Kenalan

Jumaat, April 13, 2012

Wahabi Antara Dakwah Salafiyah dan Bid'ah



Wahabi merupakan satu isu dan polemik yang agak panas dalam negara kita. Ada yang bersetuju namun ada juga yang menentang keras. Satu fahaman yang bersusur galur daripada tindakan drastik Muhammad bin Abdul Wahab al-Nejedi dalam membenteras perkara-perkara khurafat pada zamannya.  Lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Wahab dan bermazhab Hanbali. Namun di atas keinginan kuat untuk membuka kembali pintu ijtihad yang ditutup kemas oleh para ulama sejak kejatuhan kota Baghdad, Syeikh Abdul Wahab seringkali mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan Imam Ahmad bin Hanbal sehingga dianggap sebagai pengasas mazhab Wahabiyah.

Wahabiyah juga seringkali dibahagikan kepada Wahabi Qadim dan Wahabi Jadid. Wahabi Qadim dirujuk kepada tindakan Syeikh Abdul Wahab dan penyokongnya yang ingin membersihkan akidah umat Islam daripada kesyirikan dan perkara khurafat yang tersebar luas dalam golongan umat Islam ketika itu. Manakala Wahabi Jadid pula dirujuk kepada pendokong fahaman Wahabi masa kini ingin melaksanakan perkara yang sama walaupun tidak disukai oleh sesetengah masyarakat Islam lain kerana tindakan anti amalan bid'ah sama ada bid'ah dhalalah mahupun bid'ah hasanah serta juga sikap bertaklid membuta-tuli yang agak keras.

Antara pemikiran wahabi ialah :
  1. Mendokong akidah Salafiyah dengan mengembalikan pemahaman tauhid yang asal dan menolak selainnya.
  2. Memusatkan pemahaman berteraskan tauhid ubudiyah dan menjauhi taghut.
  3. Mengembalikan kefardhuan berjihad secara drastik dan keras bagi melawan amalan-amalan syirik dan khurafat.
  4. Melarang sama sekali segala bentuk bid'ah sama ada membina kubur, ziarah kubur, talkin, tirai dan pelbagai amalan lain dalam ibadah.
  5. Menentang keras amalan tarekat-tarekat sufi yang dianggap menyeleweng.
  6. Menentang sikap bertaklid buta dan membicarakan mengenai ilmu ketuhanan (Allah) tanpa ilmu yang jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan