Kenalan

Selasa, September 24, 2013

BroSHAH.. Bagaimana Dirinya Berjaya berDaie..



Alhamdulillah.. baru-baru ini diri ini berkesempatan mendengar Bro.Shah berkongsi pengalamannya sebagai seorang pendakwah dalam Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 di KUIS, Selangor. Antara pandangan yang beliau ingin dikongsikan bersama ialah beliau memberikan satu analogi; "Jika kita tanya kepada seorang Imam yang tidak merokok, sudah tentu dia akan bagitau merokok itu haram.. kena tinggalkan.. dan lain-lain.. tetapi jika ditanya kepada Imam yang merokok, sudah tentu lain jawapannya.


Begitu juga dengan para muallaf.. jangan kita ingatkan mereka cukup senang meninggalkan amalan-amalan yang salah di sisi agama yang telah diamalkan sejak dari kecil lagi. Ada amalan yang cukup senang ditinggalkan... namun ada juga amalan yang mereka (muallaf) terpaksa berjuang hingga ke akhir hayat untuk tinggalkan". Justeru kita perlu berdakwah dengan penuh bijaksana dan berhikmah. Bukan senang untuk berubah, apatah lagi mengubah insan lain.

Perkara kedua yang boleh dikongsi ialah Rasulullah SAW berdakwah di Makkah selama 13 tahun adalah untuk membentuk dan memperbetulkan akidah masyarakat Arab yang ketika itu jauh menyimpang dengan kebenaran. Selepas itu (berpindah ke Madinah) barulah Baginda SAW mengarapkan ilmu-ilmu ibadah, hukum hakam halal haram dan sebagainya. Berbeza dengan cara penda'ie masa kini. Selepas saja mengislamkan non-muslim.. perkara pertama dan utama yang diajar ialah perkara halal-haram, boleh tak boleh buat, itu betul ini salah..dan 'kena potong' (mesti sunat) Selepas itu, muallaf dibiarkan terkontang kanting tanpa dididik dan diasuh dengan akidah Islam yang benar. Sepatutnya mereka didedahkan terlebih dahulu dengan ilmu tauhid agar mengenali Allah dengan sebenar barulah jika ditinggal/ dibiarkan, mereka tidak akan kembali kepada agama lama mereka.

Yang paling menarik apabila ditanya beliau bagaimana boleh berjaya menjadi seorang daie yang berjaya sehingga daie yang bukan muallafpon tidak tentu mampu berdakwah sepertinya? Lalu dijawab oleh Bro.Shah bahawa beliau berdakwah sedemikian rupa kerana takut disoal Allah pada Hari Kebangkitan kelak apa yang beliau lakukan dengan nikmat Islam yang telah dianugerahkan Allah. Takut apabila disoal Allah nanti apa yang dilakukannya.. dan masih belum memadai dengan apa yang telah dilaksanakannya..

Begitu hebat jawapan yang diberikan oleh seorang daie sejati.. bagaimana pula diriku dan juga mereka yang lain yang turut dianugerahkan oleh Allah dengan nikmat Islam.. apalah jawapan yang dapat diberikan di hadapan Allah nanti... bergetar hati apabila mengingatinya. Cukupkah usaha dan persediaan selama ini ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan