Tokoh Ulama : Tun Indera
Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang bersama semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1. Makam beliau terletak di Kampung Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.
Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, ditebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu.