Kenalan

Rabu, Oktober 02, 2013

Af’alullah & Af’alul’ibad


Ahlu Sunnah Wal Jamaah :
  1. Segala perbuatan manusia berlaku dengan kehendak dan pilihan mereka sendiri namun ada kaitan dengan kuasa dan kehendak Allah
  2. Allah menjadikan kuasa dan kehendak kepada manusia
  3. Mereka diberi pilihan melakukan sesuatu dengan izin Allah
  4. Allah memberi pilihan kepada manusia untuk melakukan segala perbuatan yang berbentuk pilihan atau ikhtiari berdasarkan akal yang ada pada mereka danwahyu yang disampaikan.
 

Muktazilah :

  1. Manusia berkuasa penuh melakukan sesuatu dengan kuasa dan kehendak yang diberikan Allah kepada mereka.
  2. Allah tidak ada sebarang campur tangan terhadap  apa sahaja usaha dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama ada yang baik mahupun yang buruk.  
Qadariyah:


  1. Manusia mempunyai kebebasan dan kekuatan sendiri sepenuhnya untuk melakukan semua perkara.
  2. Segala yang dilakukan mengikut kehendak dan kemahuan manusia sama ada baik atau buruk.
  3. Manusia berkuasa penuh melakukan sesuatu tanpa apa jua hubungan dengan kuasa dan kehendak Allah.  

 
Jabariah :


  1. Manusia  tiada pilihan dan kebebasan sedikitpun dalam melakukan sesuatu perbuatan.
  2. Segala perbuatan manusia mengikut kehendak Allah sepenuhnya sama ada baik atau buruk, beriman atau kufur.
  3. Manusia melakukan sesuatu secara terpaksa.
  4. Manusia tiada apa-apa kuasa, ikhtiar dan usaha kerana segala perbuatan mereka diatur dengan kehendak Allah.

1 ulasan:

  1. Boleh tak bagi dalil yang menerangkan tentang manusia d beri pilihan dan boleh berikhtiar,saya nak cari hujah utk sangkal fahaman jabariah,mohon bantuan,terima kasih

    BalasPadam