Kenalan

Sabtu, Mac 31, 2012

Kemahiran Buku IQRA' : Siri 3

Sambungan daripada siri 2. Antara kemahiran IQRA' seterusnya yang perlu dikuasai oleh murid yang perlu diberi perhatian oleh guru jQAF adalah sebagaimana berikut ;
 
KEMAHIRAN 21 - 30:

21.  Mad 'Aridh LiSukun ; Ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun (mati), dengan panjang 2, 4, 6 
        harakat - fokus IQRA' 5 : ms 3).
22.  Mad Iwad ; Wakaf pada huruf tanwin di atas, dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang 2 
        harakat - fokus IQRA' 5 : ms 6)
23.  Wakaf Pada Ta' Marbutah ; Apabila diwakaf pada ta' marbutah, ia ditukar menjadi ha' sakinah 
        - fokus IQRA' 5 : ms 7)
24.  Mad Jaiz ; Tanda panjang lebih 2 harakat dan wau yang dianggap tiada pada bacaan  - fokus IQRA' 
        5 : ms 9)
25.  Nun dan Mim Wajibal-Ghunnah ; Nun atau Mim syaddah hendaklah didengung dengan kadar 2 
        harakat - fokus IQRA' 5 : ms 10)
26.  Idgham Maal Ghunnah ; Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan Nun dan Mim Syaddah - fokus 
       IQRA' 5 : ms 11)
27.  Alif Lam Syamsiah ; Apabila dibaca dengan huruf sebelumnya, alif dan lam tiada pada bacaan - 
       fokus IQRA' 5 : ms 12)
28.  Huruf Bertasydid ; Hendaklah ditekankan bacaannya - fokus IQRA' 5 : ms 14)
29.  Ikhfa; Syafawi ; Mim Sakinah bertemu dengan Ba - fokus IQRA' 5 : ms 19)
30.  Bacaan Allah Tebal ; Apabila sebelumnya berbaris fathah atau dhammah hendaklah dibaca tebal - 
       fokus IQRA' 5 : ms 22)
 
[~ bersambung di siri keempat.]
Insy@@llah.. Mog@ Berjay@@@@..........

TAJUK 4 PIM3104 PPG KDRI

Tajuk 4 ; Aplikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Akidah Tahun 1 hingga 6 .


4.0 SINOPSIS


Dalam bahagian ini akan mengaplikasi strategi dan kaedah yang akan digunakan dalam Pendidikan Akidah Sekolah Rendah (PIM3104).


4.1 HASIL PEMBELAJARAN


Melalui pengajian bahagian ini, diharapkan para pelajar akan dapat menguasai beberapa perkara seperti berikut ;
  1. Menguasai strategi dan kaedah yang digunakan dalam Pendidikan Akidah Sekolah Rendah. 
  2. Menyenarai dan menghuraikan strategi dan kaedah yang sesuai.
  3. Merancang dan membina langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan kaedah yang dipilih..


4.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK


Merancang, menganalisis dan menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang ingin digunakan.



Kaedah ; 

Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif penyampaian yang tersusun.
  1. Menurut Mok Song Sang: Satu ciri tindakan yang sistematik dengan tujuan 
    mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.
  2. Kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.
  3. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif P & P.
  4. Hassan Langgulung: Kaedah bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.
     
 




Antara kaedah yang biasa digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran Aqidah sebagaimana berikut ;






Contoh aplikasi kaedah Bercerita :
  1. Wujudkan suasana yang sesuai
  2. Bahan-bahan bantu seperti gambar, kad, cd dan lain-lain boleh digunakan sebagai bahan sokongan untuk menyeronokkan murid
  3. Pilih tajuk cerita yang sesuai dengan minat serta kemampuan akal murid
  4. Cuba ingat isi cerita
  5. Semasa bercerita pastikan keadaan tubuh badan dalam kedudukan tenang
  6. Adakan suara dan gerak-geri yang sesuai
  7. Semasa bercerita, pandang ke arah murid secara bergilir-gilir
  8. Adakan variasi rangsangan dan bersoal jawab untuk mengekalkan minat murid
  9. Benarkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dari semasa ke semasa


 Contoh aplikasi kaedah Penyelesaian Masalah :

