Kenalan

Jumaat, September 30, 2011

Dunia Tanpa Sempadan Tanda Keruntuhan Tamadun Insaniah

Globalisasi bermaksud proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebagai sebuah perkampungan yang kecil. Ia merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut Kamus Dewan, istilah 'Global' bermaksud mengenai dunia seluruhnya. Manakala 'Globalisasi' bermaksud fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Implikasi daripada arus globalisasi, dunia tidak lagi mempunyai sempadan sebagaimana yang terpapar dalam peta dunia. Ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat sama ada positif mahupun negatif.

Kesan positif ;
  1. Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
  2. Peluang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.
  3. Komunikasi yang lebih mudah dan murah.
  4. Peluang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi.
  5. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Kesan  negatif ;
  1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot.
  2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi semakin melebar.
  3. Pengabaian keperluan asas hidup dalam kalangan termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan.
  4. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.
  5. Terpengaruh dengan ekonomi ala-barat yang berteraskan kapitalisme.
  6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan nilai-nilai kerohanian

Bagi memastikan peradaban Malaysia ini mampu menangani arus globalisasi, kita harus mengekalkan nilai jati diri berteraskan peradaban Islam dan agama-agama lain yang dianuti oleh kepelbagaian masyarakat Malaysia.

4 ulasan:

  1. itu terletak pada seseorang tersebut.kerana setiap sesuatu bermula dengan niat.jika niat elok maka...

    BalasPadam
  2. oooohhh... baru tahu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu tk tau ke ? malu je!! haha .. apa lah perdana menteri ala parlimen ni

      Padam
    2. diamla!!! bising je!!

      Padam