Kenalan

Jumaat, Oktober 04, 2013

Petua Mengurangkan Kesilapan Ejaan Jawi...

Buku Daftar Kata Bahasa Melayu - Rumi-Sebutan Jawi- perlu diperbanyakkan lagi kerana sukar dicari untuk dijadikan rujukan kepada guru-guru GPI dan jQAF mahupun guru-guru pelatih di IPG.

 Amalan kebiasaan guru pelatih mahupun guru agama yang lain akan sering bertanya kepada sahabat jika tidak tahu atau keliru untuk mengeja perkataan jawi. Sedangkan jawapan yang diperolehi belum pasti betulnya. Namun jika sekali mereka merujuk kepada buku tersebut, insyallah mereka bukan sahaja akan mendapat jawapan yang betul malah ejaan tersebut akan diingati sampai bila-bila.



Pengalaman penulis mencari buku ini di negeri Terengganu, Pahang, Kelantan dan Kuala Lumpur menemui jalan buntu apabila tidak berjaya dijumpai. Mungkin bukan rezeki penulis ataupun mungkin masih ada kedai-kedai yang memiliki koleksi ini. Kepada yang mengetahuinya boleh memaklumkan kepada penulis. Penulis amat menghargainya untuk dijadikan koleksi peribadi n kalau ada kamus jawi koleksi yang lama-lamapun diterima.. zaman belum merdeka atau yg kolonialpun amat dialukan.. Salam hormat.

Rabu, Oktober 02, 2013

Af’alullah & Af’alul’ibad


Ahlu Sunnah Wal Jamaah :
  1. Segala perbuatan manusia berlaku dengan kehendak dan pilihan mereka sendiri namun ada kaitan dengan kuasa dan kehendak Allah
  2. Allah menjadikan kuasa dan kehendak kepada manusia
  3. Mereka diberi pilihan melakukan sesuatu dengan izin Allah
  4. Allah memberi pilihan kepada manusia untuk melakukan segala perbuatan yang berbentuk pilihan atau ikhtiari berdasarkan akal yang ada pada mereka danwahyu yang disampaikan.
 

Muktazilah :

  1. Manusia berkuasa penuh melakukan sesuatu dengan kuasa dan kehendak yang diberikan Allah kepada mereka.
  2. Allah tidak ada sebarang campur tangan terhadap  apa sahaja usaha dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama ada yang baik mahupun yang buruk.  
Qadariyah:


  1. Manusia mempunyai kebebasan dan kekuatan sendiri sepenuhnya untuk melakukan semua perkara.
  2. Segala yang dilakukan mengikut kehendak dan kemahuan manusia sama ada baik atau buruk.
  3. Manusia berkuasa penuh melakukan sesuatu tanpa apa jua hubungan dengan kuasa dan kehendak Allah.  

 
Jabariah :


  1. Manusia  tiada pilihan dan kebebasan sedikitpun dalam melakukan sesuatu perbuatan.
  2. Segala perbuatan manusia mengikut kehendak Allah sepenuhnya sama ada baik atau buruk, beriman atau kufur.
  3. Manusia melakukan sesuatu secara terpaksa.
  4. Manusia tiada apa-apa kuasa, ikhtiar dan usaha kerana segala perbuatan mereka diatur dengan kehendak Allah.

Selasa, Oktober 01, 2013

Beza2 Sunni-Jabariah: Kekalnya Syurga dan Neraka..



Beza2 Sunni dan Jabariah : Isu Syurga dan Neraka. Adakah ianya kekal selamanya??


Ahlu Sunnah wal Jamaah berpendapat bahawa Syurga dan Neraka akan kekal selamanya dihuni oleh umat manusia yang baik mahupun buruk amalannya.






Maksudnya:
"Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya (10;26). Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) pembalasan setimpal, dan mereka ditutupi kehinaan, tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun daripada (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan malam yang gelap gelita, Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya" (10;27).

[surah Yunus (10): 26-27]

Jabariah :
Syurga dan Neraka menurut mazhab Jabariah tidak kekal selamanya. Perkataan 'kekal di dalamnya' menurut mereka bermaksud lama sahaja. Yang kekal hanyalah Zat Allah semata-mata.


Beza1 Sunni-Syia : Kitab Utama Hadith Rasulullah



Ramai yang beranggapan bahawa hadith-hadith yang digunapakai oleh pengikut Ahlu Sunnah wal Jammah juga digunakan oleh pengikut mazhab yang lain. Sedangkan bagi mazhab Syiah, mereka memiliki kitab hadith yang tersendiri sebagai rujukan utama selepas al-Qur'an.
 
Kitab rujukan utama dalam bidang hadis menurut Sunni :

Kitab rujukan hadith bagi golongan Sunni lebih dikenali sebagai Sunan Sittah iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmizi, Sunan Nasaei dan Sunan Ibnu Majah. 

SAHIH BUKHARI

SAHIH MUSLIM

SUNAN ABI DAUD

SUNAN AT-TIRMIZI
SUNAN IBN MAJAH

SUNAN NASAEI

Kitab rujukan utama dalam bidang hadis menurut Syiah :

Kitab Hadis dalam mazhab Syiah lebih dikenali sebagai al-Kutub al-Arba'ah yang digunapakai selepas al-Qur'an. Menurut Syiah, 4 kitab utama ini dianggap sebagai kitab paling berautoriti dalam bidang hadis. Kitab-kitab tersebut ialah al-Kafi fi 'ilmi al-Hadith dikarang oleh Abu Ja'far al-Kulaini (329H), Man La Yahduruh al-Faqeh yang dikarang oleh Ibn Babawaih as-Saduq al-Qummi (381H) dan al-Istibsar fi ma Ikhtilaf min al-Akhbar yang dikarang oleh Abu Ja'far al-Tusi (460H). Kitab al-Kafi karangan al-Kulaini terbahagi kepada 3 iaitu Usul al-Kafi, Furu' al-Kafi dan Raudat al-Kafi.









Beza1 Sunni--Jabariah : Isu Melihat Allah SWT




Isu 1 : Melihat Allah Menurut Persepsi Sunni dan Jabari.

Tak kenal maka tak cinta. Bila dah jatuh cinta, sudah tentu ingin bertemu denganNYA. 
Namun pertemuan dengan Illahi telah mendapat perbahasan dalam mazhab ilmu kalam (bidang akidah).

Ahlu Sunnah wal Jamaah :
Manusia beriman yang terpilih akan dapat melihat Allah di Akhirat kelak.


Maksudnya : "Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari-hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram. Mereka yakin akan ditimpa kepadanya malapetaka yaang amat dahsyat".
[surah al-Qiyamah (75):22-25]


Jabariah :
Mazhab Jabariah aliran al-Jahmiah dan al-Tabariah menafikan manusia dapat melihat Allah di Akhirat kelak. Manakala Mazhab Jabariah aliran al-Dirariah berpendapat manusia dapat melihat Allah di Akhirat melalui pancaindera tambahan yang lain.

Aliran al-Dirariah dipimpin oleh Dirar ibn Amru, aliran al-Tabariah dipimpin oleh al-Hussin Ibn Muhammad al-Najam dan aliran al-Jahmiah dipimpin oleh Jaham Ibn Safuan.