  1. Dedahkan murid kepada beberapa masalah yang hampir sama
  2. Pastikan aras kesukaran masalah yang seterusnya sesuai dengan kemahiran dan kebolehan murid
  3. Masalah itu perlu dianggap penting oleh murid
  4. Guru membantu murid mengenali sesuatu masalah
  5. Tentukan bahan rujukan mencukupi bagi kegunaan murid


~ SeMoGa BeRjAyA ~

Jumaat, Mac 30, 2012

Fahaman Qadariah Muncul Kerana Salah Faham Konsep Beriman Dengan Qada' dan Qadar



Fahaman Qadariah lahir berteraskan kepada fahaman mengenai sifat Qudrat. Golongan ini mempercayai bahawa segala segala perbuatan manusia sama ada baik mahupun buruk lahir daripada usaha manusia itu sendiri tanpa sedikit pun campur tangan dan kaitan dengan Allah Taala.

Ma'abad bin Khalid al-Juhani dianggap orang yang pertama menyebarkan fahaman ini. Beliau merupakan seorang tabi'in yang dipercayai, namun akhirnya terpesong kerana terlalu banyak membicarakan persoalan mengenai qada' dan qadar. 

Antara kepercayaan Qadariah ;
  1. Fahaman Qadariah al-Khatibiah mempercayai alam ini diciptakan oleh Allah dan Rahmatullah (Nabi Isa a.s.).
  2. Setiap umat ada rasul masing-masing daripada kalangan mereka.
  3. Mempercayai tanasukh arwah iaitu perpindahan roh kepada jasad lain.
  4. Bertuhankan Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah.

Ajaran Qadiyani Bertunjangkan Barat



Ajaran Qadiyani bertitik tolak daripada sebuah gerakan yang diasaskan oleh Mirza Ghulan Ahmad al-Qadiyani (m.1908M) pada tahun 1900M. Berwadahkan majalah al-Adyan  yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, ajaran Qadiyani mula memainkan peranan untuk menghasut orang Islam agar menjauhi ajaran agama khususnya jihad. Beriman kepada kitab al-Mubin (Kitab Yang Jelas) dan menunaikan haji di Qadiyan. Terlalu taksub kepada Inggeris sehingga mengganggap orang Inggeris sebagai para wali dan juga Tuhan itu berasal daripada orang Inggeris.
 
Antara kepercayaan mereka ialah ;
  1. Menyakini bahawa Tuhan itu berpuasa, solat, tidur, terjaga dan sebagainya.
  2. Mempercayai bahawa kenabian tidak berakhir dengan khatimul anbia Nabi Muhammad saw.
  3. Jibrail a.s menurunkan wahyu kepada Ghulam.
  4. Setiap muslim adalah kafir sehinggalah mereka menganut Qadiyani.
  5. Menghalalkan segala perkara yang memabukkan termasuk arak.

Selasa, Mac 20, 2012

TAJUK 3 PIM3104 PPG KDRI

Tajuk 3 ; Analisis Huraian Sukatan  Pelajaran Akidah Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sek Rendah Tahun 1-6 .

3.0 SINOPSIS

Dalam bahagian ini akan menganalisis huraian sukatan bagi tajuk-tajuk Pendidikan Akidah Sekolah Rendah (PIM3104) yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah.


3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Melalui pengajian bahagian ini, diharapkan para pelajar akan dapat menguasai beberapa perkara seperti berikut ;
  1. Menguasai dan menerangkan aras-aras (KBSR) dan objektif (KSSR) Pendidikan Akidah yang akan dicapai oleh murid Sekolah Rendah. 
  2. Menyenarai dan menghuraikan HSP Pendidikan Akidah dengan baik.
  3. Menguasai dan menjelaskan langkah-langkah dan aktiviti pengajaran bagi setiap tajuk Pendidikan Akidah dengan baik.

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi Aqidah Tahun 3 hingga 6 (KBSR) ataupun Dokumen Standard Kurikulum (DSK) bagi Aqidah Tahun 1 dan 2, And@ diminta menganalisis dan menghuraikan aras-aras dan standard/ objektif yang ingin dicapai.

