Kenalan

Rabu, Februari 29, 2012

Pluralisme Menongkah Kesyirikan Illahi

Pluralisme atau dengan lain perkataan semua agama itu sama. Semua agama di dunia ini membawa kepada kebaikan dan bermatlamatkan kepada kebahagiaan. Justeru, semua agama itu dianggap sama dan semuanya daripada Tuhan. Akhirnya manusia kian bebas, kian berani untuk menyamakan Tuhan - God - Allah. Sehingga isu pengantian istilah penggunaan God kepada Allah pernah mengegarkan umat Islam di dalam negara ini.

Falsafah pemikiran pluralisme sebenarnya berpunca daripada ketidakinginan untuk beragama. Lalu mengambil jalan ringkas dengan cara yang lembut sebagai Agama Itu Sama. Namun hakikat sebenarnya golongan ini menolak agama dengan cara mengamalkan apa saja yang mereka suka dan buang apa yang tidak sejiwa dengan mereka. 

Bermula di Barat, ideal Pluralisme mula lahir apabila para intelektual seperti Nicolai Copenicus, Galiloo Galilee dan rakan seangkatannya mula menerbitkan buku dan risalah menentang fatwa-fatwa dan atonomi kegerejaan. Akhirnya, akibat daripada desakan yang cukup hebat, agama mula dibenci dan diragui. Agama dikatakan perlu mengikuti perubahan zaman dan bukan sebaliknya; zaman yang sepatutnya selari dengan agama. Kitab agama perlu dinilai semula, pemikiran itu relatif dan manusia berhak untuk menafsirkan agama berdasarkan kefahaman masing-masing dan akhirnya menimbulkan pemprotesan yang amat kuat hingga melahirkan mazhab protestan dalam agama kristian.

Apabila W.C.Smith melancarkan "Universal Theology of Religion" dengan didokongi oleh ahli falsafah barat yang lain seperti Rene Descartes, Immanuel Kent, Auguste Comte, John Stuart Mill dan sebagainya sebagai pelopor kepada teori kemoralan baru telah menyebabkan masyarakat dunia terpesona dengan idealisme tersebut.  Dengan menyamakan semua agama, maka manusia tidak lagi memerlukan agama itu sendiri. Kerana masing-masing akan berfikiran semuanya betul asalkan akal mereka mengatakan ianya baik.

Sedangkan Islam memberikan saranan yang amat berbeza. Umat Islam dikehendaki masuk ke dalam agamanya dengan sepenuhnya sebagaimana firman Allah :


Apa akan berlaku jika disamakan Tuhan - God - Allah ??? Maka masyakat terkemudian akan berada dalam dilema, kebingungan dan kekeliruan apabila memahami dan menafsirkan konsep trinity dalam kristian serta trimurti dalam hindu. Kerana itu, amat benarlah friman Allah yang menyatakan sesungguhnya agama yang sebenarnya di sisi Allah itu hanya Islam. Pluralisme itu sebenarnya hanya membawa manusia ke arah kesyirikan dan kesesatan yang nyata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan