1. Agama Hanif :
Agama yang diturunkan kepada Nabi
Ibrahim. Penganutnya digelar "Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab
tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa.
Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi
Muhammad s.a.w sendiri.
2. Agama Yahudi :
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab
sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa a.s. serta mempunyai kitab
suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah
mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama
ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3. Agama Nasrani :
Agama ini juga telah diselewengkan oleh
golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab
Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan
asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli
kitab.
4. Agama Wathani :
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut
agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu,
kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan
manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360
buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza,
Al-Manat, dan Al-Hubal.
5. Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan
berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta
Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak
mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan
anak serta adik beradik.
6. Agama penyembahan
Cekarawala :
Mereka menyembah matahari, bulan dan
bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan
kekuatan.
7. Agama Animisme :
Mereka menyembah objek-objek alam
sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber
kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan
yang jahat.
8. Agama Penyembahan
Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh
nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai
kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin
keselamatan mereka.
9. Penyembahan Tuhan
Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf (
‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak
pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan
berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
10. Kepercayaan Tahyul :
- Kepercayaan tangkal azimat
- Roh orang mati menjadi burung.
- Percaya kepada ahli nujum.
- Percaya kepada ahli sihir.
- Percaya kepada binatang yang melintas
di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan,
manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
- Mengorbankan anak perempuan merupakan
perbuatan yang mulia.
- Mengikat tali pada mana-mana pokok,
jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna
isterinya telah berlaku curang.
11. Kepercayaan Bangsa China :
- Kepercayaan Alam Sekitar :
- Kepercayaan kepada bencana alam seperti
kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan
tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari,
bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu
keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah
alam sekitar.
- Kepercayaan kepada penyembahan
roh nenek moyang :
- Kepercayaan terhadap nenek moyang
mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan
agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan
mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon
pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan
menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan
dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh
masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh
nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan
untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara
yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan
musuh.
- Kepercayaan kepada Anak Syurga :
- Kepercayaan kepada anak syurga adalah
untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan
menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan
ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai
perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan
kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti
Chou.
- Kepercayaan kepada dewa :
- Kepercayaan terhadap dewa dipercayai
dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka
percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong
manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat
Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’.
- Agama Buddha :
- Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti
Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di
hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa
masuk dari Sri Lanka.
- Ajaran Confuciusnisme :
- Ia bermula semasa Dinasti Chou yang
dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang
pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara
untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut
diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran
Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal
moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara
tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi
sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen
iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula
mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah,
kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga
sebagai satu unit terpenting.
- Ajaran Toisme :
- Diasaskan oleh Loa Tzi dan Chuang Tzu
adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam
semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai
sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik
dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang
merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te
Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia
akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia
perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah
sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.
12. Kepercayaan Hindu :
Tidak dapat dipastikan pengasas yang sebenar. Namun agama Hindu terbentuk daripada falsafah ajarannya yang dikenali sebagai sastra dharma. Ia digubal oleh manusia suci yang digelar sebagai Rsis yang bermaksud mansia suci atau ulama yang suci yang mendapat cahaya kebenaran.
Hasil daripada diskusi dan berbincangan para Rsis yang dilahirkan semula bersama fakta kebenaran yang dibawa akhirnya mencetuskan ilmu pengetahuan yang dikenali sebagai Sruti. Akhirnya ajaran Sruti dikemaskini dan dijadikan sebagai teks rujukan yang lengkap yang dipanggil sebagai Mantra. Mantra bukanlah buku, namun ia merupakan hasil daripada tulisan sruti dan juga meditasi golongan Rsis yang dinaikkan martabatnya ke taraf Muni ataupun Munnis. Ilmu pengetahuan Rsis dan Munnis seterusnya menempuhi proses tapas dan alokana yang akhirnya membentuk ajaraan hindu yang paling agung yang dikenali sebagai Mahat Bhutam. Kemudian ilmu pengetahuan ini dihimpunkan sebagai himpunan ilmu pengetahuan dan kitab suci agama hindu yang diabadikan dalam kitab Veda (Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda).
Rsis yang masyhur ialah Andi Sanggara yang telah menyusub 72 kepercayaan hindu kepada 5 mazhab utama iaitu ;
- Mazhab Saiva yang memuja Dewa Siva. Nama lainnya Sankara, Radra, mahadeva dan Nadrajah. Tanda penganutnya memiliki garisan abu suci panjang di dahi.
- Mazhab Vaisnava yang memuja Dewa Vishnu. Nama lainnya Narayan, Krishna dan Jagannaki@ Jagannatha. Tanda penganutnya memiliki garisan abu suci U di dahi.
- Mazhab Sakhta yang memuja Dewa Sakhti. Nama lainnya Kali, Durga dan Meenachi @ Meenadhi.Tertumpu kepada kaum wanita.
- Mazhab Ganaphaty yang memuja Dewa Ganapathy @ Ganesa. Berbentuk Gajah.
- Mazhab Saura yang memuja Dewa Suria @ Sura. Juga dikenali sebagaai Dewa Aditya. Menyembah matahari. Upacara utamanya ialah Thai Ponggal bererti Anak Dara yang Suci. Menghapuskan dosa melalui bersedekah kepada orang miskin.
13. Kepercayaan Yunani Kuno :
Tidak dapat dipastikan pengasas yang sebenar. Namun falsafah Yunani berteraskan kepercayaan kepada dewa-dewi seperti Zeus, Apollo,
Athena dan lain-lain lagi yang dipercayai menetap di Gunung Olympus. Di
situlah mereka tinggal sebagai satu keluarga di bawah seorang dewa utama
iaitu Zeus yang dianggap Bapa dewa-dewa dan manusia.
Zeus menguasai guruh, kilat dan taufan dan membuat alam
bergoncang apabila sahaja rambutnya bergerak. Dewa Poseidon digambarkan
sebagai dewa yang berambut biru tua, menguasai laut dan dewa kepada
kuda-kuda. Apollo pula berambut perang membawa lyre dan menjadi penaung
segala muzik dan desa penyembuh.Ares merupakan dewa peperangan,
bergerak pantas dan menakutkan.Athena bermata kelabu tetapi bersinar -
dewi segala pertukangan dan kemahiran.