Setelah mengenalpasti aras ataupun standard kandungan, standard pengetahuan dan objektif  tersebut. And@ dikehendaki memilih dan menulis  aras/ objektif dengan tepat sebelum dibentangkan.

Contoh :

Langkah 1;
Kenalpasti tajuk-tajuk Aqidah dalam HSP atau RPT KSSR.

  
Tahun 1 Tajuk : Beriman Kepada Allah

 

Langkah 2;
Kenalpasti Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Objektif/ Aras bagi tajuk-tajuk Aqidah tahun 1 hingga 6.


Contoh DSK Tahun 1 :



Contoh HSP Tahun 3 :




Langkah 3;
 Memilih dan menganalisis kembali berdasarkan perbincangan dengan pensyarah.

Langkah 4 ;
Merangka dan merancang langkah-langkah/ aktiviti pengajaran yang bersesuaian dalam kumpulan masing-masing.

Sabtu, Mac 10, 2012

Tajuk 2 PIM3104 PPG KDRI

2.0 SINOPSIS

Dalam bahagian ini akan membincangkan tajuk-tajuk Pendidikan Akidah Sekolah Rendah (PIM3104) yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah.


2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Melalui pengajian bahagian ini, diharapkan para pelajar akan dapat menguasai beberapa perkara seperti berikut ;
  1. Menguasai dan menerangkan tajuk-tajuk Pendidikan Akidah yang akan dipelajari oleh murid Sekolah Rendah. 
  2. Menyenarai dan menjelaskan pembahagian tajuk-tajuk Pendidikan Akidah dengan baik.
  3. Menguasai dan menjelaskan isi-isi dan kandungan setiap tajuk Pendidikan Akidah dengan baik.

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Antara tajuk-tajuk Pendidikan Akidah adalah seperti berikut:

Sukatan Akidah KBSR ;




Bagi Tahun 1 dan 2, tajuk-tajuk Pendidikan Akidah perlu merujuk kepada Dokumen Standard Kandungan (DSK) Pendidikan Islam Tahun 1 dan 2 yang berasaskan KSSR.


Tajuk Akidah Tahun 1 hingga Tahun 6


Tajuk Akidah Tahun 1 KSSR ;


Tahun 2 KSSR :

~ BELUM DIPEROLEHI ~


BUKU TEKS Tahun 3 KBSR :




BUKU TEKS Tahun 4 KBSR :




BUKU TEKS Tahun 5 KBSR :




BUKU TEKS Tahun 6 KBSR :






Perbincangan lebih menjurus kepada mengenalpasti dan mencerakinkan tajuk-tajuk dan isi kandungan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard Kandungan yang diinterpretasikan di dalam buku teks Tahun 1 hingga Tahun 6.

~ Selamat MembacA ~


Isnin, Mac 05, 2012

Kemahiran Buku IQRA' : Siri 2

Sambungan daripada siri 1. Antara kemahiran IQRA' seterusnya yang perlu dikuasai oleh murid yang perlu diberi perhatian oleh guru jQAF adalah sebagaimana berikut ;
 
KEMAHIRAN 11 - 20:

11.  Alif Tidak Dibaca (huruf alif yang tidak dibunyikan pada bacaan - fokus IQRA' 3 : ms 18).
12.  Bacaan Panjang Pada huruf Ha' Dhammah (bezakan bunyi dengan sebutan makhraj yang betul -
       fokus IQRA' 3 : ms 19).
13.  Tanwin/ Berbaris Dua Diatas (hendaklah dibaca pendek dan alif dianggap tidak ada -
       fokus IQRA' 4 : ms 1).
14.  Tanwin Penuh/ Baris Dua Dibawah  (dibunyikan tanwin dengan sepenuhnya -  fokus IQRA' 4 :
       ms 3).
15.  Baris Dua Dihadapan (dibunyikan tanwin dengan sepenuhnya -  fokus IQRA' 4 : ms 4).
16.  Bunyi Mim Sukun (dibaca dengan mematikan sebutan huruf mim seraya menutup mulut melalui
       kaedah musyafahah -  fokus IQRA' 4 : ms 11).
17.  Nun Sukun/ Izhar Halqi (dibaca tanpa dengung - fokus IQRA' 4 : ms 14).
18.  Huruf Qalqalah (memperdengarkan bacaan huruf qalqalah dengan bunyi detakan yang kuat -
       fokus IQRA' 4 : ms 16).
19.  Bunyi Makhraj dan Sifat Huruf (membezakan bunyi huruf yang sama sifat dan makhraj - fokus
       IQRA' 4 : ms 21).
20.  Alif Lam Qamariah (bacaan dengan mematikan huruf Lam dan tidak dibunyikan huruf alif      
       sebelum Lam [bacaan alif tidak berfungsi apabila dibaca wasal] -  fokus IQRA' 5 : ms 1).


[~ bersambung di siri ketiga.]
Insy@@llah.. Mog@ Berjay@@@@..........

Sabtu, Mac 03, 2012

Kemahiran Buku IQRA' : Siri 1

Terdapat 41 kemahiran Buku IQRA' yang perlu dikuasai pelajar. Sekiranya murid-murid dapat menguasai kemahiran tersebut, insyaallah lebih mudah guru membimbing mereka membaca al-Qur'an dengan lebih tepat.

Kenalilah dan beri penekanan sewajarnya agar anda tidak perlu membazir masa yang begitu bermakna buat merek@ dan @ND@... Moga program 6 Bulan Khatam al-Qur'an menjadi suatu realiti... khususnya buat anak didik j-QAF..

KEMAHIRAN 1 - 10:
  1. Menyebut Huruf Tunggal (menyebut huruf pendek satu persatu tanpa mad - fokus IQRA' 1 : ms 27.
  2. Huruf Hampir Persamaan Bunyi (bezakan bunyi dengan sebutan makhraj yang betul - fokus IQRA' 1 : ms 30).
  3. Huruf Bersambung (membaca huruf sambung secara putus-putus - fokus IQRA' 2 : ms 1).
  4. Bacaan Panjang / Mad Asli (membaca panjang 2 harakat alif maddah -  fokus IQRA' 2 : ms 14).
  5. Perbezaan Tanda Mad Asli (membezakan tanda mad namun bacaan tetap sama - fokus IQRA' 2 : ms 21).
  6. Huruf Berbaris Kasrah (dibaca putus-putus, pendek dan tidak boleh dipanjangkan -  fokus IQRA' 3 : ms 1).  
  7. Bacaan PanjAng Huruf Mad "ya"  (mesti tepat bacaan panjang pendek - fokus IQRA' 3 : ms 6).
  8. Bacaan Panjang  Mad Silah Ha' Kasrah (huruf kasrah diikuti dengan dhamir - fokus IQRA' 3 : ms 8).
  9. Bacaan Dhammah (disebut dengan memucungkan mulut - fokus IQRA' 3 : ms 14).  
  10. Bacaan Panjang Huruf Mad 'wau' (bacaan panjang huruf mad yang diikuti dengan wau -  fokus IQRA' 3 : ms 17). 
[~ bersambung di siri kedua.]
Insyaallah.. Selamat MencubA................

Sesi Penyeliaan Praktikum Kali 4

Sesi Penyeliaan Praktikum 4 lebih menjurus kepada ;
  1. Pemerhatian terhadap penambahbaikan teguran praktikum kali 1.
  2. Pemerhatian terhadap penambahbaikan teguran praktikum kali 2.
  3. Pemerhatian terhadap penambahbaikan teguran praktikum kali 3.

Pemerhatian ;
  • Koleksi BBM.
  • Semakan akhir Buku Rekod (pastikan GB tandatangan setiap minggu).
  • Semakan akhir Folio (jurnal, refleksi keseluruhan, semua laporan ditandatangan dan sebagainya).
  • Hubungan, kerjasama dan sumbangan di sekolah.

~ Selamat Berjaya ~

Sesi Penyeliaan Praktikum kali 3

Sesi Penyeliaan Praktikum 3 lebih menjurus kepada ;
  1. Pemerhatian terhadap penambahbaikan teguran praktikum kali 1.
  2. Pemerhatian terhadap penambahbaikan teguran praktikum kali 2.

Fokus bimbingan ;
  • Pengurusan masa.
  • Kemahiran Ilustrasi dan ICT.
  • Kemahiran variasi rangsangan.
  • Aktiviti pengayaan dan pengukuhan.

~ Selamat Berjaya ~