Kenalan

Jumaat, April 13, 2012

Komunisme BerTUHANkan Material




Komunisme diasaskan oleh Karl Marx yang dilahirkan di Jerman yang kemudiannya berkembang pesat di Rusia sebelum merebak ke seluruh dunia. Komunisme juga sering kali dikaitkan dengan perancangan dan agenda yahudi untuk mengembangkan dominasi bangsa Yahudi ke seluruh dunia melalui agenda pengusiran Yahudi oleh tentera Nazi ke seluruh dunia. Lebih-lebih lagi Karl Marx sebenarnya cucu kepada rabi Yahudi terkenal yang bernama Murdikhai Marx. Komunisme merupakan satu ideologi anti ketuhanan yang memerangi sebarang bentuk dan amalan-amalan kegamaan melalui corak pemerintahan diktator dan kuku besi  

Antara idealisme komunis ialah :
  1. Menafi dan melarang rakyatnya menganut agama.
  2. Memerangi pemilikan harta individu dan hak warisan.
  3. Memerintah negara melalui dasar tertutup dan kuku besi.
  4. Mengamalkan dasar Kerajaan adalah Parti dan Parti adalah Kerajaan.
  5. Mementingkan hasil produktiviti dan material dalam membangunkan ekonomi.
  6. Mengingkari dan menentang hubungan institusi kekeluargaan.
  7. Menentang segala bentuk amalan agama.
  8. Menafikan kewujudan hari Pembalasan dan Akhirat.
  9. Mendakwa bahawa al-Qur'an dibuat pada zaman khalifah Uthman bin Affan.

Wahabi Antara Dakwah Salafiyah dan Bid'ah



Wahabi merupakan satu isu dan polemik yang agak panas dalam negara kita. Ada yang bersetuju namun ada juga yang menentang keras. Satu fahaman yang bersusur galur daripada tindakan drastik Muhammad bin Abdul Wahab al-Nejedi dalam membenteras perkara-perkara khurafat pada zamannya.  Lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Wahab dan bermazhab Hanbali. Namun di atas keinginan kuat untuk membuka kembali pintu ijtihad yang ditutup kemas oleh para ulama sejak kejatuhan kota Baghdad, Syeikh Abdul Wahab seringkali mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan Imam Ahmad bin Hanbal sehingga dianggap sebagai pengasas mazhab Wahabiyah.

Wahabiyah juga seringkali dibahagikan kepada Wahabi Qadim dan Wahabi Jadid. Wahabi Qadim dirujuk kepada tindakan Syeikh Abdul Wahab dan penyokongnya yang ingin membersihkan akidah umat Islam daripada kesyirikan dan perkara khurafat yang tersebar luas dalam golongan umat Islam ketika itu. Manakala Wahabi Jadid pula dirujuk kepada pendokong fahaman Wahabi masa kini ingin melaksanakan perkara yang sama walaupun tidak disukai oleh sesetengah masyarakat Islam lain kerana tindakan anti amalan bid'ah sama ada bid'ah dhalalah mahupun bid'ah hasanah serta juga sikap bertaklid membuta-tuli yang agak keras.

Antara pemikiran wahabi ialah :
  1. Mendokong akidah Salafiyah dengan mengembalikan pemahaman tauhid yang asal dan menolak selainnya.
  2. Memusatkan pemahaman berteraskan tauhid ubudiyah dan menjauhi taghut.
  3. Mengembalikan kefardhuan berjihad secara drastik dan keras bagi melawan amalan-amalan syirik dan khurafat.
  4. Melarang sama sekali segala bentuk bid'ah sama ada membina kubur, ziarah kubur, talkin, tirai dan pelbagai amalan lain dalam ibadah.
  5. Menentang keras amalan tarekat-tarekat sufi yang dianggap menyeleweng.
  6. Menentang sikap bertaklid buta dan membicarakan mengenai ilmu ketuhanan (Allah) tanpa ilmu yang jelas.

Freudisme Kegilaan Kehidupan Seksual



Sigmund Freud merupakan anak jati yahudi Chekoslovakia yang bersusur galur antara German dan Rusia yang merupakan pakar rujukan dalam bidang psikologi, kaunseling dan kejiwaan. Terkenal dengan seorang aties yang anti ketuhanan, namun hidupnya amat mengkagumi amalan keyahudian. Ideologi Freudisme amat jelas mementingkan keseronokan seksualisme sebagai matlamat dan tatacara hidup. Baginya, menolak hubungan seksualiti sebelum perkahwinan seolah-olah menafikan hak keinginan semulajadi kelahiran manusia. Hidup ini sebagai satu keseronokan dan kepuasan seksual dari sejak lahir, alam mimpi hingga ke saat kematian.


Antara idealisme freudisme ialah :
  1. Bapa / lelaki merupakan tuhan yang memiliki setiap wanita yang ada di sekelilingya.
  2. Anak-anak menghisap jari, mengigit, menyusu, buang air besar dan kecil sebagai bentuk kepuasan seks.
  3. Allah adalah nama ganti kepada Bapa yang sebenarnya Bapa yang Agung.
  4. Keperawanan akan membawa masalah dan manusia dilarang menjaganya.
  5. Menyembuh dan mengubati masalah keluhuran jiwa melalui dorongan seks.
  6. Melakukan kesalahan adalah merupakan tindakan semulajadi manusia dan tidak ada apa-apa kesalahan yang memerlukan manusia bertaubat.
  7. Agama hanyalah merupakan satu ilusi yang tiada asasnya. 

Isnin, April 02, 2012

Contoh RPH KBSR



Item 1

Item 2


Item 3







Item 4



Item 5




~ SeLaMaT MeNcUbA ~