Kenalan

Selasa, Januari 03, 2012

RPH: Penerapan Nilai

PENERAPAN NILAI

Ramai yang terkeliru antara Penerapan Nilai dengan Penyerapan Nilai.Kerana terkeliru dengan Penyerapan Ilmu. Jadi.. tuliss betull.. betull...

Apabila memilih Penerapan Nilai, kita perlu memilih nilai yang betul, sesuai dan tepat. Berikut adalah kriteria penulisan Penerapan Nilai :
  1. Nilai BUKAN bersifat implisit (bersifat dalam/ tidak boleh diukur@ dinilai) seperti khusyuk dan sebagainya. Keterangan: kita TIDAK BOLEH menilai tahap kekhusyukan seseorang murid. Justeru pilihlah nilai yang boleh dukur/ dilihat seperti bersungguh-sungguh, kerjasama, ketaatan dan sebagainya.
Terdapat 2 cara menulis nilai yang betul, iaitu :
  1. Nilai tersebut disertakan dengan imbuhan sama ada awalan, akhiran atau kedua-duanya. Contohnya; ketaatan, kepatuhan, kecintaan dan sebagainya. Imbuhan pentingbagi menunjukkan proses PNERAPAN (frasa kerja) sedang berlaku. Sekiranya HANYA ditulis taat, cinta atau patuh adalah tidak tepat.
  2. Selain itu, nilai juga boleh disambung dengan perkataan lain bagi menunjukkan proses penerapan seperti taat kepada Allah dan Rasulullah, Cinta kepada Rasulullah dan sebagainya.
PENTING diingat.. setiap nilai yang ditulis PERLU SAMA dengan nilai yang dicatat ruang catatan. Nilai juga tidak perlu dipilih terlalu banyak. Cukup sekadar satu nilai yang berlainan dicatat bagi setiap langkah.

Insyallah.. bimbingan seterusnya akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam sesi praktikum... Selamat Maju Jaya.. salam hormat.

u.p. : Maklumat di atas untuk tindakan pelatih di bawah bimbingan saya sahaja. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan