban Islam mengikut perkembangan zaman. [Abdul Rahman Nawas atl 1995 ; 2-3)
  • Antara perkataan lain yang merujuk kepada perkataan tersebut ialah :
  1. Perkataan “madaniyyah, umran dan hadarah”; digunakan oleh oleh Abu Nasir al-Farabi di dalam kitab al-Siyasah al-Madaniyyah pada abad ke-11.
  2. Perkataan “umran” dan “hadarah”; digunakan oleh Ibnu Khaldun (1332 – 1406) di dalam Muqaddimah kitab al-Ibar,,,,,,,,,, pada abad ke-14.  Menurut Marzuki Hj. Mahmood (1994; 49) “hadarah” adalah gambaran bagi kehidupan secara menetap pada tahap maju.
  3.  Perkataan “as-saqafah” yang bermaksud kebudayaan seperti cara hidup, cara berfikir dan cara bertindak sesuatu kelompok manusia.
  4.  Perkataan “civilization”; berasal daripada perkataan “civitas” (bahasa Latin) yang bermaksud bandar (city).M.A.J. Beg (1982). Edward B. Taylor (Britanicca, 1974; 657)
  5.  Perkataan “culture”; berasal daripada perkataan “colere” (bahasa Latin) yang bermaksud segala daya atau aktiviti manusia.
  6.  Perkataan “modern” dan “new and up to date” yang bermaksud baru, mutakhir dan terkini. (The Oxford Dictionary 1995)
  7.  Perkataan ‘madinah’  bermaksud bandar. [Mohd Liki Hamid 2003; 5]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan