Kenalan

Isnin, Disember 05, 2011

Pra Penyeliaan/ Praktikum kali 1

Sesi Pra Penyeliaan/ Praktikum kali 1 lebih menjurus kepada sesi bimbingan kali pertama dan taklimat praktikum kpd pihak pengurusan jika perlu.

Pastikan jadual waktu dihantar kepada saya pada minggu pertama ATAU sebaik sahaja jadual diterima daripada pihak pengurusan sekolah. Sebarang pindaan jadual dan aktiviti sekolah sila maklumkan/ SMS ke HP.
SILA SMS ke HP saya butiran NAMA lengkap n NAMA Sekolah..
Fokus Bimbingan sesi 1 ;

1. PASTIKAN Buku Rekod dilengkapkan dan dikemaskini  setiap masa termasuk dengan dimasukkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun TERLIBAT. RP Harian dan RP Mingguan perlu DITULIS TANGAN.

2. Sediakan 1 FOLIO dan buat pembahagi (partision) mengikut SENARAI SEMAK yang disediakan oleh pihak praktikum dan dilengkapkan dari masa ke semasa.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh SMS/CALL/TAIP pd ruangan iPraktikum dlm blog ni..
dan blh juga baca ruangan iPraktikum blog ni dari masa ke semasa..
SELAMAT BERPRAKTIKUM...

[Bimbingan ini ditujukan khusus kpd anak buah saya shjaa... kpd yang tidak terlibat tidak tertakluk kpd permintaan di atas. Harap maklum]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan