Kenalan

Isnin, Disember 05, 2011

Kemahiran Penulisan Aras

Aras merupakan titik ukur Hasil Pembelajaran bagi KBSR. Hanya terdapat 3 ARAS sahaja. Aras 1 hingga Aras 3.

Pemilihan Aras 1, 2 dan 3 sebaik-baiknya mengikut aturan Taksonomi Bloom iaitu Aras 1 (Pengetahuan/ Kefahaman), Aras 2 (Aplikasi/ Analisis) dan Aras 3 (Sintesis/ Penilaian). Namun sekiranya turutan ini tidak dapat dipenuhi, maka aras hendaklah ditulis sebagaimana berikut :
  • Aras 1 : senang
  • Aras 2 : sederhana
  • Aras 3 : susah
 Penulisan Aras :
  1. Elakkan menggunakan frasa kerja yang bersifat implisif (tidak dapat diukur) seperti menghayati, memahami dan sebagainya.
  2. Pastikan aras yang ditulis mengandungi 3 item utama seperti berikut:
Contoh :

          ITEM 1               ITEM 2                                 ITEM    3
          aktiviti                  isi kandungan                        pelengkap
          Menyatakan       3 contoh suku kata tertutup    secara individu dan kumpulan  

@@~ Selamat Mencuba ~@@

3 ulasan:

  1. assalamualaikum ustaz..sya menghdapi masalh dalam memilih perkataan yng sesuai untuk setiap aras..contohnya perkataan "menjelaskan" sesuai untuk aras 2 ataupun aras 3..mohon penjelasan..~may Allah bless you~

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalamualaikum...

      mmg ada perkataan tertentu (rujuk kepada perkataan pertama aras) yang boleh mengambarkan tahap aras sama ada aras 1, 2 ataupun 3. Namun tahap aras juga boleh dilihat melalui gabungan antara penulisan aktiviti dan juga isi kandungan aras tersebut.

      Sebagai contoh :

      a. Membezakan antara...
      b. menjelaskan perbezaan antara....

      Di sini tiada beza arasnya walaupun keduanya tidak sama dr segi tulisan. Sepintas lalu mcm (a) lbh sukar drp (b). Namun aktiviti yang ingin dicapai sebenarnya adalah sama....

      Biasanya susunan aras merujuk kepada aktiviti yang senang --> sederhana --> sukar. ATAUPUN merujuk kepada tahap pengetahuan/ kefahaman --> aplikasi/ analisis ---> sintensis/ penilaian.

      Cohtohnya :

      b. Menjelaskan perbezaan...
      c. Menjelaskan pengajaran...

      walaupun nampak hampir sama, namun keduanya berbeza. (b) merujuk kepada analisis manakala (c) merujuk kepada sintesis.. Kerana itu pengajaran/ hikmah dll berada pd aras 3... berbeza dgn faedah/ kepentingan yang berada pada aras 1 atau 2 (aras kefahaman).

      Walaubagaimanapun biasanya MENJELASkan berada pd aras ke2.. namun adalah lebih baik jika gunakan perkataan lain yang LEBIH JELAS AKTIVITInya (yang ingin dicapai) berbanding dengan menjelaskan..

      Kerana kita perlu memastikan sebanyak mana pelajar yang mampu menjelaskan... (aras tersebut). Atau sebenarnya apa yg betul2 kita inginkan..

      Adakah MENJELASKAN itu sebenarnya menyebut atau menyatakan?? Jadi pastikan betul2 apa yang sebenarnya kita ingin murid capai.. Jika kita jelas insyallah kita tidak akan hadapi masalah untuk memilih..

      ~selamat mencuba~

      Padam
  2. assalamualaikum ustaz...
    bagaimana untuk menentukan aras yang BOLEH DI UKUR ??
    penggunaan kata kerja yang bagaimana ?
    seperti
    murid dapat memahami.... << tak boleh diukur
    murid dapat menyatakan... << boleh diukur

    boleh ustaz terangkan lebih lanjut dan berikan contoh2 nya..
    terima kasih.. :)

    BalasPadam